Belog Ohsem: June 2011

Jom selongkar

Wednesday, June 29, 2011

Durian Comel di #AstroMyMusic


Haiiii sekalian orang kampunggggggggg....sini ada satu durian main gitar untuk dihendap...cekidout yawwww


Hapa cerita cik durian??? Nak tahu sile kelik
sini laju-laju yekkkk. Kelik gitar durian tu pung boleh. Cubalah!

Sekarang ni ape punye pesen daaa suka buh urup bebanyak kat entri. Layan kan ajelah. Hehehe.


Tersampuk sape la gaknye ni (- -")

Monday, June 27, 2011

Pakar US sahkan Anuar sebagai lelaki di dalam rakaman video seks

Dapat berita panas ni dari Yahoo timeline hok Malaysia. Meh baca meh untuk santapan minda di petang Senin..


KUALA LUMPUR, 24 Jun - Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah mengenal pasti lelaki dalam video seks yang kontroversi ditapis oleh "Datuk T" seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahkamah majistret diberitahu pagi ini.

"Keputusan analisis oleh pakar-pakar dari Dartmouth College, New Hampshire di Amerika Syarikat mengesahkan kesahihan video itu, bahawa tidak ada mengganggu atau apa-apa perbuatan yang dikenakan dan bahawa ia berasal dari perakam DVR diambil dari Datuk Shazryl, "Timbalan Pendakwa Raya Kamalluddin Md Said berkata apabila membaca fakta kes pagi ini. [Sumber berita]

Hee. Mintak ampun sebab bahasa agak pening. Ini semua angkara aku translate direct dari pakcik gugel. Tak pandai la nak konar-konar..

Ekceli panjang lagi ceritanya, kalau nak baca penuh klik link sumber berita kat atas nuu. Banyak juga komen-komen yang terbit dari pelbagai sudut pandang. Boleh baca dan enjoy! Komen? Noooo...Tak berani ahkak! Ke ISA nanti sapa nak jawab?


Tepuk dada tanya minda memasing yek.

Member Get Member Promotion from Watson!


Hey u ols yang hottttttt like nasik ayam sambal lebihhh...sapa yang dah ada
Watson's VIP Membership Card ini ada satu berita baik punyaaaa untuk semua. Scroll down for the interesting promo!


Secara ringkasnya, if u ols hangkut satu keturunan jadi member buleh dapat
extra 200 points free for each person!! Buleh shopping sakan wohh lepas tu. Lain info buleh picit itu gambar kasi clear pemandangan okeh?


Selamat berjuang!



Saturday, June 25, 2011

Callin' for Lady Gaga Fans


Gaga said: "Yo , to all the Gaga's fans, i know you guys really wanna meet me aye? #GagaSecretGig is coming! click this ----> http://t.co/EYr3Bln"

Calling all Little Monsters, Universal Music Malaysia is sending a pair of all expenses paid trip to catch Lady Gaga live in a secret location. Just fill in the details HERE (click!) and you could be the lucky winner.

By registering your details HERE (click!) you will also be receiving updates on releases, tickets, PAs, exclusive competitions and music downloads from Universal Music Malaysia.

Extract from Lady Gaga fanpage:

"When Lady Gaga was a little girl, she would sing along on her mini plastic tape recorder to Michael Jackson and Cyndi Lauper hits and get twirled in the air in daddy’s arms to the sounds of the Rolling Stones and the Beatles. The precocious child would dance around the table at fancy Upper West Side restaurants using the breadsticks as a baton. And, she would innocently greet a new babysitter in nothing but her birthday suit.
It’s no wonder that little girl from a good Italian New York family, turned into the exhibitionist, multi-talented singer-songwriter with a flair for theatrics that she is today: Lady Gaga." (read more)


Simple huh?



Friday, June 24, 2011

Kupon Pizza Hut - RM33 untuk Hidangan Keluarga (Update)


Entri kopipes hok tadi. Nak delete tak buleh sebab hapdate via G-Mail. Patutla idok keluaq kupon rupenya attachment format pdf. Hampeh! Mintak hampun yerr. Kali ni harap menjadi!

Salam Jumaat,

Meh ramai-ramai download kupon pizza ni dan beli untuk dinner balik kerja nanti. Syokkk wohhh. Err mintak ampun dah last day baru nak sharing, hatta aku pung baru je dapat yonggg..

Happy eating palls!

--
Salam dari Sahabat,

Kie-yu | R4T




Tuesday, June 21, 2011

Singkap Peribadi Hidung Pasangan Anda - Bahagian II

Bahagian 1 ada sini haaa...

PERHATIAN!!
Ini bukan entri korek hidung :p

Erm... bagaimana agaknya? Sudahkah anda menilik hidung pasangan anda? Atau... bentuk hidung pasangan anda tidak disenaraikan dalam bahagian yang pertama dulu? Ha... jangan risau, dalam bahagian kedua ini, kita akan terus menerokai empat lagi bentuk hidung iaitu hidung lurus, hidung kembang, hidung runcing dan hidung pesek.


Hidung lurus: Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha... mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.



Hidung kembang: Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.



Hidung runcing: Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha... jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang 'bodoh' kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.



Hidung pesek: Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

 
Entri cedok dari outlook opis aku.. Sharing is caring gitewww..Pis yaww!


Geng Blogger ada Virus lagi ke?


Halo evribodi..

Update dari office melalui kak G-Mail lambung. Heee..

Just quick kepochi  nak tauuu samada Geng Blogger kita tu masih ada masalah lagi ke? Nak tanya ni tau bukan cari hal. *angkat tangan kiri kanan tinggi-tinggi* 

Sebab..sebab..

Merujuk kepada gambar di atas ada keluar warning tu masa aku tengah ngendap entri errrr halamak tak hingat sapa. Nanti dah ingat aku update yer. Mintak ampun tuan tanahhh.

Al maklonglah aku dah lama tak muncul di alam maya mungkin ketinggalan kereta api ke hapa. Please..please inform me yeahhh. Tq! 




Monday, June 20, 2011

Singkap Peribadi Hidung Pasangan Anda - Bahagian I

Heee. Dah buleh update via email *sengih lebar punyaaaaa* Jom jom tengok hidung masing-masing ada hok mana satu. Belek jangan tak belek!

Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Ayuh tinjau, peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.

Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja 'mencari pasal' dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.


Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha... bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi...


Hidung paruh burung :
"Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!" Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha... jangan tak tahu... mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.


Bersambung...

--
kalau pandai meh teka hidung aku yang mana satu? Hee :P



Testing


Merujuk kepada tajuk di atas, entri ini adalah bertujuan untuk testing..testing 1 2 3. Roger and outtt! Heee :)

--
Salam dari Sahabat,

Kie-yu | R4T




Sunday, June 19, 2011

Pak Uda a.k.a Zami Ismail Kembali Ke Rahmatullah


Al fatihah..


Zami Ismail, 67 tahun atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda telah pun meninggal dunia pagi tadi. Punca kematian beliau ialah serangan sakit jantung. Arwah Zami Ismail merupakan seorang pelakon komedi yang telah menghiburkan kita menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Al-Fatihah kepada arwah Zami Ismail. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber: beautifulnara.com


Aku cuba cari berita dari akhbar tempatan tapi belum jumpa. Will update more later k!

Latest update from Berita Harian



Allah lebih sayangkan Pak Uda.



Friday, June 17, 2011

Jemputan Khas


Haaaaa mulalah pikir kelaut memasing yek. Kemain eksaited lagi sampai nak telan kibod nuu *tiba-tiba* Ekceli bukan jemputan kahwin daaa tapi.. meh baca meh:





Saudara/Saudari,

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dengan berbesar hati ingin menjemput mereka yang telah menyertai Program Latihan Pembangunan Modal Insan (tahun 2009 dan 2010) untuk menghadiri ke majlis Alumni Program Latihan Pembangunan Modal Insan yang julung kalinya diadakan di dalam wilayah Iskandar Malaysia. Majlis ini bertujuan untuk :

· Menubuhkan “Iskandar Malaysia Talent Development Program Alumni”

· Mengenalpasti status pekerjaan sekarang

· Mendapat maklum balas daripada para peserta sekaligus mencari penyelesaian untuk sebarang masalah yang diutarakan

Maklumat berkaitan majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)

Masa : 9.30 pg - 12.00 t/hari

Lokasi : Bilik 302, Tingkat 1, PERSADA Convention Center, Johor Bahru

Agenda Program

Waktu

Program

09.30 pg

Ketibaan ahli Alumni Program Latihan Pembangunan Modal Insan

10.00 pg

Kata- kata Aluan daripada Pengerusi Majlis

10.15 pg

Ucapan daripada En Nor Hisham Hussein, Naib Presiden Kanan, Jabatan Pembangunan Sosial

11.00 pg

Sesi soal jawab

12.00 t/hari

Bersurai dan lawatan ke KEPAK

Sila hebahkan jemputan ini kepada rakan-rakan yang pernah mengikuti Program Latihan Pembangunan Modal Insan Iskandar Malaysia bagi memeriahkan majlis ini.

Semoga dengan kehadiran saudara/ saudari mampu membantu dan memastikan kejayaan penubuhan Alumni ini. Sila beri maklumbalas melalui emel sebelum atau pada 22 Jun 2011 (Rabu).

Pada masa yang sama, majlis ini turut diadakan bersempena dengan program Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011 (KEPAK 2011) yang akan diadakan di Persada dari 23 - 26 Jun 2011. Karnival ini merupakan program yang juga julung kalinya diadakan dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri Johor dan IRDA. Tujuan karnival ini diadakan adalah pemadanan peluang-peluang kerjaya, perniagaan/keusahawanan, peningkatan kemahiran yang merupakan sebahagian strategi modal insan di Negeri Johor dan Iskandar Malaysia.

Lebih dari 120 pempamer akan dibuka yang terdiri daripada badan-badan kerajaan dan pihak swasta yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor.

Sekian, terima kasih.

Human Capital Blueprint Project Office | Social Development
Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
Email:
hcb.po@irda.com.my | Website : www.iskandarmalaysia.com.my
Address: #G-01, Block 8, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor
Tel : +6 07 233 3000 | Fax : +6 07 233 3001



Ex-IMGLAD dijemput hadir yek. Yang tak IMGLAD especially orang Johor nuuu pun dijemput jugak. Datang jangan tak datang :)

Apa tu IMGLAD? Cekdiout here yaw: IMGLAD.




Jom Pergi Hong Kong

Sapa nak pergi Hong Kong kasi jatuh itu kepala :p Haaa. Ni ada satu peluang baikkkk punya untuk u ols pergi holiday suka-suka hati. Tapi kena lah usaha sikit yek, takkan senang-senang boleh pergi camtu jek. Meh aku tunjukkan caranya yang semudah ABC, 123.



Langkah 1: Kelik laju-laju link kat bawah ni haaa

Saya nak pergi Hong Kongggg!!!


Langkah 2: Like page tersebut dan main sungguh-sungguh. Jangan kasi can pada orang lain. Alaaaa game simple tahap kacang kuda Pak Meon jeee.

Langkah 3: Aikkkk. Kasitau la semua orang. Sharing is caring gitu. Takyah susah-susah buat entri lain, share aje guna facebook, twitter kat bawah entri ni.

Lepas tu redhoooo je la. Kalau ada rezeki kita jumpa kat airport yek :) Banyak lagi hadiah lain, nak tau kelik gambo atas nuu.


Semoga berjaya semua orang!




Hai!

Good Morning

Sumber: allgraphics123.com


Selamat pagi semua orangggggg!!!

Apa khabar orang kampung? Lama sudah tak berjumpaaaa. *tiba-tiba nyanyi lagu Sudirman* Heee. Terlebih gumbira sebab akhirnya dapat jugak menggerakkan jari jemari memicit kibod untuk update belog ini.


Hampir dua bulan aku menghilangkan diri kan? kan? "Sikalang apa bikin makcik?" Panjangggg ceritanya hatta meh aku citer satu persatu dua tiga ompek limo bla bla bla. Ekceli banyak benda nak habaq tapi tak tau nak mula dari mana.

Okeh meh mulakan dari berita gumbira dulu. Alhamdulilah even lama tak hapdate dapat gak cashout kali ketiga bulan lepas. Jumlah tak banyak tapi oklah! <--- ayat klise blogger nak rendah diri tapi nak kabo kat semua orang jugak. Hee.

Berita gembira nombor 2, banyak pulok BE aku berjoget bulan ni. Mungkin sebab belog R4T usang ini telah berumur setahun jagung . Dan lagi sekali syukur Alhamdulilah! Itu pasal tiba-tiba datang semangat nak hapdate. Heee. Tenkiu abang Nuffnang :))


Kepada sayam-sayamku sekalian, i'm back!!! Dan sudah semestinya Kie-yu merindui u ols. Okeh, alarm dah munyik, time to siap-siap pergi kerja.



Ada orang rindu aku tak? Meh komen meh..