Belog Ohsem: Blogger Best

Jom selongkar

Showing posts with label Blogger Best. Show all posts
Showing posts with label Blogger Best. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Selamat Ulang Tahun Dni!



Wishing you all the best in the year to come.
May your days be filled with sunshine and beautiful colors.
And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.



Dear dni..

Walaupun kita tak pernah jumpa tapi kita tetap gang kan?
Walaupun kita dah tak selalu bertemu di alam maya kita tetap kawan kan?
Walaupun kita berjauhan tapi tetap di hati kan?

Terima kasih untuk segala sokongan moral
Terima kasih untuk ukhwah persahabatan ini
Terima kasih untuk segalanya..

Salam sayang,
Kie-yu

Selamat ulang tahun sahabat :)


Monday, December 20, 2010

Hilangnya Hikayat Telur Mahawangsa II


Hah, kenapa ada nombor II pulak tu? Sebab ni entri kesinambungan yek kawan-kawan sekalian. Nak baca versi asal sila kelik link ini:
Hilangnya Hikayat Telur Mahawangsa


****Seling-selingan****


Inilah akibat update belog slow tahap kura-kura. Abeh semua entri pending mending padahal idea dah ada depan mata. Eh eh, nak tau siapakah gerangan sedara Ayeem Jemain itu? Beliaulah pemilik mutlak belog lucah-tapi-menggeletek-perut yakni ayeemayam.com.

****TAMMAT****

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:

herneenazir

Jom layan search word bersama Hernee Nazir :)
.......................................................................................................................


Wednesday, October 20, 2010

Pengumuman untuk nadia, Sylarius, Dni dan Tengkorak Emas


Heh. Saspen tak tajuk entri? Ekceli aku ada benda nak habaq kepada kesayangan R4T berempat ni. Eh, ada banyak lagi kesayangan tapi entri kali ni tak related dengan u ols. Lenkali ok?



Dear ..


Firstly nak mintak ampun mahap sebab lambat poskan hadiah u ols. Hee. Ekceli dah lama beli tapi nak ke pejabat pos tu bercinta betul. Dah nak hujung tahun ni banyak pulak kerja bos bagi. Jangan marah haaa.

Hadiah u ols aku dah pun poskan semalam. Mungkin masa baca entri ni ada yang dah terima sebab pos laju dijamin sampai esok! Hee. Harap dapatlah terima hadiah yang tak seberapa tu tanda persahabatan maya kita yek. Even tak pernah face-to-face tapi aku rasa closed sangat dengan u ols.

Hah! Ada lagi satu hal. Dalam kotak tu aku ada selit notes kecil dan malangnya kerana eksaited menyampul boleh aku terlupa nak boh kat salah satu kotak. Tak surelah sapa punya. Gila cuai tau makcik sorang nih. Mintak mahap lagi sekali. Anggaplah entri ni pengganti kepada notes yang tercicir tu. Hee.

Kepada u ols yang sudi baca entri ni sampai habis tapi dok tertanya-tanya apa contest yang mereka dah menang boleh refer pada entri ini :

4 Blogger Bertuah

Psstt..nak tahu satu rahsia tak? Ekceli kan kuiz tu aku nak capture nombor 012345 tapi baru perasan yang nombor tu bukan nombor yang ditunggu. Dah alang-alang buat teruskan ajelah. Hee.

Last but not least, kepada u ols yang baru pertama kali jejak ke sini silalah rajin-rajin bertandang sebab aku sangat suka buat kuiz terkejut dan tak pasal-pasal u ols dapat hadiah. Tak percaya tanya dak asy.

Selamat bergumbira geng!


<< NANG kalau suka! Tqvm :)




Saturday, August 21, 2010

Hadiah Hari Raya dari Dni..Lagi


Sampul surat dengan tulisan tangan comel itu datang lagi minggu lepas. Kali ini aku jumpa atas meja, bukan dalam peti surat. Mungkin ayah yang ambilkan. Balik kerja penat-penat terus senyum lebar bila nampak sampul surat untuk aku. Hee.

Kawan blogger kesayangan cik Ardini Humaira bagi hadiah hari raya yang kedua. Hok nombor satu ada sini. Kata Dni hadiah yang lepas itu kembar dengan brooch dia punya. Suka tau!

Hadiah kali ini ada kembar 4 sebab Dni poskan jugak kepada 2 lagi blogger lain iaitu
Zie (lesbo beliau) dan Weeda. Ouh! sangat terharu sebab dalam banyak-banyak blogger yang sayang sama Dni, aku adalah salah seorang yang terpilih dapat hadiah.

Dni bagi brooch biru dalam sampul avon koleksi terbaru dia. Kalau nak tahu Dni memang suka buat koleksi sampul raya dari avon. Maklumlah, regular customer katanya. Blogger Kelantan yang nak order barang avon boleh roger Dni. Hee. Promote sekejap.
Brooch warna biru yang berkilau-kilau itu sangat memikat hati. Mestilah suka sebab biru warna kegemaran. Bertambahah koleksi barang biru aku. Hoyehh!!

Bersama brooch cantik ada diselitkan nota kecil yang sangat meruntun jiwa bila aku baca. Lagi-lagi tang 'Brooch ni sebagai tanda persahabatan kita.' Rasa dihargai sangat. Terima kasih Dni, sayang berkoyan-koyan sama kamu.


Aku harap persahabatan ini akan berkekalan sampai bila-bila.




Friday, August 13, 2010

Hadiah Hari Raya dari Dni


Masa balik kerja hari Selasa lepas, hati terdetik nak jengah peti surat kat rumah. Eh, ada sampul surat untuk akulah! Macam kenal jeeee tulisan tu.

Cepat-cepat ambil, masuk rumah campak handbag segala dan terus buka sampul tadi. Eksaited woh! Dah lama tak dapat surat chenta. Hee.

Moh tengok apa ada dalam sampul surat.

zap..

zap..

zass..

*efek koyakkan sampul surat

Tadahh...

Hah. Inilah dia isi kandungan sampul misteri tadi. Hadiah hari raya dari Dni. Tau dah tak surprise sebab tajuk terang-terang dah habaq. Saja nak meriahkan entri.

Jangan jeles haaa.. tak sampai seminggu puasa dah dapat hadiah raya. Ni mesti kes nak balas sebab
aku bagi keychain hari tu. Buat susah-susah aje Dni ni tau.

Brooch comel ni aku akan pakai masa hari raya nanti. Nama pun hadiah raya kan? Hee. Memandangkan baju raya belum cari lagi, bolehlah cekau baju dan tudung yang ada selit warna pink untuk match dengan hadiah Dni. Kebetulan memang takde idea nak tema warna apa untuk baju raya taun ni. Latest fashion pun aku tak tau. Hee.

Pinjam header eh cik Dni. Boleh kan? kan?

Aku gerenti u ols mesti selalu nampak header ni. Tak lain tak bukan kepunyaan cek mek molek Ardini Humaira. Salah seorang blogger kesayangan R4T. Aku selalu lepak belog beliau sebab cerita hidup dia menarik dan banyak influence aku.

Yang terbaru Dni ada cerita pasal Teh Lipton perisa Vanilla dan tak semena-mena aku pun nak rasa juga. Petang ni harus redah kedai dan cari sampai dapat. Aku memang cepat je terpengaruh kalau bab makan ni.

Mai secawan! Hee.

Sayam Dni ketat-ketat. Muaah!

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Pemenang Kuiz Menghitung Hari : "eh..apasal nama kak jie tak de pun? hahaha... mmg pemalas join contest, nak menang ape " - kujie




Monday, August 2, 2010

Blogger Yang Tersepit


Aku seorang blogger yang tersepit. Malam ini baru aku sedar. Bukan tersepit pintu rumah mahupun tersepit tingkap kereta. Tidak sama sekali.

4 perkara yang buat aku rasa tersepit :

1. Tulis entri ikut suka hati sendiri. Lepas publish baru rasa menyesal kerana ada satu side yang aku terlupa nak kaji. Contohnya ada pada entri Sekolah untuk Pelajar Hamil.

Cuba baca keseluruhan entri dan komen kemudian anda akan rasa tang mana yang aku tersepit. Hee. Terima kasih si pemberi komen kerana menyedarkan aku. Teguran ini sungguh bermakna. sob..sob..

2. Revealed the true identity. Sejak 17 April 2010 mula blogging sampai sekarang aku rasa tersepit dengan perkara ini. Pernah ada blog dengan identiti sebenar tapi sebelum mula nak taip entri baru kepala dok fikir 99 perkara yang mungkin bersangkut paut dengan apa yang bakal aku tulis.

Contohnya, ada perkara yang aku tak mahu geng terdekat tahu tapi teringin sangat nak kongsikan dengan blogger lain. Sudahnya satu entri pun tak siap, belog pun ntah ke mana. Bila sudah sorok-sorok identiti hal lain pula muncul. Tolong~! aku tersepit di tengah-tengah identiti sendiri.

3. Err... Skip boleh?

4. Idea yang tersepit. Tajuk entri ini sangat menarik. Idea datang mencurah-curah ke ladang gandum tapi aku tak tahu macam mana nak sampaikan. Akhirnya jadilah entri yang merapu ini. Terimalah aku seadanya. Mekaseh.

Masa dah suntuk. Moh tersepit sebelum 12 tengah malam menjelma.

Blog Pilihan Hari Ini
Tengkorak Emas

Entri Restoran Baser vs Tepian Tebrau : "hehe apala yg kekanda kie-yu belek, ntah2 main tekan je hehe pergi toys r us? cari ape tu, rubik's cube?" - tengkorakemas



Tuesday, July 27, 2010

Belog Lawak Kegemaran


Wakakaka. Adeh saket perut aku gelak. Mana lah dia dapat idea tulis entri macam ni agaknya. Eh! syok sendiri bermonolog pulak. Aku baru lepas baca entri dari belog seorang insan yang mampu membuat entri lawak tahap gaban.

Siapakah gerangan tuan belog yang berjaya membuatkan aku nak buat entri khas untuk beliau ni?


Kat atas nuu print screen dari sana. Belog punyalah simple gila, tak macam 'dia tu' yang ntah apa-apa je dibubuhnya. Hee. Kutuk diri sendiri kejap.

Walaupun nampak macam tak menarik tapiiiii entri yang dihasilkan tak mampu menolak semua pembaca untuk datang berkali-kali. Aku serius ni weh!
Tengok URL belog sahaja sudah boleh buat u ols gelak terbahak-bahak, belum lagi baca. Mungkin bolah sampai tahap putus urat kentut. (Macam kenal je statement ni)

Untuk semua entri yang dia buat tukang komen punyalah ramai. Ini menunjukkan betapa berkesan entri yang dihasilkan. Tapi yang kurang best, beliau ni tak selalu update. Jadi aku selalu rindu-rinduan nak baca entri beliau.
Kan orang putih dok habaq 'Laugh is the best medicine' jadi kalau malas menapak ke klinik jengah belog dia ni. Heee. Boleh gitu?

Alah..sopannya ko gelak kucing.

Kalau rasa nak bergelak ketawa macam aku moh kelik link : BLOG ANAK MAT NOR. Belog ini telah berjaya disenarai hitam putihkan ke bloglist 'Terbaik dari Ladang'. Kopipes sikit mengenai penulis:

Jebon
Masa aku 5 tahun, cita-cita aku mahu jadi Faizal Hussein dalam filem Gila-Gila Remaja. Seorang biker yang cool, pandai main snooker, pandai breakdance dan bermurah hati menderma darah pada bapa teman wanitanya.

20 tahun selepas itu, aku tak cool, aku tak pandai main snooker, aku tak pandai breakdance dan tak pernah derma darah. Aku anak Mat Nor.

Aku sudah tidak mahu jadi Faizal Hussein. Agaknya Faizal Hussein mahu tak jadi aku?


Semua orang ada cara tersendiri untuk tarik pembaca datang belog masing-masing kan?

Blog Pilihan Hari Ini
Sayang Selasih

Entri Tiket Percuma ke 'Tekken' Special Screening : "heheheh dapat tiket free tueeeeeee nak nak..nak..nak.." - angahsayang2314