Belog Ohsem: April 2010

Jom selongkar

Friday, April 30, 2010

Entri Berbau Wang. Gambar Separa Lucah


mothers day Pictures, Images and Photos


Menghitung hari ke 9 Mei 2010. Ada apa dengan tarikh itu? Buat-buat tanya pulak. Piat telinga baru tau. Sudah berfikir-fikir nak beli hadiah apa untuk bonda/ibu/emak/mummy/mama tersayang?

Bagi yang dah bekerjaya, boleh pergi sambut dengan makan-makan bersama. Ala-ala candle light dinner gitu! Takpun belikan hadiah berupa barang yang beliau dah belek-belek dekat 2 jam masa pergi window shopping tapi kita takde duit lebih nak belikan. Tengah bulan la katakan.

Untuk yang tak bekerjaya ataupun berkategori gaji lari bajet bulan ini, mungkin boleh jugak bagi hadiah. Hadiah tak semestinya kena belikan? Jadi mereka pun menawarkan servis istimewa untuk 1 hari berkenaan. Jangan bagi beliau masak, kemas rumah, kalau beliau kerja suruh ambik annual leave untuk dilayan seperti seorang permaisuri. Semuanya sempurna a.k.a perfect! Tak bagi can langsung darah beliau naik walaupun seinci. Hehe~

Yang budak-budak kecik pulak mesti sibuk cari krayon dengan kertas lukisan buat kad ucapan untuk ibu masing-masing. Muka ibu yang iras-iras Rozita Che Wan tu, lepas dilukis berubah menjadi alien serupa manusia. Mata sebelah kecik sebelah besar, bibir senget, kening warna biru dan sebagainya. Ok la tu, yang penting ikhlas dari hati. Macam anak kesayangan RM ni. Ouh, nasib baik lukisan beliau masih lagi menarik di pandang mata.

Cerita pasal hadiah, tahun lepas dah bagi kain ela warna hijau, takkan tahun ni nak bagi kain ela lagi. Walaupun warna lain tapi macam tak best la pulak. Kalau dah kain ela, tetap kain ela. Puas cari idea nak bagi apa tapi tak dapat sampailah tersesat masuk ke rumah aku ni. Ha, elok sangatlah sebab aku ada jugak cadangan-agak-bernas nak bagi.

Ekceli, email promosi tentang produk ini sudah lama berkepuk kat peti Yahoo! aku. Ada juga sarankan pada kekanda sebab aku rasa mak beliau (merangkap bakal mak ehem-ehem aku) mungkin memerlukan. Akhirnya, semalam terbuka hati beliau nak beli. Aku pun selongkarlah balik e-mail tu & nasib baik jumpa.

Syarikat yang dikenali sebagai FCE Enterprise kepunyaan Puan Fawziah Che Embi ini menawarkan beberapa jenis produk kesihatan yang berkonsepkan 'Energy undergarments'.

Aku sudah order 1 barang, lalu beliau mintak jasa baik aku untuk kepochi pasal produk beliau kepada semua. Maka hari ini aku nak kongsikan sedikit sebanyak tentang produk kepada sesiapa yang buntu nak cari hadiah Hari Ibu. Jum cekidout! Mana tau ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan semua, undergarments ini diresapi FIR (Far Infra-Red) dan Silver-untuk membunuh bakteria, dengan menggunakan teknologi Nano. Ia sangat sesuai untuk menjaga kesihatan ataupun melegakan penyakit sendi yang mungkin dihidapi ibu anda. Ekceli, semua peringkat umur lelaki & wanita boleh menggunakannya. Jenis-jenis produk yang ada termasuklah:
  1. singlets
  2. long girdles
  3. panties
  4. socks
  5. mini scarves
  6. knee guard
  7. elbow guard
Kalau nak beli untuk pakai sendiri pun boleh!

Gambar separa lucah yang dimaksudkan. kihkihkih.
- [http://www.ladybeautyslim.com/Products.html]


Knee guard yang berkhasiat utk pemain futsal / bola sepak
- [http://www.ladybeautyslim.com/Products.html]


Selain daripada harga yang berpatutan, tiada kos penghantaran dikenakan (Semenanjung Malaysia sahaja) tetapi untuk anda yang di seberang laut sana adalah kos sikit. Selain itu, harga produk boleh dirunding. Mana tau ada yang nak borong banyak boleh dapat diskaun. Berbaloi-baloi!

Berminat? Boleh berhubung terus dengan Puan Fawziah. Klik sini jika nak berjumpa dengan boss. Boleh juga roger aku melalui talian hayat yang tersedia. Gmail? Kotak Soal Jawab? Mukabuku? Pilih mana suka.


Nak bagi hadiah misteri kepada u ols yang order dari aku!



Tuesday, April 27, 2010

Geng Blogger Tipu!


Print screen profil aku di Geng Blogger~

Yeaaaaaa!!! Yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat. Terkejut? Memang betul apa yang korang baca ni. Aku nak bongkarkan rahsia sulit tahap dewa-dewi ni sebab aku tahu 90% tetamu Rumah 4 Tingkat adalah di kalangan mereka. Jangan banyak cerita lagi, mari ikuti penemuan eksklusif ini.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Nama Geng Blogger (GB) ada di mana-mana. Hampir setiap blog yang aku kunjungi pasti ada banner/badge untuk komuniti ini. Sampaikan kadang-kala ia menghantui hidupku ketika menjalankan sesi merayau-rayau di dunia maya. *mood seram* Heeheeee. Eh, tidaklah sampai kedengaran suara orang mengilai. Cuma terasa bagai ada yang memanggil-manggil untuk aku mengarahkan tetikus lalu membuka laman itu. Ah! Tidak sama sekali, aku takkan terpedaya lagi. Sudah banyak komuniti seperti ini yang aku sertai tapi aku masih ditakuk lama.


Satu hari yang aneh...

Jari jemari ringan bergerak lalu klik ke laman utama GB. Aku dapat rasakan ada sesuatu di balik nama ini. Butang 'f' connect telah menyatukan aku & GB. Aku terokai dunia baru ini dan aku dapati semua ini tidak benar!

Geng Blogger tipu aku!

Aku sangka komuniti ini tidak mendapat sambutan
Realitinya, ahli baru mendaftar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
Entri pula berduyun-duyun di'ping' dalam satu masa

Penaja-penaja juga sentiasa ada memberikan sokongan padu

Aku agak GB adalah komuniti yang tidak mesra
Rupa-rupanya, mereka sangat mementingkan silaturrahim

Semua yang ada dianggap seperti sebuah keluarga dan dilayan dengan baik
Tiada hasad dengki ataupun irihati
Sungguh bahagia!


Aku fikir ia takkan bertahan lama dan hanya menunggu masa untuk jatuh
Tidak! mereka sudah lama bertapak dan semakin maju ke hadapan
Bergerak bersama admin-admin yang cekal dan berwibawa
Tak lupa juga ahli-ahlinya yang setia

Mana mungkin mereka hanyut begitu sahaja

Aku rasa sangat tertipu dengan semua ini
Tak sama seperti apa yang pernah aku jumpa dahulu
Kini aku sudah buang pandangan kolot itu jauh-jauh
Nasib aku sangat baik kerana telah menemui komuniti terhebat
Sama seperti kamu semua~

Terima kasih: Geng Blogger | Komuniti blogger anda

Heheheh. Ada rasa nak menyanyi lagu Tipah Tertipu tak lepas baca puisi carca marba aku ni. Jangan marah, nanti cepat tua. Ekceli, aku sedang menjalankan eksperimen atau boleh juga digelarkan sebagai misi antara hidup dan mati. Di sebalik eksperimen ini ada insan yang bertanggungjawab. Kalau nak tahu siapa mestilah kena jengah rumah aku ni selalu. Hasil eksperimen dan misteri orang yang bertanggungjawab akan dihebohkan dalam 5 hari waktu bekerja. Jumpa lagi 120 jam dari sekarang~

(Klu untuk orang misteri) Beliau ialah salah seorang admin GB!



Sunday, April 25, 2010

4 Punca Blog Kurang 'Visitor'


No. 4 Pictures, Images and Photos


Oleh kerana nama blog ini Rumah 4 Tingkat, maka terhasillah entri empat perkara yang menjadi punca utama kurangnya pelawat tegar ke blog kesayangan masing-masing. Nak bagi banyak punca pun aku bukanlah expert seperti blogger-blogger lain.

Harus diingatkan entri ini hanya sebagai panduan dan peringatan kepada tuan rumah juga. Jadi, aku mulakan dengan apa yang pernah aku alami. Barulah realistik dan terbukti keberkesanannya. Ok, peribahasa lagi~ Bak kata orang lama: "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit"

Ada di antara tips yang aku berikan korang pernah baca di blog lain sebelum ini. Mungkin secara kebetulan sahaja. Boleh juga aku dan pemilik blog tersebut sependapat. Kalau kes macam ini peribahasa 'Rambut sama hitam, hati lain-lain' tak boleh digunapakai ya sedara-sedari sekalian.

Mari kita teruskan dengan misi yang masih belum selesai. Kemungkinan besar punca-punca blog anda & saya kurang dilawati ataupun dalam bahasa kurang asamnya blog berkategori tak ingin dijengah adalah seperti berikut:

1. Widget yang kurang menyelerakan.

Di antara widget yang tengah hangat dan bikin panas kebanyakan blogger pastinya datang dari Widgeo. Sudah ramai blogger yang komplen dan buat entri khas untuk menghentikan penggunaan widget ini. Kenapa? Kerana widget tersebut mengundang pop-out window menyampah tahap dewa. Contoh blogger yang menyokong hujah ini adalah Encik Kai2en kita. Bukan tak boleh nak letak widget di blog tapi biarlah yang perlu sahaja. Jika kita lihat blogger yang mempunyai pelawat beribu lemon lagi fofular, susah nak jumpa widget bertimbun-timbun kat blog mereka. Nak contoh jugak? Mari singgah sini dan sini juga . Simple & steady bukan?

Ha, satu lagi widget kurang disenangi oleh pengunjung adalah music box ataupun pemain mp3 maya. Mungkin niat kita mahu layan tetamu yang datang dengan meriahnya tapi ada di antara mereka tak suka dengan lagu yang kita dendangkan tu. Untuk kes ini sudah boleh guna peribahasa rambut kat atas tadi. Tambah lagi dengan pepatah buatan sendiri: disebabkan lagu kegemaran, habis punah ranah trafik blog kesayangan. Mau?

2. Masa blog loading.

Hal ini berkait rapat dengan widget yang beranak-pinak seperti dibincangkan di atas. Mungkin kepada pemilik laptop/pc paling-canggih-abad-ini tidak mempunyai masalah untuk menanti kemunculan blog yang mengambil masa untuk loading. Pernah tak kita terfikir yang tak semua blogger adalah bertuah, contoh terbaik adalah aku yang mempunyai sebuah laptop dengan 256MB of RAM sahaja (siap rujuk properties my computer ok!) sangatlah berasa seksa nak melihat keanggunan blog anda. Apapun Alhamdulilah ada juga laptop sebuahkan? Jadi, sebelum meletakkan berbagai jenis aksesori di blog masing-masing, ingatlah aku di sini. Moga-moga korang boleh ubah fikiran nak kurangkan beban blog masing-masing. Kepada yang nak usha berapa zass nya blog anda, aku ada satu tool yang macam best untuk dikongsi bersama. Jom picit sini .

3. Ayat-ayat yang uwekk.

Satu lagi masalah segelintir blogger kita. Penggunaan bahasa yang terlampau advance sampai ada yang langsung tak faham. Mungkin ingin mempelbagaikan penggunaan perkataan supaya lebih menarik untuk di baca. Tetapi pernah tak bayangkan sekiranya entri kita itu menolak untuk dibaca dek kerana perkataan-perkataan pelik itu? Hari ini aku ada contoh yang melimpah ruah untuk dikongsi bersama. Percaya tak hal remeh sebegini sampai dibawa ke tahap membuat satu group khas untuk golongan-golongan istimewa ini. Nak tau apa komen sang pembaca, jemput tengok di dinding mukabuku ini. Ada rasa geli-geli tak baca nama group ini?

4. Tak jumpa noktah & ayat di tengah-tengah alam.

Mungkin kerana terlalu seronok ataupun dalam bahasa penjajahnya '
excited', kita terlupa nak letak titik di penghujung ayat yang sepatutnya. Atau ada yang sengaja tak mahu menoktahkan ayat itu? Penat woh nak baca satu perenggan dengan 1 tanda noktah sahaja. Nak lagi dasyat, dah habis cerita baru jumpa seketul noktah. Kalau rasa masih mahu amalkan cara ini, sila letakkan amaran di header anda, 'kepada penghidap asma, lelah, semput, dan yang sewaktu dengannya, sila sediakan ubat-ubatan yang perlu sebelum meneruskan pembacaan di blog ini'.

Selain dari tiada noktah, entri yang ditaip diketengahkan. Maka terjadilah tulisan yang ditengah-tengah alam. Mungkin ada yang tak tahu, kadangkala sindrom ini boleh mengganggu konsentrasi pembacaan. Penat mata kita nak kehulu-kehilir mencari ayat penyambung. Kalau nak jugakkk, sila tambah kat header tadi tu 'jangan lupa juga eyemo untuk kesegaran mata anda'.

Gambar kutip dari [baldifoto.com]


Okeh, tamat sudah syarahan untuk hari ini. Minta ampun & maaf kalau ada yang terasa hati. Aku tidak sama sekali berniat mahu menjatuhkan mana-mana blogger. Ini hanya teguran ikhlas juga kritikan membina.


Semua 4 perkara ni aku pernah buat dan sekarang cuba untuk elakkan.



Saturday, April 24, 2010

Wajah baru Jom Heboh 2010


Konsert Jom Heboh - [http://images.google.com]

Mentang-mentang Jom Heboh di Danga Bay, yang kat sini pun sama naik. Entah rumah mana yang berkaraoke tak ingat ni. Yang bikin hangat, berkumandang lagu-lagu Indonesia ok. Halo sedara, ni tanah tumpah darah aku & kau jugak, Malaysia! (tiba-tiba bersemangat patriotik). Aku agak diaorang ni tengah berlatih untuk menjadi DJ kenduri kahwin esok kot? Ataupun baru beli set karaoke di jualan murah Courth Mammoth. Boleh jadi jugakan. Biarkanlah, asalkan mereka bahagia.

Seperti yang disebut di perenggan atas, minggu ini (bertarikh 24-25 April) Jom Heboh (JH) 2010 berkampung di Danga Bay, Johor Bahru. Yang peliknya, kali ini macam kurang promosi. Aku lalu-lalang kat Danga Bay beberapa hari lepas, sebijik banner pun tak nampak. Gugel kat internet nak cari info pun tak banyak. Mungkin heboh-heboh kat TV sudah memadai sebab event ni fofular & sudah jadi rutin kat Malaysia. Semua orang macam alert lepas ni turn negeri mana. Aku je yang tak alert, mungkin kurang minat menonton tv.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, karnival JH dah masuk tahun ke-8. Kalau nak dibandingkan dengan umur seorang kanak-kanak, dia dah boleh berlari kesana-sini. Boleh kata gah juga nama JH ini. JH 2010 bermula di Stadium Bukit Jalil kemudian buat pertama kalinya di Kelantan, disusuli pula di negeri bertuah aku ni, Johor. Apa yang menarik ada desas-desus mengatakan format JH 2010 yang baru akan diteruskan di Johor Bahru.

Logo baru Jom Heboh - [http://images.google.com]

Melalui misi mencari maklumat aku sebelum ini, kelainan yang kita dapat lihat adalah pada logo JH yang diletakkan tulisan jawi. Menarik kan. Pendekatan ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada remaja kita zaman ini yang kurang didedahkan kepada tulisan jawi. Datang JH jangan lupa suruh pasangan masing-masing baca tulisan jawi tu ye. Hehe.

Selain itu, artis-artis jemputan untuk konsert JH adalah dikalangan lelaki sahaja. Anda tak kan nampak Siti Nurhaliza, Stacy, Mila atau yang seangkatan dengannya. Ya! tiada lagi artis wanita. Tak dapatlah jejaka-jejaka mencuci mata melihat pakaian seksi segelintir artis wanita kita. Ops. Off-record. Boleh jadi kontroversi ni. Walaupun hanya artis lelaki beraksi di pentas, konsert tersebut tetap meriah dan menghiburkan. Konsert mana yang tak menghiburkan ye tak?

Pada malam konsert, satu lagi perubahan dapat dilihat di mana pengunjung akan diasingkan mengikut 3 kategori iaitu individu lelaki, individu wanita dan berkeluarga. Wah, dah macam kategori pertandingan sukaneka Hari Keluarga pula. Atau aku guna perkataan yang tak sesuai. (Kategori?) Mengikut pengamatan blogger-blogger Kelantan, sambutan sangat menggalakkan walaupun berwajah baru. Mungkin sebab ini kali pertama jadi mereka terima sahaja apa pun perubahan. Ini hanya pendapat peribadi aku.

Tak sabar nak tengok macam mana sambutan orang JB kalau betul format ini diteruskan. Sama-sama kita nantikan lintas langsung dari Rumah 4 Tingkat. Zasss~


Updated ~ 1 Mei 2010 @ 1:08 p.m.

Hoh, boleh lupa pulak janji nak kepoh-kepoh pasal Jom Heboh JB. Secara kasarnya, JH di Johor Bahru diadakan seperti tahun lepas, tidak mengikut format di Kelantan. Maka terjawablah teka-teki yang lalu ye.

Konsert pada malam itu turut diserikan dengan penyanyi wanita dan tiada pengasingan kawasan bagi penonton. Aku tak pergi pun konsert malam tu, tapi dengar cerita daripada orang-orang yang pergi. Kalau dia orang tipu, maknanya
aku pun tipulah! Hehe.

Lagi satu, penaja pun macam tak ramai kali ni. Pentas konsert Hotlink yang gah itu sudah bertukar jadi pentas penyampaian hadiah di sekolah. Kenapa ya? Jum kita tanya orang-orang Maxis.



Tuesday, April 20, 2010

Contest untuk Blogger Kreatif [Updated]


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Satu lagi peribahasa untuk pengunjung Rumah 4 Tingkat. Aku bukan nak cerita pasal ayam, hang tuah atau yang sewaktu dengannya. Gambar ayam yang muncul adalah gimik semata-mata.


Ayam Kampung - JanTAN... Pictures, Images and Photos
Gambar hiasan - [baldifoto.com]

Sebagai seorang blogger yang berdedikasi, aku nak mewar-warkan satu peraduan a.k.a contest kepada sekalian alam. Rugi woh kalau tak join sebab hadiah memang terbaik! Selain daripada habuan yang memberangsangkan, boleh jugak la kita mengeratkan silaturrahim sesama blogger. Tu dia ucapan wakil rakyat Kampung Pinang Sebatang.

Nama contest diberi, Contest wat header untuk Kaizen. Sempoi kan? Sebelum terlupa, aku nak bagitau yang ini adalah contest 2 in 1. Ala-ala Kopi Segera cap Kapal Api. Betul-betul kaw! Selain daripada menilai kreativiti header, penganjur juga akan memilih pemenang untuk Referal Terbanyak. Jadi, buatlah promosi secara besar-besaran kalau nak sapu semua hadiah yang ada.

Contest ni dianjurkan oleh seorang blogger yang aku jumpa di kedai kopi Geng Blogger. Nama blog memang kelas: 'Kaizen Shinobi'. Mungkin beliau adalah seorang bekas tentera Jepun dulu. Aku agakla. Blog beliau sangat menarik hati dengan entri-entri yang berkualiti lagi bermutu tinggi. Tuan tanah pun mesra alam orangnya. Tak percaya? Mari klik sini.

Ha. Dah puas belek blog beliau mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak sertai contest ni. Jangan risau, biar aku ceritakan A sampai Z, Alif sampai Ya. Baiklah, ini kriteria-kriteria penting yang perlu ada untuk memastikan anda dipilih sebagai pemenang:

  1. Header hendaklah bertemakan hitam-putih-kelabu untuk me'matching'kan dengan template baru blog beliau.
  2. Buat 1 entri yang mana header itu hendaklah di linkkan ke [http://kai2en.blogspot.com] (link untuk entri contest lagi afdal)
  3. Akhir sekali, entri mestilah mengandungi ayat-ayat power berkaitan blog Kaizen Shinobi yang membuatkan Incek Kaizen singgah blog anda setiap kali sebelum masuk tidur. Eheh. Maksudnya singgah berkali-kali la. Janganla lurus bendul sangat.
Senangkan? Semudah 1, 2, 3. Untuk maklumat lanjut boleh klik kat sini dan sini. Ada up-date terbaru pasal hadiah untuk pemenang. Berbaloi-baloi.

Sekarang, tibalah masa aku nak persembahkan hasil kreativiti yang tak seberapa ini kepada juri yang bertauliah. Tadaah~

Header 1:

Header 2:

--> Klik mereka kalau nak tengok saiz sebenar (1000 x 360)

Kepada sesiapa yang rasa nak bagi pandangan bolehlah mengisi ruangan komen atau kotak soal jawab kat sebelah kanan ni. Jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri.

Ada update baru la!

Updated ~ 28 Mei 2010 @ 12:07 p.m.

Tuan blog sudah menambah syarat kelayakan untuk contest ini. Pastikan semua peserta sudah alert ye. Klik sini untuk mengetahui alkisah sebenar.

Kepada incek Kaizen, aku sudah pun resize & touch up header di atas sinun, plus ada satu header baru untuk dinilai. Semoga berkenan di hati. heee.

Kepada 20 orang peserta yang menyertai contest ini wish you all the best okeh!



Monday, April 19, 2010

LEGOLAND di Malaysia?


Sesiapa yang dah pernah dengar pasal kemunculan Legoland Malaysia tahniah aku ucapkan. Korang dah boleh duduk diam-diam ye. Entri hari ini aku tujukan khas kepada yang belum tahu-menahu mengenai khabar gumbira ini.Yeyeah!


Promosi Legoland Malaysia - [http://images.google.com]

Sebenarnya berita pasal Legoland Malaysia ni dah digembar-gemburkan sejak awal November 2009. Mungkin ada yang terlepas pandang dan contoh terbaik adalah aku. Kalau tak kerana borang permohonan kerja Iskandar Malaysia yang aku isi masa Karnival Kerjaya JobsMalaysia (Johor) awal tahun ni, mungkin sampai dah siap Legoland tu nanti baru aku tau al-kisahnya. Kesian kan?

Secara ringkas dan tuntas, Legoland lebih kurang macam taman tema yang kita pernah jumpa kat Malaysia tapi yang menariknya boleh dikatakan semua binaan yang ada di taman tema tu dibina menggunakan Lego. Ya, tepat sekali. Mainan Lego sambung-sambung yang korang main masa kecik-kecik dulu tu.

Legoland dah lama berkembang di beberapa negara dan setakat ni ada 4 buah yang wujud dengan gahnya di muka bumi ini:

Legoland serata dunia - [http://images.google.com]


Dalam taman tema ni korang boleh jumpa replika-replika menarik sejibik macam yang original, contohnya 'Statue of Liberty' yang dibuat menggunakan bongkah lego semata-mata. Replika KLCC aku tak pastilah dia orang dah buat ke belum. Dokumentari pasal Legoland yang pernah ditayangkan (kalau tak silap kat Discovery Channel) membuatkan aku rasa nak terus beli tiket flight bercuti ke sana. Tapi apakan daya aku hanya orang kecil. Haha. Okeh, kalau nak tau lebih lanjut lagi terang benderang pasal Legoland ni bleh la klik kat sini.

Berbalik ke kisah Legoland Malaysia tadi, lokasi yang bakal didiami lego-lego tersebut adalah di Iskandar Malaysia, Johor. Projek bernilai RM51 billion ini dijadulkan siap sepenuhnya pada tahun 2013. Kepada semua rakyat Malaysia yang berangan nak bercuti di Legoland dengan membawa sanak-saudara, ipar-duai dan sahabat-handai dah boleh mula menabung dari sekarang. Kita jumpa disana ya! *menjerit dengan perasaan yang sangat teruja*

Dengan wujudnya projek mega ni, maka banyaklah peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan dan aku harap semua graduan universiti yang masih belum bekerja diberi peluang seadilnya untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tu. Penat-penat belajar ini lah masanya nak aplikasikan ilmu yang dituntut selama ni. Betul tak? Ehem. Incik Iskandar Malaysia, resume aku yang kebaboom tu selak-selak la ye. Manalah tau berkenan di hati. Hehe.

Diadaptasi & diubahsuai dari laman web:
Wikipedia dan Iskandar Malaysia


Bangga aku jadi anak jati Johor. Allah peliharakan Sultan!



Sunday, April 18, 2010

Buat baik berpada-pada di Midvalley Megamall


Baiklah murid-murid, peribahasa pilihan untuk hari ini:
'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'.

Setiap kali otak ligat nak cari idea untuk entri baru, mesti peribahasa yang keluar mencurah-curah ke ladang gandum. Nak kata baca buku contoh soalan SPM malam tadi, tak jugak. Takkan tersampuk pulak kn. Ouh! Nehi. Nehi.

Dah tu anggap je lah blog aku ni menyokong kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Ada kena mengena ke tak tolak tepi dulu.

Ish3. Sudah. Sudah. Mari pulang ke pangkal jalan.

Semasa menjalankan misi menyelongkar peti surat Yahoo! tadi, aku terjumpa satu e-mail yang macam best untuk dikongsi bersama. Sila baca, fahami, renung-renungkan dan selamat beramal. Eh, jangan lupa sebar-sebarkan sekali ye.

***************

Al-kisah (toiyiibbbbbb) ada seorang wanita cun melecun sibuk mengedarkan risalah di luar Midvalley Megamall dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat lelah. Biarlah aku namakan beliau sebagai Halimah Jongang. Halimah bukan mengedar risalah Avon tetapi risalah mengenai amaran berjaga-jaga kepada semua pengunjung MM. Apa yang terkandung adalah pengalaman hitam legam Halimah yang membuatkan timbulnya kesedaran untuk menyelamatkan wanita-wanita lain. Baguskan beliau ni. *tepuk tangan kuat-kuat*

Midvalley Megamall - [http://images.google.com]

Sehari sebelum itu, Halimah yang baru sahaja selesai berbelanja terkejut beruk apabila melihat tayar keretanya bocor di tempat letak kereta. Beliau mengambil keputusan untuk menggantikan tayar dan mula mengeluarkan alatan dari bonet kereta. Tiba-tiba, (jeng..jeng..jeng) ada seorang lelaki berpakaian kemas yang lagaknya seperti ahli perniagaan kaya raya membawa sebuah beg bimbit telah menyapa Halimah dengan menawarkan bantuan kepadanya. Halimah menerima pelawaan itu dan berasa lega kerana ada yang sudi menolong. Mereka berbual-bual sambil lelaki itu menukar tayar keretanya.

Dipendekkan cerita, setelah mengucapkan terima kasih Halimah masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah. Lelaki itu meminta bantuan Halimah untuk menghantarnya ke kereta yang diletakkan di kawasan berhampiran. Alasannya kerana beliau sudah terlambat untuk menghadiri mesyuarat penting di pejabat. Halimah rasa kurang selesa dengan permintaan itu tetapi tidak sampai hati untuk menolaknya. Yelah, orang dah tolong takkan nak buat dek pula kan? Mungkin ini yang difikirkan Halimah.

Beliau mendapat akal lalu menyuruh lelaki itu tunggu di dalam kereta dengan alasan terlupa untuk membeli sesuatu. Dia berjanji tidak akan mengambil masa yang lama. Halimah berjalan lintang pukang pergi mencari pegawai keselamatan dan melaporkan kejadian itu. Apabila Halimah dan pegawai itu sampai di keretanya, lelaki itu telah tiada dan tertinggal beg bimbitnya di dalam kereta.

Halimah segera menuju ke balai polis untuk memulangkan beg bimbit milik lelaki tersebut. Semasa polis membuka beg untuk mencari pengenalan diri lelaki itu, mereka menjumpai tali, tape dan pisau di dalamnya yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah. Terkejut beruk Halimah sekali lagi apabila polis memberitahu yang tayar keretanya sengaja dipancitkan. Walaupun terkejut beruk beberapa kali beliau rasa sangat bersyukur kerana terselamat dari kejadian yang tak diingini. Tammat~

Diadaptasi & diubahsuai dari e-mail Yahoo!


***************

Aku rasa korang pun boleh fikir kesimpulannya. Zaman sekarang sangat bahaya kalau berbuat baik dengan orang yang tak tentu pasal. Tak semestinya kat Midvalley Megamall, kat mana-mana pun sama. Buktinya dalam bas pun dah pasang CCTV. Bukan nak kata semua rakyat Malaysia jahat, cuma segelintir sahaja. Sama-samalah kita menjaga keselamatan diri masing-masing terutamanya kaum hawa.


Tak tolong rasa kesian, dah tolong kesian diri sendiri pula kena tipu. Hadui. dui. dui.




Saturday, April 17, 2010

Pertemuan Pertama


Ini entri pertama dari aku. Bukan blogger baru, blogger buruk pun bukan. Masa muda-muda dulu pernah berblogging tapi kecundang di tengah jalan. Dah takde jodoh agaknya. Jadi, aku mula dengan blog baru yang korang tengah belek sekarang ni. Rumah 4 Tingkat~

Haha. Macam eksyen bunyinya. Taklah, jangan risau. Rumah aku tak sampai 4 tingkat pun. Nama ni aku pilih ada sebab, konon-konon ada sentimental value. Semua ni akan dibongkar sikit-sikit lama-lama jadi bukit melalui entri akan datang. Tungguuuuu..

Photobucket

Mari berkenalan dengan empunya belog. Nama aku kat sini Kie-yu. Identiti sebenar belum terbuka hati nak kepochi. Bila dah glamer lagi anggun barulah boleh bagitau semua orang. Aku dah setahun jagung jadi blogger. Mungkin ada yang pernah tersesat masuk blog aku yang dulu tu.

Tujuan berblogging bukan nak cari bakal suami. Aku dah jumpa dah. Lepas ni aku akan selalu mengaitkan cinta hati dalam entri. Sebut 'sayang' kang ada pulak yang geli-geli jadi aku ambik jalan selamat tepek nama kekanda untuk dia. Ok tak? Lain-lain soalan cepumas bolehlah tunjuk je tikus tu kat lencana mukabuku, suratG ataupun tepek soalan 'Kotak Soal Jawab' di sebelah kanan ni lagi senang.

Akhir kata, majulah blogger untuk negara. Aku pesan untuk diri aku sendiri ni, jangan hangat-hangat najis ayam sudahla.

Banyak bahasa tersimpul kat sini. Cikgu sekolah boleh suruh anak murid singgah sini selalu.