Belog Ohsem: Pengumuman

Jom selongkar

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Jemputan Khas


Haaaaa mulalah pikir kelaut memasing yek. Kemain eksaited lagi sampai nak telan kibod nuu *tiba-tiba* Ekceli bukan jemputan kahwin daaa tapi.. meh baca meh:





Saudara/Saudari,

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dengan berbesar hati ingin menjemput mereka yang telah menyertai Program Latihan Pembangunan Modal Insan (tahun 2009 dan 2010) untuk menghadiri ke majlis Alumni Program Latihan Pembangunan Modal Insan yang julung kalinya diadakan di dalam wilayah Iskandar Malaysia. Majlis ini bertujuan untuk :

· Menubuhkan “Iskandar Malaysia Talent Development Program Alumni”

· Mengenalpasti status pekerjaan sekarang

· Mendapat maklum balas daripada para peserta sekaligus mencari penyelesaian untuk sebarang masalah yang diutarakan

Maklumat berkaitan majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)

Masa : 9.30 pg - 12.00 t/hari

Lokasi : Bilik 302, Tingkat 1, PERSADA Convention Center, Johor Bahru

Agenda Program

Waktu

Program

09.30 pg

Ketibaan ahli Alumni Program Latihan Pembangunan Modal Insan

10.00 pg

Kata- kata Aluan daripada Pengerusi Majlis

10.15 pg

Ucapan daripada En Nor Hisham Hussein, Naib Presiden Kanan, Jabatan Pembangunan Sosial

11.00 pg

Sesi soal jawab

12.00 t/hari

Bersurai dan lawatan ke KEPAK

Sila hebahkan jemputan ini kepada rakan-rakan yang pernah mengikuti Program Latihan Pembangunan Modal Insan Iskandar Malaysia bagi memeriahkan majlis ini.

Semoga dengan kehadiran saudara/ saudari mampu membantu dan memastikan kejayaan penubuhan Alumni ini. Sila beri maklumbalas melalui emel sebelum atau pada 22 Jun 2011 (Rabu).

Pada masa yang sama, majlis ini turut diadakan bersempena dengan program Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011 (KEPAK 2011) yang akan diadakan di Persada dari 23 - 26 Jun 2011. Karnival ini merupakan program yang juga julung kalinya diadakan dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri Johor dan IRDA. Tujuan karnival ini diadakan adalah pemadanan peluang-peluang kerjaya, perniagaan/keusahawanan, peningkatan kemahiran yang merupakan sebahagian strategi modal insan di Negeri Johor dan Iskandar Malaysia.

Lebih dari 120 pempamer akan dibuka yang terdiri daripada badan-badan kerajaan dan pihak swasta yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor.

Sekian, terima kasih.

Human Capital Blueprint Project Office | Social Development
Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
Email:
hcb.po@irda.com.my | Website : www.iskandarmalaysia.com.my
Address: #G-01, Block 8, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor
Tel : +6 07 233 3000 | Fax : +6 07 233 3001



Ex-IMGLAD dijemput hadir yek. Yang tak IMGLAD especially orang Johor nuuu pun dijemput jugak. Datang jangan tak datang :)

Apa tu IMGLAD? Cekdiout here yaw: IMGLAD.




Thursday, February 24, 2011

Meh semak kot ada nama u ols :)


Haaa. Pengumuman lagi ni. Tahun pun dah bertukar kan, makanya kehidupan aku pun dah bertukar. 100% berubah sebab sekarang aku dah tak kerja tempat lama yang banyak masa lapang macam dulu. Tempat kerja baru ni sepanjang hari buat kerja luar. Yeeee. Itu pasal susah nau nak nampak update dari R4T.

Ekceli nak bagitau yang segmen top komentator tu dah dibubarkan untuk tahun ini. Disebabkan komitmen aku lebih kepada dunia nyata maka terpaksa buat keputusan ni. Jangan marah aaa. Tapi jangan risau, masih ada benda yang aku nak lanting-lantingkan kat u ols.


Okeh, meh cekidout top komentator Disember yang aku tak sempat nak umumkan tahun lepas. Ecece. Macam lama nau je bunyiknya.



Top Komentator Disember

  1. hans
  2. ardinihumaira
  3. Weeda
  4. munna
  5. gnesop.com
  6. tengkorakemas
  7. Azman Roslan
  8. aren
  9. Mr PenyuBiru
  10. Belalang Hijau

Dek kerana banyak buat salah sama u ols lebih lebih lagi kepada mereka yang rajin menyinggah dan tinggalkan komen seperti di atas, maka aku nak bagi hadiah kepada semua 10 pengomen terbanyak bulan 12 tahun lepas. Kepada mereka yang tersenarai silalah emailkan nama, no telefon dan alamat ke fourth.floor424@gmail.com dengan subjek 'TOP KOMENTATOR DISEMBER 2010'


psst..ILU!!



Thursday, October 21, 2010

10 Hari Lagi $$$


Tak sampai sepuluh hari lagi bulan Oktober akan meninggalkan kita. Rasa kejap je masa berlalu ye. Lepas ni dah nak raya lagi, mesti semua lembu-lembu risau dengan nasib mereka bulan depan. Hee.


Ekceli saja nak ingatkan u ols tentang kempen TOP BLOGGER COMMENTATOR AWARD yang sedang dijalankan. Keputusan untuk 3 blogger bertuah akan diumumkan pada 1 November, jika tiada aral melintang. InsyaAllah. 7 blogger lain yang tersenarai akan aku masukkan ke dalam bloglist 'Mesti Singgah'. Ada faedahnya kalau u ols dok dalam bloglist ni tau. Setiap kali naik update dari belog u ols aku akan picit laju-laju. Haaa. Best kan?

Sumber: aulia87.wordpress.com

Top Commentator Oktober

  1. ardinihumaira
  2. tengkorakemas
  3. Weeda
  4. SyUhAdA
  5. belalang hijau
  6. Faiz
  7. Sylarius
  8. gnesop.com
  9. ard
  10. Mr PenyuBiru

Ini adalah pengkomen terbaik R4T setakat entri ini ditulis. U ols kena kelik link tu satu persatu sebab mereka bukan sahaja pengkomen terbaik tetapi mempunyai belog yang sangat menarik! Busy macam mana sekalipun aku mesti singgah bila ada update walaupun tak tinggalkan komen.

Oh, ye. meh nak recap apa yang mungkin dimenangi oleh mereka yang bakal ditabalkan sebagai TOP BLOGGER COMMENTATOR untuk bulan Oktober ni.

Tempat pertama : Cash via Maybank2u / Topup RM15
Tempat kedua : Cash via Maybank2u / Topup RM 10
Tempat ketiga : Cash via Maybank2u / Topup RM 5

Ingin diingatkan bahawa penghargaan ini akan berlangsung SETIAP BULAN selagi aku masih ada rezeki. Dan yang paling penting penghargaan ini bukan bermaksud aku paksa u ols komen. Aku hanya nak menghargai mereka yang patut dihargai. Apa pun pendapat + / - terpulang.

Terima kasih kepada blogger widget yang tolong uruskan kira-kira komen u ols semua. Nak harap aku memang takdelah. Aku allergik sikit dengan Matematik ni.

Setiap komen u ols sangat dihargai. Terima kasih ye.


<< NANG kalau suka! Tqvm :)




Wednesday, October 20, 2010

Pengumuman untuk nadia, Sylarius, Dni dan Tengkorak Emas


Heh. Saspen tak tajuk entri? Ekceli aku ada benda nak habaq kepada kesayangan R4T berempat ni. Eh, ada banyak lagi kesayangan tapi entri kali ni tak related dengan u ols. Lenkali ok?



Dear ..


Firstly nak mintak ampun mahap sebab lambat poskan hadiah u ols. Hee. Ekceli dah lama beli tapi nak ke pejabat pos tu bercinta betul. Dah nak hujung tahun ni banyak pulak kerja bos bagi. Jangan marah haaa.

Hadiah u ols aku dah pun poskan semalam. Mungkin masa baca entri ni ada yang dah terima sebab pos laju dijamin sampai esok! Hee. Harap dapatlah terima hadiah yang tak seberapa tu tanda persahabatan maya kita yek. Even tak pernah face-to-face tapi aku rasa closed sangat dengan u ols.

Hah! Ada lagi satu hal. Dalam kotak tu aku ada selit notes kecil dan malangnya kerana eksaited menyampul boleh aku terlupa nak boh kat salah satu kotak. Tak surelah sapa punya. Gila cuai tau makcik sorang nih. Mintak mahap lagi sekali. Anggaplah entri ni pengganti kepada notes yang tercicir tu. Hee.

Kepada u ols yang sudi baca entri ni sampai habis tapi dok tertanya-tanya apa contest yang mereka dah menang boleh refer pada entri ini :

4 Blogger Bertuah

Psstt..nak tahu satu rahsia tak? Ekceli kan kuiz tu aku nak capture nombor 012345 tapi baru perasan yang nombor tu bukan nombor yang ditunggu. Dah alang-alang buat teruskan ajelah. Hee.

Last but not least, kepada u ols yang baru pertama kali jejak ke sini silalah rajin-rajin bertandang sebab aku sangat suka buat kuiz terkejut dan tak pasal-pasal u ols dapat hadiah. Tak percaya tanya dak asy.

Selamat bergumbira geng!


<< NANG kalau suka! Tqvm :)




Thursday, September 30, 2010

Penghargaan buat Kamu




Pengumuman!


Kotak komen intensedebate ada masalah sikit sebab aku secara rasminya dah delete comment box itu 5 minit yang lalu. Hee. Aku delete ada tujuannya dan semuanya kerana u ols, kesayangan R4T.
Sumber : bloggingpro.com

Aku akan guna semula comment box blogspot sebab boleh track siapa pengomen tegar R4T. Guna intensedebate pun boleh tapi bukan user tak included, jadi rasa tak adil macam tu kan. Selama ni ada beberapa blogger yang tak jemu-jemu komen walaupun intensedebate tu loading tahap berjanggut la jugak.

Mulai esok 1 Oktober 2010 aku akan bagi penghargaan kepada pengkomen tegar setiap bulan seperti berikut:

Tempat pertama : Cash via Maybank2u / Topup RM15
Tempat kedua : Cash via Maybank2u / Topup RM 10
Tempat ketiga : Cash via Maybank2u / Topup RM 5


Sumber: aulia87.wordpress.com

Oh, ye! Kepada 7 pengkomen yang lain belog u ols akan disenaraikan dalam mesti singgah dan sudah tentu aku akan singgah selalu. Nantikan kewujudan gadget pengkomen tegar di sidebar dan lihat kalau-kalau nama u ols naik setiap bulan kerana ada $$$$$ kaching menanti. Hee.

BTW, ini bukan bermaksud aku paksa u ols komen yek. Aku hanya nak menghargai mereka yang patut dihargai. Apa pun pendapat + / - terpulang.

Tiada syarat atau peraturan, asalkan komen tidak merapu sudah.




Thursday, September 23, 2010

Kembali ke Pangkal Jalan


Hampir 2 minggu R4T sunyi sepi. Ada sekali je aku jengah kejap tinggalkan pesanan untuk semua kesayangan. Masa entri ini ditaip aku baru khatam bloglist mesti singgah, terbaik! dan klien VIP R4T.


Sumber : urtechinfo.blogspot.com

Lepas tepek shout di fesbuk nak kembali aktif, ramai blogger yang like. Mintak mahap banyak-banyak ye u ols, datang beraya tapi tuan rumah tiada.

Jadi ini adalah entri memanas badan sebelum aku buat pecutan hingga ke garisan penamat. Eceh! ke laut sudah. Macam yang aku kepoci, 2 minggu raya ini macam-macam yang sudah berlaku sampai tak sempat nak update apa-apa. Busy gila kononnya, nasib baik tak gila betul-betul.

Mulai hari ini aku akan kembali seperti sedia kala. Ada cerita gembira tak lupa juga yang duka nak dikongsikan. Tunggu je lah yek entri berkoyan-koyan dari aku. Kalau entri bau basi tu tutuplah hidung masing-masing dengan sepit baju sambil membaca. Hee.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada u ols yang bagi ucapan takziah untuk nenek aku yang meninggal pada minggu pertama syawal yang lepas. Ai sayang u ols lebih lah!

Nah amek gambau syok sendiri:

Geng blogger pun dah semakin sihat dan kuat lepas raya. Hurray!



Monday, September 20, 2010

Nota untuk semua kesayangan saya

Ya, ini nota untuk kamu:


Terlalu terdesak masa jadi hanya ini yang sempat. Aku akan kembali secepat mungkin. Banyak cerita suka duka nak kongsikan dan semestinya rindu sangat-sangat yang amat pada u ols semua! Terima kasih sebab masih sudi singgah walaupun lama tak update.

I LOVE U OLS!!




Saturday, September 4, 2010

Maaf!


Kepada sesiapa yang berkenaan,

Kehidupan aku sedikit sibuk 2,3 hari ini. Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung ibu jari kaki, banyak entri yang bertangguh aku belum sempat siapkan. Beberapa awards dan contest juga ada yang aku hutang daripada u ols.

Entri '30 Hari Aku' dah hutang 2 termasuk hari ini, juga pengumuman pemenang teka teki duit raya semalam.
BelogwalkingKONG pun aku hanya sempat kelik beberapa link sahaja. Aduhai! Selimut Rasa bersalah menyelubungi diri.

Sumber: ohmypetticoat.blogspot.com

Tidak mahu berjanji takut nanti tak dapat nak kotakan. Aku cuba untuk selesaikan malam ini semua yang tertangguh. Boleh kan? Ok, got to go now. Aku nak bersiap untuk ke majlis reunion geng sekolah di Rumah Limas Danga Bay. Moh kita!

Jumpa malam nanti ye. InsyaAllah.

Tak sabar nak raya!




Saturday, August 21, 2010

Blog Pilihan Hari Ini


Perasan tak
Segmen Blog Pilihan Hari Ini sudah ilek dari entri? Tak perasan tak apa, aku tak marah pun. Ramai dok tanya macam mana nak terpilih untuk segmen tu. Ekceli aku sudah bagitau sebelum ini tetapi mungkin ada yang terlepas pandang.

Meh aku nak habaq sekali lagi. Segmen Blog Pilihan Hari Ini aku buat tanda penghargaan kepada blogger yang rajin komen pada entri aku. Tiada kriteria khusus untuk jadi blog pilihan sebab aku pilih secara rawak dan berdasarkan komen yang menarik.

Senang cerita semua pilihan di atas budi bicara aku sendiri. Konsep segmen ini sangat mudah, u ols komen dan aku pilih mana satu belog bertuah yang mungkin featured dari entri sebelumnya. Itu sahaja.

Berbalik kepada cerita asal, aku nak habaq bahawa segmen itu tidak lagi ditepek pada hujung entri selepas ini.

Kalau sebelum ini u ols akan nampak macam gini:


Tetapi sekarang segmen itu sudah bertukar jadi macam gini: Aku dah alih ke atas header entri sebab bro sop & hanis aleeya cakap kena scroll bawah nau baru jumpa. Hee. Mekaseh kepada mereka kerana tegur kesilapan ni.

Halamak! gambau kemetot nau. Kliklah kasi gedabak sikit ye. Untuk pengetahuan semua perubahan ini tiada sebab musabab yang serius, saja nak tukar ikut selera aku. Hee.

Akhir kata dari aku selamat berkomen. Kalau rajin komen mesti naik punya nama belog u ols. Cayolah!

Intensedebate ni menyusahkan tak? Komen please. Mekaseh.



Friday, August 20, 2010

Tolong Doakan Kesihatan Mak


Sesungguhnye ini ujian besar buat aku dan keluarga..

di bulan yg sgt mulia nie..
aku bersahur sendirian di hospital..
hanya dgn air kosong..
and kemudian suamiku x sampai ati..
dia belikan jugak aku roti and susu..
masa ni rasa jugak diri ni disayangi..
Thanks sgt2 kt asben..
sbb dia amat2 memahami keadaan ini..

Aku berdoa...
mohon kepada Allah..
utk tarik balik penderitaan mak ini..
aku sgt kesian tgk keadaan mak..
dgn diri yg lumpuh sebelah badan..
ditambah dgn serangan sawan..
semua pergerakan terbatas..

Aku mengambil kesempatan di sini..
untuk mohon jasa semua kawan2..
mendoakan kesihatan utk mak..
mohon agar mak sembuh dgn cepat..
aku dh x tahan lg tgk keadaan mak..
kesian sgt2...
sedih sgt2...

mohon doa kawan2...
dan saya amat2 menghargainyer..

TQ

[baca lagi]

Ini adalah sebahagian dari entri seorang sahabat blogger kita yang bernama Azura Rahman. (Pangkat kakak bagi aku) Aku dapat tahu berita ini dari blog Hafiz Rahman. Mereka bukan adik beradik, kebetulan nama bapa adalah sama.


Entri ini dibuat untuk meminta pertolongan blogger sekalian. Hanya 2 perkara yang u ols perlu lakukan:
  1. Berdoa semoga ibu kak Azura cepat sembuh
  2. Hebahkan berita ini kepada semua (share via FB, twitter, blog)
Mungkin hari ini hari beliau, mana tahu esok giliran kita pula. Fikir-fikirkan.

Terima kasih kawan.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Saya Nak Hadiah Contact Lens Raya Ini : "tQ ye kie-yu! heee.. memang kreatif bangat dong!!! point disini lirik tu, ada markah, ekekekekeke... setakat 4 orang masuk kamu, ada chance besar menang.. :D " - fiD




Monday, August 16, 2010

Bila Tinta Berbicara dapat RM20


Menaip entri ini dengan penuh rasa bersalah. Ekceli dah habaq nak umumkan semalam tapi kecapekan yang amat menghalang aku untuk update entri. Mintak mahap banyak-banyak.



Sudah, hentikan repekan itu. Nama belog sapa pada tajuk entri tu? Cepat angkat keyboard. Pencarian untuk pemenang kuiz tak sengaja sempena hari ulang tahun kekanda semalam sudah pun berakhir. Tuan belog tu lah pemenangnya.

Heh. Ramai lagi tak tau yang kekanda dan encik foto kesayangan adalah orang yang sama yek. Nah baca sini. Kat bawah nu jawapan yang betul dari asy. Dapat 100 markah + topup RM20. Dia teka 2 kali betul sebab jawapan terang-terang ada di sini.
"15 Ogos hari ulang tua encik foto kesayangan"

Kepada encik pemenang, sila emailkan ke fourth.floor424@gmail.com nombor telefon anda untuk ditambah nilai sebanyak RM20. Nak tepek dalam kotak komen pun apa salahnya. Mana tahu boleh tambah awek. Hee.


U ols yang tak menang jangan merajuk. Tak comel lah!

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Bayaran Transaksi untukCashout Nuffnang Dah Naik! : "lor, ye ke?? tp x pe la.. x cukup lg me nk cash out... huwwaaa!!! " - farra8979




Tuesday, August 3, 2010

Sehari Tanpa Entri


Tiada entri untuk hari ini. Tuan rumah tengah gasak renovate rumah, tukar pintu, ngecat dinding segala. Esok baru ada entri.

Mintak mahap zahir batin banyak-banyak. Hee. Tak lama lagi nak raya, eh silap. nak puasa. Ok. aku sudah mula nak merapu. Babai.

Nantikan kemunculan R4T berwajah baru. Stay tuned!

Blog Pilihan Hari Ini
NISECA suka merapu

Entri Blogger Yang Tersepit : "banyak betul yang tersepit kan " - eciz




Tuesday, July 20, 2010

Sayonara


Short update :)

Babai semua. Mungkin 2 hari belog ini sunyi sepi. Aku kena outstesen ke KL. Jiran tetangga tolong tengok-tengokkan rumah aku ni ye. Doakan aku selamat chow dan kembali ke JB tersayang. Mekaseh.

Segmen blog pilihan hari ini ditunda ke hari aku online semula nanti. So ada 2 blog bertuah yang akan ditepek.

I'll miss u ols. Ceh! macam lama sangat jee bunyiknya.

Lalala. Kerjalah!



Monday, July 12, 2010

Contest Lucky Draw by Shasha dari belog kak Jieda


Musim contest berbentuk tag telah bermula dan semakin berjangkit-jangkit ke seluruh pelusuk dunia belog. Aku ada satu pengumuman penting tapi meh cekidout dulu tag dari cik Jieda merangkap salah seorang blogger kegemaran aku.


CONTEST: Lucky Draw by shasha

Syarat-syaratnya sangatlah mudah :

1. Musti jadi follower shashabee.
2. Kopipes gambar di atas nuu dan tepek di sidebar blog anda.
3. Post entry pasal contest kendian tag kepada 2 ketul blogger lain.
4. Sila habaq kepada miss shashabee jika anda sudah join lucky draw ini.

Tarikh tutup penyertaan :
31 Julai 2010

Aku mahu tag cik kot@k ~~ dan cik anin. Tak mau buat takpe kerana tiada paksaan untuk sertai contest ini. Mekaseh.

Pengumuman. Sila ambil perhatian.

Hari ini aku nak kepoci ke seluruh alam bahawasanya R4T akan bersara dari sebarang kegiatan tag mengetag . Dan selepas entri ini aku sendiri takkan tag mana-mana blogger lagi dah.
Mana-mana blogger yang aku pernah tag sebelum ni mintak halal lah yek. Tapi ini tak bermakna aku tak nak join contest lagi. Mana yang aku berkenan nak join tak payah tag pun aku mesti join punya. Berbelit sudah ayat aku.

Dalam erti kata lain jika anda hormati privasi aku, maka aku akan buat macam tu juga. Kalau ada apa-apa pe'el aku yang anda tak gemar meh habaq supaya aku tak ulanginya. Kalau anda diam seribu bahasa aku anggap anda tidak ada masalah dengan segala tindak tanduk aku. Deal?


Mintak ampun dan mahap geng sekalian. Janganlah boikot pula belog ini dek kerana isu sekecil kuman ini. Wah! metafora sungguh bunyinya.
(rasa macam salah guna term) Blogger yang terbabit pun takmoh ambil hati nooo.

Aku sayang sama gengs blogger semua. Serius ni weh!



Tuesday, July 6, 2010

Sawan Facebook & bit.ly


Aku ada penyakit baru. Agak serius juga tahapnya. Ya, sawan Facebook (FB) & bit.ly. Sudah terang lagi bersuluh pada tajuk entri. Sebut sahaja Facebook semua sudah familiar tapi kalau bit.ly mungkin ada yang belum pernah dengar. Ekceli bit.ly adalah sebuah website yang membolehkan kita pendekkan permalink. Ala.. macam URL yang muncul di twitter bila kita apply twitterfeed tu. Terima kasih kepada Cik Nia sebab buat tutorial untuk perkenalkan website ni.


Sebagai seorang manusia yang tidak reti duduk diam, aku sangat suka mencuba benda baru untuk dieksperimentasikan. Selain blogwalking di GB, aku juga menjalankan sesi merayau-rayau di FB untuk mencari kawan-kawan blogger yang baru. Mereka yang aku add tu mostly ada blog sendiri dan aku akan tinggalkan pesanan supaya singgah ke sini. Lepas tinggalkan pesanan gedik, aku usha blog mereka. Kalau yang tak letak URL blog tu tak dapek den nak nolong.

Aku akan tegur mereka yang update status dan tepek sekali link blog yang telah dipendekkan guna bit.ly tu. Dan kalau rajin aku send message personally. Tujuannya adalah 1, aku nak promosikan entri R4T kepada member-member FB. Hal ini aku telah mention di profile Kie-yu Tak Comel secara rasminya.

Dan hari ini aku tergerak nak buat entri sebegini rupa sebab ada seorang blogger yang delete aku dari friend list lepas aku komen status FB beliau. Aku rasa puncanya adalah link bit.ly tersebut. Aku dah kenal beliau ni since dia mula buat blog versi Bahasa Melayunya. Sebelum ini dia ada blog English dan Bahasa Mandarin tak silap aku. Masa itu aku antara blogger terawal yang menjadi follower dia. Memang dia tak kenal kerana sekarang aku dah meng'invisible'kan diri. hee.

Cik
Hanis Aleeya siap warning tak mau klik link tu sebab beliau dah tahu apa yang ada di sebalik link bit.ly aku. Heee. Aku tak kisah kalau anda tak klik. Macam aku cakap tadi niat aku cuma nak promosi entri baru. Sama macam tinggal jejak di shoutmix tapi yang bezanya adalah aku guna medium FB.

Gambar ambik dari sini dan edit sikit.

Persoalannya sekarang.. pada pendapat anda yang sejujurnya, adakah perbuatan aku ini A N N O Y I N G atau menjengkelkan atau meluat atau menyampah? Anda boleh tinggalkan pesanan di kotak komen. Jawab ya atau tidak. Kalau rajin komenlah panjang-panjang. Jangan komen marah-marah tau sebab aku hati tisu. Hee.

Pendapat bernas anda adalah sangat dihargai. Tenkiuuu.




Wednesday, June 30, 2010

Wajah-wajah Pemenang Contest Dialog Kitty [Updated]


Seperti yang dijanjikan.. hari ini aku akan umumkan 3 nama pemenang untuk contest Dialog Kitty di R4T.



Dan..

Pemenangnya adalah...

(drum roll)







erk!



Tak dapek den nak nolong! Jadi kepada semua peserta stay tune @ R4T!! Mana tahu nama anda naik malam ini. Hee.

Ini bukan gimik tetapi kisah benar. Jangan marah u ols!

Updated ~ 23:23 p.m.
Hoh. Ramai yang bertapa dok tunggu result ye..mekasey banyak-banyak. Kali ini betul-betul, bukan cobaan. Kekanda sudah pass nama pemenang sekejap tadi. Meh cekidout 3 orang blogger yang berjaya menggeletek kekanda dengan dialog mereka:

Kesatu: anin

Kedua: Encik aMin

Ketiga: kot@k ~~

Kesatu, kedua @ ketiga hadiah tetap sama ye. Harap maklum. Janganlah claim hadiah bonus pula. Hee. Kelik mereka kalau nak gelak sama-sama.

Kepada pemenang, sila e-mailkan maklumat berikut ke fourth.floor424@gmail.com untuk proses penghantaran hadiah.

1. Nama penuh:
2. Alamat surat mengurat menyurat:
3. No telefon:

Aku akan inform bila hadiah telah diposkan. Sekiranya pemenang tidak memberi respon dalam masa 3 hari dari tarikh entri ini, aku akan minta kekanda pilih dialog bertuah yang seterusnya. Deal?

Kepada yang kurang bernasib baik tuu jangan bersedih hati. Cuba lagi di masa hadapan. Aku memang tengah galak nak buat contest sekarang ni. Kalau tak mahu join contest R4T, ada banyak lagi contest lain yang sedang berlangsung sekarang di blog kawan-kawan kita. Boleh cekidout di malaysiagiveaway.blogspot.com untuk mencuba nasib ;)

TAHNIAH kepada semua pemenang dari aku dan kekanda~~



Saturday, June 26, 2010

Pengumuman Buat Peserta Contest Dialog Kitty




Reka dialog & menang!
Klik banner untuk maklumat lanjut. Peace.
Tamat!

Keputusan rasmi akan diumumkan pada 30 Jun 2010

Senarai Peserta:


Contest Dialog Kitty di R4T (DKdR4T) telah pun tamat dengan jayanya pada 25 Jun 2010 tepat jam 11.59 p.m. Seramai 42 blogger kacak & anggun telah menyertai contest ini. Ada nama yang tidak masuk senarai? Tolong bagitahu aku secepat mungkin kerana semua dialog telah pun dicetak dan diserahkan kepada kekanda untuk dinilai. Aku pulak yang rasa nervous tak memasal ;) Kepada anda yang mahu melihat wajah bakal pemenang boleh cekidout senarai peserta seperti di atas. Form corrupt la. Tak boleh nak redirected ke belog mereka. Baca nama je lah ye. Hee.

28 Jun 2010 yang lalu, hadiah untuk contest (DKdR4T) telah sampai ke pintu rumah aku. Terima kasih kepada teCik Craft dengan hasil kraftangan yang sangat comel!

Kami sedia untuk di pos.

Di sini aku ingin betulkan statement untuk entri sebelum ini yang mana aku nyatakan hadiah ini boleh buat penuhkan tempat tidur anda. Ekceli saiznya tidaklah sebesar itu dan hanya cukup digenggam tangan. Aku tak nak ada yang rasa tipah tertipu pulak nanti. Hee. Aku dapat tahu pun setelah 3 ekor comel tersebut sampai ke tangan aku. Tetapi jangan kecewa sebab mereka memang comel! Kekanda siap nak culik seekor lagi tau. Isy.. mana boleh, ini hanya untuk mereka yang telah berjaya menggeletek perutmu dengan dialog kelakar mereka.

Dalam masa 4 hari dari sekarang aku akan umumkan 3 pemenang yang bertuah dan hadiah akan dipos keesokan harinya. Jadi stay tune di R4T untuk mengetahui jika anda adalah salah seorang dari mereka.

Terima kasih kepada semua yang menyokong contest dialog kitty.



Friday, June 25, 2010

Renovasi R4T & Pesanan untuk Blogger


Aku pernah terbaca satu kes berat mengenai gambar yang digunakan tanpa izin sampai melibatkan maruah seorang blogger tercalar. Kecoh sebentar dunia blogging Malaysia sebab kes ini melibatkan seorang lagi blogger so called FAMOUS. Ekceli kat mana-mana pun kita publish gambar kena ada watermark tak kiralah di Facebook ke, twitterphoto ke, atau di papan notis sekolah sekalipun. Sebab apa? Anda boleh fikir sendiri akibatnya jika gambar milik anda itu disalah-guna.

Aku sudah lama amalkan letak watermark ini tetapi sekadar meletakkan link blog segedabak mungkin dengan font kesukaan. Dalam hati sudah pasang niat nak buat watermark yang lebih cun dari itu, apakan daya aku tidaklah kreatif mana. Sehinggalah semalam, Dni ada mention yang beliau sudah pun ada watermark comel yang ditempah khas dari satu blogshop. Cantek woh!

Tanpa melengahkan masa dengan mood kepoci aku klik ke link yang Dni bagi. Klik sana, klik sini dan setelah 15 minit membelek akhirnya pencarian watermark aku pun berakhir. Aku pilih design yang simple tetapi sedap mata memandang. Meh tengok mana satu yang aku berkenan:

Ini sample gambar yang disertakan sekali dengan design watermark pilihan aku. Terima kasih tuan kedai :: b i z z o n l i ne :: Macam yang Dni cakap, servis beliau memang mantap dan peramah orangnya. Tak sampai 1/2 jam sudah dapat tempahan aku siap dengan 3 warna yang berbeza mengikut kesesuaian gambar yang aku nak guna nanti. Oh! berbaloi-baloi. Murah pun murah u ols. Babai link blog gedabak dan font kesukaan, selamat datang watermark garang simple tapi cute!

Ye betul. Gambar dari Google Image ;)

Okeh, sekarang aku nak sampaikan satu pesanan untuk pengunjung R4T. Banyak hal sebenarnya yang belum memenuhi kehendak aku di blog kesayangan ini. Selain watermark, aku juga sangat mahu comment box sejibik macam di kak jie dan RM. Nampak kemas sebab author comment ada di bawah readers comment. Semalam aku tweet request kepada kak jie macam mana nak buat author comment lagu tu? Beliau cakap itu adalah plug in Wordpress.

Pagi ini pula aku dapat direct message di twitter dari kak jie. Beliau ada bagi dua link untuk tutorial buat reply comment. Terima kasih kak jie, terharu betul ni. Ekceli aku memang sudah buat reply comment tersebut namun masih belum memenuhi selera aku. Isshh.. tak pelah. bersyukur dengan apa yang ada.

Oleh kerana nak mantain keanggunan belog, dengan rasminya diisytiharkan selepas dari entri yang sedang anda tatap ini aku hanya akan reply komen berunsurkan soalan sahaja. Jangan pula kecil hati aku tak balas komen ye. Don't worry be happy. Aku akan singgah di blog anda dan tinggalkan komen sebagai tanda penghargaan. Deal?

Adeh, nak kena babai blogspot dek kerana tertawan dengan plug in WP? Nehi..nehi.



Friday, June 11, 2010

Dialog Kitty di R4T [Updated]


Minggu ini sana sini aku baca entri pasal kucing. Aku pun nak show off gak kucing kekanda
aku punya. Heh. Aku mana ada kucing. Tumpang bermanja dengan kucing beliau je lah. Sudah rumahnya rumahku jua jadi kucingnya kucingku jugalah kan?

Meh tengok kucing-kucing yang berjaya menawan mata aku untuk memandang mereka lebih dari 2 minit. Biasa kucing tak comel aku pandang tak sampai seminit pun.

Red Mummy cerita tentang puan Reddy yang sedang sarat bunting. Sangat comel ok! Aku request nak beli kucing beliau tapi..

RM sangat sayang baby Reddy walaupun belum keluar dari perut.

Hellioz kaki rage berkepoci tentang kucing kesayangan beliau. Kelik sini sebab ada gambar makhluk berkenaan. Aku request beliau show off his kitty. Terbaiklah kucing lu Hellioz. Pesen-pesen pelakon drama swasta pandai berlakon punya.

Semalam aku dan kekanda baru menyelamatkan seekor anak kucing yang sikit lagi nak kena lenyek di tengah jalan raya. Mula-mula nak hantar beliau di satu restoran sekali pusing belah belakang kedai, tu dia 3 ekor anjing besar tengah menyalak. Uihh..bahaya! Sudahnya bawa balik ke rumah kekanda dan bertambahlah populasi kucing di rumah beliau. Ada hampir 15 ekor semuanya. Ramai Banyakkan?

Okeh, tiba masanya aku nak menayang kitty kekanda yang baru lihat dunia. Ini bukan kitty yang diselamatkan semalam.

Tak comel ke? Aku nampak comel je.

Eh..ini bukan tayang saja-saja tau. Kekanda request aku buat contest teka dialog kucing 2 ekor ini sempena kelahiran mereka. Beliau tersnap aksi comel mereka lalu terbitlah idea bernas ini.

Siapa yang berminat nak join senang tahap buat air batu campur caranya.

1. Buat entri khas dengan tajuk 'Contest Dialog Kitty di R4T'

2. Copy & paste gambar kitty guna code ini:



3. Bawah gambar tu buat dialog best yang sesuai ikut format:
Dialog A : blablabla..
Dialog B : blablabla..

4. Linkkan entri anda ke sini dan komen URL di entri ini.

TARIKH TUTUP : 25 JUN 2010

Senangkan?

Contest Dialog Kitty di R4T mencari 3 pemenang. Dan pemenangnya akan dipilih oleh kekanda sendiri. Psst..beliau ni pak lawak. So, ambil hatinya dengan dialog lawak korang ye ;) Hadiah? Adeh, belum fikir lagi apa nak bagi. Nanti aku update. Sementara aku fikir ni korang sudah boleh mula mencari idea apa dialog yang sesuai.

Ekceli, semua kucing aku pandang lebih dari seminit. Aku sayang kucing!

Updated ~ 12 Jun 2010 @ 11:41 p.m.
Setelah berhempas pulas berfikir, inilah habuan yang akan diterima oleh pemenang

'Contest Dialog Kitty di R4T'

Meow - Ditempah khas dari tEcikCraft.blogspot.com

Meh hangkot si comel ini buat penuhkan tempat tidur anda. Waktu tidur boleh jadi teman cakar-cakar. Eh. Nak tambah satu lagi habuan. Aku akan promote blog pemenang selama 2 minggu dengan banner rekaan aku sendiri. Macam biasalah.