Entri 4 dalam 1. Mode lincah | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, June 21, 2010

Entri 4 dalam 1. Mode lincah


Bab 1


Contest di blog Riwayat Hariku telah pun berakhir pada Ahad lepas, 20 Jun 2010. Nasib tidak menyebelahi aku kerana pemenangnya bukan dari rumah ini. Tahniah kepada cik Syakila ;) Eh, ada contest barulah! Kalau berminat nak join klik link yang ada tadi.

Nak tahu apa 10 barang yang aku teka ada dalam porch beg bro? Rajin-rajinkan tangan kelik sini dengan gembira.

Bab 2

Ingat lagi janji aku nak hapdate tentang jualan murah besar-besaran kedai buku Popular di CS? Hari ini baru aku nak tepek gambar banner yang sempat aku snap masa jalan-jalan semalam.

Hah, nampak tak? Sudah zoom habis ni. Malangnya jualan murah itu telah pun berakhir semalam. Siapa yang tak dapat pergi meh nyanyi sama-sama lagu CT & KD. Hee ;)

Bab 3

Akhirnya aku berjaya mendapatkan twitter badge idaman hati dengan bantuan bro gnesop. Mekasih daun keladi bro sebab bagi aku tutorial itu. Special thanks juga kepada incek lanunsepet kerana sudi feedback untuk soalan cepu emas aku mengenai twitter di blog beliau. Sampai sanggup buat testing post untuk mengesahkan ketepatan maklumat yang diberi. Terharu maks!

Ekceli aku sudah lama bela burung sekor ni tapi tak ghairah langsung nak menggunakannya. Lepas jumpa tutorial auto-feed blogger post ke twitter barulah aku rasa semangat nak berkicau setiap hari. Micro-blogging ni salah satu medium untuk kepoci entri baru. Rugi betul aku tak mulakan dari dulu.

Kesimpulannya, eksperimen aku pada mulanya yang sedikit gagal, setelah dibelek mana yang patut ia berjaya berfungsi seperti yang diharapkan di atas bantuan blogger seperjuangan. Kesian kat aku sebab blogger lain dah berzaman gunakan twitter untuk tujuan suci murni seperti ini. Rasa jahil gila tau. Haha.

Jika ada yang nak sama-sama kepoci di sarang burung R4T, jemput tambah makhluk tuhan paling tak seksi --> Kieyu424. Terima kasih ;)

Bab 4

Semalam aku dengan adik yang bongsu telah keluar berduet untuk menonton Karate Kid. Mengikut itinerary maya aku, mulanya nak ke Tebrau City tetapi terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir sebab limo kuning tak munculkan diri, masa pula sudah semakin suntuk. Jadi kami tukar arah ke CS. Kebaikannya aku dapat snap gambar untuk laporan di bab 2.

Aku tak nak review cerita ini sebab dah ramai blogger tolong review kan. Tapi nak komen sikit, boleh kan? Hee.

"Cerita ni tak best sangat sebab aksi kung-fu tak berapa nak banyak. Jalan cerita lebih tumpukan kepada hal lain. Frust sebab tak dapat tengok Jackie Chan beraksi macam filem-filemnya yang lain" - pandangan peribadi adik aku setelah diubahsuai bahasa secukup rasa.

Yezza, kat sebelah kiri inilah wajah beliau. Geng blogger JB, kalau ada nampak dia buat perkara yang bukan-bukan jangan lupa roger aku ye.

Karate? Kung-fu? Perkara yang sama atau ada beza?
Tolong jawab untuk aku boleh tak. Malas nak gugel. Hee.

Satu hal tentang panggung wayang, rupanya ramai lagi warga Johor yang tak tahu tiket boleh dibeli di tingkat 7. Mereka sanggup bersesak-sesak di bawah padahal kaunter atas lengang, macam tak laku pun ada. Haha. Pada mulanya aku pun hampir terlupa boleh beli kat sana. Nasib baik akal bertindak cepat retrieved balik maklumat. Kalau tidak memang masak nak tunggu turn beli tiket.

Suasana aman dan damai di tingkat 7 Cathay Cineplex, City Square.

Ada satu lagi hal sebelum aku lupa. Masa balik kerja tadi aku naik limo kuning dia ni. Aku berkesempatan snap muka dia terang tang-tang. Ingatkan mahu show-off di R4T tapi nak tanya anda dulu, patut ke tak? Taknak jadi isu je nanti sebab ada blogger kita yang dah terkena. Kekanda kesayangan cakap toksahlah cari pasal. Tapi kalau ada yang request mungkin aku pertimbangkan.

Plan nak tengok LBS free juga terpaksa ditunda ke esok hari sebab cinema sudah full-booked. Malang sungguh nasib.


8 comments:

ardinihumaira said...

whoaaa karate kid! dni teringin nak tengok. sobb sobb...

Kie-Yu nape tak tdo lagi? dni baru bangun tdo jam 1 tadi. sebab lom solat. last2 tak mengantuk. tadi tertido lepas isyak sebab rasa lemah2 badan. ehehe

adie said...

ramai yg cakap karate kid best.aku pun blum layan lagi.tunggu torrent jer.hee..

bro gnesop buat contest lagi.try la kut² bleh menang ke.

gnesop said...

@Mr PenyuBiru - thanks promosi.. :)
nak jawap soalan kungfu dan karate berbeza..
kungfu dr china, karate dr korea/jepun..tah..lupa..huhuhu..
bagus lah entry nih.. 4 in one.. cam dvd 4 in one.. huhuhu

Mrs. Q! said...

@ardinihumaira
heee. moh la tgk dni. dis week ade lg kot kt cinema.

psst..mase dni komen ni Kie-yu da tdo ;)

@Mr Penyubiru
meh layan. best la pd aku bro! tacing pon ade. huhu.

@sop
ouh ye ke? baru tau. tp dlm movie tu jap die mention kung-fu, jap kang sebut karate. konpiuss.

hee. entri bayar utang ni bro. banyak pending update entri lama.

tengkorakemas said...

Maybe pengarah tak amik berat hal kung-fu dan karate tu sedangkan keduanya berbeza.

Karate berasal dari Jepun dan Kung-Fu berasal dari China.

Karate hanya tertumpu kepada satu gaya sedangkan kung-fu mempunyai pelbagai gaya mempertahankan diri. Hasilnya seperti kung-fu shaolin dan wing chun dalam cite Ip Man.

Mrs. Q! said...

@tengkorakemas
woh! penerangan yg sgt jelas
mekasih
aku dah fhm skrg
yeay ;)

Kujie said...

la.... menyesal pula sebab hari Sabtu lepas Intan ajak p Popular...ishhh...dia mmg ahli kelab selalu lepak Popular..

nak beli kamus...isss..beli kamus mahai2 ooo..kot ade Book Fair tu, murah sikit

Mrs. Q! said...

@Kujie
heee. xde rezeki la tu kak jie
kt web Popular ada btau promosi baru
akak try la tgk~