Belog Ohsem: Review

Jom selongkar

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Self Heating Sauna Mask Dari Garnier


Minggu lepas punya lepas masa register Watsons VIP Membership Card aku ada rembat satu item untuk muka aku yang berminyak macam kertas minyak ni. Seminggu sekali mesti nak bubuh mask
barulah wajah terasa cun semacam.

Inilah bendanya. Seperti yang terpapar pada tajuk entri barang tersebut ialah Self Heating Sauna Mask Dari Garnier. Mask ini dibungkus dalam paket kecil molek berwarna biru (aku suka!) yang boleh disumbat dalam handbag kalau-kalau ada yang nak pakai mask masa pergi bercuti.

Harga? Tak mahal sangat dan tak murah sangat. Err..resit Watsons lupa campak mana jadi aku anggarkan harganya tak lebih RM5 sepaket.


Kelebihan Self Heating Sauna Mask dari Garnier
Formula ini bertindak menghangatkan ketika menyentuh kulit. Diperkaya khusus dengan clay dan zinc mask ini berfungsi untuk menanggalkan kotoran dan sebum untuk membersihkan pori-pori dan menghaluskan tekstur kulit. Kuilt akan terasa bersih, tidak berminyak dan segar selama 7 hari.

Sumber : speaking-up.com

Satu paket ada dua bahagian yang setiap satunya ada 6ml mask. Garnier jamin pori-pori akan mengecil dalam masa 7 hari jika u ols amalkan pakai mask ini. So far aku dah pakai banyak kali sebab sangat berjimat cermat masa nak tonyoh di muka. Dah lebih 7 hari tapi masih belum kehabisan stok. Hee. Mana ada kedekut!

Masa pakai mask memang akan terasa macam ada stim tengah merayap di muka. Suam-suam kuku gitu dan wajah terasa sangat mulus dan segar setelah mask dicuci. Nak mekap pun takdelah bercapuk macam pakai tepung gomak.

Kulit sihat baru nampak cantik. Tak gitu?


<< NANG kalau suka! Tqvm :)





Friday, October 8, 2010

Redmummy dot com di Mata Aku


Kehadapan Puan Mira Abu Bakar a.k.a RedMummy kesayangan ramai. (Yang tak sayang sudah!) Eh, tak lupa kehadapan juga Encik Sirman a.k.a RedDaddy cum technical guy
redmummy dot com. Juga RedKids yakni abang dan gegirl, RedCats dan sudahnya RedFamilylah. Boleh gitu?


Caption: Aku tercongok lama di depan laman merah semata-mata nak print screen header dengan gambar ini. Suka gila tengok family potrait ni. Seriously! *tak melambung kan kak?

By the time aku terkedek-kedek menggodeh redmummy dot com untuk entri ini, sudah ada banyakkkkkkkkk improvement. Mungkin kerna dah ramai yang submit review untuk contest ini dan immediately redmummy dot com dinaik taraf. Tahniah RM's team!

Aku suka sebab dot dot dot
Hujung bulan lepas, redmummy dot com dengan rasminya sudah mobile friendly. Aku sangat sangat amat suka sebab bila dah melepek balik kerja malas nak switch on lappy, aku boleh terus ke sana via SE kesayangan (ni je yang mampu :p). Aku rasa ramai yang suka dengan perkhabaran gumbira ini.

Next, redmummy dot com sangat menitikberatkan kebajikan pembacanya. Wah gitu! Perasan tak sekali sekala RM akan shout di FB atau twitter dok tanya apa content yang u ols suka baca. Dan bukti terbaru adalah contest ini. Purpose of the contest adalah untuk mengambil tahu pendangan readers terhadap blog merah. Sapa-sapa yang rajin bagi feedback dapatlah enterframe dalam redmummy dot com dalam entri atau di sidebar atau dibawah setiap entri. Tak percaya pergi selongkar. (Random Red Reddies, RM Top 10 Commentators - Weekly )

Perubahan ke arah positif
Aku ada go through beberapa blog yang buat review ini (seronok baca!) dan nampaknya memang redmummy dot com diubah mengikut komen yang mana relevan. Contoh boleh tengok di sidebar sudah abeh segala link disumbat dalam gerobok bawah header. Ramai berpendapat yang link tu semua menambahkan beban blog.

Ekceli kan kak, aku tak ada masalah lambat loading ke hapa bila nak baca blog u. Mungkin sebab aku bernasib baik dapat fasiliti such as coverage internet, laptop, lappy etc. yang tidak mengecewakan bila nak ke sana. Alhamdulilah. (Itu pasal aku tak perasan yang blog sendiri cukup menyeksakan orang bila nak tunggu loading. hiksss)

Kesimpulan dari aku sendiri : lambat loading *nan ado issue - *penangan pembacaan blog merah setiap hari.

Iklan also no issue sebab semua itu adalah ilmu! Ini kerana aku perempuan yang kurang up-to-date yang sangat memerlukannya.

Satu permintaan
Okeh, tiba part nak minta hajat. Hee. RM's team dah buat banyak perubahan termasuk meminimakan bilangan entri pada halaman utama. Tapikan kak, aku cadangkan kalau boleh bubuh read more biar keluar sekerat je content untuk entri tu. Tolong-please-jangan pendekkan entri sebab aku memang suka baca entri u. Cuma kadang-kadang tu lepas dah baca semua entri of the week suddenly nak pergi baca balik entri lama jauh ke bawah nak kena scroll.

Aku bukan malas scroll kak. Lecturer aku pesan masa belajar buat HTML dulu the best site kena scroll ke bawah tak lebih 3 kali.

errr....
Kejap nak pergi scroll blog sendiri. Heee.










Ok, sambung balik. Masa baca memang syok tak hingat sampai tak perasan dah scroll sampai bawah tapi bila nak baca untuk 2nd round tu yang terasa - 'hamboi dah sampai ke lantai aku scroll tapi tak jumpa pulak gossip semalam'.

Hee. No offense hoh! Peace.


Entri review ini daripada blogger yang macam dalam pantun buah cempedak di luar pagar tu (saya budak baru belajar) PLUS yang tak tahu apa-apa. Semua pendapat adalah berdasarkan pandangan peribadi aku selama lebih kurang setahun kelik redmummy dot com. Mungkin ada fakta yang tak betul sebab aku baru lagi jadi pembaca tegar blog u. Yang tak betul tu mintak hampun mintak maaf zahir batin ye.


Manusia juga ada kelebihan & kekurangan masing-masing. Termasuk aku.



Tuesday, October 5, 2010

Kinder Joy with Surprise


Bentuk bulat macam telur tapi bukan telur. Boleh terbelah dua macam durian tapi bukan durian. Warna oren macam buah oren tapi bukan buah oren. Hee. Macam pening je aku nak menerangkan macam mana ghope nya coklat comel ni.


Selalunya kalau pergi jalan kekanda mesti dengan tiba-tiba meluru masuk ke stesen minyak dan keluar pergi kedai. Bukan nak isi minyak tapi nak beli coklat dan jajan buat kunyah-kunyah dalam kereta. Dan dalam banyak-banyak yang dibeli mesti ada sesuatu untuk awek
comel dia. *akulah tu. hee* Sebab itu aku sayang berjuta lemon sama kekanda.

Salah satu coklat-mesti-beli ialah Kinder Bueno Joy with Surprise yang harganya lebih kurang RM3.50 kalau beli kat kedai stesen minyak. Tempat lain mungkin lain harga. Walaupun coklat ni kecik tetapi aku sangat suka sebab ada surprise dan sangat comel!

Sebelah ada isi coklat dua butir dengan lautan white choc dan sebelah lagi ada mainan pasang-pasang yang boleh dibuat koleksi. Minggu lepas aku dapat sebijik dan mainannya macam dalam gambar atas nuu. Nama dia Kinder Rider dan dia boleh pusing laju bila kena angin dari kipas. Kalau mak naik hangin dia takkan pusing ye. Itu kes lain.

Sumber: ronpaulforums.com

Seronok tengok makhluk asing ni berpusing. Aku letak sebelah miss lappy sebagai alat senaman. Eh, aku serius ni. Setiap 20 minit aku akan alihkan pandangan dari skrin dan tengok benda alah tu sekejap. Kalau mengadap skrin terlalu lama kan boleh rosakkan mata. Dapat release tension pun ye jugak.

Kecil-kecil cili padi.





Tuesday, August 24, 2010

Bilik Sesegar Taman Bunga


Air freshener dekat office sudah ilek, maka harus gantikan dengan yang baru. Antara brand yang selalu dirembat ialah Glade, Ambir Pur dan Air Wick. Aku suka tukar-tukar brand untuk bau yang berbeza setiap bulan bagi mendapatkan mood kerja, barulah semangat bila office sudah wangi!

Sumber: newsabahtimes.com.my

Bulan lepas pakai Gel Fresh Lavender cap Ambi Pur macam yang gambau atas nuu. Baunya tidak mengecewakan dan tahanlah dekat satu bulan lebih. Senang pun senang sebab lepas buka terus biar je atas meja. Tak perlukan sumber elektrik. Aku suka pakai yang manual sebab kedekut berjimat. Hee.

Yang tak bestnya pula air freshener hok ini baunya akan sampai sekitar kawasan tempat ia diletakkan sahaja. Jauh sikit dah tak bau. Sesiapa yang nak wangikan kawasan meja di office sendiri tanpa mengganggu hidung orang lain memang sesuai pakai. Ada sesetengah orang tak suka bau wangi sangat kan?

Untuk bulan ini pula aku ada jumpa satu produk baru dari Air Wick yang sangat memikat hati. Meh tengok:

Comel gila packaging, itu pasal aku rembat. Sekali tengok macam fire extinguisher pun ada kan? Heee. Perkenalkan cik Airwick Aqua Mist Air Freshener Spray, punyalah panjang nama kau. Tapi bau dia memang syok woh! Macam ada kat taman bunga lepas spray.

Produk ini lebih portable sebab u ols boleh sembur je kat tang mana yang suka. Jimat elektrik juga sebab kena spray manually. Aku pilih wangian Bouquet dan ada lagi 2 pilihan lain iaitu Lavender dan Lemon Fresh tak silap. Nanti aku check balik.


Harganya pun tak mahal, RM8.90 sahaja untuk sebotol. Boleh tahan lama sebab ia dalam bentuk cecair. Kalau spray sikit boleh tahan lagi lama. Macam aku mana gheti sikit-sikit, kalau boleh nak picit selagi bau tak menusuk dalam hidung. Hee.

Lalala..kerjalah!




Saturday, July 31, 2010

Header Cun R4T dari Faiz

Sticky post 48 jam. Scroll down untuk entri baru. Mekaseh.

Ehem. Mesti ramai dah perasan aku dok tuka header berapa banyak kali sebelum ni. Dan yang terbaru header sekarang kelihatan lebih cun dan menawan. Apa rahsianya? Sudah macam iklan tummy trim pulak. Hee.


Ekceli header ini adalah hasil kerja seorang blogger kreatif yang aku jumpa masa belogwalkingKong. Nama dia faiz, sekarang baru sahaja memulakan semester baru di UTP. Budak pandai ni.

Atas nuu adalah print screen dari header blog beliau. Cun kan? Moh kita hendap ramai-ramai ke sana --> Blog faiz. Harga untuk perkhidmatan yang faiz sediakan ini adalah amat berpatutan dan boleh dirunding. Berapa yang faiz cas kepada aku? Sapa nak tau bak RM2. Hee.

Kepada u ols yang terasa nak tukar kepada header yang lebih anggun bolehlah menghubungi faiz di faiz_slur@yahoo.com dengan maklumat berikut:

Format emel

Nama:

Blog/Laman web:

Tema:

Contact Number:

Referrer : Rumah 4 Tingkat

Photobucket

Maklumat lanjut / pertanyaan anda boleh klik pada banner atas nuu. Jangan risau, urusan dengan beliau ni dijamin tip-top!

Amacam header R4T berbayar ni? Meh komen sket.

Blog Pilihan Hari Ini
Si Panda

Entri Lelaki Tertua Tokyo Mati 30 Tahun Lalu : "best awet mayat.. hahaha.. leh teman tido :p " - sipanda



Tuesday, July 27, 2010

Belog Lawak Kegemaran


Wakakaka. Adeh saket perut aku gelak. Mana lah dia dapat idea tulis entri macam ni agaknya. Eh! syok sendiri bermonolog pulak. Aku baru lepas baca entri dari belog seorang insan yang mampu membuat entri lawak tahap gaban.

Siapakah gerangan tuan belog yang berjaya membuatkan aku nak buat entri khas untuk beliau ni?


Kat atas nuu print screen dari sana. Belog punyalah simple gila, tak macam 'dia tu' yang ntah apa-apa je dibubuhnya. Hee. Kutuk diri sendiri kejap.

Walaupun nampak macam tak menarik tapiiiii entri yang dihasilkan tak mampu menolak semua pembaca untuk datang berkali-kali. Aku serius ni weh!
Tengok URL belog sahaja sudah boleh buat u ols gelak terbahak-bahak, belum lagi baca. Mungkin bolah sampai tahap putus urat kentut. (Macam kenal je statement ni)

Untuk semua entri yang dia buat tukang komen punyalah ramai. Ini menunjukkan betapa berkesan entri yang dihasilkan. Tapi yang kurang best, beliau ni tak selalu update. Jadi aku selalu rindu-rinduan nak baca entri beliau.
Kan orang putih dok habaq 'Laugh is the best medicine' jadi kalau malas menapak ke klinik jengah belog dia ni. Heee. Boleh gitu?

Alah..sopannya ko gelak kucing.

Kalau rasa nak bergelak ketawa macam aku moh kelik link : BLOG ANAK MAT NOR. Belog ini telah berjaya disenarai hitam putihkan ke bloglist 'Terbaik dari Ladang'. Kopipes sikit mengenai penulis:

Jebon
Masa aku 5 tahun, cita-cita aku mahu jadi Faizal Hussein dalam filem Gila-Gila Remaja. Seorang biker yang cool, pandai main snooker, pandai breakdance dan bermurah hati menderma darah pada bapa teman wanitanya.

20 tahun selepas itu, aku tak cool, aku tak pandai main snooker, aku tak pandai breakdance dan tak pernah derma darah. Aku anak Mat Nor.

Aku sudah tidak mahu jadi Faizal Hussein. Agaknya Faizal Hussein mahu tak jadi aku?


Semua orang ada cara tersendiri untuk tarik pembaca datang belog masing-masing kan?

Blog Pilihan Hari Ini
Sayang Selasih

Entri Tiket Percuma ke 'Tekken' Special Screening : "heheheh dapat tiket free tueeeeeee nak nak..nak..nak.." - angahsayang2314



Sunday, July 25, 2010

Mantra dan Kontroversi


Filem Mantra mendapat perhatian meluas berikutan kontroversi pelakon utama - Zul Handy Black berbogel dalam adegan filem ini. Kalau bab-bab macam ini laju je dapat perhatian kan. sigh~

Dengan penampilan poster filem yang sangat menarik perhatian ditambah dengan
review dari belog hans, membuatkan aku terasa ingin menontonnya. Rupanya kekanda juga tak mahu lepaskan peluang untuk menonton filem hangat ini. Sehati sejiwa la katakan. Kuikuikui.

Maksud Mantra yang aku kopipes dari wikipedia adalah seperti berikut:
(Ntah betul ke tak, wallahualam.)


A mantra is a sound, syllable, word, or group of words that are considered capable of "creating transformation" (cf. spiritual transformation).Their use and type varies according to the school and philosophy associated with the mantra.

Ramai orang kata filem ini adalah yang terbaik keluaran Metrowealth dan dijangka akan meletup-letup di panggung. Realitinya aku tak pasti sebab tak pernah terdengar / terbaca di mana-mana mengenai sambutannya. Kalau ada informasi mengenai hal ini tolong tambah di kotak komen. Mekaseh ye.

Secara keseluruhannya jalan cerita filem ini agak menarik dan tidak membosankan. Seram pun seram. Tetapi apa yang kurang adalah kesan atau teknik animasi yang agak lemah. Rasa macam tengah menonton cerita dragon ball versi 3D pun ada disebabkan kesan efek yang nampak tak real.

Dari segi lakonan pula semua watak berjaya memainkan peranan masing-masing. Watak yang dibawa oleh Hamdan bekas anggota kumpulan Senario sekali-sekala mencuit hati penonton. Memang tak boleh watak serius rasanya dia ni. Lakonan Hasnul Rahmat pula memang tidak pernah mengecewakan. Tahniah kepada pengarah filem saudara Azhari Mohd Zain.

Sedikit info mengenai Mantra
Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : MIG Production Sdn. Bhd.
Kategori : Filem Cereka
Klasifikasi : 18PA
Tarikh Tayangan : 15 Julai 2010
Durasi : 86 min

Lakonan:
Zul Handyblack : Muzir (Pelakon Utama)
Hasnul Rahmat : Hasbi (Pelakon Utama)
Hamdan Ramli : Pak Long/Warden (Pelakon Pembantu)
Mas Muharni : Mariam (Pelakon Utama)
Bob Lokman : Haji Fatah (Pelakon Pembantu)
Ruzaidi Abdul Rahman : Embah (Pelakon Pembantu)
Mariani : Bidan (Artis Jemputan)

Sumber : sinemamalaysia.com

Berapa bintang u ols yang dah tengok nak bagi? Aku tepek 4 bintang.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri MS Task 2: Nando's Weekend Dinner II : "Dengan abang kenny rogers mane sedap? Hehe.. " - farhana



Friday, July 9, 2010

Tune Hotel: RM9.99? Murahnya!!


Ada satu hari sewaktu berjalan-jalan di Danga Bay, kekanda habaq beliau berangan nak menginap di Tune Hotel. Patutlah, ada banner gedabak yang di gantung di dinding hotel itu tertulis 'Anda boleh menginap di hotel bertaraf 5 bintang hanya dengan RM9.99' Lebih kurang gini lah ayatnya.

Kekanda nak duduk hotel di Danga Bay itu saja-saja sebab harga murah. Aihh..baik pergi bercuti di negeri lain dan booking di sana. Tune Hotel kan ada di mana-mana.

Tune Hotel Danga Bay. Gambar sumber: go-airasia.com & www.flickr.com

Sedikit info mengenai Tune Hotel dari Wikipedia:

Tune Hotel State Services Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian Tune Hotels.com berkonsepkan hotel 'perkhidmatan terhad' dan sedang berkembang pesat ke negara-negara lain seperti Indonesia, India, Thailand, Bangladesh, Vietnam, Filipina, Australia dan United Kingdom. Hotel dengan tagline '5-Star Sleeping Experience at a 1-Star Price' ini sangat berbangga dengan tahap keselesaan dan keselamatan pelanggannya yang mengenakan kadar yang sangat rendah berbanding hotel lain.

Functional Display di LCCT KLIA - Gambar sumber: sixthseal.com

RM 9.99? Gila murah! Tapi macam tak masuk akal je kan. Menumpang di chalet buruk pun paling kurang RM20 kena bayar. Mesti ada udang di sebalik mee bandung. Meh kita siasat..

Kelik kasi gedabak. Gambar sumber: tunehotels.com

Jumlah selepas aku konon-konon nak booking online adalah RM109.33. Ini adalah harga yang aku perlu bayar untuk tarikh 17 Julai 2010, satu malam bilik jenis twin room (2 single size bed), pax 1 orang.

Whoa..magik! Macam mana boleh jadi macam ni? Marketing Stratergy namanya. RM38.00 hanyalah bayaran untuk sewa bilik semata-mata. Kalau nak lain-lain barang/servis sila kaching! $$$. Buktinya anda boleh rujuk di gambar yang Step 3.

Kekanda saja-saja nak booking hotel sebab RM9.99? Sekarang beliau sudah boleh lupakan niat murninya itu. Hee. Kalau betul-betul nak bercuti, mungkin bayar sebanyak ini adalah sangat berbaloi. Hotel ala-ala 5 bintang apa?

Aku belum pernah menginap di sini. Ada pengalaman? Jom kongsikan di kotak komen.



Sunday, June 27, 2010

Knight & Day Pengubat Hati Luka


Semalam lepas balik kerja aku terus ke Tebrau City bersama cik mango dan adiknya Fiza untuk melaksanakan misi menguji kebenaran promosi voucher percuma yang aku dapat dari laman web TCRS. Rupa-rupanya di Jusco Taman Universiti itu Kedai Ayamas daa.. Aku punya confident kata itu branch TCRS padahal dalam entri siap link cawangan restoran tersebut. Serius aku ingat kedua resrotan tu sama sebab bila masuk Kedai Ayamas suasananya ala-ala di TCRS juga. Menu pun lebih kurang sama.

Dipendekkan cerita, boleh pulak staf TCRS cakap voucher yang aku bawa tu tak valid sambil memandang muka aku dengan sinis. Mentang-mentanglah aku print black & white je.

Aku ke yang salah?

"Sebelum ini ada juga customer yang bawa voucher ini tetapi kami tak terima" - Supervisor serkap jarang

Aku tak puas hati dan suruh beliau semak semula mengenai hal itu dengan pihak pengurusan. Kalau tak valid, kenapa dok kepoh macam apa di laman web begitu-begini? Masa itu kami belum order menu lagi. Aku sudah set dalam kepala otak kalau dia tetap kata voucher tu tak valid kami akan keluar terus cari tempat makan lain.

Akhirnya setelah 15 minit menunggu, voucher aku disahkan boleh guna. Nasib baik! Kalau tidak bertambah satu lagi entri kaunter aduan di R4T ini. Untuk pengetahuan semua, voucher itu hanya boleh ditebus dengan Single Combo Meal atau menu yang lebih rendah nilainya. Oklah kan, jimat RM 7.50. Kalau rasa tak cukup boleh tambah side order yang lain.

Perut sudah kenyang jadi kami pun teruskan aktiviti petang Jumaat dengan menonton Knight & Day yang sudah mula ditayangkan sejak 24 Jun 2010 lepas. Tiket box-office haruslah harga pun meletup. RM13 untuk satu tiket di TGV Cinema Tebrau City.


Gambar pinjam dari Google Images.

Filem ini menjadi pengubat kekecewaan aku setelah menonton filem kita, Lagenda Budak Setan. Bukan nak memuja filem luar tapi ini realitinya. Kalau nak tambat hati penonton untuk menonton filem tempatan buatlah dengan bersungguh-sungguh. Ya, memang bukan semua filem kita macam itu, segelintir filem sahaja tetapi kerana nila setitik habis susu sebelangakan?

Macam biasa aku tak nak review panjang-panjang. Apa yang aku boleh katakan setelah keluar panggung sampai hari ini ada tanda soal dok bermain dalam akal fikiran. Filem ini sungguh misteri u ols. Kepada pelanggan astro / astro beyond anda boleh saksikan preview filem ini secara eksklusif di Star Movie, VIP Access malam ini jam 9:30 malam.

Hujung minggu mesti penuh panggung wayang sebab banyak cerita best.



Thursday, June 24, 2010

Pengalaman Ngeri Menonton LBS


Setiap pagi aku dengar Era.fm. Itulah sebabnya aku boleh tahu tentang lagu restoran fast-food nasi ayam. Ekceli macam-macam lagu iklan sudah melekat di kepala hotak ini. Lagu renyuk-goncang-kunyah, lagu sungguh enak dimakan begitu sahaja, lagu sabun buah hati dan lain-lainnya.

Satu pagi yang indah, aku tergerak untuk mencuba nasib dalam merebut barang free di stesen radio no 1 itu. Sebelum ini aku dengar sahaja dan tak pernah kisah tentang contest atau apa-apa freebies yang mereka nak bagi kepada pendengar. Macam nuffnang (NN) juga, sudah setahun aku blogging baru beberapa bulan ni aku rajin join contest sana-sini. Kalau tak aku login NN hanya untuk melawat statistik dan earnings semata-mata. Alhamdulilah setiap kali aku sertai ada yang mendatangkan hasil.

Disebabkan mesej 50sen yang dihantar ke 32555, aku mendapat panggilan dari Kuala Lumpur yang mengatakan aku menang sesuatu. Mula-mula ingatkan nak kena Can I help You ke apa, rupanya memang betul-betul bukan cobaan.

Parcel yang aku terima dari pakcik GDex.

Ting tong! Keesokan harinya pak cik courier datang membawa perkhabaran gumbira. Siap ada hadiah tambahan lagi u ols. Tak sangka betul. Jakun pun ada sebab tak pernah dapat. Apa ada kat dalam? Jom kepoci.

Dari Era.fm. Wee!

Dalam parcel itu ada 4 pas bermusim untuk cerita Lagenda Budak Setan (LBS) dan 1 t-shirt LBS. Tengok t-shirt aku terus aim nak bagi kekanda sebab dia suka simpan benda-benda macam ni. Buka pula plastik nampak saiz M dan saiz tu memang untuk dia. Pas bermusim yang aku dapat sah digunakan selepas 14 Jun (masa aku terima tu 9 Jun 2010) dan boleh digunakan selagi filem itu ditayangkan. Pas bermusim tersebut hanya sah di TGV dan GSC cinema sahaja. Terima kasih D'almashor sebab layan panggilan aku ke konti Era.fm untuk bertanya itu dan ini. She is a nice person. Suara sejibik macam kat radio.


Pinjam dari album gambar google.

Okeh, cukup dengan cerita dari aku yang jakun. Sekarang aku nak jelaskan apa pengalaman ngeri yang aku pernah mention pada entri semalam. Tetapi sebelum itu aku nak tanya: anda pernah baca novel LBS kan? Dan semua orang tahu novel itu adalah karya terlaris dari penulis terkenal Ahadiat Akashah.

Aku khatam novel ini masa Tingkatan 4 (2004). Masa tu pula hormon remaja baru nak membiak jadi macam-macam yang aku imagine bila baca kisah percintaan Ayu dan Kashah ni. Sikit lagi nak angau disebabkan novel tersebut padahal bukan ada yang nak dengan aku pun. Kalau tanya semua orang yang pernah membaca, mesti mereka pun alami perkara yang sama. Agaknya lah!

Kembali ke cerita di panggung wayang. Fakta yang aku dengar di Era.fm pagi semalam: 'Pungutan untuk filem LBS dalam tempoh 2 minggu menjangkau ke RM4 juta'. Tu dia penangan novel terlaris. Tahniah Ahadiat Akashah, aura anda memang meletop!

Tetapi, di sini aku nak kongsikan 4 pengalaman ngeri semasa menonton cerita ini dari mata rabun dan akal serabut aku.

1. Poster filem LBS ada sesuatu.
Nampak tak macam mana Farid Kamil gayakan rambut dan penampilan dia. Aku kurang berkenan la gaya rambut tu. Macam tak sesuai dengan Farid. Nak lagi mengecewakan dia ada pakai earrings untuk menunjukkan betapa 'setan'nya watak yang dibawakan. Persoalan aku; perlu ke buat macam tu? Mereka tak terfikir ke akan menjadi ikutan budak-budak muda? Macam manalah boleh lepas ek.

2. Mood yang terkejut.
Kalau baca novel aku punya feeing fuh! macam real. Tapi dalam filem ni belum sempat nak feeling eh! sudah tukar mood lain tiba-tiba. Contoh: Aku tak rasa lagi ke'setan'an Kashah tapi tak sampai 5 minit dia dah jatuh cinta dengan Ayu. Baru tunjukkan 2,3 bukti perbuatan nakal Kashah, dah jatuh cinta? Kata anti-perempuan takkan sekejap je hati boleh tergolek. Betul tak?

3. Dialog yang ngeri.
Anda rasa ngeri tak bila dialog jiwang aku boleh gelak macam tengok cerita Ogy & the Cockroaches? Kekanda pun join sekali. Adeh, aku tak boleh nak recap pula dialog yang buat aku pecah perut dalam panggung. Kalau anda rasa nak gelak pergilah tambah pungutan jualan filem ini. Tak silap aku sampai hujung bulan ni pun masih boleh tengok. Kalau tak gelak jangan salahkan aku ye, rambut sama hitam hati lain-lain. Kesimpulannya habis cerita aku bisik di telinga kekanda: tengok Adamaya kat TV lagi best!

4. Jalan cerita yang lemah
Ewah, macam expert je bunyi. Hee. Aku frust gila dengan cara penyampaian cerita. Ekceli aku tak berapa ingat jalan cerita novel sebenar tapi apa yang aku nampak filem ini macam melepaskan batuk di tangga je. Peminat novel Ahadiat Akashah mesti frust gila macam aku juga. Aku ada dapatkan review dari blog lain yang turut sama menyatakan kekecewaan mereka. Meh cekidout kekecewaan penonton dari blog ini dan ini juga ini.

Mintak maaf kepada sesiapa yang terasa hati. Ini hanya pandangan peribadi aku. Kalau ada yang tak setuju terpulang. To Mr. Sharad Sharan, cuba lagi!



Monday, June 21, 2010

Entri 4 dalam 1. Mode lincah


Bab 1


Contest di blog Riwayat Hariku telah pun berakhir pada Ahad lepas, 20 Jun 2010. Nasib tidak menyebelahi aku kerana pemenangnya bukan dari rumah ini. Tahniah kepada cik Syakila ;) Eh, ada contest barulah! Kalau berminat nak join klik link yang ada tadi.

Nak tahu apa 10 barang yang aku teka ada dalam porch beg bro? Rajin-rajinkan tangan kelik sini dengan gembira.

Bab 2

Ingat lagi janji aku nak hapdate tentang jualan murah besar-besaran kedai buku Popular di CS? Hari ini baru aku nak tepek gambar banner yang sempat aku snap masa jalan-jalan semalam.

Hah, nampak tak? Sudah zoom habis ni. Malangnya jualan murah itu telah pun berakhir semalam. Siapa yang tak dapat pergi meh nyanyi sama-sama lagu CT & KD. Hee ;)

Bab 3

Akhirnya aku berjaya mendapatkan twitter badge idaman hati dengan bantuan bro gnesop. Mekasih daun keladi bro sebab bagi aku tutorial itu. Special thanks juga kepada incek lanunsepet kerana sudi feedback untuk soalan cepu emas aku mengenai twitter di blog beliau. Sampai sanggup buat testing post untuk mengesahkan ketepatan maklumat yang diberi. Terharu maks!

Ekceli aku sudah lama bela burung sekor ni tapi tak ghairah langsung nak menggunakannya. Lepas jumpa tutorial auto-feed blogger post ke twitter barulah aku rasa semangat nak berkicau setiap hari. Micro-blogging ni salah satu medium untuk kepoci entri baru. Rugi betul aku tak mulakan dari dulu.

Kesimpulannya, eksperimen aku pada mulanya yang sedikit gagal, setelah dibelek mana yang patut ia berjaya berfungsi seperti yang diharapkan di atas bantuan blogger seperjuangan. Kesian kat aku sebab blogger lain dah berzaman gunakan twitter untuk tujuan suci murni seperti ini. Rasa jahil gila tau. Haha.

Jika ada yang nak sama-sama kepoci di sarang burung R4T, jemput tambah makhluk tuhan paling tak seksi --> Kieyu424. Terima kasih ;)

Bab 4

Semalam aku dengan adik yang bongsu telah keluar berduet untuk menonton Karate Kid. Mengikut itinerary maya aku, mulanya nak ke Tebrau City tetapi terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir sebab limo kuning tak munculkan diri, masa pula sudah semakin suntuk. Jadi kami tukar arah ke CS. Kebaikannya aku dapat snap gambar untuk laporan di bab 2.

Aku tak nak review cerita ini sebab dah ramai blogger tolong review kan. Tapi nak komen sikit, boleh kan? Hee.

"Cerita ni tak best sangat sebab aksi kung-fu tak berapa nak banyak. Jalan cerita lebih tumpukan kepada hal lain. Frust sebab tak dapat tengok Jackie Chan beraksi macam filem-filemnya yang lain" - pandangan peribadi adik aku setelah diubahsuai bahasa secukup rasa.

Yezza, kat sebelah kiri inilah wajah beliau. Geng blogger JB, kalau ada nampak dia buat perkara yang bukan-bukan jangan lupa roger aku ye.

Karate? Kung-fu? Perkara yang sama atau ada beza?
Tolong jawab untuk aku boleh tak. Malas nak gugel. Hee.

Satu hal tentang panggung wayang, rupanya ramai lagi warga Johor yang tak tahu tiket boleh dibeli di tingkat 7. Mereka sanggup bersesak-sesak di bawah padahal kaunter atas lengang, macam tak laku pun ada. Haha. Pada mulanya aku pun hampir terlupa boleh beli kat sana. Nasib baik akal bertindak cepat retrieved balik maklumat. Kalau tidak memang masak nak tunggu turn beli tiket.

Suasana aman dan damai di tingkat 7 Cathay Cineplex, City Square.

Ada satu lagi hal sebelum aku lupa. Masa balik kerja tadi aku naik limo kuning dia ni. Aku berkesempatan snap muka dia terang tang-tang. Ingatkan mahu show-off di R4T tapi nak tanya anda dulu, patut ke tak? Taknak jadi isu je nanti sebab ada blogger kita yang dah terkena. Kekanda kesayangan cakap toksahlah cari pasal. Tapi kalau ada yang request mungkin aku pertimbangkan.

Plan nak tengok LBS free juga terpaksa ditunda ke esok hari sebab cinema sudah full-booked. Malang sungguh nasib.



Sunday, June 6, 2010

Konsert Double Trouble 2 JB Terbaik!


Baru balik dari jalan-jalan di rumah incik gugel. Oh, belum ramai bloggers yang buat review mengenai Konsert Double Trouble 2 (DT2) di Johor Bahru semalam. Nak tahu tak apa cerita? Tak nak tahu pun aku nak bagitau juga. Tak kira.

Malam Sabtu (5 Jun 2010) adalah hari yang dinantikan oleh kekanda dan seluruh rakyat dan mat rock Johor. Ramai yang berpusu-pusu menuju ke Stadium Larkin tak kiralah yang tua, muda, kanak-kanak, mak orang, bapak orang, kucing (pun ada?) yang ingin menjadi sebahagian daripada sejarah dunia muzik tanah air.

Pemergian kami ke konsert DT2 ini ditaja oleh Nuffnang dan duit poket kekanda. Terima kasih yang entah kali ke berapa untuk incik Nuffy, jimat RM140 tau. Terima kasih juga kepada kekanda sebab belanja makan nasi goreng ayam sebelum jumpa Amy Search & Awie Wings. Lepas makan sesi marathon secara duet menuju ke stadium sebab carpark sudah penuh dengan gerai menjual air dan baju-baju.

Tiket yang di-tolong-collect oleh kawan kepada adik kekanda di KL.

Jalan Dato Jaffar dikerumuni manusia yang ingin menyaksikan kehebatan sepanjang zaman 2 band rock lagenda tanah air. Tapi tak pasti sama ada seramai pengunjung di Bukit Kiara pada konsert DT2 Mei lepas. Nak kira orang yang datang macam orang sudah hilang akal pula rasanya. Baik aku search di myMetro. Betul tak?

Aku ada snap gambar orang ramai yang macam semut tengah hurung gula pasir tapi malangnya tak berapa nak clear. Ok takpe, ada banyak gambar lain nak tayang hari ni. Jangan risau.

*Up-date: Encik penyu frust sebab tiada gambar Amy & Awie perform. Mintak maaflah encik penyu, kamera handphone tak dapat nak snap gambar dalam gelap gelita. Nak beli DSLR tak mampu lagi. Hee. Jemputlah tengok video pre-opening. Link ada di perenggan bawah.

Cuba teka mana satu kekanda aku. Tiada talian hayat disediakan. Hadiah pun. hee.

Gambar di atas adalah suasana luar stadium. Masa itu pukul 8:30 malam, pintu masuk sudah mula sesak dengan orang ramai yang datang. Yang nak bergambar lain, yang nak beli air untuk bekalan kalau-kalau haus masa konsertnya lain, yang buka booth jual eskrim, air tin, macam-macam ada! Nasib baik tak ada yang datang buat promosi Astro Byond ke jual insurans ke. Aku mencari juga kalau ada. Boleh snap gambar lepastu tayang kat sini. RARE apa? hee.



Suasana di dalam stadium

Dalam stadium pun ada orang jual air lah. Nasib baik aku tak beli kat luar. Kalau tak satu hal nak ke hulu-ke hilir dengan tin air. Lebih kurang setengah jam menunggu, konsert pun bermula. Kemunculan Awie disusuli Amy Search disambut dengan jeritan peminat-peminat fanatik mereka.

Lagu pembukaan untuk malam itu adalah Gemuruh yang dunyanyikan secara duet, Amy - Awie. Klik link kalau nak tengok video yang dirakam oleh salah seorang pengunjung. (Aku jumpa kat youtube. Kredit: QushairiRhysMeyer) Maaflah, kualiti rakaman kurang sedikit, kalau nak yang baik punya tunggu DVD keluar ok. Kekanda cakap ada. Cheh! Macam dia pulak pengurus konsert.

Selepas persembahan pembukaan konsert diteruskan dengan persembahan lagu dari Search. Gimiknya, penyanyi Amy Search tetapi muzik dimainkan oleh Wings. Masa giliran Awie pun sama. Ahli kumpulan Search yang menghidupkan muzik malam itu tetapi vokalis dan lagu dari Wings.

Nak lagi gegar, kemunculan eksklusif persembahan gitar solo oleh Joe Wings & Kid Search yang membuatkan orang kat bawah stage menjerit macam nak pengsan. Memang gerek. Aku yang tak tahu menahu pasal rock & muzik ni pun terpegun macam apa. Serius beb!

Jam 9 malam di konsert DT2.

Secara keseluruhannya, KONSERT INI SANGAT BEST. Terbaik dari ladang. Walaupun sudah berumur tetapi tenaga yang ditunjukkan masih sama seperti zaman kegemilangan mereka. Antara lagu-lagu yang menggegarkan stadium pada malam itu ialah Opera Hidup, Awang Spanar, Isabella, Pelesit Kota dan lain-lain. Aku bukan tau semua tajuk lagu, ini pun kekanda yang habaq mai.

Kata abang DJ ada 30 lagu yang akan dipersembahkan tapi setengah jalan aku countdown boleh lupa pula dah sampai mana. Kesimpulannya aku tak dapat nak sahkan yang mereka nyanyi 30 buah lagu ke tidak malam itu.

Lebih kurang pukul 12.45 malam, tirai konsert dilabuhkan. Pengunjung yang datang pada malam itu pulang dengan hati yang puas setelah 17 tahun menanti kemunculan semula Konsert Double Trouble ini.

Laporan lengkap konsert ini boleh di baca di
myMetro.

Sesiapa geng Nuffnang yang ada dalam stadium malam semalam?



Tuesday, June 1, 2010

IMGLAD. Ok ke tak?


Dari kotak Soal Jawab

Siapa punya soalan ni? Angkat tangan. Kenapakah cik kak / cik abang tak letak link, dah aku tak dapat nak trace tau.

Ok, soalannya bertanyakan mengenai program IMGLAD yang aku pernah sertai dulu. Mungkin sebab beliau ada terbaca entri ini. Almaklumlah, in-take untuk bulan Jun 2010 dah pun nak bermula.

Kalau anda nak tahu details sehingga ke lubang cacing, tolong picit link ini. Sekarang aku nak cerita berdasarkan pengalaman peribadi dan harus diingatkan pandangan aku mungkin tak sama seperti orang lain yang turut sama ikuti program ini. Rambut sama hitam, hati lain-lain ye tak?

Ekceli, mereka buat temuduga terbuka untuk graduan-graduan universiti yang sedang mencari peluang pekerjaan. Aku dapat tahu mengenai program ini melalui iklan di akhbar tempatan. Selain itu, aku juga mendaftar di laman web rasmi IMGLAD untuk kemasukan sesi Januari - Mac 2010 (batch ke-2). Sebelum nak sertai program IMGLAD, anda akan ditemuduga dengan beberapa peringkat atau dikenali sebagai Screening Day. Semuanya dibuat dalam satu hari.

Semasa screening day, aku isi borang pendaftaran dan terus dapat surat diterima masuk program. Mereka juga adakan sedikit brief untuk program ini secara keseluruhannya. Sepatutnya ada ujian Bahasa Inggeris, (simple English je) dan presentation untuk melihat potensi kita tetapi sesi itu hanya diadakan kepada mereka yang ditemuduga di Kuala Lumpur. Untuk sesi aku, semua tu mereka skip dan buat pada penghujung kursus.

Untuk soalan IMGLAD bagus ke tak? Mestilah aku katakan bagus sebab ini adalah program yang bermanfaat untuk para graduan yang masih belum mendapat pekerjaan dan ingin meningkatkan employablitity skills mereka.

Banyak aktiviti yang kami jalankan sepanjang program ini. Aku malas nak ceritakan semua sebab kalau aku buat jugak mau melecet tangan nak menaip. 3 bulan punya aktiviti tu! Tapi aku nak bagi link yang boleh anda baca dan selongkar cukup-cukup. Beliau ini adalah team-mate aku semasa di IMGLAD. Jadi, apa yang dia buat, aku pun buat sama. Moh klik sini dan sini.

Siapa yang berjaya menyertai program ini, anda akan makan tanggung berak cangkung ditanggung sepenuhnya oleh IRDA & Kerajaan Negeri Johor. Makan, hostel, pengangkutan semua adalah free of charge. Selain itu anda juga akan dapat elaun RM500 sebulan.

Nasihat aku kepada sesiapa yang sertai program dengan tujuan nak dapat RM500 senang-senang hati, baik betulkan niat tu balik kerana mental anda akan sangat terdera dengan penantian kemasukan elaun ke bank masing-masing. Ops! off-record okeh. Hee~

Sijil IMGLAD Sesi Jan-Mac 2010

Sebelum mendaftar aku dah buat survey di Facebook, blog dan laman web rasmi IMGLAD. Jadi aku dah siapkan fizikal & mental untuk menghadapi apa jua cabaran yang datang. Banyak woh cabaran! Lebih-lebih lagi dari segi mental. *Benda free, jangan banyak songeh boleh?*

Untuk soalan dapat ke tidak bekerja di tempat latihan praktikal tu depends kepada pendirian masing-masing. Sekiranya anda telah mendapat peluang pekerjaan dan menerima tawaran praktikal dalam masa yang sama, mereka beri anda pilihan untuk memilih salah satu. Seminggu sebelum tamat program, anda akan menghadiri bengkel untuk persiapan menghadapi temuduga latihan praktikal. Anda akan diberi beberapa tawaran praktikal yang diuruskan oleh pihak Deloitte.

Aku ada terima beberapa tawaran praktikal tetapi semuanya tidak dapat dipenuhi atas sebab-sebab tertentu. Akhirnya, aku mendapat tawaran pekerjaan di sektor swasta dan terselamat dari latihan praktikal 6 bulan dengan elaun RM500/bulan (depends on company).

Sudah. Sudah. Cerita banyak-banyak nanti kena saman pulak. Hee. Gurau je. Aku harap entri ini telah pun menjawab pertanyaan cik akak / cik abang misteri di Kotak Soal Jawab aku tu. Cukup panjang-lebar tak penerangan aku?

Ada soalan lain? R4T sedia membantu.