Belog Ohsem: Takaful Ikhlas

Jom selongkar

Showing posts with label Takaful Ikhlas. Show all posts
Showing posts with label Takaful Ikhlas. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Warkah untuk yang Tersayang


Pagi tadi aku sudah pun terima polisi dari
kak Aida untuk plean Ikhlas Saving Takaful (IST) yang aku sertai bulan lepas. Siap dapat free gift beg comel dari Takaful Ikhlas. Suka tau!

Kak Aida bagitahu minggu depan beliau akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama suami tersayang hasil dari usahanya bersama Takaful Ikhlas. Sama-samalah kita doakan kak Aida selamat pergi dan pulang yea.


Tengah selak-selak polisi tiba-tiba mata terpana kepada satu surat yang sungguh menarik perhatian aku. Meh cekidout:


Buat Ibu yang tercinta..
Ayahku tersayang..

Warkah ini anaknda tujukan untuk ibu dan ayah sebagai tanda kasih sayang anaknda untuk kelarga tercinta. Di sini anaknda telah menyediakan 1 dana khas iaitu 'Ikhlas Saving Takaful' sebagai pengganti diri anaknda untuk ibu dan ayah meneruskan kehidupan setelah anaknda tiada di dunia yang fana ini..

Manfaatnya:
1. Kematian / hilang upaya kekal - RM70,107.69
2. Kemalangan / hilang upaya - RM90,107.69
3. 40 penyakit kritikal - RM30,000.00
4. Khairat kematian - RM2,000.00
5. Elaun hospital - RM100.00
6. Pengecualian caruman

Dengan harapan jika ditakdirkan Allah S.W.T, anakndamu ini telah kembali ke rahmatullah maka dengan manfaat-manfaat pelan ini, uruskanlah hutang-piutang (jika ada) dengan segera. Sekiranya terdapat lebihan gunakanlah ia untuk keperluan keluarga dan sedekah jariah.

Seikhlas hati anaknda mu..


Sob..sob..setiap kali aku baca surat ni sayu sangat rasanya. Semua ini tak mampu nak bayar segala pengorbaban emak dan ayah tetapi harapnya dapat mengurangkan beban mereka jika aku sudah tiada nanti.

Ajal dan maut telah ditentukan-Nya. Bersedialah..

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Sekolah untuk Pelajar Hamil : "Keadaan semakin buruk apabila mereka ini di sisih dan dibuang oleh keluarga dan masyarakat. Jangan biarkan kesalahan petama menjadi igauan buruk dan terus tak boleh pulang kepangkal jalan,,,,,siapa manusia boleh menghukum manusia. " - denaihati



Saturday, June 19, 2010

Pilihan Muktamad - Perlindungan & Pelaburan


Semalam aku telah pun bejumpa dengan Kak Aida, bakal perunding kewangan aku dari Ejensi Ikhlas 165. Sepatutnya kami bertemu pada Khamis lepas tetapi aku ada hal yang tak dapat dielakkan dan kebetulan beliau juga ada hal. Nasib baik jodoh masih panjang ;)

Sebelum jumpa Kak Aida, aku ada membelek laman web rasmi dan cuba mengkaji apa yang patut. Malangnya aku tak faham sangat tentang produk yang mereka tawarkan. Memang banyak! Tak percaya anda boleh tengok sendiri di laman web rasmi mereka. Yang aku faham, insurans & takaful insurans adalah 2 perkara yang berlainan. Maksud insurans anda boleh rujuk di sini. Manakala takaful insurans merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam dan berlandaskan syariah Islam. Anda boleh nampakkan apa perbezaannya?

Kak Aida menerangkan tentang 3 produk utama yang ditawarkan oleh Ejensi Ikhlas 165 iaitu Ikhlas Saving Takaful, Ikhlas Wanita Takaful dan Ikhlas Medical Card. Dalam ketiga-tiga produk ini ada satu produk yang boleh dikategorikan sebagai satu keperluan kerana ia meliputi seluruh aspek untuk perlindungan individu dan dalam pada masa yang sama anda sedang membuat pelaburan. Maksudnya di sini, selepas tempoh matang peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA). Inilah kelebihan Ikhlas Saving Takaful.

Semalam aku telah menandatangani perjanjian untuk produk ini dan bayaran bulanan yang aku perlu khaskan hanya RM100. Untuk pengetahuan semua bayaran ini bergantung kepada umur anda ketika mula membuat pelaburan. Semakin berusia, semakin tinggi nilainya. Itulah sebabnya kita perlu mengambil insurans di usia muda kerana ia akan mengurangkan beban pembayaran. Aku tidak perlu risau kerana pembayaran ini akan dibuat secara automatik iaitu ditolak dari akaun Maybank yang telah didaftarkan.

Gambar dari Takaful Ikhlas

Menurut Kak Aida, dengan pelaburan RM100 sebulan aku akan mendapat 7 manfaat pelan iaitu:
  1. Simpanan hari tua / dewasa - *RM58,448.39
  2. Kematian / hilang upaya kekal - **RM70,156.15
  3. Kemalangan / hilang upaya - **RM90,156.15
  4. 40 penyakit kritikal - **RM30,000.00
  5. Khairat kematian - **RM2,000.00
  6. Elaun hospital - **RM100.00
  7. Pengecualian caruman - **RM31,883.20
* Jumlah pelaburan yang aku akan terima setelah tamat tempoh matang.
** Mengikut tempoh matang aku dan pembiayaan untuk bulan pertama pelaburan. Maksudnya, jika hari ini aku berjaya mendaftar dan keesokan harinya terjadi perkara yang tidak diingini aku akan menerima pembayaran tuntutan manfaat sebanyak itu (mengikut jenis manfaat). Ish, minta dijauhkan segala malapetaka tetapi apa yang aku lakukan ini adalah untuk persediaan sebelum apa-apa terjadi. Sediakan payung sebelum hujan kan?

Terima kasih google image ;)

Produk lain yang ditawarkan adalah Ikhlas Wanita Takatul dan Ikhlas Medical Card tetapi setelah berbincang, Kak Aida mengatakan yang latar belakang aku masih baik dan tidak begitu memerlukan 2 produk ini. Apabila sudah tiba masanya masih boleh memohon kerana sekarang aku sudah dilindungi secara keseluruhan oleh Ikhlas Saving Takaful.

Setakat ini aku sangat berpuas hati dengan respon dari Kak Aida. Beliau memang menitikberatkan kebajikan pelanggannya. Kak Aida cakap kalau dulu memang beliau buat kerana wang tetapi sekarang lebih kepada membantu orang lain. Dia sudah tidak perlu pening kepala mengenai wang kerana pendapatan beliau setiap bulan menjangkau RM10,000.00.

Panjang lagi ceritanya jika nak dihuraikan satu persatu, jadi di sini aku hanya menerangkan perkara asas sahaja. Kepada sesiapa yang belum membuat perlindungan, baik bermula dari sekarang. Untuk rakan-rakan dari Johor Bahru, aku boleh cadangkan beberapa nama dari ejensi ini dan mereka adalah bukan calang-calang orang. Kalau nak dapatkan perunding yang sama macam aku (Kak Aida) pun apa salahnya.

Ada nak tanya apa-apa? Komenlah, jangan malu-malu.



Tuesday, June 15, 2010

Takaful Insurans: Satu Keperluan atau Kehendak?


PEMBERITAHUAN : INI BUKAN ENTRI JUAL INSURANS.

Semenjak dua menjak ini banyak peristiwa sedih yang menimpa aku. Latest, malam Sabtu lepas ibu kepada kekanda dimasukkan ke wad ICU walhal baru sahaja discharge dari hospital yang sama Khamis lepas. Sebelum itu aku menerima berita pemergian datuk kesayangan sahabat baik beliau dan dalam masa yang sama nenek sebelah emak aku juga dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru kerana kompilasi paru-paru. Sedih bertimpa-timpa.

Ibu kekanda bertuah kerana semua anaknya mampu untuk menempatkan beliau di hospital swasta. Masing-masing mahukan ibu tersayang mendapat rawatan terbaik dan dijaga rapi. Alhamdulilah. Beruntung makcik kerana ada anak seperti mereka semua. Semoga makcik cepat sembuh. Aku rindu hendak berbual panjang dengan makcik seperti dulu.

Dear bloggers, doakan semoga ibu kekanda cepat sembuh.

Dalam pada masa yang sama aku membayangkan di satu situasi lain, yang mana ibu itu tidak mampu dihantar ke hospital terbaik. Anak-anak akan sedih melihat keadaan ibu mereka yang terbaring lesu dengan keadaan sekitar yang kurang selesa. Segalanya terbatas dan mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana faktor kewangan menghalang.

Aku bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, tetapi realitinya dan contoh terbaik adalah HSA yang sudah tidak mampu menampung bilangan pesakit yang terlalu ramai ditambah pula dengan bilangan kakitangan tidak mencukupi. Setiap kali aku lalu depan hospital, tidak pernah sekali pun aku lihat tempat letak kereta lapang. Jadi, kita boleh fikir secara lojik mereka akan memberi servis mana yang mampu dan tidak mungkin dapat memberi layanan 100% sempurna. Mungkin inilah sebabnya hospital swasta menjadi pilihan.

Hospital Sultanah Aminah - Gambar ihsan google.

Apa kaitannya dengan takaful insurans? Mula-mula mendengar tentang insurans, aku tidak begitu mengambil kisah tentangnya. Aku anggap mereka hanya ingin mengaut keuntungan bukan nak membantu. Tetapi setelah semua ini terjadi dihadapan mata aku mula terfikir apa nasib aku, mak, ayah, adik-adik dan insan tersayang di masa hadapan. Aku bukan dari keluarga senang. Jadi aku perlu bertindak semasa tengah sihat dan mampu. Aku tidak mahu nasi jadi bubur.

Sebagai teladan - Gambar ihsan google.

Sebelum bekerja di sini, aku ada dipanggil untuk mengisi jawatan perunding kewangan a.k.a ejen insurans oleh 2 syarikat insurans terkenal di Malaysia. Prudential BSN Takaful, sahabat aku adalah salah seorang Eksekutif Sumber Manusia di salah satu cawangan Johor menerangkan kenapa aku perlu ada takaful insurans dan dia telah memberi peluang kepada aku untuk menjadi salah seorang di kalangan mereka. Aku tidak menerima peluang itu kerana aku tahu cabarannya. Aku sudah selidik serba-serbi mengenainya sebelum kami bertemu. Walaupun begitu, aku mendapat sedikit ilmu hasil dari pertemuan itu.

Sebulan kemudian aku dipanggil temuduga untuk jawatan yang sama tetapi kali ini daripada Takaful Ikhlas (Ejensi Ikhlas 165). Aku mendengar penerangan yang sedikit berbeza tentang takaful insurans dan aku dapat banyak ilmu baru. Kak Aida memilih aku sebagai ahli untuk kumpulan yang diketuainya. Sekali lagi aku terpaksa menolak tawaran ini di atas nasihat kekanda. Dia tahu aku belum punya kekuatan untuk melakukannya.

Ya, aku masih tidak mempunyai apa-apa insurans di usia 22 tahun ini. Tetapi sekarang aku sudah sedar yang ia memang penting. Baik aku bertindak sebelum terlambat. Hari ini aku mencari semula name card Kak Aida dan menghubunginya. Aku perlukan bantuan beliau untuk menasihatkan aku. Menurut teman-teman Kak Aida, beliau adalah perunding kewangan terbaik Johor untuk Takaful Ikhlas. Aku semakin yakin untuk berurusan dengannya dan harap semuanya benar belaka.

Hari Khamis ini kami akan bertemu untuk membincangkan pelan yang sesuai untuk aku dan keluarga. Aku memilih untuk berjumpa Kak Aida kerana skim perlindungan dan simpanan dari Ikhlas Takaful Insurans mengikut syariat Islam. Kemungkinan besar aku akan mengambil insurans dengannya dan kongsikan di sini. Kalau betul beliau memberikan servis terbaik tak salah jika kita sama-sama berkongsi khidmat beliau.

Anda ada pengalaman dengan perunding kewangan insurans? Meh kongsikan di kotak komen.