Konsert Jom Heboh - [http://images.google.com]
Mentang-mentang Jom Heboh di Danga Bay, yang kat sini pun sama naik. Entah rumah mana yang berkaraoke tak ingat ni. Yang bikin hangat, berkumandang lagu-lagu Indonesia ok. Halo sedara, ni tanah tumpah darah aku & kau jugak, Malaysia! (tiba-tiba bersemangat patriotik). Aku agak diaorang ni tengah berlatih untuk menjadi DJ kenduri kahwin esok kot? Ataupun baru beli set karaoke di jualan murah Courth Mammoth. Boleh jadi jugakan. Biarkanlah, asalkan mereka bahagia.
Seperti yang disebut di perenggan atas, minggu ini (bertarikh 24-25 April) Jom Heboh (JH) 2010 berkampung di Danga Bay, Johor Bahru. Yang peliknya, kali ini macam kurang promosi. Aku lalu-lalang kat Danga Bay beberapa hari lepas, sebijik banner pun tak nampak. Gugel kat internet nak cari info pun tak banyak. Mungkin heboh-heboh kat TV sudah memadai sebab event ni fofular & sudah jadi rutin kat Malaysia. Semua orang macam alert lepas ni turn negeri mana. Aku je yang tak alert, mungkin kurang minat menonton tv.
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, karnival JH dah masuk tahun ke-8. Kalau nak dibandingkan dengan umur seorang kanak-kanak, dia dah boleh berlari kesana-sini. Boleh kata gah juga nama JH ini. JH 2010 bermula di Stadium Bukit Jalil kemudian buat pertama kalinya di Kelantan, disusuli pula di negeri bertuah aku ni, Johor. Apa yang menarik ada desas-desus mengatakan format JH 2010 yang baru akan diteruskan di Johor Bahru.

Melalui misi mencari maklumat aku sebelum ini, kelainan yang kita dapat lihat adalah pada logo JH yang diletakkan tulisan jawi. Menarik kan. Pendekatan ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada remaja kita zaman ini yang kurang didedahkan kepada tulisan jawi. Datang JH jangan lupa suruh pasangan masing-masing baca tulisan jawi tu ye. Hehe.
Selain itu, artis-artis jemputan untuk konsert JH adalah dikalangan lelaki sahaja. Anda tak kan nampak Siti Nurhaliza, Stacy, Mila atau yang seangkatan dengannya. Ya! tiada lagi artis wanita.Tak dapatlah jejaka-jejaka mencuci mata melihat pakaian seksi segelintir artis wanita kita. Ops. Off-record. Boleh jadi kontroversi ni. Walaupun hanya artis lelaki beraksi di pentas, konsert tersebut tetap meriah dan menghiburkan. Konsert mana yang tak menghiburkan ye tak?
Pada malam konsert, satu lagi perubahan dapat dilihat di mana pengunjung akan diasingkan mengikut 3 kategori iaitu individu lelaki, individu wanita dan berkeluarga. Wah, dah macam kategori pertandingan sukaneka Hari Keluarga pula. Atau aku guna perkataan yang tak sesuai. (Kategori?) Mengikut pengamatan blogger-blogger Kelantan, sambutan sangat menggalakkan walaupun berwajah baru. Mungkin sebab ini kali pertama jadi mereka terima sahaja apa pun perubahan. Ini hanya pendapat peribadi aku.
Selain itu, artis-artis jemputan untuk konsert JH adalah dikalangan lelaki sahaja. Anda tak kan nampak Siti Nurhaliza, Stacy, Mila atau yang seangkatan dengannya. Ya! tiada lagi artis wanita.
Pada malam konsert, satu lagi perubahan dapat dilihat di mana pengunjung akan diasingkan mengikut 3 kategori iaitu individu lelaki, individu wanita dan berkeluarga. Wah, dah macam kategori pertandingan sukaneka Hari Keluarga pula. Atau aku guna perkataan yang tak sesuai. (Kategori?) Mengikut pengamatan blogger-blogger Kelantan, sambutan sangat menggalakkan walaupun berwajah baru. Mungkin sebab ini kali pertama jadi mereka terima sahaja apa pun perubahan. Ini hanya pendapat peribadi aku.
Tak sabar nak tengok macam mana sambutan orang JB kalau betul format ini diteruskan. Sama-sama kita nantikan lintas langsung dari Rumah 4 Tingkat. Zasss~
Updated ~ 1 Mei 2010 @ 1:08 p.m.
Hoh, boleh lupa pulak janji nak kepoh-kepoh pasal Jom Heboh JB. Secara kasarnya, JH di Johor Bahru diadakan seperti tahun lepas, tidak mengikut format di Kelantan. Maka terjawablah teka-teki yang lalu ye.
Konsert pada malam itu turut diserikan dengan penyanyi wanita dan tiada pengasingan kawasan bagi penonton. Aku tak pergi pun konsert malam tu, tapi dengar cerita daripada orang-orang yang pergi. Kalau dia orang tipu, maknanya
aku pun tipulah! Hehe.
Lagi satu, penaja pun macam tak ramai kali ni. Pentas konsert Hotlink yang gah itu sudah bertukar jadi pentas penyampaian hadiah di sekolah. Kenapa ya? Jum kita tanya orang-orang Maxis.

13 comments:
heboh jgn x heboh...
kalau tukar format and kurangnya prob sosial bagus ler...
;->
belalang hijau :
betul tu incek belalang hijau :)
ad prubahn bru...
dh lme xg jomhebohhh. (:
thegadis | N :
jum pegi @ JB. besh!
if btol,
bgus la ..
huhu
mohdhaiqal :
yup~ setuju!
wahh..baguslah buat perubahan camtuu~~
kurang sket maksiat..insyaAllah
saye sokong!!^^
aisyah ^^ :
betul3 :)
Tukar la format macam mana pun. Kalau dah nak buat maksiat tu tak kira kat mana-mana pun bole. Kat atas moto pun jadi.
Tapi takpe la, sekurang-kurangnya pihak penganjur dah cuba untuk mencegahnya. Mungkin buat aktiviti yang lebih kepada kearah kekeluargaan lepas ni.
Sylarius :
pandangan yg bernas ;)
huhu..jom heboh@sure heboh..penah pi skali je. tu pn dh kepanasan, tambh lgi ngan sesak ngan manusia2..yg free gift amik, pastu trus blik. ~
huhu. saya juga penah pergi JH sekali je.
masa tahun first. kira baby JH lagi.
tu pun sebab ikut kak ipar bokak booth kat situ.
btw, sgt suka format baru cmni. xdelah nmpk laki pmuan terkinja2 macam dah jadi hak milik kekal :)
Shukor :
betul. lama-lama boleh lemas dlm lautan manusia~
natsumiDyla :
ouh. ye ke. masa tu still nama sure heboh la kan.
Post a Comment