Ohsem Auta! - Misteri 30 remaja redah Villa Nabila, hanya 7 dapat keluar! | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, November 18, 2013

Ohsem Auta! - Misteri 30 remaja redah Villa Nabila, hanya 7 dapat keluar!



UPDATE : Ohsem LOL News! - Remaja Hilang di Villa Nabilla JB Ditemui Bersama Teman Wanita


Petikan berita palsu yang dihebahkan:

Gempar hari ini apabila sekumpulan anak muda dilaporkan telah hilang di sebuah villa yang terkenal dengan cerita-cerita mistik dan seram iaitu Villa Nabila, berhampiran Danga Bay, Johor Bahru.
Ramai yang menceritakan villa tersebut telah menjadi sarang makhluk halus berikutan ditinggalkan tanpa berpenghuni. Ada juga yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah dibunuh dan ditanam di dalam dinding villa berkenaan oleh orang gaji keluarga kanak-kanak itu suatu ketika dulu. 
Namun, pada 16 November 2013, dilaporkan sekumpulan remaja yang dipercayai memberanikan diri untuk menjejak makhluk ghaib ala "seekers". Daripada 30 orang yang memasuki Villa Nabila tersebut, hanya 7 orang yang dapat keluar.
Setelah kejadian tersebut, polis menerima laporan daripada mangsa pada hari berikutnya. Anggota polis dan bomba sampai ke tempat kejadian namun dikatakan masih belum menemui mangsa-mangsa yang hilang.
Menurut sumber, polis dan bomba yang menjalankan operasi pengesanan remaja yang hilang menemui jalan buntu walaupun dengan bantuan anjing pengesan. Namun apa yang menjadi misteri, ada yang mendengar suara meminta tolong daripada kawasan villa tersebut.
Sehingga pagi ini, 18 November 2013, kesemua mangsa yang dilaporkan hilang masih belum dijumpai dan dikhuatiri telah sembunyikan oleh jin dengan izinNya.  Doakan keselamatan mereka semoga dalam perlindungan yang Maha Berkuasa.


Sumber: tengoktvonline.blogspot.com




No comments: