Belog Ohsem: IMGLAD

Jom selongkar

Showing posts with label IMGLAD. Show all posts
Showing posts with label IMGLAD. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Jemputan Khas


Haaaaa mulalah pikir kelaut memasing yek. Kemain eksaited lagi sampai nak telan kibod nuu *tiba-tiba* Ekceli bukan jemputan kahwin daaa tapi.. meh baca meh:





Saudara/Saudari,

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dengan berbesar hati ingin menjemput mereka yang telah menyertai Program Latihan Pembangunan Modal Insan (tahun 2009 dan 2010) untuk menghadiri ke majlis Alumni Program Latihan Pembangunan Modal Insan yang julung kalinya diadakan di dalam wilayah Iskandar Malaysia. Majlis ini bertujuan untuk :

· Menubuhkan “Iskandar Malaysia Talent Development Program Alumni”

· Mengenalpasti status pekerjaan sekarang

· Mendapat maklum balas daripada para peserta sekaligus mencari penyelesaian untuk sebarang masalah yang diutarakan

Maklumat berkaitan majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)

Masa : 9.30 pg - 12.00 t/hari

Lokasi : Bilik 302, Tingkat 1, PERSADA Convention Center, Johor Bahru

Agenda Program

Waktu

Program

09.30 pg

Ketibaan ahli Alumni Program Latihan Pembangunan Modal Insan

10.00 pg

Kata- kata Aluan daripada Pengerusi Majlis

10.15 pg

Ucapan daripada En Nor Hisham Hussein, Naib Presiden Kanan, Jabatan Pembangunan Sosial

11.00 pg

Sesi soal jawab

12.00 t/hari

Bersurai dan lawatan ke KEPAK

Sila hebahkan jemputan ini kepada rakan-rakan yang pernah mengikuti Program Latihan Pembangunan Modal Insan Iskandar Malaysia bagi memeriahkan majlis ini.

Semoga dengan kehadiran saudara/ saudari mampu membantu dan memastikan kejayaan penubuhan Alumni ini. Sila beri maklumbalas melalui emel sebelum atau pada 22 Jun 2011 (Rabu).

Pada masa yang sama, majlis ini turut diadakan bersempena dengan program Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011 (KEPAK 2011) yang akan diadakan di Persada dari 23 - 26 Jun 2011. Karnival ini merupakan program yang juga julung kalinya diadakan dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri Johor dan IRDA. Tujuan karnival ini diadakan adalah pemadanan peluang-peluang kerjaya, perniagaan/keusahawanan, peningkatan kemahiran yang merupakan sebahagian strategi modal insan di Negeri Johor dan Iskandar Malaysia.

Lebih dari 120 pempamer akan dibuka yang terdiri daripada badan-badan kerajaan dan pihak swasta yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor.

Sekian, terima kasih.

Human Capital Blueprint Project Office | Social Development
Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
Email:
hcb.po@irda.com.my | Website : www.iskandarmalaysia.com.my
Address: #G-01, Block 8, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor
Tel : +6 07 233 3000 | Fax : +6 07 233 3001



Ex-IMGLAD dijemput hadir yek. Yang tak IMGLAD especially orang Johor nuuu pun dijemput jugak. Datang jangan tak datang :)

Apa tu IMGLAD? Cekdiout here yaw: IMGLAD.




Tuesday, June 1, 2010

IMGLAD. Ok ke tak?


Dari kotak Soal Jawab

Siapa punya soalan ni? Angkat tangan. Kenapakah cik kak / cik abang tak letak link, dah aku tak dapat nak trace tau.

Ok, soalannya bertanyakan mengenai program IMGLAD yang aku pernah sertai dulu. Mungkin sebab beliau ada terbaca entri ini. Almaklumlah, in-take untuk bulan Jun 2010 dah pun nak bermula.

Kalau anda nak tahu details sehingga ke lubang cacing, tolong picit link ini. Sekarang aku nak cerita berdasarkan pengalaman peribadi dan harus diingatkan pandangan aku mungkin tak sama seperti orang lain yang turut sama ikuti program ini. Rambut sama hitam, hati lain-lain ye tak?

Ekceli, mereka buat temuduga terbuka untuk graduan-graduan universiti yang sedang mencari peluang pekerjaan. Aku dapat tahu mengenai program ini melalui iklan di akhbar tempatan. Selain itu, aku juga mendaftar di laman web rasmi IMGLAD untuk kemasukan sesi Januari - Mac 2010 (batch ke-2). Sebelum nak sertai program IMGLAD, anda akan ditemuduga dengan beberapa peringkat atau dikenali sebagai Screening Day. Semuanya dibuat dalam satu hari.

Semasa screening day, aku isi borang pendaftaran dan terus dapat surat diterima masuk program. Mereka juga adakan sedikit brief untuk program ini secara keseluruhannya. Sepatutnya ada ujian Bahasa Inggeris, (simple English je) dan presentation untuk melihat potensi kita tetapi sesi itu hanya diadakan kepada mereka yang ditemuduga di Kuala Lumpur. Untuk sesi aku, semua tu mereka skip dan buat pada penghujung kursus.

Untuk soalan IMGLAD bagus ke tak? Mestilah aku katakan bagus sebab ini adalah program yang bermanfaat untuk para graduan yang masih belum mendapat pekerjaan dan ingin meningkatkan employablitity skills mereka.

Banyak aktiviti yang kami jalankan sepanjang program ini. Aku malas nak ceritakan semua sebab kalau aku buat jugak mau melecet tangan nak menaip. 3 bulan punya aktiviti tu! Tapi aku nak bagi link yang boleh anda baca dan selongkar cukup-cukup. Beliau ini adalah team-mate aku semasa di IMGLAD. Jadi, apa yang dia buat, aku pun buat sama. Moh klik sini dan sini.

Siapa yang berjaya menyertai program ini, anda akan makan tanggung berak cangkung ditanggung sepenuhnya oleh IRDA & Kerajaan Negeri Johor. Makan, hostel, pengangkutan semua adalah free of charge. Selain itu anda juga akan dapat elaun RM500 sebulan.

Nasihat aku kepada sesiapa yang sertai program dengan tujuan nak dapat RM500 senang-senang hati, baik betulkan niat tu balik kerana mental anda akan sangat terdera dengan penantian kemasukan elaun ke bank masing-masing. Ops! off-record okeh. Hee~

Sijil IMGLAD Sesi Jan-Mac 2010

Sebelum mendaftar aku dah buat survey di Facebook, blog dan laman web rasmi IMGLAD. Jadi aku dah siapkan fizikal & mental untuk menghadapi apa jua cabaran yang datang. Banyak woh cabaran! Lebih-lebih lagi dari segi mental. *Benda free, jangan banyak songeh boleh?*

Untuk soalan dapat ke tidak bekerja di tempat latihan praktikal tu depends kepada pendirian masing-masing. Sekiranya anda telah mendapat peluang pekerjaan dan menerima tawaran praktikal dalam masa yang sama, mereka beri anda pilihan untuk memilih salah satu. Seminggu sebelum tamat program, anda akan menghadiri bengkel untuk persiapan menghadapi temuduga latihan praktikal. Anda akan diberi beberapa tawaran praktikal yang diuruskan oleh pihak Deloitte.

Aku ada terima beberapa tawaran praktikal tetapi semuanya tidak dapat dipenuhi atas sebab-sebab tertentu. Akhirnya, aku mendapat tawaran pekerjaan di sektor swasta dan terselamat dari latihan praktikal 6 bulan dengan elaun RM500/bulan (depends on company).

Sudah. Sudah. Cerita banyak-banyak nanti kena saman pulak. Hee. Gurau je. Aku harap entri ini telah pun menjawab pertanyaan cik akak / cik abang misteri di Kotak Soal Jawab aku tu. Cukup panjang-lebar tak penerangan aku?

Ada soalan lain? R4T sedia membantu.



Sunday, May 9, 2010

Kay Classic Kopitiam - Aku dan makanan itu


Ada sesiapa pernah dengar mengenai program IMGLAD? Kalau pernah dengar bagus! Kalau tak tahu jemputlah gugel. Malas nak gugel picit sini atau sini dengan pantas. Senang cerita IMGLAD ni ala-ala GEMS jugak. Tak tahu-menahu juga? Klik sini pula.

Ekceli aku adalah salah seorang graduan dari program ini. Tengah syok godeh mukabuku, terpandang pula album dulu-dulu semasa menyertai program IMGLAD. Antara aktiviti yang paling melekat dalam memori, kena buat presentation di Kay Classic Kopitiam depan orang ramai yang tengah breakfast. Ouh, sangat mencabar!

Alhamdulilah presentation berjalan dengan lancar dan tiada kejadian tidak diingini berlaku. Hehe. Kay Classic Kopitiam adalah tempat makan yang mempunyai dekorasi hiasan dalaman yang sangat menarik. Harga makanan pun berpatutan. Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut boleh jalan-jalan di tepi pantai Danga Bay. Memang syok!

Tiba-tiba aku nampak gambar ini dalam album~

Lalu TING! aku teringatkan sesuatu..

Yeah, Contest Aku dan Makanan Itu yang ditepek di blog kesayangan cik Yana Kenja. Macam biasa, syarat-syaratnya:


Mesti jadi follower blog B A T U B U R P B L U R~
done!

Buat 1 entri khas untuk sertai
contest ini,
Kay Classic Kopitiam - Aku dan makanan itu
done!

copy paste banner rasmi,
Photobucket

done
!

Kemudian linkkan terus ke entri berkaitan.
[Contest Aku dan Makanan Itu]

done
!


Hantar HANYA 1 penyertan dan 1 keping gambar:
~ berseorangan
~ bersama makanan
done!

Tarikh tutup: 31 MEI 2010
Tarikh entri aku: 9 MEI 2010
done!

Semua sudah ok. So, wish me luck! ;)


Jom la join sekaki~ Bukan susah pun contest ni.