Ohsem News! - Terkini! Ulasan Pegawai Polis Berkaitan Kehilangan Remaja di Villa Nabilla, Johor Bahru | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, November 18, 2013

Ohsem News! - Terkini! Ulasan Pegawai Polis Berkaitan Kehilangan Remaja di Villa Nabilla, Johor Bahru



Klik gambar untuk menonton video.

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukan 23 hilang di banglo tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu. 


"Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan," katanya. Sementara itu sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial. Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

 Sumber: www.bharian.com.my


No comments: