Belog Ohsem: May 2010

Jom selongkar

Monday, May 31, 2010

Dari Blogger Untuk Blogger


Minggu lepas boleh dikatakan minggu rezeki yang melimpah ruah ke ladang gandum untuk R4T. Hee. Hari ini aku nak kongsikan semuanya kepada anda biar kita sama-sama rasa gembira dan terus bersemangat untuk blogging. Bukan nak riak ke apa ok. Sharing is Caring gitu!

Rezeki dari blogger untuk R4T
Pada 21 Mei yang lalu tuan tanah ~Dni & Contest @ Givaway~ telah mengadakan satu cabutan bertuah untuk pengunjung blog beliau dan yang seronoknya, pemenang bertuah itu adalah aku! Berita lanjut klik link ye. Inilah salah satu faedah jika kita blogwalking (BW) dengan ikhlas bukan sekadar nak kejar trafik. BW secara ikhlas maksudnya datang blog orang lain, BACA ENTRI sampai habis, nilaikan dan komen. *Nasihat untuk diri sendiri & kawan-kawan blogger sekalian*

POS LAJU MALAYSIA - Dijamin sampai esok!

Inilah bungkusan yang aku terima pada 24 Mei 2010 lepas. Seronok bukan main bila tengok parcel ini tercongok di meja tulis. Jom buka tengok apa ada di dalam.

Giveaway dengan nota comel. (Encik teddy hanya hiasan semata-mata)

Makcik menang motor! Eh, silap. Aku dapat krim kecantikan 'Absolute Total BB Cream' keluaran Skin79 dari Korea. Jangan terkejut kalau tengok muka aku berubah jadi macam Lisa Surihani nanti. Ecece. Ekceli, produk ini adalah salah satu item yang ada di Dni Wardrobe. Banyak lagi barang best yang ada di sana. Jum usha!

Masa jalan-jalan dengan kekanda di Jusco Tebrau City, aku jumpa satu outlet yang menjual produk kecantikan Skin79. Apa lagi, laju je kaki melangkah masuk dan mata terus terpandang krim yang aku dapat dari giveaway cik Dni. Tanya sama itu jejaka promoter, krim itu dijual dengan harga RM114.00 di situ. Kalau kat Dni Wardrobe baru RM79.00. (Kalau tak silap)

Terima kasih daun keladi ye cik Dni!

Rezeki dari R4T untuk blogger
Ingat lagi tak entri mengenai giveaway R4T? Kalau tak ingat klik sini. Petang tadi aku baru poskan hadiah kepada pemenang. Maaflah cik MISHLOLIPOP & cik Jieda sebab lama menanti ye. Hadiahnya ditempah khas, tu yang makan masa sikit.

Terima kasih POS LAJU MALAYSIA

Nak tau apa isinya? Pujuklah MISHLOLIPOP dan Jieda tunjukkan bila dah sampai nanti. *Statement aku yang lupa nak snap gambar lepas bungkus baru ingat*

Masa tengah wraping hadiah, punyalah syok sendiri sampai keliru mana satu hadiah untuk Tetamu VIP ke 1000 dan Follower ke 100. Kepada pemenang, kalau terima hadiah / wishcard yang salah mintak tolong cepat-cepat inform aku. Harap-harap tak salahlah kan. Maklumlah, pertama kali buat giveaway itu yang ada jakun sikit. Hee.

Hadiah ke 2 iaitu promosi blog mereka secara percuma selama 2 minggu dengan banner yang aku reka khas telah pun berakhir semalam. Banner aku dah bawa turun, kalau MISHLOLIPOP & Jieda nak ambil buat kenangan jangan malu-malu request dari aku.

Giveaway bulan JUN, pencarian Loyal Readers R4T. Pastinya hadiah lebih mengancam untuk giveaway ke-2 ini. Rajin-rajin singgah R4T ok?

Nasi Tambah:
Rezeki dari Nuffnang untuk aku & kekanda

I Nuffang!

Aiseh~ sudah meleret entri aku, jadi biar gambar menceritakan segalanya. Gembira tahap super saiya tatkala membaca e-mail. Aku sertai komen di entri blog nuffnang untuk dapatkan tiket free ini khas untuk kekanda tersayang yang sangat-sangat mahu tengok Amy Search beraksi di konsert. Alhamdulilah, mungkin ini rezeki beliau.

Ouh, terlupa nak masukkan cerita gembira no 2 dari Nuffnang. Aku juga telah dijemput untuk menyertai Break Free Party with DiGi kerana entri ini.

I Nuffang lagi!

Tetapi malangya aku tak dapat nak sertai parti ini. Sedih! Jauh la cik kak nak merantau. Lepas ini aku akan cuba memenuhi segala jemputan dari Nuffnang. Harap₂ Nuffnang buatlah event di Johor pulak. Kesian kat orang Johor ni ha. Hee~

Terima kasih Nuffnang!

Semangat blogging semakin membara. Cewah!



Saturday, May 29, 2010

Akibat Offline Seminggu. Apa yang aku buat?


Gambar culik dan edit di taja oleh [images.google.com]

Berangan nak update blog malam 27 hb seperti yang dikepoci tapi malangnya aku kepenatan menjalankan misi sulit lalu terbongkang. Sudahnya hari ini baru aku update. Haih.

Dalam masa seminggu ini, banyak cerita-ceriti yang nak dikhabarkan. Alhamdulilah, kebanyakannya berita gembira. Yang tak gembira pun ada.

To-do-list a.k.a entri yang bakal muncul di R4T:
  • Dni & Contest @ Giveaway ~ Aku pengunjung bertuah! (24 Mei 2010)
  • Nuffnang menjemput tuan blog R4T ke Break Free DiGi party.
  • Kotak Soal Jawab: Program IMGLAD. Ok ke tak?
  • Tips temuduga: Organisasi badan berkanun di Johor.
  • Cuti-cuti Malaysia di Kota Tinggi Waterfall Resort.

Untuk hari ini aku nak kongsikan akibat tidak menjelajah maya selama seminggu. Ada baik dan buruknya jika offline untuk jangkamasa yang panjang ye kawan-kawan.


Mari mulakan dengan keburukannya. Apa yang aku perhatikan, trafik R4T jatuh menjunam untuk tempoh seminggu ini. Buktinya? Sila tenung graf nuffnang yang aku tepek di bawah. Trafik aku bukanlah hebat mana pun tapi graf ini sebagai rujukan untuk memudahkan penyampaian idea. Jangan salah faham atau fikir bukan-bukan ye. Hee.

Klik untuk saiz besar punya!

Ini adalah hasil dari blogwalking aku untuk minggu lepas. Purata sehari aku dapat 100++ bilangan unique visitor. Sila abaikan tarikh 15, 16 & 18 Mei itu. Hari-hari berkenaan aku tidak menjalankan sesi blogwalking. Rugi betul rasanya. Adeh.

Nampak tak betapa untungnya jika kita rajin menziarahi blog orang lain. Tapi janganlah sekadar melepaskan batuk di tangga. Buat dengan ikhlas sebab perbuatan yang baik akan dibalas baik juga kan.

Selain blogwalking, perkara wajib untuk menarik minat pembaca dan memastikan mereka sentiasa bertandang ke blog adalah rajin update dengan entri-entri yang bukan sahaja menarik tetapi berinformasi. Maksud aku, bukan tak boleh nak cerita mengenai hal peribadi tetapi pastikan ada maklumat berguna yang dapat dikongsi bersama pembaca.

Klik untuk saiz besar punya!

Ini graf untuk statistik minggu ini. Purata 50 unique visitor sehari. Apabila aku bandingkan dengan graf di atas, aku nampak yang 50% daripada pengunjung R4T adalah mereka yang membalas kunjungan daripada sesi blogwalking aku. Yang selebihnya, mungkin dari loyal readers R4T dan pelawat dari search engine seperti Google & Yahoo! Terima kasih kepada mereka yang sudi singgah ye, lebih-lebih lagi kepada loyal readers R4T. Bulan ini aku merancang untuk mencari mereka dan memberi penghargaan dalam bentuk giveaway.

Jika dilihat dari sudut positif, aku dapat belajar bagaimana untuk menjadikan R4T adalah blog-wajib-singgah semua pengguna internet dan blogger-blogger.


Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.



Friday, May 21, 2010

Misi Antara Hidup & Mati.


Mulai hari ini 21 Mei 2010, R4T akan direhatkan selama seminggu kerana aku terlibat dengan satu misi antara hidup dan mati di sekitar Johor Bahru. Oh, tragis betul bunyinya.

Aku akan kembali bertonyeh seperti sediakala pada malam 27 Mei 2010. Ada sesiapa volunteer nak rindu aku? *muka berharap*


Aku amanahkan jiran-jiran sebelah tolong tengok-tengokkan rumah ni. Tak payah siram pokok bunga, bagi makan kucing atau hidupkan suis lampu waktu malam sebab tak wujud pun semua itu di sini. Hee.

Pinta aku cuma satu,

Doakan kejayaan aku. Doa sekarang ye, nanti lupa.
Terima kasih ;)

Pstt..kekanda sudah warning jangan berblog sakan, tumpukan 100% perhatian untuk ini dahulu. Adinda yang soleha menurut perintah!

Misi akan dibongkar di R4T sekiranya aku berjaya. Tunggu..



Thursday, May 20, 2010

Nuffnang 10 Soalan Popular - FAQ [Episod 2]


Sambungan daripada entri ini.

Gambar kutip dari [images.google.com]

6. Saya kehilangan Glitterati Membership.
Glitterati membership hanya akan diberikan kepada blogger yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
i) Menggunakan Nuffnang untuk semua blog yang di daftarkan di 'Blog Manager'.
ii) Semua blog adalah untuk tatapan umum dan sesuai untuk semua peringkat umur.

iii) Tidak menggunakan perkhidmatan dari pesaing Nuffnang.


Kadangkala, blogger yang menggunakan domain sendiri juga menghadapi masalah kehilangan keahlian istimewa ini. Ada ketika mereka offline sehingga beberapa hari dan ini telah melanggar syarat iaitu blogger gagal untuk memaparkan iklan Nuffnang setiap masa. Rugi woh!

7. Berapa lamakah tempoh untuk saya menerima bayaran dari Nuffnang?

Seperti yang tercatat di dalam polisi, Nuffnang akan membuat bayaran pada setiap hujung bulan selepas 30 hari (Glitterati) atau 60 hari (ahli biasa) daripada tarikh permintaan untuk bayaran. Senang cerita, jika anda Glitterati yang membuat permohonan untuk menerima bayaran pada mana-mana tarikh bulan ini (Mei), Nuffnang akan keluarkan cek pada 31 Jun dan dijangkakan akan sampai ke alamat yang didaftarkan pada minggu kedua bulan Julai.

Gambar kutip dari [images.google.com]

8. Bagaimana caranya untuk memasukkan tapak iklan bagi pengguna blogspot?
Untuk menambah iklan 'Large Rectangle'(LR) di antara post entri, sila login ke akaun Blogger.com anda dan cari laman Edit HTML. Tandakan pada 'Expand Widget'. Kemudian cari kod </b:if> dan </b:loop> yang ada di antara satu sama lain. Masukkan kod unit iklan LR di antaranya.


Untuk unit iklan 'Skyscraper' dan 'Leaderboard', anda boleh menggunakan 'Tambah fungsi Gadget' pada tab Layout anda. Pilih HTML / Javascript pilihan dan paste kod HTML ke dalamnya.

9. Saya memiliki sebuah laman forum, bolehkah saya masukkan iklan Nuffnang?
Nuffnang adalah sebuah komuniti pengiklanan blog. Walaubagaimanapun, laman selain blog juga digalakkan untuk menyertai dalam komuniti Nuffnang untuk mendapatkan keuntungan dari pelbagai program yang dianjurkan, dan untuk pengetahuan semua, sebahagian besar pengiklan hanya berminat beriklan pada blog . Sekiranya laman selain blog ingin meletakkan iklan, mereka mungkin menerima bayaran tetapi tidak banyak jumlahnya berbanding blogger.

10. Kenapa analisis graf di akaun Nuffnang saya hilang?
Pengumpul data bilangan pelawat mengambil kira maklumatnya setiap jam dan dipaparkan dalam bentuk graf untuk setiap 1 jam. Sekiranya anda tidak dapat melihat analisis graf, itu bermakna data sedang dikemaskini. Biasanya ia mengambil masa selama 2-3 jam dan kemudian akan muncul semula.

-Tamat-

Ada soalan lain? Tanya terus ke Nuffnang, klik tajuk entri untuk terbang ke kaunter pertanyaan.



Mak, kenapa dia gemuk?


Dah lama tak buat segmen senyum kambing kan? Jom layan comic strip yang agak makan dalam ini:
Klik kasi gedabak untuk belek -
[http://groups.yahoo.com/group/fomat_perak]

Nak salahkan budak kecik itu tak boleh juga, dia baru nak kenal dunia. Nak marahkan mak budak itu pun tak boleh, sebab dia bagitau benda yang betul. Anak dia yang terlebih kreatif agaknya. Tiada siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini sebenarnya. Jadi, kalau tak nak terkena macam mak cik malang tersebut mari sama-sama amalkan tips yang aku nak bagi ini. Baik punyaaa!!

Tips kesihatan hari ini : 5 Langkah Mudah untuk Kikis Lemak
(credit to: Remaja Online)

1. Squash

Sukan terbaik untuk membakar lemak-lemak tepu yang ada. Hanya luangkan masa selama 15 - 20 minit, anda boleh membakar 300 kalori lemak. Masa ini lah anda akan berlari kesana-kemari untuk mengejar bola dan tanpa disedari sudah banyak kalori yang hilang dari tubuh anda. Nak lagi efektif, ajak rakan anda yang arif tentang sukan ini. Bila yang hebat bertemu kurang hebat pastilah anda menjadi mangsa kutip bola. Eh, jangan merungut. Nak kurus ke tak?

2. Lari di tempat yang tidak rata

Carilah kawasan yang berbatu dan berumput untuk menjadi trek larian anda. Ini kerana, anda akan menggunakan stamina yang banyak untuk meredah halangan-halangan tersebut. Kesukaran ini akan membantu anda membakar lemak dengan lebih cepat. Lakukan selama 30 minit dan anda akan hilang 300 kalori lemak dengan sekelip mata. Ting!


Gambar ihsan dari [images.google.com]

3. Stepper

Bagi anda yang ada alatan ini sudah pasti boleh menggunakannya namun ia agak lambat sedikit untuk menurunkan kalori. Seperti naik tangga, tangan kurang bergerak kecualilah anda melepaskan tangan. Itu akan menambahkan sedikit kesukaran ketika menggunakan alat ini. Untuk mencapai 300 kalori dalam 30 minit, anda harus mengatur alat pada tahap kelajuan 5. Pertahankan tahap kelajuan tersebut hingga selesai. Sekiranya terasa penat perlahankan langkah anda.

4. Berenang

Jika anda berenang, ini bermakna seluruh otot tubuh telah bersenam secara automatiknya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, complete! Luangkan masa 20 minit non-stop dengan gaya renang yang berbeza untuk membakar 300 kalori lemak. Seronok pun seronok.

Gambar ihsan dari [images.google.com]

5. Lompat tali

Aktiviti paling mudah, tanpa kos yang tinggi, boleh dilakukan bila-bila masa di mana sahaja. Hanya 15 minit diperlukan untuk membakar 300 kalori dengan syarat kelajuan lompatan adalah sama. Jangan main tipu ya.

Okeh, cuba amalkan yang lima ini. Jika dilakukan selalu dan bersungguh-sungguh, anda tidak perlu membeli produk pelansingan badan. Simpan je duit untuk apa-apa yang patut di masa depan. (eh, macam bunyi pantun la pulak)


Mari bersenam ramai-ramai. Badan sihat, minda cergas. - Pesanan Kerajaan Malaysia



Wednesday, May 19, 2010

Why Smartphones can be Dumbphones


Ada apa dengan smartphones? Eh, mestilah macam-macam ada. Dah nama pun 'smart'kan. Zaman sekarang ni, pelbagai model sudah berada di pasaran. Dari yang berjenama Blackberry (oh! mengancam) sehinggalah ke jenama Blueberry. (ada juga kan?)

Jadi semua orang berlumba-lumba nak memiliki segala macam jenis telefon pintar yang ada. Mahal belakang cerita yang penting tangan sudah menggenggamnya. Terlintas satu pepatah, 'Biar papa asal bergaya'. Biasalah tu kan. Okeh, misi mendapatkan telefon pintar telah pun berjaya. Hasil ikat perut berbulan-bulan sudah menampakkan hasil tapi terasa masih ada kekurangan. Apa agaknya ye?

Smartphones idaman hati setiap insan -
[http://digi.nuffnang.com.my/2010/05/10/break-free-with-digi/]

KES 1
Dalam kocek seluar ada smartphone tapi masih lagi mencari PC / laptop untuk membalas email, bersosial di Facebook, menghantar khabar di Twitter. Tak tahu rupanya telefon kesayangan itu boleh buat segalanya hanya di atas tapak tangan. Kasihan.

Berat nih. Smartphone dah jadi Dumbphone!


Gambar hiasan - [images.google.com]

KES 2
Seminggu pakai smartphone memang tak menang tangan. Mata liar mencari function yang ada pada telefon. Oh, Terlalu banyak keistimewaan yang dijumpai. Seronok!

Orang kata, guna smartphone boleh update status di FB / Twitter, boleh layari youtube, boleh cari maklumat di encik google. Lama-lama mula jadi serba tak kena, bil bulan ini melambung sampai ke langit. Tak larat nak capai dah. Aduh, nak kena ikat perut lagi ke. Akhirnya telefon yang bermacam-macam function kembali menjadi telefon bimbit biasa.

Sangat sesuai dengan tajuk entri. Ohlalala~


KES 3

Setiap bulan berhabis beratus ringgit untuk membayar bil telefon bimbit. Sampai satu tahap nak tukar kepada talian yang lebih menjimatkan. Jalan-jalan di pasaraya bertembung dengan promoter dari syarikat telekomunikasi yang menawarkan macam-macam pelan pascabayar sampai pening nak pilih mana satu.


Jadi, inilah masanya untuk mencari pilihan yang lebih bijak! Tak perlu pening kepala atau berhempas pulas memikirkan mana satu yang baik sebab yang satu ini memang terbaik!

Jangan cakap banyak lagi, jum bertukar ke
DG Smart Plan dan selesai semua masalah. Dengan serendah RM68 sebulan anda boleh menggunakan internet tanpa had dan terokai potensi yang ada pada smartphone anda tanpa was-was. Untuk maklumat lanjut tentang pelan pintar ini, sila klik link ok!

Klik bagi gedabak! - [DG Smart Plan]

Oh! ada satu berita baik. Nak sertai DiGi Break Free Party? Take note info ini:
Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)
Masa: 6ptg – 10mlm
Tempat: Ecoba, Lot No. B-G-02, Level 1 Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8a Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya (Sila klik sini untuk pelan lokasi)


Break free with DiGi!! -
[http://digi.nuffnang.com.my/2010/05/10/break-free-with-digi/]

Entri ini khas untuk menyertai promosi DiGi Break Free di Nuffnang.com.my.



Up trafik cara baru. Mesti cuba!


Nak cuba cara baru untuk up traffic blog anda? Meh sini aku tunjukkan. Cepat, mudah enak senang nak buat. Aku dapat entri ni dari Hanz.

1. Buat satu entri seperti ini, atau copy+paste yang ini pun boleh dong. Kemudian tepek tajuk yang menarik.

2. Anda cuma perlu meletakkan Link URL di bawah untuk entri yang anda buat dalam blog anda. Takmoh pandai-pandai tambah URL orang lain ye.





14. Blog Hanz

15. Rumah 4 Tingkat


PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan Link URL ke entri blog anda, hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang no.3 jadi no.2, yang no.4 jadi no.3 dan seterusnya.

3. Kemudian masukkan link anda di turutan bawah sekali. (No.15)

4. Ingat! Jangan ubah turutan link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Jika posisi anda pada..
Posisi no.15, jumlah backlink = 1

Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Selamat mencuba!!!



Tuesday, May 18, 2010

Geng Blogger punca R4T jadi begini!


Semalam, 17 Mei 2010 adalah hari jadi R4T yang ke-1 bulan. (cheh! ingatkan dah 10 tahun) Jadi, selamat ulang bulan Rumah 4 Tingkat! Sayang anda ketat-ketat.


17 April - 17 Mei 2010, dalam jangkamasa yang singkat ini macam-macam perkara yang telah dilalui oleh R4T. Walaupun baru sebulan jagung, tidak melampau kalau aku katakan sudah nampak banyak peningkatan dan berita gembira yang aku terima sepanjang tempoh ini. Jum sama-sama kite recap.

Yang terlatest, aku dah renovate R4T menjadi seperti yang sekarang ini. Alah! rugi tak print screen wajah lama, sentimental value tu. Sangat-amat-terlalu menyesal gila. (sob..sob..sob) Oh ye, ok tak template baru ni? Dalam banyak-banyak blogger yang lalu-lalang, seekor seorang ini sahaja yang menyapa aku mengenai template baru. Memetik kata-kata beliau di peti surat R4T:

"bila tukar template nih?x perasan lak...nice :-)" - sedara Belalang

Selain daripada publish entri dan blogwalking, ada projek yang aku usahakan di R4T. Projek yang pernah menapak antaranya:

Iklaneka di R4T.
Aku wujudkan ruang khas iklan dan sudah pun blogwalking untuk tujuan promosi produk/servis daripada blogger lain. Siapa berminat nak tepek iklan di sini boleh klik di tab Iklaneka kat atas atau klik terus di kotak IKLANEKA untuk maklumat lanjut.

Icon

Anda boleh iklankan shawl, servis grafik buat banner/header, pensel picit-picit berjenama, kalkulator, sempoa, semua pun bolehlah. Design iklan percuma lagi tau. Apalagi, contact-contact la aku kalau nak deal business ye. Berbaloi-baloi!

Giveaway pertama untuk Pelawat VIP ke-1000 dan follower ke-100 R4T.
Seperti yang sedia maklum ada 2 orang blogger bertuah yang telah terpilih secara automatiknya. Tahniah sekali lagi MISH LOLIPOP dan Jieda! Habuan yang diterima salah satunya boleh dilihat kat atas sinun, promosi blog selama 2 minggu dan banner tersebut aku reka khas untuk mereka sebagai tanda penghargaan.

Enter Giveaway Pictures, Images and Photos

Aku sangat gembira sebab tidak sampai sebulan R4T mampu mencari unique visitor sehingga ke angka 1000 dan follower mencecah ke 100 orang. Mungkin ada yang berkata dalam hati..alah, bukan hebat sangat pun! Eh, bukan anda tapi sipolan-sipolan yang busuk hati dengan kejayaan orang lain. Bukan anda kan? Pada aku ini adalah pencapaian terbaik peribadi sebab sebelum ini aku pernah berblogging tetapi tidak mendapat sambutan seperti yang aku terima sekarang.

Ini semua adalah kerana anda yang sedang membaca entri ini, tetamu VIP Rumah 4 Tingkat yang mungkin baru sekali menjengah ke sini ataupun yang setia menyinggah setiap hari. Sekalung penghargaan kepada blogger yang turut menyenaraikan R4T di blog roll mereka. Aku tak pernah menyuruh atau memaksa mana-mana blogger untuk letak link aku sebab itu bukan satu-satunya cara nak cari trafik.

Err..apa lagi ye? Kalau tadi sudah cerita mengenai dari aku untuk blogger, ini pula ceriti dari blogger untuk aku.

Salah satunya, aku ada menyertai 2 contest dari blogger lain seperti Contest membuat header untuk Kaizen dan Contest 'Aku dan Makanan Itu'. Siapa yang belum join klik cepat!

dan last but not least..

Penangan dari Geng Blogger yang SANGAT membantu memperkenalkan aku dengan blogger-blogger lain. Hari ini aku akan reveal rahsia bagaimana aku blogwalking sempena hari bersejarah R4T.

Pertama sekali, aku akan go through blogroll 'Terbaik dari Ladang' dan 'Mesti Singgah'. Mereka adalah yang terpilih dan telah memenuhi citarasa aku untuk membacanya. Setiap seorang ada keistimewaan yang membuatkan aku jadikan contoh terbaik untuk berblogging.

Kemudian, aku akan login ke GB dan go through 20 entri pertama yang diping di sana mengikut waktu blogwalking aku. Biasanya aku akan blogwalking pada tengah hari (lunch time) dan malam.

Yang pastinya, aku akan komen entri di blog tersebut. Sekiranya tak dapat komen dari aku mungkin entri kurang menarik ataupun aku kekurangan masa untuk membaca keseluruhan entri. Maaf ya! Tetapi jangan risau, aku akan tinggalkan jejak di 'shoutbox' sebagai tanda sokongan.

Photobucket

Ouh, ada lagi satu lagi berita gembira. Bertuahnya aku kerana tersenarai sebagai salah seorang 'Blogger Popular Bulan Ini' di GB. Penghargaan ini membuatkan semangat aku untuk berblogging berkobar-kobar.


Photobucket

Kesimpulannya, semua perkara ini menaikkan semangat aku untuk terus berblogging. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua yang menyokong tak lupa juga kepada mereka yang menegur demi kebaikan R4T.

Entri sayang-menyayang dibawa khas untuk anda dari pejabat aku. Hee.



Monday, May 17, 2010

Entri Berbau Wang. Gambar Separa Lucah [Episod 3]


Entri ini adalah kesinambungan kepada entri Episod 1 dan Episod 2. Untuk episod 3 aku ingin berkongsi cerita-ceriti mengenai majlis 4 in 1 yang diadakan di rumah kekanda semalam (Ahad - 16 Mei 2010). Jangan risau, tiada lagi gambar separa lucah dalam entri. Nama pun kesinambungan, jadi tajuk mestilah sama cuma tambah episod dibelakang. Ayat agak tunggang terbalik tetapi boleh fahamkan? Bagus!

Eh, sekejap. Seperti yang dijanjikan pada episod 2, aku akan tunjukkan rupa bentuk stokin Nanostar yang dihadiahkan kepada bakal mak ehem-ehem aku.

Energy Socks - Nanostar

Hadiah istimewa sempena Hari Ibu

Setelah menerima hadiah ini, mak kekanda terus menyarungkan stokin tersebut untuk sesi pandu uji test power. Harap-harap pemberian tidak seberapa ini dapat mengurangkan sakit kaki yang ditanggung olehnya.

Sesi makan-makan tersebut membuatkan aku kenyang sehingga ke saat aku menaip entri yang anda sedang baca sekarang. Ouh, rezeki melimpah ruah sampaikan bertingkat-tingkat tupperware berisi makanan aku bawa pulang.

Sepatutnya ada 2 keluarga lain yang turut sama tetapi keadaan tidak mengizinkan. Walaupun begitu, rumah tetap meriah dengan riuh rendah anak-anak sedara kekanda yang comel loteh. *aku terasa macam sedang mengarang karangan untuk kertas Bahasa Melayu*

17052010
Selamat Hari Ibu & Selamat Ulang Tahun.

Kek hari ini ditaja oleh kekanda - Mud Chocolate Cheese Cake dari Secret Recipe. Sedap hingga menjilat pinggan jari. Oleh kerana saiz perut yang tidak begitu gedabak, aku tak mampu untuk merasa semua makanan yang ada seperti dalam gambar di atas. Oh, ruginya..


Entri makan-makan ini ditaja oleh kekanda & keluarga.



Sunday, May 16, 2010

Konsert Double -Trouble Search & Wings di JB!! [Updated]


Baru lepas cotcet-cotcet dengan kekanda mengenai Konsert Double-Trouble Search & Wings. Kekanda frust gila tak dapat tengok konsert tersebut di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort pada 1 Mei lepas.

Tetapi...

Alangkah bahagianya apabila kawan baik beliau bagitau ada lagi chance nak pergi ke konsert itu. Aku pun apa lagi, cepat-cepat minta bantuan encik gugel mencari maklumat dan jumpa! Kredit kepada laman web ini. Mari baca! Ini adalah berita baik punyaaa untuk warga Johor sekalian.

Kidnap dari - [http://www.1malaysiaticket.com/]

Siri Kedua Konsert Double Trouble Search & Wings
Tarikh : 5 Jun 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8:45 malam
Tempat : Stadium Larkin, Johor Bahru a.k.a Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos (klik sini untuk mendapatkan lokasi / peta)
Harga tiket : RM70

Kepada peminat Search & Wings, cepat tempah tiket anda sebelum semuanya sold out. Tiket mestilah macam goreng pisang panas. Kalau tak dapat rugi woh! Macam mana nak dapatkan tiket konsert? Ada dua cara yang boleh dipilih.

1. Bayaran secara tunai (Updated list)
Anda boleh dapatkannya di agen-agen yang dilantik seperti berikut:

ZIG ZAG (Rock Station)
G4A, Pandan City, Kangkar Tebrau
81100 Johor Bahru
Latif Abdullah - 016-744 5049 / 07-334 8611

ZEPPELIN EXPRESS - Pasir Gudang
Rock - 019-717 2124 / 012-260 9197

L.C Catering
No 340 Jalan Balau 1
(Jalan Tebrau) Taman Melodies Johor Bharu
Hazi Zaimi - 012-770 8606

Kedai VCD / Pasar Borong JB
Jalan Tebrau Johor Bahru
Iskandar - 017-776 6382

Diva Karaoke Club Bistro
Taman Suria & Bandar Seri Alam Johor Bahru
Fauzi - 012-785 4246

Emage Mobile Centre
No. 7, Jalan Masjid
Kg. Melayu Majidee
Hazhar Mohamed - 019-777 1111

Music Valley
Angsana Johor Bahru
Cik Tyta - 017-235 7895

Triadhipa Jaya Cargo Ent.
No. P8, Tampoi Mart PTD 90667, Jln Dato Toh Ah Boon
Kg. Baru Tampoi, 81200 Johor
Mas Auto - 016-742 8434

RETRO CAFE
No. 14, Jalan Tampoi 5
81100 Johor Bahru
En. Ishak Ahmad - 019-717 8181

DUA SUARA

1) GL 39, Plaza Kota Tinggi
Jln Tun Sri Lanang
Kota Tinggi, Joho
Tel - 07-883 2212

2) S23 KIPMART
Kota Tinggi
Jln Maju Kota Tinggi, Johor
En. Agus Syakir Adnan - 016-726 2525

BANAFEE VILAGE REST
9022 Jalan Dato Abullah Tahir
80300 JB
Mimi - 017-7978560

*dipetik dari website 1 Malaysia Ticket.com.

2. Bayaran secara online
Boleh juga beli tiket di laman web ini. Klik link untuk maklumat lanjut.


Akhirnya tercapai hasrat kekanda nak tengok Search pujaan hati beraksi di depan mata.

Updated ~ 30 Mei 2010 @ 11:28 p.m.

Berita gembira untuk warga Johor sekalian, tiket untuk konsert sudahpun mula dijual. Kawan aku baru sahaja melayang-layangkan tiket yang baru dibelinya tadi di depan mata. Ini tak boleh jadi. Malam esok nak ajak kekanda sauk sebelum habis.

Moh kita serang Music Valley, Angsana dan agen-agen yang terpilih untuk mendapatkan tiket!

Updated ~ 9 Jun 2010 @ 8:38 a.m.
Anda cari review Konsert DT2? Klik sini. Tq ;)



Saturday, May 15, 2010

Nuffnang: 10 Soalan Popular (FAQ)


Hari ini datang mood bersiar-siar di blog Nuffnang. Aku sengaja ke sana untuk mencari maklumat mengenai buffered earning. Lately banyak blogger yang bercerita mengenainya dan ada yang bersedih hati sebab iklan nuffnang tidak juga muncul-muncul di blog mereka.

Jadi, aku nak kongsikan penemuan ini bersama nuffnangersbloggers sekalian. Sebenarnya entri ini dalam Bahasa Inggeris, jadi aku translate ke Bahasa Melayu. Tapi tak semualah, hanya part yang mana aku faham dan aku rasa sangat sesuai untuk dikongsikan bersama anda. Kalau nak tengok entri original atau nak tanya soalan lain berkaitan nuffnang sila klik tajuk entri ini diatas sinun ye~

nuffnang logo Pictures, Images and Photos

Mari teruskan dengan top 10 soalan-selalu-ditanya a.k.a FAQ di Nuffang.com.my:

1. Bagaimana saya boleh mendapat manfaat dari segi kewangan melalui Nuffnang?
Anda akan mendapat bayaran melalui ruang iklan yang terdapat di blog masing-masing dan disewa oleh pengiklan (advertiser) di bawah kempen yang ditawarkan oleh Nuffnang. Secara umumnya ada 2 jenis kempen iklan iaitu:

a) Kempen mCPM - Blogger dibayar berdasarkan jumlah tayangan unik iklan yang disewakan di blog anda. Semua blog yang berdaftar telah memenuhi syarat untuk kempen mCPM secara automatik. Pengiklan akan memilih blog yang mereka ingin beriklan berdasarkan kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca dari blog, bilangan unit iklan, keahlian eksklusif dan gaya penulisan blogger. Kebiasaanya, blog baru adalah susah untuk mendapat kempen ini kerana pengiklan masih belum yakin dengan mereka.

b) Kempen CPC - Blogger dibayar berdasarkan jumlah klik unik yang berdaftar di dalam unit iklan yang memaparkan iklan. Blogger boleh memilih untuk memaparkan kempen CPC dengan memilih 'Papar Iklan Global CPC' sebagai iklan pilihan mereka menerusi 'Blog Manager' di akaun nuffnang.

2. Adakah blogger dibayar berdasarkan bilangan klik daripada pengunjung semata-mata?
Tidak. Kempen CPC adalah salah satu dari 2 kempen iklan yang ditawarkan. Semua blog yang berdaftar telah memenuhi syarat untuk menerima kempen mCPM tetapi mereka harus menepati syarat yang telah ditetapkan.

3. Bagaimanakan Nuffnang mendefinisikan penempatan iklan yang baik dan sebaliknya?
Unit iklan 'Skyscraper' mestilah menjadi elemen utama dari sidebar anda atau sekurang-kurangnya kelihatan ketika blog anda dipaparkan tanpa perlu 'scroll down'. Manakala, unit iklan 'Leaderboard' sebaik-baiknya diletakkan di bawah header blog. Jika tidak kelihatan, tapak iklan akan dianggap sebagai penempatan iklan yang kurang strategik. Akhir sekali, unit iklan 'Large Rectangle' harus ditempatkan tepat selepas posting terakhir di blog anda, atau mana sahaja yang lebih tinggi untuk memenuhi kelayakan sebagai penempatan iklan yang baik.

4. Mengapa iklan saya hanya kelihatan (wake-up) pada lewat malam dan hilang (sleeping) pada siang hari?
Hakikatnya, iklan Nuffnang tidak 'tidur' dan 'bangun' tapi hanya dilakukan mengikut peruntukan daripada kempen dan perilaku pengunjung ke blog. Sebagai contoh, pengiklan menyewa tapak di blog anda dengan sasaran 700 tayangan unik (unique visitor) dalam masa 7 hari. Ini bermakna, 100 tayangan unik untuk sehari. Bermula dari jam 12 tengah malam, tayangan unik akan bermula kiraannya sehinggalah kuota untuk hari tersebut tamat dan selepas itu, iklan tidak lagi kelihatan di blog tersebut.

5. Bolehkah saya klik untuk iklan yang muncul di blog saya sendiri?
Pengiklan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memasarkan produk/servis mereka. Oleh sebab itu, pastikan anda betul-betul berminat dengan produk/servis sebelum klik untuk iklan tersebut. Jika terdapat aktiviti klik berulang kali dan meragukan, blogger akan diberi amaran dan sekiranya masih berulang, akaun blogger tersebut mungkin akan diban atau disita serta merta. Sesiapa yang tertangkap dengan aktiviti salah laku klik iklan atau dikenali sebagai 'fraud click', meraka mungkin dikenakan tindakan yang sewajarnya.


Bersambung...[Episod 2]



Friday, May 14, 2010

Ada orang nak culik tukang intip R4T


Baru sahaja selesai sesi melawat cik 'Kotak Soal Jawab'. Ouh, profile formspring aku sangat tidak menarik. Belum terbuka hati nak make-up kan beliau. Tunggulah mood datang nanti, siaplah! Aku lebih teruja nak touch-up R4T kesayangan ini. Hee.

Sudah lama tak login akaun formspring, tak sangka ada yang sudi tinggalkan soalan rupanya. Terima kasih daun keladi ye~ Soalan yang ada tidaklah sampai beribu-ribu lemon pun. Hari ini aku hendak menjawab 1 soalan daripada Tuan Puteri Eryna kita ini. Klik jangan tak klik.

Kembali ke cerita asal, salah satu soalan yang tertepek di kotak soal jawab itu berbunyi: (eh, ada bunyi ke?)

Photobucket

Ekceli, banyak widget yang boleh diaplikasikan tapi aku nak kurangkan budget masa loading blog, jadi buat yang simple sahaja. Nampaknya, yang simple juga menjadi pilihan anda ye. Heee. Mari kita tengok cara-cara membuat Pengintip Blog yang berkelip-kelip:

1. Macam biasa, pergi ke DASHBOARD - LAYOUT - PAGE ELEMENTS

2. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih tambah satu widget HTML. Letak tajuk yang anda rasa syok.

3. Seterusnya, sila copy+paste kod dalam kotak di bawah ke widget HTML yang anda buat tadi.


4. Akhir sekali, picit dengan senang hati: SAVE SETTING. Ini pun langkah penting tau. Kalau tak save mana nak menjadi.

Okeh, sudah selesai. Mahu tengok contoh? Sila jeling ke sidebar kanan anda di ruangan 'Pengintip Tegar'. Diharap entri ini telah pun menjawab persoalan blogger yang menanyakan soalan.

Ada soalan lain? R4T sedia membantu!



Thursday, May 13, 2010

Tidur Seranjang dengan Suami Orang


Huh. Malas aku nak cerita panjang-panjang. Korang baca dan nilailah sendiri~


Lovin Pictures, Images and Photos
Gambar hiasan kutip dari [baldifoto.com]

Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu syarikat konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada syarikat tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.

Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi, nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna, paras yang cantik, fikiran matang serta bijak, berpewatakan ceria & suka tersenyum.


Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayangi Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakin jatuh hati kepada Andy.


Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional
di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuri urusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh negara. Inilah ceritanya.


Professional Woman Pictures, Images and Photos
Gambar hiasan kutip dari [baldifoto.com]

Untuk memudahkan pergerakan, mereka menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth, Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khas untuk kepentingan klien.


Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 bilik tetapi kerana hanya ada 1 bilik maka dia meminta pendapat Ema. Oleh kerana terlalu penat Ema setuju untuk sebilik dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan keadaan darurat tersebut!)


Ema berasa panas, maka Andy membuka tingkap bilik. Masalahnya, bilik tersebut hanya memiliki 1 katil berukuran panjang dan tidak memiliki kerusi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan-bukan.


Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diminatinya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katil yang kecil.


Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui tingkap membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:

"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong tutupkan tingkap?"

Andy tidak menjawab dan Ema berfikir Andy sudah tertidur
sehingga dia bersuara lagi:
"Abg Andy..."

Kali ini Andy menjawab:

"Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Photobucket
Gambar hiasan kutip dari [baldifoto.com]

Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya berasa gemuruh
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
"Maksud abg Andy?"

Jeng..jeng..jeng..

*
*
*
*
*
*
*

"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"


Wah, wah,wah...tekun baca nmpak... Tension kan . Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat.



Sekali-sekala nak ajak anda bergelak ketawa sama-sama. Jangan marah!