Rahsia Blogger Paling Glamour Bulan Ini | Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, May 4, 2010

Rahsia Blogger Paling Glamour Bulan Ini


Ingat lagi pasal entri ini? Aku ada mention mengenai 2 perkara konon-konon nak didedahkan dalam masa 5 hari waktu bekerja. Tapi...dah lebih 5 hari sebenarnya, maaf. Aku mengalami kekangan masa.

Apakah eksperimen yang aku gembar-gemburkan?

Siapakah orang bertanggungjawab yang membuatkan aku terjebak dengan eksperimen ini?

Semuanya akan terjawab pada entri hari ini dan aku ada beberapa rahsia nak dikongsikan. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri rahsia, jadi teruskan membaca!


Eksperimen Tipah Tertipu

Satu malam ketika merayau-rayau di bloglist Terbaik dari Ladang, aku terjumpa satu entri menarik untuk dieksperimenkan. Entri berunsurkan tips / tutorial blogger ini cukup menyedarkan aku betapa pentingnya tajuk sesebuah entri untuk menarik minat pembaca. Tanpa membuang masa, aku mengorek idea dari akal untuk merealisasikan eksperimen itu. Aku namakannya sebagai Eksperimen Tipah Tertipu versi bermanfaat.

Bagaimana?? Walaupun isi kandungan tidak langsung menceritakan tentang penipuan tetapi sebenarnya aku salurkan idea itu kepada penghargaan dalam bentuk yang berbeza. Aku memilih Geng Blogger sebagai tajuk utama dan kata penariknya adalah 'TIPU'. Sesiapa yang membaca pasti akan tertanya-tanya apakah yang aku cuba sampaikan. Apakah penipuan yang dibuat oleh GB? Dengan hanya 2 perkataan, timbul beribu persoalan yang akhirnya membawa individu itu untuk klik ke entri berkenaan.

Keputusannya, setakat hari ini entri bertarikh 27 April itu mencatat 43 pembacaan. Satu lagi contoh adalah entri yang bertajuk '4 Perkara Punca Blog Kurang Visitor' mendapat 76 pembacaaan. Rekod tersebut tidaklah begitu membanggakan berbanding entri dari blogger-blogger otai yang jauh lebih tinggi jumlahnya. Korang boleh tengok entri-entri yang aku pernah hasilkan dan kurang mendapat sambutan kerana tajuk yang tidak begitu menonjol. Sila picit sini. Nampakkan perbezaannya?

Insan yang Bertanggungjawab

Tepukan gemuruh kepada blogger Ariff Shah kerana memberi idea kepada aku untuk menjalankan eksperimen tersebut. Ada yang meneka Ben Ashaari sebagai orang yang bertanggungjawab tapi malangnya bukan beliau. Takpe, boleh cuba lagi di lain masa.

Terima kasih Ariff Shah kerana sudi berkongsi ilmu mengenai tips & tutorial yang sangat berguna terutama kepada blogger yang baru nak bertatih seperti aku. Bila dah mantap nanti boleh ajak Ariff lumba lari pula. Hehe.


Photobucket

Merasa juga aku di kedudukan top 10 bersama-sama mereka yang hebat



Nasi Tambah:

Alhamdulilah, akhirnya nama aku tersenarai sebagai 'Blogger Paling Glamour Bulan Ini' di GB. Walaupun kedudukan turun naik aku bersyukur kerana masih lagi berada di kelompok itu. Tahniah juga kepada blogger-blogger lain yang turut tersenarai dan berjaya mengekalkan kedudukan untuk tempoh yang panjang.

Aku ada terbaca satu forum bertanyakan bagaimana untuk menjadi popular/glamour di GB. Jika soalan ini diajukan kepada aku, jawapannya adalah usaha eskalator kejayaan! Kalau ada yang minta aku jelaskan dengan lebih lanjut, mungkin akan ada entri khas dari sudut pandang aku untuk mereka.


Ada idea untuk projek pengiklanan di R4T yang direka sendiri.


12 comments:

Ariff Shah said...

bagus2. rajin blogwalking dengan cara yang betul tu sebab boleh popular ;)

KaiZeN SHiNoBi said...

ahaks... congrats... ngee~

BudakHitam said...

tahniah! keep it up

LUKISAN PENA said...

wah..best dapat jadi blogger popular..kena usaha lagi..sbb tak pernah merasa lagi..

Jom makan ketam..

Kie-yu said...

Ariff Shah :
tenx bro! salute kt u~

KaiZeN SHiNoBi, BudakHitam :
macey kaizen. heeee.

LUKISAN PENA :
tenx~ jum kita sama2 usaha!

Kujie said...

kenali 'nilai' diri
dan letak pada tempat 'yang sepatut'nya


faham kot...kena baca berkias2 ni

sophie said...

Ada lak usaha eskalator kejayaan! hehehe.. de tgok entry GB tipu tu..Teruja giler nak baca mula2..Hehehe.. Tahniah dpt blogger glamour!

nabilah_2908 said...

hrumm...mcm tu rupanya..kena guna eskalator eh...hehe...pape pun tahniah..sy belum berkesampatan lagi nak merasa title "blogger glamour" ... blogger friendly pernh la. :)

thnks cz sudi singgah my blog.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
JEALOUS NYER.!!

Shukor said...

salam..tahniah tuan blog. usaha kuat, hasilnya pn mantap :)

Wzulhilmi said...

Congarats untuk kejayaan top 10!! Thanks for the tips too
:)

http://mestarstruck.blogspot.com, Latest Entry :Nak jadi Superstar!!

asmariamy said...

salam, top 10 dah kira ok tu, ramai lagi yang menanti untuk disenaraikan....
kongsi tips rumah tangga, tips anak, nama Islam, aqiaqh dll di: http://edarnnama.blogspot.com

Kie-yu said...

Kujie, sophie, nabilah_2908 :
thanks semua for da support~

Shukor, Wzulhilmi, asmariamy :
thanks a lot ;)