Singkap Peribadi Hidung Pasangan Anda - Bahagian II | Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, June 21, 2011

Singkap Peribadi Hidung Pasangan Anda - Bahagian II

Bahagian 1 ada sini haaa...

PERHATIAN!!
Ini bukan entri korek hidung :p

Erm... bagaimana agaknya? Sudahkah anda menilik hidung pasangan anda? Atau... bentuk hidung pasangan anda tidak disenaraikan dalam bahagian yang pertama dulu? Ha... jangan risau, dalam bahagian kedua ini, kita akan terus menerokai empat lagi bentuk hidung iaitu hidung lurus, hidung kembang, hidung runcing dan hidung pesek.


Hidung lurus: Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha... mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.



Hidung kembang: Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.



Hidung runcing: Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha... jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang 'bodoh' kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.



Hidung pesek: Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

 
Entri cedok dari outlook opis aku.. Sharing is caring gitewww..Pis yaww!


4 comments:

ComeyBelako said...

kiut ajer ngoreks idungs :)

Mr PenyuBiru said...

kalu hidung cam zizan tu camne plak. tertiba.hehe

Farhana Jafri said...

aku hidung pesek.. btul sgt la tu~~~ hahahaha

jemput singgah ANASAURUS :)

Ardini Humaira said...

dni hidung bengkang bengkok. ngeeee larikssssssss