Logo Crocs: Yang Asli & Tiruan. Ada Kalimah Allah? | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, June 12, 2010

Logo Crocs: Yang Asli & Tiruan. Ada Kalimah Allah?


Isu Crocs? Sudah lapuk lagi berhabuk. Tetapi masa nak komen di blog seseorang yang bercerita tentang Crocs tiba-tiba aku terfikir, betulkah apa yang digembar-gemburkan tentang kalimah Allah di logo produk terkenal itu? Melalui Facebook pun sudah ramai yang memberi peringatan untuk boikot Crocs. Siap attach gambar sebagai bukti. Mungkin anda sendiri pernah dapat amaran ini bukan?

Rasa tidak adil kalau kita hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Untuk menjawab semua persoalan itu, macam biasa aku pun memulakan sesi penyiasatan. Aku baca semua blog yang menceritakan tentang isu Crocs. Kebanyakan blog menyokong untuk boikot tapi hanya segelintir sahaja yang mempertahankan jenama ini. Mungkin sebab pengguna Crocs tiruan lebih ramai daripada yang asli. Eh, jangan emosi. Aku kata mungkin. Jom ikuti hasil penemuan aku, kemudian masing-masing fikirkan dan buat keputusan ok?

Blogger Joegrimjow ada pendapatnya sendiri kerana beliau adalah pengguna Crocs asli. (Aku ada masalah nak pronounce nama beliau. Hee) Nak tahu apa kata beliau? Klik link yang ada. Aku memang letak untuk anda klik dan baca. Lepas baca blog encik-nama-susah-nak-sebut ini aku gugel pula mengenai perbezaan logo Crocs yang asli dan tiruan. Meh tengok logo itu.

Aku sudah edit siap-siap untuk tatapan anda, sila buka mata besar-besar.

Jika kita lihat dan sedia maklum, banyak perbezaan yang boleh dilihat melalui logo Crocs asli dan tiruan. Di dalam entri encik-nama-susah-nak-sebut tadi pun ada menyebut beberapa perkara yang membezakan logo-logo ini. Logo Crocs tiruan memang sudah terang lagi bersuluh boleh nampak ada unsur-unsur kalimah Allah di situ. Melihat logo asli, hampir 15 minit aku tenung dan mencari di mana sudut yang boleh dikatakan ada menyerupai kalimah Allah. Aku gagal. Giliran anda cuba, ada nampak tak? Aku memang ada masalah penglihatan.

Cerita Nasi Tambah

Semasa sesi penyiasatan, aku ada baca satu entri mengenai perbezaan fizikal Crocs asli dan tiruan di kedaicrocs.com. Di awal entri itu ada menyebut supaya kreditkan entri itu jika hendak menyebarkan info berkenaan tetapi ada satu blog ini yang memang copy & paste tetapi entri tidak dikreditkan. Mustahil dia tak baca perenggan mula-mula. Aiseh, niat sudah suci murni untuk berkongsi maklumat tetapi dia pun lebih kurang macam peniaga Crocs tiruan itu. Harap-harap kita tidak tergolong dalam melakukan aktiviti tidak sihat ini.

Untuk maklumat tambahan perbezaan Crocs asli dan tiruan, meh ramai-ramai ke blog ini. Sharing is caring ;) Psst..Terima kasih encik google sebab sponsor gambar logo Crocs.

Apa pendapat anda? Nak boikot Crocs ke tidak?


8 comments:

aReaL said...

Baru Je Semalam Beli Crocs ori... Hehehe... Rasanya Isu Ni Dah Menjadi Isu Hangat Bagi Rakyat Malaysia... Tapi, Kenapa Huruf "t" Tidak Di Boikot... Hehehe...

Jom Baca Ni- (GAMBAR) Bukti Kukuh Yang Menunjukan Ariel Peterporn Membintangi Video Lucah Itu..

Kaizen Shinobi.com said...

hahahhaa.... aq? perlu ke aq boikot? err... aq memang x minat crocs...

tapi tulisan Allah? hmm.... menyerupai je... hanya imaginasi kita... lagipun mnede tulisan Allah huruf alif dan lam bergabung.... dan atas ha tuh ade syaddah? err.. pelik2... hahahaha

adie said...

bagi aku.kita ni terlalu sensitif.yang tak ada, diada-adakan.tiada huruf alif,diadakan huruf alif.

dinda.teJa said...

cocoh je ngan api.. rosakler lambang tu.. hehe..
btw, dinda has tag ur blog, read this http://blogdindateja.blogspot.com/2010/06/my-first-award.html

aya said...

beli lh yg original :)

iemaZAIMAH said...

diada-adakan atau tak tu kite xtaw..tp klu tak yakin baik tak payah beli..

Unknown said...

letih ngan issue ni..

Hellioz said...

x abes2 lg ke?
gwa relax je pakai croc band gwa
gyahahahhaaha~