Belog Ohsem: Recommended by R4T

Jom selongkar

Showing posts with label Recommended by R4T. Show all posts
Showing posts with label Recommended by R4T. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Friso Growing Up Together Malaysia


Enjoy new and enriching experiences with your little one in all the activities and games at Friso® Growing Up Together Days.




Tuesday, August 24, 2010

Bilik Sesegar Taman Bunga


Air freshener dekat office sudah ilek, maka harus gantikan dengan yang baru. Antara brand yang selalu dirembat ialah Glade, Ambir Pur dan Air Wick. Aku suka tukar-tukar brand untuk bau yang berbeza setiap bulan bagi mendapatkan mood kerja, barulah semangat bila office sudah wangi!

Sumber: newsabahtimes.com.my

Bulan lepas pakai Gel Fresh Lavender cap Ambi Pur macam yang gambau atas nuu. Baunya tidak mengecewakan dan tahanlah dekat satu bulan lebih. Senang pun senang sebab lepas buka terus biar je atas meja. Tak perlukan sumber elektrik. Aku suka pakai yang manual sebab kedekut berjimat. Hee.

Yang tak bestnya pula air freshener hok ini baunya akan sampai sekitar kawasan tempat ia diletakkan sahaja. Jauh sikit dah tak bau. Sesiapa yang nak wangikan kawasan meja di office sendiri tanpa mengganggu hidung orang lain memang sesuai pakai. Ada sesetengah orang tak suka bau wangi sangat kan?

Untuk bulan ini pula aku ada jumpa satu produk baru dari Air Wick yang sangat memikat hati. Meh tengok:

Comel gila packaging, itu pasal aku rembat. Sekali tengok macam fire extinguisher pun ada kan? Heee. Perkenalkan cik Airwick Aqua Mist Air Freshener Spray, punyalah panjang nama kau. Tapi bau dia memang syok woh! Macam ada kat taman bunga lepas spray.

Produk ini lebih portable sebab u ols boleh sembur je kat tang mana yang suka. Jimat elektrik juga sebab kena spray manually. Aku pilih wangian Bouquet dan ada lagi 2 pilihan lain iaitu Lavender dan Lemon Fresh tak silap. Nanti aku check balik.


Harganya pun tak mahal, RM8.90 sahaja untuk sebotol. Boleh tahan lama sebab ia dalam bentuk cecair. Kalau spray sikit boleh tahan lagi lama. Macam aku mana gheti sikit-sikit, kalau boleh nak picit selagi bau tak menusuk dalam hidung. Hee.

Lalala..kerjalah!




Saturday, July 31, 2010

Header Cun R4T dari Faiz

Sticky post 48 jam. Scroll down untuk entri baru. Mekaseh.

Ehem. Mesti ramai dah perasan aku dok tuka header berapa banyak kali sebelum ni. Dan yang terbaru header sekarang kelihatan lebih cun dan menawan. Apa rahsianya? Sudah macam iklan tummy trim pulak. Hee.


Ekceli header ini adalah hasil kerja seorang blogger kreatif yang aku jumpa masa belogwalkingKong. Nama dia faiz, sekarang baru sahaja memulakan semester baru di UTP. Budak pandai ni.

Atas nuu adalah print screen dari header blog beliau. Cun kan? Moh kita hendap ramai-ramai ke sana --> Blog faiz. Harga untuk perkhidmatan yang faiz sediakan ini adalah amat berpatutan dan boleh dirunding. Berapa yang faiz cas kepada aku? Sapa nak tau bak RM2. Hee.

Kepada u ols yang terasa nak tukar kepada header yang lebih anggun bolehlah menghubungi faiz di faiz_slur@yahoo.com dengan maklumat berikut:

Format emel

Nama:

Blog/Laman web:

Tema:

Contact Number:

Referrer : Rumah 4 Tingkat

Photobucket

Maklumat lanjut / pertanyaan anda boleh klik pada banner atas nuu. Jangan risau, urusan dengan beliau ni dijamin tip-top!

Amacam header R4T berbayar ni? Meh komen sket.

Blog Pilihan Hari Ini
Si Panda

Entri Lelaki Tertua Tokyo Mati 30 Tahun Lalu : "best awet mayat.. hahaha.. leh teman tido :p " - sipanda



Saturday, July 24, 2010

Berenang-renang di Aquaria KLCC


Meh baca episod lepas di sini.

Sudah penat keliling KLCC, kekanda ajak pergi ke tempat berenang pula. Ehehe. Bukan aku dengan kekanda yang berenang tau tapi sang ikan dan kawan-kawannya. Ikan-ikan ini semua kami sekodeng di Aquaria KLCC yang berada di aras bawah tanah bangunan gergasi itu.

Ini merupakan kunjungan pertama kami ke sini. Minta maaflah kalau entri ini agak annoying. Orang lain dah pergi berapa puluh kali daa..

Ok, berbalik semula ke cerita asal. Segala macam jenis ikan ada di Aquaria KLCC ni, dari yang sekecil-kecil umat sampailah sebesar-besar alam. Jakun Teruja sungguh kami tengok mereka berenang sama-sama dalam air nuu. Rasa nak pergi berenang sama-sama pun ada.

Bayaran masuk untuk lihat keajaiban hidupan dasar laut ini adalah seperti berikut:
Sumber: Aquaria KLCC

Tiket untuk aku dan kekanda dikenakan bayaran sebanyak RM70 sebab ada mykad. Tapi tak mintak pun tengok mykad, mungkin tengok muka masing-masing sudah cukup membuktikan yang kami bukan foreigner. Hee.


Dekat entrance ada satu sudut yang mana kita boleh pegang/sentuh hidupan laut ini secara live. Aku berpeluang pegang jerung putih tapi tidaklah besar mana. Selain tu ada belangkas, tapak sulaiman, siput dan macam-macam lagi. Semua boleh dipegang kerana spesis ini tidak membahayakan.

Banyak aktiviti menarik yang boleh kita saksikan antaranya aktiviti memberi makan kepada ikan piranha dan hidupan laut lain. Serangga pun ada dipamerkan untuk tatapan pengunjung. Memang syok! Tak rugi u ols masuk dan tengok semua ini.

Sampai satu sudut pula kita boleh lalu dibawah terowong air yang macam selalu tengok kat TV tu. Atas kepala ada banyak ikan yang dok lalu lalang. Feeling-feeling menyelam kat laut dalam tapi tak basah langsung. Hee.

Tengok tu kekanda asyik sangat tengok ikan-ikan sampai adindanya ini candid gambau pun dia tak perasan. Yang seronoknya dalam terowong ni kita akan berdiri di atas lantai yang bergerak jadi tak payah nak melangkah atau berlari. Kalau nak jalan juga tiada masalah sebab ada lane untuk sesiapa yang nak berhenti dan tengok ikan dalam aquarium gergasi tu dengan lebih teliti.

Sebelum keluar, sempat juga rembat cenderahati untuk kenang-kenangan. Ini benda wajib bagi kekanda. Aku pilih frame yang ada hiasan ikan-ikan dan kekanda ambil mug comel gambar kuda laut. Frame tu nanti aku nak bubuh gambar yang kami ambil masa kat dalam. Jumlah ongkosnya RM20.80 sahaja. Maklumat lanjut tentang Aquaria KLCC boleh didapati di laman web rasmi mereka. Klik link ye.

Haa..sebelum terlupa! Aku ada jumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama. Meh cekidout:

Hee. Tengok tiang ni terus teringat kat Mr. PenyuBiru. Cepat-cepat keluarkan handphone dan snap! Ekceli aku nampak masa nak masuk ke Aquaria. Saja tepek hujung-hujung entri untuk gimik kononnya.

Selesai sesi merayau-rayau kami pun berangkat semula ke Masjid Jamek untuk ambil LRT ke Bukit Jalil. Sampai saja terus beli tiket untuk pulang ke Johor. Merasa naik bas double decker akhirnya sebab kebetulan bas itu yang nak jalan masa kami tiba. Semestinya kami pilih untuk duduk di tingkat atas weh.

Babai KL!
Jumlah perbelanjaan semasa:

Tiket Aquaria = RM70.00

Cenderahati =RM20.80
Jajan lagi! = RM12.00
Tiket KL-JB =RM62.00
JUMLAH =RM164.80

Jadi jumlah keseluruhan perbelanjaan sepanjang di KL adalah RM271.85.

Bajet lari sikit. Hee. Kena beringat lepas ni.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Central Plaza ke Plaza Sentral? : "belalang pegi kl kerap gak kebelakangan nih...tapi sorry tlg jgn tnya jln mana yang belalang gunakan atau hape yea...Makcik GPS yang tlg bawak belalang supaya x sesat...klu xde makcik tuh,abis la belalang...kuikuikui " - belalanghijau



Thursday, July 22, 2010

Sample Frozen Food Percuma!


Mood kepoci cerita dari KL belum sampai seru. Esok-esok la kot. Petang ni mood nak cerita pasal makan-makan sempena ketibaan Ramadhan yang tak sampai sebulan je lagi. Kaklong, kakngah, mak uda, dek non semua sudah bayar hutang belum? Hee.

Imej dari sini.

Ingat lagi tak aku ada selit cerita Mrs. Fansuri (MF) dan busines frozen food beliau dalam entri Resepi Kuih Dangai kini di Hujung Jari? Disebabkan barang ni baikkkk punya, aku nak kongsikan kepada u ols sekalian.

Frozen food yang beliau jual ni adalah makanan segera yang bebas dari bahan kimia ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tak macam yang dijual di pasar raya sana. Segala macam bahan kimia dicampak semata-mata nak bagi tahan lama.

Kuih muih sejuk beku ini adalah home-made dan hanya akan dibuat jika ada tempahan sahaja. Depa tak jual yang sudah simpan berkurun-kurun dalam peti ais kerana ianya sangat tidak menyelerakan!


Mengikut pengalaman aku sendiri kebiasaannya kalau beli di bazar ramadhan kuih donut punyalah liat macam tayar lori. Karipap pula boleh buat goncang-goncang sebab banyak ruang kosong di dalam. Putus selera nak makan dibuatnya. Tapi yang aku cakap ni bukan semua tempat la ye. Ada segelintir peniaga je yang guna cara kotor begini. Sanggup tipu pembeli semata-mata nak untung. Tak baik tau!



Macam yang aku habaq sebelum ni, aku sudah cuba ngap semua jenis kuih tersebut dan memang tidak mengecewakan.

4 sebab kenapa kena beli frozen food MF ni:

1. Sedap hingga menjilat jari
Kuih donut punyalah gebu tak hingat. Setiap bungkusan siap ada gula sepaket. Tak payah susah-susah nak cari gula halus lagi. Karipap pula inti memang penuh dan bukan sekadar melepas batuk di tangga. Karipap sardin BUKAN 90% bawang dan 20% sardin.

2. Mudah dan jimat masa
Kalau bersahur kadang malas nak makan nasi jadi anda boleh gantikan dengan kuih-muih ni. Jimat masa dan boleh makan panas-panas. Gerenti puas hati sebab kuih ni bukan jenis yang hidup segan mati tak mahu. Hee.

3. Murah dan berbaloi-baloi

Sebungkus ada 10 pcs dan anda hanya perlu bayar RM3.50 - 4.50 untuk kuih yang sedap. (Harga mengikut jenis kuih) Kalau beli banyak harga boleh kurang pula tu. Bandingkan jika anda beli diluar, RM1 hanya dapat 3 pcs dan kalau nasib tak baik dapat yang tak sedap.

4. Banyak pilihan
Ekceli ini hanya sebahagian je sebab ada banyak lagi pilihan lain. Kalau ada kuih lain yang anda berminat tinggalkan komen. Nanti aku update kuih apa lagi yang ada.


Kesimpulannya, meh la meriahkan masa sahur/berbuka anda nanti dengan kuih-muih yang sedap ni. Istimewa untuk readers R4T, aku nak bagi sample percuma kepada sesiapa yang berminat nak beli tapi masih was-was lagi. Aku akan poskan sebungkus yang dalamnya ada 4 jenis kuih, 2 pcs setiap satu. Maknanya ada 8 pcs untuk sample percuma ni.

Oleh kerana sample sahaja yang percuma maka kos penghantaran (pos laju) kenalah bayar - RM 7 jeee. Ini hanya kos penghantaran semata-mata dan aku tak untung apa-apa. Paham-paham jelah dek kerana kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni, tak mampu rasanya nak bagi percuma segala. Hee.

Sesiapa yang nak merasa sample frozen food yang sedap ni emailkan permintaan anda ke fourth.floor424@gmail.com. Nak boh di kotak komen pun boleh, via FB/twitter juga no problemo. Tanyakan apa saja yang berlegar di minda atau order terus! hee.

Rugi kalau tak beli. Recommended by R4T!

Blog Pilihan Hari Ini - 19 Julai 2010

Entri Resepi Kuih Dangai Kini Di Hujung Jari : "Aku 1st time makan kuih tu kat kedah aa. Sedap juga.Bentuk apapun tak kisah,janji boleh telan kan. - Mr. PenyuBiru

Blog Pilihan Hari Ini - 20 Julai 2010

Entri Sayonara : "We miss you too! (2 hari bukan nyer lama pun) Hehehe =D Happy working!" - Rabia Sensei



Friday, June 25, 2010

Renovasi R4T & Pesanan untuk Blogger


Aku pernah terbaca satu kes berat mengenai gambar yang digunakan tanpa izin sampai melibatkan maruah seorang blogger tercalar. Kecoh sebentar dunia blogging Malaysia sebab kes ini melibatkan seorang lagi blogger so called FAMOUS. Ekceli kat mana-mana pun kita publish gambar kena ada watermark tak kiralah di Facebook ke, twitterphoto ke, atau di papan notis sekolah sekalipun. Sebab apa? Anda boleh fikir sendiri akibatnya jika gambar milik anda itu disalah-guna.

Aku sudah lama amalkan letak watermark ini tetapi sekadar meletakkan link blog segedabak mungkin dengan font kesukaan. Dalam hati sudah pasang niat nak buat watermark yang lebih cun dari itu, apakan daya aku tidaklah kreatif mana. Sehinggalah semalam, Dni ada mention yang beliau sudah pun ada watermark comel yang ditempah khas dari satu blogshop. Cantek woh!

Tanpa melengahkan masa dengan mood kepoci aku klik ke link yang Dni bagi. Klik sana, klik sini dan setelah 15 minit membelek akhirnya pencarian watermark aku pun berakhir. Aku pilih design yang simple tetapi sedap mata memandang. Meh tengok mana satu yang aku berkenan:

Ini sample gambar yang disertakan sekali dengan design watermark pilihan aku. Terima kasih tuan kedai :: b i z z o n l i ne :: Macam yang Dni cakap, servis beliau memang mantap dan peramah orangnya. Tak sampai 1/2 jam sudah dapat tempahan aku siap dengan 3 warna yang berbeza mengikut kesesuaian gambar yang aku nak guna nanti. Oh! berbaloi-baloi. Murah pun murah u ols. Babai link blog gedabak dan font kesukaan, selamat datang watermark garang simple tapi cute!

Ye betul. Gambar dari Google Image ;)

Okeh, sekarang aku nak sampaikan satu pesanan untuk pengunjung R4T. Banyak hal sebenarnya yang belum memenuhi kehendak aku di blog kesayangan ini. Selain watermark, aku juga sangat mahu comment box sejibik macam di kak jie dan RM. Nampak kemas sebab author comment ada di bawah readers comment. Semalam aku tweet request kepada kak jie macam mana nak buat author comment lagu tu? Beliau cakap itu adalah plug in Wordpress.

Pagi ini pula aku dapat direct message di twitter dari kak jie. Beliau ada bagi dua link untuk tutorial buat reply comment. Terima kasih kak jie, terharu betul ni. Ekceli aku memang sudah buat reply comment tersebut namun masih belum memenuhi selera aku. Isshh.. tak pelah. bersyukur dengan apa yang ada.

Oleh kerana nak mantain keanggunan belog, dengan rasminya diisytiharkan selepas dari entri yang sedang anda tatap ini aku hanya akan reply komen berunsurkan soalan sahaja. Jangan pula kecil hati aku tak balas komen ye. Don't worry be happy. Aku akan singgah di blog anda dan tinggalkan komen sebagai tanda penghargaan. Deal?

Adeh, nak kena babai blogspot dek kerana tertawan dengan plug in WP? Nehi..nehi.



Saturday, June 19, 2010

Pilihan Muktamad - Perlindungan & Pelaburan


Semalam aku telah pun bejumpa dengan Kak Aida, bakal perunding kewangan aku dari Ejensi Ikhlas 165. Sepatutnya kami bertemu pada Khamis lepas tetapi aku ada hal yang tak dapat dielakkan dan kebetulan beliau juga ada hal. Nasib baik jodoh masih panjang ;)

Sebelum jumpa Kak Aida, aku ada membelek laman web rasmi dan cuba mengkaji apa yang patut. Malangnya aku tak faham sangat tentang produk yang mereka tawarkan. Memang banyak! Tak percaya anda boleh tengok sendiri di laman web rasmi mereka. Yang aku faham, insurans & takaful insurans adalah 2 perkara yang berlainan. Maksud insurans anda boleh rujuk di sini. Manakala takaful insurans merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam dan berlandaskan syariah Islam. Anda boleh nampakkan apa perbezaannya?

Kak Aida menerangkan tentang 3 produk utama yang ditawarkan oleh Ejensi Ikhlas 165 iaitu Ikhlas Saving Takaful, Ikhlas Wanita Takaful dan Ikhlas Medical Card. Dalam ketiga-tiga produk ini ada satu produk yang boleh dikategorikan sebagai satu keperluan kerana ia meliputi seluruh aspek untuk perlindungan individu dan dalam pada masa yang sama anda sedang membuat pelaburan. Maksudnya di sini, selepas tempoh matang peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA). Inilah kelebihan Ikhlas Saving Takaful.

Semalam aku telah menandatangani perjanjian untuk produk ini dan bayaran bulanan yang aku perlu khaskan hanya RM100. Untuk pengetahuan semua bayaran ini bergantung kepada umur anda ketika mula membuat pelaburan. Semakin berusia, semakin tinggi nilainya. Itulah sebabnya kita perlu mengambil insurans di usia muda kerana ia akan mengurangkan beban pembayaran. Aku tidak perlu risau kerana pembayaran ini akan dibuat secara automatik iaitu ditolak dari akaun Maybank yang telah didaftarkan.

Gambar dari Takaful Ikhlas

Menurut Kak Aida, dengan pelaburan RM100 sebulan aku akan mendapat 7 manfaat pelan iaitu:
  1. Simpanan hari tua / dewasa - *RM58,448.39
  2. Kematian / hilang upaya kekal - **RM70,156.15
  3. Kemalangan / hilang upaya - **RM90,156.15
  4. 40 penyakit kritikal - **RM30,000.00
  5. Khairat kematian - **RM2,000.00
  6. Elaun hospital - **RM100.00
  7. Pengecualian caruman - **RM31,883.20
* Jumlah pelaburan yang aku akan terima setelah tamat tempoh matang.
** Mengikut tempoh matang aku dan pembiayaan untuk bulan pertama pelaburan. Maksudnya, jika hari ini aku berjaya mendaftar dan keesokan harinya terjadi perkara yang tidak diingini aku akan menerima pembayaran tuntutan manfaat sebanyak itu (mengikut jenis manfaat). Ish, minta dijauhkan segala malapetaka tetapi apa yang aku lakukan ini adalah untuk persediaan sebelum apa-apa terjadi. Sediakan payung sebelum hujan kan?

Terima kasih google image ;)

Produk lain yang ditawarkan adalah Ikhlas Wanita Takatul dan Ikhlas Medical Card tetapi setelah berbincang, Kak Aida mengatakan yang latar belakang aku masih baik dan tidak begitu memerlukan 2 produk ini. Apabila sudah tiba masanya masih boleh memohon kerana sekarang aku sudah dilindungi secara keseluruhan oleh Ikhlas Saving Takaful.

Setakat ini aku sangat berpuas hati dengan respon dari Kak Aida. Beliau memang menitikberatkan kebajikan pelanggannya. Kak Aida cakap kalau dulu memang beliau buat kerana wang tetapi sekarang lebih kepada membantu orang lain. Dia sudah tidak perlu pening kepala mengenai wang kerana pendapatan beliau setiap bulan menjangkau RM10,000.00.

Panjang lagi ceritanya jika nak dihuraikan satu persatu, jadi di sini aku hanya menerangkan perkara asas sahaja. Kepada sesiapa yang belum membuat perlindungan, baik bermula dari sekarang. Untuk rakan-rakan dari Johor Bahru, aku boleh cadangkan beberapa nama dari ejensi ini dan mereka adalah bukan calang-calang orang. Kalau nak dapatkan perunding yang sama macam aku (Kak Aida) pun apa salahnya.

Ada nak tanya apa-apa? Komenlah, jangan malu-malu.



Wednesday, May 12, 2010

Entri Berbau Wang. Gambar Separa Lucah [Episod 2]


Wah, ada episod 2 la pulak. Feeling-feeling Slot Akasia TV3: Adamaya. Hehe. Picit link kalau terlepas episod 21 Adamaya semalam. Sebelum tu jangan lupa daftarkan diri masing-masing ye. Jangan risau, kena isi borang simple je. Esok episod terakhir cerita kesayangan ramai ni. Bye-bye Amani comel! sob..sob.. *iklan sekejap*

Ekceli ini adalah kesinambungan kepada entri yang ini. Kali ini tiada gambar separa lucah. Tajuk tu gimik semata-mata.

Pada 6hb yang lepas (Khamis), aku sudah pun menerima parcel daripada Puan Fawziah Che Embi. Aku minta barang ni sampai sebelum Hari Ibu. Order 31 April, tak sampai seminggu posman ketuk pintu rumah. Pantas dan tangkas. Inilah yang dinamakan servis tip-top meletops!


Photobucket
Rupa paras parcel yang dihantar kepada aku


Tetapi malangnya hadiah ni tak bagi pun kepada bakal mak ehem-ehem aku pada Hari Ibu yang lepas. Eh, jangan salah faham, bukan taknak bagi tapi kekanda cakap minggu depan baru bagi. Mak kekanda nak sambut sekali dengan Hari Ulang Tahun Kakak, Abang beliau yang kebetulan jatuh pada 10 & 11 Mei. Selain tu, nak sambut kepulangan adik kekanda yang baru balik dari 3 bulan kursus di Melaka. Kira majlis 4 in 1 la.

Okeh, mari buka bungkusan ni. Tadaaahhh~ (dah macam hadiah aku pulak)


Siap ada surat chenta ok!

Selain surat chenta, ada juga pamphlet mengenai produk dan cara-cara untuk mengguna/menjaga produk yang dibeli. Meh kita share apa kata Puan Fawziah:


"Stokin ini boleh dipakai dimana-mana pada bila-bila masa. (macam iklan roti Gardenia je bunyiknya. hee) Cuci 5 hari sekali untuk tahan lebih lama. Boleh basuh guna washing machine tetapi jangan jemur di bawah matahari terik. Stokin ini sesuai untuk lelaki dan perempuan dan pelbagai peringkat umur." - Pn. Fawziah

Alamak, aku lupa nak snap gambar stokin tu. Jadi korang kena tunngulah episod 3 pulak. Boleh kepochi mengenai sambutan majlis 4 in 1 di rumah kekanda hujung minggu ni. Yeah! Jumpa lagi di entri akan datang~

Ada yang berminat? Jangan malu-malu, meh contact aku cepat.



Sunday, May 2, 2010

Projek baik punya! Mesti tengok


Semalam terserempak dengan kak za di mukabuku. Tengok di album ada sesuatu yang memukau pandangan mata perempuan aku. Cantik, menarik, tertarik tercekik memang kebaboom! Terus dapat idea nak kongsikan dengan korang-korang, pengunjung Rumah 4 Tingkat. Kak za pun dah bagi green light~

Sebelum tu, meh kita berkenalan dengan empunya diri. Kak za ialah seorang businesswoman yang menjalankan bisnes kraftangan secara sambilan di rumah. Selain kreatif, setiap hasil kerja yang dibuat memang kemas dan halus buatannya.

Beliau pernah menyertai Pertandingan Kitar Semula dan memenangi tempat pertama untuk satu kraftangan yang dihasilkan melalu jeans terpakai. Hebatkan? Bak kata beliau, "Kalau dah minat semua boleh jadi".

Sekarang kak za tengah buat projek baik punya berasaskan sulaman dan patchwork. Moh kita tengok hasil tangan kak za:


Photobucket
Handphone case


Photobucket
Quilt patchwork


Photobucket
Totte bag


*Gambar kidnap dengan izin dari mukabuku kak za.*

Cantik kan? kan? Aku dah kata dah tadi. Untuk pengetahuan semua, corak sulaman dan saiz boleh dibuat mengikut selera masing-masing. Nak letak nama, gambar pun boleh tapi mengikut kesesuaian saiz barang yang ditempah. Senang cerita, kalau ada apa-apa idea yang berkaitan dengan sulaman ataupun patchwork yang korang nak buat, cakap je dengan kak za semuanya ditanggung beres!

Pasal harga tak payah la risau sebab memang berpatutan. Contoh yang kak za bagi, handphone case siap dengan sulaman hanya RM12. Kalau pesan banyak harga boleh dirunding. Macam biasalah kan.

Kalau ada sesiapa yang jatuh hati dengan hasil tangan kak za atau nak tengok hasil tangan beliau yang lain sila picit sini kuat-kuat.

Belum jumpa lagi hadiah untuk hari ibu? Mungkin ini jalan penyelesaiannya.