Jemputan Khas | Belog Ohsem

Jom selongkar

Friday, June 17, 2011

Jemputan Khas


Haaaaa mulalah pikir kelaut memasing yek. Kemain eksaited lagi sampai nak telan kibod nuu *tiba-tiba* Ekceli bukan jemputan kahwin daaa tapi.. meh baca meh:





Saudara/Saudari,

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dengan berbesar hati ingin menjemput mereka yang telah menyertai Program Latihan Pembangunan Modal Insan (tahun 2009 dan 2010) untuk menghadiri ke majlis Alumni Program Latihan Pembangunan Modal Insan yang julung kalinya diadakan di dalam wilayah Iskandar Malaysia. Majlis ini bertujuan untuk :

· Menubuhkan “Iskandar Malaysia Talent Development Program Alumni”

· Mengenalpasti status pekerjaan sekarang

· Mendapat maklum balas daripada para peserta sekaligus mencari penyelesaian untuk sebarang masalah yang diutarakan

Maklumat berkaitan majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)

Masa : 9.30 pg - 12.00 t/hari

Lokasi : Bilik 302, Tingkat 1, PERSADA Convention Center, Johor Bahru

Agenda Program

Waktu

Program

09.30 pg

Ketibaan ahli Alumni Program Latihan Pembangunan Modal Insan

10.00 pg

Kata- kata Aluan daripada Pengerusi Majlis

10.15 pg

Ucapan daripada En Nor Hisham Hussein, Naib Presiden Kanan, Jabatan Pembangunan Sosial

11.00 pg

Sesi soal jawab

12.00 t/hari

Bersurai dan lawatan ke KEPAK

Sila hebahkan jemputan ini kepada rakan-rakan yang pernah mengikuti Program Latihan Pembangunan Modal Insan Iskandar Malaysia bagi memeriahkan majlis ini.

Semoga dengan kehadiran saudara/ saudari mampu membantu dan memastikan kejayaan penubuhan Alumni ini. Sila beri maklumbalas melalui emel sebelum atau pada 22 Jun 2011 (Rabu).

Pada masa yang sama, majlis ini turut diadakan bersempena dengan program Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011 (KEPAK 2011) yang akan diadakan di Persada dari 23 - 26 Jun 2011. Karnival ini merupakan program yang juga julung kalinya diadakan dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri Johor dan IRDA. Tujuan karnival ini diadakan adalah pemadanan peluang-peluang kerjaya, perniagaan/keusahawanan, peningkatan kemahiran yang merupakan sebahagian strategi modal insan di Negeri Johor dan Iskandar Malaysia.

Lebih dari 120 pempamer akan dibuka yang terdiri daripada badan-badan kerajaan dan pihak swasta yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor.

Sekian, terima kasih.

Human Capital Blueprint Project Office | Social Development
Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
Email:
hcb.po@irda.com.my | Website : www.iskandarmalaysia.com.my
Address: #G-01, Block 8, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor
Tel : +6 07 233 3000 | Fax : +6 07 233 3001



Ex-IMGLAD dijemput hadir yek. Yang tak IMGLAD especially orang Johor nuuu pun dijemput jugak. Datang jangan tak datang :)

Apa tu IMGLAD? Cekdiout here yaw: IMGLAD.



4 comments:

nadia farahida said...

gua tertipu tadi.
ingatkan jemputan kawin mu sayangggg! :)

Nia said...

lerrr...ingatkan nak ajak makan nasi minyak..huhu..

Mrs. Q! said...

@nadia
heeee. belum rezeki lagilah babe :) doa2 kan lahhh yek!

Mrs. Q! said...

@Nia
ajak mkn nsik minyak kat rumah org len bleh tak sis? hee :p