Temuduga di Organisasi badan berkanun Negeri Johor | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, June 3, 2010

Temuduga di Organisasi badan berkanun Negeri Johor


Al-kisah temuduga itu berlangsung pada 27 Mei yang lalu. Kekanda sudah warning jangan nak berblog sakan, siapkan diri 100% sebab ini mungkin masa depan aku. Lalu aku pun tinggalkanlah R4T terkontang-kanting sendirian. Nasib baik lalang tak naik, labah-labah tak buat sawang sebab sebelum blah aku sudah pesan siap-siap kat jiran tetangga supaya tolong tengok2 kan rumah aku ni.

Temuduga bermula jam 8:45 pagi betempat di tuuuttt. Aku punyalah semangat berkobar-kobar dok mengingat segala fakta mengenai badan berkanun ni, carta organisasi aku belek sampai melekat nama-nama dalam kepala otak. Bukan senang ok aku nak ingat banyak nama orang dengan jawatan sekaligus dalam satu masa. Orang cakap temuduga di Johor ni lebih islamik sedikit jadi aku pun siap sedialah macam nak ambil ujian PAFA di sekolah.

Datang di kaunter pendaftaran ada 16 nama tersenarai. Maknanya aku akan bersaing dengan 15 orang dengan berbagai latar belakang. Aku dah mula cuak bila nampak yang datang lagaknya seperti seorang pegawai. Ops, aku lupa nak mention yang aku temuduga untuk jawatan penolong pegawai tadbir. Jujur aku katakan, masa ini keyakinan aku sudah mula terjejas.

Pinjam gambar dari album encik google

Ada seorang wanita (pangkat kakak pada aku) mesra menegur semasa menunggu giliran di lobi. Dia juga salah seorang calon untuk jawatan ini. Mendengar cara dia bercakap dan bercerita mengenai pengalaman kerja di sektor kerajaan fuhh memang rasa tak layak sangat aku ni.

Masa yang dinantikan pun tiba, giliran aku adalah yang ke-2. Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa itu sebab ramai yang mengharapkan aku dapat jawatan ini terutamanya kekanda. Kami sudah ada perancangan baik punya jika aku diterima bekerja di sektor kerajaan.

Calon pertama seorang lelaki masuk menghadap 3 orang penemuduga. Seorang itu memang aku kenal sangat sebab buka laman web badan berkanun tersebut terus nampak muka beliau. Pengarah la katakan. Beliau ditemani dengan seorang pegawai lelaki dan seorang pegawai perempuan.

Selepas 20 minit lelaki itu ditemuduga, giliran aku pula tiba. Aku masuk dengan penuh tertib seperti yang aku pelajari semasa kursus IMGLAD dulu. Aku memberi salam dan memandang setiap seorang penemuduga dengan senyuman yang boleh dikatakan mengancam. Hee.

Pinjam gambar dari album encik google


Nak tahu apa soalan pertama yang diajukan kepada aku? Meh aku rewind balik situasi masa itu.

Pengarah : Nama anta (beliau ni Tuan Haji) siapa?

Aku : Nama saya A*****nisa tuan.

Pengarah : Nisa? bukan unsa?

Aku : Bukan tuan. (Aku bengang sikit masa dia ajukan soalan ini)

Pengarah : Awak tahu apa itu unsa?

Aku : Unsa adalah seseorang yang keliru dengan jantinanya sendiri tuan.

Pengarah : Sekarang buat apa? Tinggal mana? blablabla Syiah blablabla Syubhah blablabla

Aku : (Menjawab mengikut soalan dengan yakin)

Masa 20 minit dihabiskan dengan sesi temuduga seperti sedang bersembang di kedai kopi. Tiada langsung soalan-soalan temuduga seperti yang aku sedia maklum. Satu soalan mengenai badan berkanun itu juga tidak ada. Aku sangat kecewa!

Apabila aku menceritakan kepada beberapa orang yang sudah berpengalaman temuduga, mereka mengatakan mungkin mereka sudah ada calon untuk jawatan itu dan temuduga hanya dilakukan sekadar nak cukupkan syarat. Ouh, sedih betul rasanya.

Kalau ye pun nak cukupkan syarat, tolonglah jalankan sesi temuduga itu dengan betul. Setidak-tidaknya aku dapat pengalaman dan boleh meningkatkan keyakinan aku untuk temuduga akan datang (jika ada rezeki).

Apa yang aku kesalkan Pengarah itu seakan - akan mahu menjatuhkan semangat aku. Beliau menyuruh aku menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda dengan alasan setakat Diploma takkan bawa aku kemana. Mungkin ada yang fikir beliau saja nak provok aku tetapi aku tak rasa macam tu.

Sebelum ini aku pernah beberapa kali menghadiri temuduga di sektor swasta tetapi Alhamdulilah aku banyak belajar daripada pengalaman itu. Untuk kali ini, sedikit pun tidak. Pertama kali ditemuduga di sektor kerajaan tetapi bukan macam temuduga.

Pengarah itu siap berpesan kepada aku dengan sinis, 'kerja rajin-rajin ye' sebelum aku melangkah keluar dari bilik temuduga. 2 orang lagi penemuduga itu sebagai perhiasan je aku rasa. Yang seorang hanya mengiyakan apa yang beliau cakap yang seorang lagi diam seribu bahasa.

Apa yang aku nak tegaskan di sini, sekiranya graduan seperti aku tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan yang setara dengan kelulusan, (N27 adalah kod jawatan untuk lulusan Diploma *****) apa gunanya aku habiskan masa selama 3 tahun di universiti?

Adakah untuk mengisi temuduga yang dibuat untuk cukupkan syarat? Alasan tidak diterima adalah tidak ada cukup pengalaman. Boleh tolong beritahu di mana graduan mahu mencari pengalaman sekiranya semua majikan memberikan alasan sebegitu rupa?

Nasihat aku kepada sahabat-sahabat yang HANYA memiliki Diploma, persiapkan 1001 sebab kenapa anda tidak menyambung pengajian apabila menghadiri mana-mana temuduga. Kalau tak mungkin anda akan bergaduh dengan penemuduga kerana geram mendengar hujah mereka yang ingin melihat setakat mana kesabaran dan keyakinan diri yang anda ada.

Haih. Sudah terlebih emosi aku rasa. Minta maaf jika terkasar bahasa atau ada yang terasa hati. Tujuan aku membuat entri ini adalah untuk berkongsi apa yang aku rasa.

Anda ada nasihat / pendapat / kritikan yang membina? Sila komen.


13 comments:

Bukan Bidadari said...

Rezeki tak siapa yang tau... Mane tau ada...

MaryamJamilah said...

pengalaman lebih penting.. :) kalau ditanye sebegitu, jawab je ape yang kite rase. kadang2 saje diduge macamtu
-----
I Won 4 Tickets - Toy Story 3D

Shuk said...

hrp bersabar yer..rezeki tu ade di mane2..cuma belum tiba msenya lgi. truskan usaha anda (sy pn msih mencari2 kerja gak smpai skrg) adoi..

Mrs. Q! said...

Hati Ema :
betul. Saya boleh terima tak dapat kerja tapi saya frust dilayan mcm tu.

MaryamJamilah :
Yup2~ pengalaman yg mematangkan kita. Skrg dah tau mcm mana nak hadapi kalau kena lagi~

Shuk :
Ouh, kita senasib la ni ye. Hee. Jum sama2 berdoa kita dapat kerja yg baik ;)

iemaZAIMAH said...

pengalaman interview best kn??

tp skg ni mmg kebanyakan mmg dh ad dh calon yg dye nk..sesi temuduga ni untuk meyakinkan dyeorg je yg calon tu layak..

kdg2 cm kesian utk yg sje2 dye panggil..xadil sket la

Shahrul Yusof said...

Normal la tu zaman sekarang ni. Degree dapat kerja level Diploma. Level Diploma dapat kerja level SPM. Level SPM dapat kerja level PMR. Level PMR nak kerja aper?

Mrs. Q! said...

iemaZAIMAH :
mmg tak adil! bukan tak usaha masalahnya.

Sylarius :
setuju dgn lu! PMR dok uma tggu org pinang kot?

Atika Ramlan said...

dulu pun masa interview,serius mcm bersembang..tp ade 2 org.sorang tanya bab umum-nak tgk cara kita bercakap kot. sorang lg je tnya a bit psl teknikal-sbb interview utk IT. alhamdullillah,dapat.

Unknown said...

sabar..usaha itu penting..
jngn putus asa..teruskan..

penaberkala said...

bukan kerja je susah nk dapat, praktikal pun sama
apepun, all the best utk hari mendatang
rezeki ada di mana-mana
cuma cepat atau lamabt je

yaTy ♥ said...

hye..
sian nye dpt layanan mcm tue dari penemuduga..
mmg tak patut pn..
atleast dia kena lar temuduga cara yang betul wpun dia da ada calon yang nk dipilih sbnrnye..
xpe lar, insya-Allah, ada rezeki lagik..
all the best utk kamu..
anw, xchange link ya.. =)

hans said...

betul tu
kalau dah diorang tak bagi kita pengalaman
mana kita nak dapat pengalaman kan?

Mrs. Q! said...

to all :
thanks sebab sudi kongsi pendapat & bagi nasihat ;)