Sesiapa yang dah pernah dengar pasal kemunculan Legoland Malaysia tahniah aku ucapkan. Korang dah boleh duduk diam-diam ye. Entri hari ini aku tujukan khas kepada yang belum tahu-menahu mengenai khabar gumbira ini.Yeyeah!
Sebenarnya berita pasal Legoland Malaysia ni dah digembar-gemburkan sejak awal November 2009. Mungkin ada yang terlepas pandang dan contoh terbaik adalah aku. Kalau tak kerana borang permohonan kerja Iskandar Malaysia yang aku isi masa Karnival Kerjaya JobsMalaysia (Johor) awal tahun ni, mungkin sampai dah siap Legoland tu nanti baru aku tau al-kisahnya. Kesian kan?
Secara ringkas dan tuntas, Legoland lebih kurang macam taman tema yang kita pernah jumpa kat Malaysia tapi yang menariknya boleh dikatakan semua binaan yang ada di taman tema tu dibina menggunakan Lego. Ya, tepat sekali. Mainan Lego sambung-sambung yang korang main masa kecik-kecik dulu tu.
Legoland dah lama berkembang di beberapa negara dan setakat ni ada 4 buah yang wujud dengan gahnya di muka bumi ini:
Secara ringkas dan tuntas, Legoland lebih kurang macam taman tema yang kita pernah jumpa kat Malaysia tapi yang menariknya boleh dikatakan semua binaan yang ada di taman tema tu dibina menggunakan Lego. Ya, tepat sekali. Mainan Lego sambung-sambung yang korang main masa kecik-kecik dulu tu.
Legoland dah lama berkembang di beberapa negara dan setakat ni ada 4 buah yang wujud dengan gahnya di muka bumi ini:
- Legoland Billund (Billund, Denmark)
- Legoland Windsor (Windsor, England, United Kingdom)
- Legoland Deutschland (Günzburg, Germany)
- Legoland California (Carlsbad, California, USA)
Dalam taman tema ni korang boleh jumpa replika-replika menarik sejibik macam yang original, contohnya 'Statue of Liberty' yang dibuat menggunakan bongkah lego semata-mata. Replika KLCC aku tak pastilah dia orang dah buat ke belum. Dokumentari pasal Legoland yang pernah ditayangkan (kalau tak silap kat Discovery Channel) membuatkan aku rasa nak terus beli tiket flight bercuti ke sana. Tapi apakan daya aku hanya orang kecil. Haha. Okeh, kalau nak tau lebih lanjut lagi terang benderang pasal Legoland ni bleh la klik kat sini.
Berbalik ke kisah Legoland Malaysia tadi, lokasi yang bakal didiami lego-lego tersebut adalah di Iskandar Malaysia, Johor. Projek bernilai RM51 billion ini dijadulkan siap sepenuhnya pada tahun 2013. Kepada semua rakyat Malaysia yang berangan nak bercuti di Legoland dengan membawa sanak-saudara, ipar-duai dan sahabat-handai dah boleh mula menabung dari sekarang. Kita jumpa disana ya! *menjerit dengan perasaan yang sangat teruja*
Dengan wujudnya projek mega ni, maka banyaklah peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan dan aku harap semua graduan universiti yang masih belum bekerja diberi peluang seadilnya untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tu. Penat-penat belajar ini lah masanya nak aplikasikan ilmu yang dituntut selama ni. Betul tak? Ehem. Incik Iskandar Malaysia, resume aku yang kebaboom tu selak-selak la ye. Manalah tau berkenan di hati. Hehe.
Diadaptasi & diubahsuai dari laman web:
Wikipedia dan Iskandar Malaysia
Wikipedia dan Iskandar Malaysia
Bangga aku jadi anak jati Johor. Allah peliharakan Sultan!
16 comments:
Warghh semakin maju :)
Wahhh...tak sabonyer nk tunggu 2013. Mmg konpem ahkak bawak my doters gi cuti2 kat Legoland M'sia. Tungggguuu!!!
miss lolly a.k.a luvfareda :
mustila. Johor terbaek! hehe.
Nurul a.k.a Riko :
jum..jum kak kiter holiday ramai2 kat sana. ^__^
tak sabar nak gi...seb baik la kat Johor, kalau kat blakang rumah konfem bengkrupsi.
green apple :
ehe. ape slhnye kak kalo kat blakang umah. lg senang. xpyh byr tol =p
biler lah masa kau nak sampai lego land nie :D
http://nomborsebelas.blogspot.com/
xpernah pergi lg
nanti pergi balik
beli adiah untuk anak.... anak sdare
hehe
sebelas :
2013 nk da siap. jum serang ramai2~ ^__^
joegrimjow :
musti pegi. cambest je tgk~
wahh hebat. baru tau nih (haha gila jakun)
mysarah :
hehe. dats y kie-yu wat entri ni ^__^
wah tak sabar aku kesana!!
Bsidharta :
jemput dtg ke JB 2013 nnt. hee ;)
Suka men lego time kecik2
sophie :
same la. tp lego dulu dgn skrg dah x sama. skrg lg besh! ada mcm2 bentuk.
owh akan dibina dekat johor ke
i tak tahupun
hehe
rathiqah azmira rosli :
sekarang dah tau kn? hehe~
Post a Comment