Heee. Dah buleh update via email *sengih lebar punyaaaaa* Jom jom tengok hidung masing-masing ada hok mana satu. Belek jangan tak belek!
Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Ayuh tinjau, peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.
Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja 'mencari pasal' dengan mereka yang berhidung panjang.
Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.
Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.
Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha... bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi...
Hidung paruh burung :
"Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!" Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha... jangan tak tahu... mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.
Bersambung...

--
kalau pandai meh teka hidung aku yang mana satu? Hee :P
1 comment:
hidung last tu yunk..hidung paruh burung kot..hahahahaaa..
contest yg terpilih ialah---> : sini
Post a Comment