Isu Plat WWW1 milik Sultan Johor dengan harga RM520,000 menjadi hangat dan mendapat perhatian dari seluruh pelusuk Malaysia gitu. Mesti semua tertanya² kenderaan Sultan yang mana satu bakal dapat no plat termahal ni ek? Meh cekidaut:


Ramai tak pengguna Aura Maya yang ada kat R4T ni? *bajetmacamramainohbacabelogkau!*
Ekceli nak tolong kawan aku ni haaa..pada mulanya dia nak try pakai Aura Maya sebab dia tengok kulit aku makin cun (ni bukan aku cakap tp dia yg cakap, siriyes!) sejak guna produk ni. At first dia nak beli trial pack tapi aku cakap alang-alang beli trial baik beli set biasa terus sebab beza RM20 tp isi banyak beza woohhh nak compare trial dengan set biasa.
Maka belilah kawan aku ni dengan kirim kat aku. Bila sampai je produk tu kebetulan dia punya kulit tengah bermasalah sebab stress dengan study. Tanpa melengahkan masa dia terus dapatkan rawatan kat doktor skincare dan dinasihatkan jangan guna apa-apa produk skincare semasa dalam tempoh rawatan. Aiseh! member tak sempat cuit pun lagi Aura Maya tu lalu terpaksa meluahkan hasrat hati untuk let go.
Dia bercadang nak let go RM120 instead of RM140 masa harga beli. Tak usik lagi woh cuma wraping je dah terbukak sebab dia excited nak tengok isi dalam. Aku nak rembat tapi apakan daya hok aku punya sendiri masih bertimbun. 1 set Aura Maya ni boleh tahan up to 3 month tau.
Sesapa nak meh roger² aku yer. Harga include postage sekali tu.
No komeng! Baca n fikir sendirik ea.
"kau tahu sudah braper lama ku tunggu kau jebat... nie pon ada rasa nk terkucil tapi ku tahan jebat...... masuk nie dah nk masuk 7 kali......"
Huwaaaa..pagi-pagi dah duduk termenung kat bilik kecik disebabkan perut meragam tak pasal². Malam tadi lepas pegi sokseksoksek dengan bro nizam utk bincang warna tema (ni nanti stori mori entri lain) kekanda ajak lepak mamak. Jarang wohhh aku nak lepak mamak sebab ragu-ragu dengan kebersihan premis tersebut. *Tak semua mamak ekceli* Eceh.. skema nau ayat ko tipah! Aku sental mee goreng mamak yang tak berapa nak mamak. Mungkinkah ini puncanya?
Meh cekidaut sikit info mengenai cirit birit a.k.a ceri beri (nama glamer)
Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.
Gejala - gejala
Info lanjut picit sini yek.
Sharing is caring gitew..sempena malam Rejab ni meh sama² kita lafazkan doa.
Pesanan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre hafizahullahu ta'aala wa ra'aah sebentar tadi, Hari Selasa bermula 1 Rejab, malam ni adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..
Adakah anda adalah salah seorang peminat tudung bawal printed yang tengah 'in' sekarang? Maka anda wajib usha dan rembat banyak-banyak bawal the corak yang super lawa ni. Meh usha meh..
Klik je gambar untuk tengok stok koleksi yang masih available.
1 pc = RM 15 only
2pcs and above = RM13/pcs
with
FREE POSTAGE (inclding Sabah & Swk) & FREE GIFT
Psst...Kat tempat lain tak dapat harga mcm ni. Tak percaya bleh usha/survey sendiri kt fb u ols.
Semalam sebelum melelapkan mata ada gugel2 kejap nak bagi mood tido mari, sekali terpandang latest update dari kedai makcik Anne pasal promosi sempena hari Ibu & Bapa bulan Mei - Jun ini. Terus kecur air liur teringatkan kelazatannya. nyam nyam nyam!
Tapi kan..
Promosi untuk hari Ibu kat Auntie Anne's outlet dah lepas, so kena tunggu bulan Jun nanti baru ada promosi hari Bapa pulak. Feveret ai tu Cinamon Sugar sebab rasanya sweet-sweet gitu, takdelah manis bebenor. Tak boleh jadi ni, nk tunggu bulan Jun meleleh air liur tunggu jadi apa kata bali kerja ni pergi usha mana-mana outlet berhampiran. Plaza Pelangi? AEON Bukit Indah? City Square or KSL City?
If y'alls nak tau outlet kat negeri masing2 sila picit gambar peta kat atas ni untuk cekidaut. Kalau nak tegnok menu pulak boleh picit sini k.
Cau cin cai :)
Sedapnyaaaa!!
Meh gosip-gosip sikit petang Jumaat ni. Eh, jangan risau gosip baik-baik je ni, takde cerita buruk pun :)
Selepas lebih tiga bulan melayari bahtera rumah tangga dengan Yusry KRU, pelakon Lisa Surihani memberitahu kehidupannya berjalan normal seperti pasangan berkahwin yang lain. Tidak ada yang kurang, atau bertambah. Kesibukan mereka berdua dengan karier masing-masing, namun diselamatkan oleh kesefahaman bersama kerana berada dalam satu bidang yang sama.
"Pada mulanya saya takut untuk membawa karakter ini kerana ia banyak bermain dengan emosi, namun saya harus mencabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa," katanya tentang filem arahan Jason Chong tersebut.
Sumber: Yahoo Entertainment Malaysia
Alhamdulilah. Cerita gini la baru sedap didengar kan?
Ada member kat fesbuk tagged kan 1 info yang macam best untuk dikongsikan. Dia dah try and dapat tau nama sim card dia. Meh masing-masing try sendiri punya dan komen kat entri ni. Aku nak bagi hadiah untuk nama sim card yang paling vogiey de vass gitu.
Jangan lupa tinggalkan komen nama sim card u ols untuk dapatkan free gift yea!
Nak kongsikan ilmu berkenaan arak. Ini adalah antara sebab kenapa kita harus berhati-hati memilih pekerjaan terutama yang melibatkan perniagaan yang membekalkan minuman haram ni. Semoga menjadi pedoman untuk kita bersama.
2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram
Wallahuhalam.