Belog Ohsem: Facebook

Jom selongkar

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Ada Sesuatu Kelainan di Facebook


Pagi ni masa curi-curi hendap fesbuk, aku ada terperasan something yang agak lain dari yang lain. Ada jugak yang dah shout tentang kelainan ini dan tentunya ramai yang kurang selesa. Frankly speaking aku pun rasa macam tak syok je.


Nampak tak? nampak tak? Aku boleh lupa nak highlighted kelainan itu masa edit gambar. Cis! Kalau u ols perasan, bila view pada tab Most Recent, segala status kawan-kawan semuanya dah mengecil. Kalau dulu kan besa gedabak font tapi sekarang dah kecut. Kenapa gamaknya si Mark Zuckerberg buat gini eh?


Jom picit muka dak Mark ni (aku dah linkkan ke page beliau) dan suruh dia besarkan balik font tu. Halus sangat nampaknya sebab dah terbiasa nampak saiz lama. Sapa setuju angkat kibod tinggi-tinggi. Err..ke nak kena create group 'Kami mahu font Most Recent di-gedabak-kan semula'.

Atau adakah dengan cara ini dapat menyelesaikan masalah?


Iklan kejap dah terlanjur cerita pasal fesbuk kan. Aku tertarik dengan quote yang ada pada page Mark - "I'm trying to make the world a more open place by helping people connect and share " Heh. Helping tak helping sangatlah Mark sebab semua benda ada kesan negatif dan positifnya.

Dalam kes aku sendiri ada kawan-kawan yang bermasam muka hanya kerana di tag gambarnya dan baca komen yang dok kutuk dia. Tapi tak dinafikan kebaikannya aku dapat keep in touch dengan kawan-kawan lama dan baru even tak selalu jumpa. Kesimpulannya, teknologi dah ada maka pandai-pandailah kita nak manfaatkannya. Minta dijauhkanlah musibah atau perkara negatif. Tak gitu?


Sendiri mau ingatlah mana baik mana buruk.



Be Part of ChurpChurp Today!


Hari ini aku ada satu cerita wajib tayang untuk semua pembaca Rumah 4 Tingkat. Bak kata pepatah berkongsi itu tandanya ambil peduli (read: sharing is caring). Hee. Minta maaf tajuk entri dalam bahasa mat salleh tapi isi entri ada bau belacan pula. Yang pentingnya macam aku cakap tadi, 'berkongsi itu tandanya ambil peduli'.


Siapa di antara anda yang tiada akaun facebook atau twitter? Aku dengan yakinnya boleh kata majoriti bloggers dan pembaca sekalian ada kedua-duanya paling tidak pun salah satu. Betul tak?

Satu soalan lagi, tahukah anda bahawa dengan akaun jaringan sosial (read: social network) boleh menjadi salah satu medium untuk mencari pendapatan sampingan? Sambil-sambil komen gambar konvo kawan satu sekolah di album facebook atau mengucapkan hello kepada redmummy melalui twitter tiba-tiba kaching! ada $$$ menanti anda. Fuyoooohh. Seronok bukan?

Mari aku kongsikan berita gembira ini dengan satu penerangan ringkas. Baca sampai habis, kalau tidak anda akan kehilangan punca $$$ yang lumayan. Ops! Perlu diingatkan bahawa ini bukan cerita pasal dapat wang atau log in facebook dapat RM100. *muka serius*

Hai ChurpChurp!

Memperkenalkan si burung comel - Churpchurp. Ya! burung mata besar inilah yang akan membantu anda untuk mencari pendapatan sampingan. Al-kisah Churpchurp adalah salah satu komuniti pengiklanan yang menggunakan jaringan sosial facebook dan twitter sebagai medium pengiklanan. Oh, terlalu skema ayat ini.

Senang cerita Churpchurp ini adik beradik dengan Nuffnang kesayangan ramai. Anda yang bergelar bloggers mesti kenal sangat dengan Nuffnang. Kalau ada yang tak kenal boleh tanya pada kakak, abang, mak saudara tak lupa juga jiran tetangga yang ada blog ataupun klik saja link Nuffnang. (psst..aku tulis ayat ini sebab adik aku bukan bloggers tapi berminat nak sertai. Mungkin ramai lagi yang macam dia kan?)

Ada apa dengan ChurpChurp

1. Kaching! kaching! $$$
Kalau anda seorang rakyat Malaysia yang rajin update status setiap masa melalui twitter dan facebook, Churpchurp boleh bagi anda duit poket untuk menyemarakkan lagi keghairahan anda update tak kira dimana-mana walaupan tengah bertarung di bilik termenung bila-bila masa. Taip tak sampai 150 patah perkataan dan tunggu $$$ melalui akaun Churpchurp anda. Mudah bukan?

2. Tiket filem percuma untuk semua & Contest Mudah Menang
Ehem. ehem. Bukan setakat $$$ sahaja yang bakal anda terima jika turut sama berada dalam komuniti Churpchurp tetapi juga tiket-tiket percuma yang melimpah ruah. Usaha lebih sedikit dengan melakukan tugas yang diberikan, peluang untuk bawa kekasih hati tengok wayang percuma adalah sangat cerah. Berbaloi-baloi.

Nak lebih? Boleh sertai contest yang dianjurkan untuk menambahkan lagi keseronokan menjadi Churper. Ada banyak hadiah menarik untuk direbut. 'Spread the love and get rewarded' buktinya!

3. Aktiviti-aktiviti yang menggembirakan hati
Melalui risikan di blog Churpchurp, ada beberapa aktiviti gembira yang telah dianjurkan oleh komuniti burung comel ini. Antaranya ialah Fly Kite Session at Taylor’s University dan CommFest @ Taylor’s University. Nak tahu lebih lanjut boleh klik link yang sudah siap bold itu. Aku berasa sangat cemburu kerana tak dapat sertai tetapi tak perlu risau kerana ada banyak lagi aktiviti yang akan mereka adakan untuk kita di masa akan datang. Aku sangat teruja menunggu aktiviti seterusnya *yippi!*

4. Tambah kawan eratkan perpaduan
Ewah! Bunyi macam tema Hari Kemerdekaan pula. Hehehe. Selain dari peluang untuk mencari $$$, tiket percuma dan aktiviti yang menggembirakan hati, dalam masa yang sama kita akan dapat tambahkan kenalan dan pupuk semangat perpaduan sesama ahli yang berbilang kaum. Bila sudah pergi movies screening mesti saing-saing Churper yang lain dan dari situ kita boleh saling beramah mesra. Sama juga kalau jika anda cukup bertuah untuk sertai aktiviti yang menggembirakan hati :)

Ada yang kerut-kerut dahi nampaknya. Oh! ada banyak lagi yang boleh diterokai tentang Churpchurp. Mari ramai-ramai cari info dan rebut peluang menarik di sini:

ChurpChurp Blog's

ChurpChurp Facebook's

ChurpChurp Twitter's



Aku bangga menjadi Churper! Anda bagaimana?




Thursday, October 28, 2010

Kot ye Pun Sayang Takkan Sampai Gini Bang..


Dua hari update via SE je, busy lah pulak minggu ni. Tapi menjengah ke belog u ols is a must! Even tak tinggal jejak tapi dapat la baca apa yang patut serta gossip-gossip terhangat. Hee.

Oh, ye! Hari ini dimulakan dengan entri ringan-ringan. Teringat pada satu geng ni yang tersangat menyayangi 'mama' nya lantas post sesuatu yang buat aku geli ketiak hati membacanya. Cekidout:


BF : Pagi2 udah mau berak...huhuhu..ngah berak pon ley windu dye..
GF : Eee.. Selekeh tau papa ni..

Halah-halah..romantiknya habislah katanya. Ekceli aku kenal mamat ni, dia baru je temui cinta baru. Kira tengah mabuk cintun lagilah. Itu pasal sampai ke bilik termenung pun dok mengelamun. Power betul penangan cinta ni ek..

Aku dapat idea nak buat entri ni lepas usha belog Aujinz. Apa yang dia sampaikan sebenarnya wujud di alam realiti woh! Kes lawak tapi benar gitu.


Nak instant cash? the rules:

Kalau u ols lah jadi si GF tu agak-agak apa nak komen? Sila tinggalkan jawapan kelakar tahap langit ke tujuh anda di kotak komen. Nak bagi hadiah segera ni. Haa. Siapa cepat dia dapat!




Psst..lepas entri ni sila alert dengan ikon hijau yang aku cedok dari inetgiant.com ni. Kalau nampak dalam entri itu maknanya ada instant $$$ menanti anda hanya dengan tinggalkan komen terpantas. Good luck!

Pemilihan komen adalah di atas budi bicara aku sendiri.

<< NANG kalau suka! Tqvm :)





Monday, October 4, 2010

'This girl killed herself after her dad posted this photo' - Worm yang Menyerang Facebook


Aku nak sebarkan sesuatu hasil daripada blogwalking. Ada satu worm yang sedang bergiat aktif di fesbuk mungkin dihantar untuk mencuri maklumat peribadi pengguna. Bahaya woh!


Sumber: wqad.com


"This girl killed herself after her dad posted this..” is a kind of worm in facebook !

A nasty worm is currently attacking thousands of Facebook users just a few hours ago. The said worm that spreads through a Java exploit, forces a user to “like” a Facebook page, which then automatically spreads it through a user’s wall.

Thousands of walls now posts a page entitled “Shocking! This girl killed herself after her dad posted this photo.”

Techblogs warn that clicking the link enclosed spreads the worm further. Tell you friends who is in facebook too !

Be careful all facebook user, ignore but mark this This girl killed herself after her dad posted this photo


Artikel dipetik daripada jejaktrend.com. Kalau nampak ada link dengan tajuk This girl killed herself after her dad posted this photo tak payah kelik ye. Buat naya je nanti.

Sebelum ni aku pernah terkena satu link apa-ntah-nama, habis segala geng dalam friend list terjebak sama. Tak sampai sejam semua link tu dah tersebar. Tak pasal-pasal aku kena track dan delete satu-satu pada wall mereka. Hampeh.

Geli tengok ulat. Yucks!




Friday, October 1, 2010

Blog Mereka Best


Sebelum cuti Hari Raya lepas ada seorang cik adik manis tag satu gambar ke wall fesbuk aku. Gambar ini bukan gambar untuk jual shawl atau jual perfume atau jual baju raya atau..eh! banyaknya ATAU.


Nak tengok tak gambar apa yang telah membuatkan seluar aku hampir koyak? Kita kembali ke Sri Pentas. Zasss...

Cik adik manis cakap belog aku best? Disenaraikan pula bersama blogger-blogger ummpph tak boleh lawan seperti yang u ols boleh tengok dalam gambar:

Joegrimjow susah nak eja | Zack Zukhairi | Fida Aisyah yang cun melecun

Terasa sangat kerdil ok walaupun gambar yang aku dah edit tu tak menggambarkan perasaaan sebenar. Hee.


Disebabkan aku godeh-godeh fesbuk dia tak jumpa URL belog, maka aku nak tepek link fesbuk dia. Jom kita serang ramai-ramai. Hee.

Oh ye, nama cik adik manis ialah
Puteri Sulaihah Rozali. Dia sangat mahir buat greetings lukis pakai tangan sendiri dan hasilnya adalah sangat comel!

Cik adik manis Ptri Rozali, saya mahu link belog kamu (jika ada). Terima kasih kerana buat aku sengih sampai ke telinga. I ♥ u. Hee. *over*

Ada orang sayang ada orang tak sayang. Yang tak sayang pergi main jauh-jauh.



Monday, August 23, 2010

Video Kemunculan Malaikat Di Atas Kaabah


Aku jalan-jalan di fesbuk dan terjumpa video ini di wall seorang kawan. Rakaman yang sangat menarik untuk aku kongsikan kepada semua. Moh tengok:


Banyak maklumbalas mengenai video ini. Ada yang kata tipu dan ada yang bertasbih atas kejadiaan unik ini.

Antara komen menarik dari youtube:
  • Dlm kisah israk mikraj, nabi melihat sndiri rupa Jibrail, mempunyai 600 sayap, 1 sayap seluas langit, nabi berkata, ssgghnya kamu la makhluk yg paling besar, Jibril berkata, tidak, Mikail lebih besar, Mikail, ada 1000 sayap, 1 sayapnya seluas 600 sayap Jibrail, dan malaikat penanggung Arash adalah makhluk paling besar, ada 1000 sayap, 1 sayap seluas 1000 sayap mikail.. xrugi masuk majlis ilmu kat surau.. video ni, BOHONG!! - nairasdtecth
  • Allahualam...Hanya allah yang tahu itu malaikat atau bukan wahai saudaraku. - bdoelx
  • igt..ilmu itu kuasa ..jgn sampai kita jadi bodoh bile melihat perkara2 yg dikatakan ajaib..walaupun ada bacaan al quran..tapi agenda video ini jelas ingin memesong hati org yg senang terpengaruh..baik kita berdoa untuk lepas dari tipu dan dusta syaitan - mataharitu
Fikir-fikirkan.




Friday, August 6, 2010

Aku Menang Tiket 'Tekken' Special Screening


Rezeki sebelum Ramadhan orang kata. Ingat lagi tak aku pernah kepoci pasal peluang untuk menangi tiket percuma tayangan filem 'Tekken'. Kalau tak tahu, tak perasan, tak ingat sila klik link untuk mengimbas memori lama.

Inilah gambau yang aku tepek pada profil mukabuku sampai semalam. Boneka Tak Sakit anda sudah boleh tengok gambar profil lama aku sekarang. Hee.

Semalam hati aku tergerak nak klik link contest ni. Dan...

Nama aku tersenarai sebagai salah seorang daripada 90 pemenang sepasang tiket untuk Special Screening yang akan ditayangkan di GSC Midvalley Megamall 7 Ogos ini (Sabtu). Horayyy!





Meh tengok trailer filem ini. Macam best woh! Awek cun dan jejaka kacak ramai enterframe. Kepada u ols yang suka tengok WWF tu bolehlah kot layan Tekken.

Genre filem aksi berasaskan permainan video ni memang menarik. Mesti ramai budak-budak ajak mak bapak penuhkan panggung wayang.

Sinopsis filem :

A Young Man Who seeks revenge of his mothers death. He finds his grand-father, Heihachi Mishima, and pleas to be trained. When the Mishima leader announces a "King of Iron Fist" tournament.

He finds out that his mother's killer, OGRE, will be participating in the tournament. He must fight against the worlds top competitors to achieve his goal with no interference. - Sumber: IMDb

Moh kita penuhkan panggung hujung minggu ni.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Blogging Adalah Perkara Serius : "Ala..ni semua nak duit je..mengada-ngada.. " - PKE



Friday, July 30, 2010

Fan Page Rumah 4 Tingkat


Ekceli sudah lama aku create benda alah ni tapi biar terbengkalai punyalah lama. Orang nak buat kau pun nak buat sama lepas tu tinggalkan. Apa daa.. Hari ini barulah terbuka hati nak mekapkan dan kepoci sama u ols semua. Fan pun takdok lagi tu. Sedih mak!

Jadi sesapa yang nak like page R4T dipersilakan dengan segala hormatnya. Nak like kek mano? Nuu ada kat sidebar 'Pengintip tegar'. Kalau tak nampak tu 3 kali Jumaat je lagi. Hee.


Aku tak mengamalkan dasar paksa memaksa tapi kalau dapat invite via mukabuku tu jangan anggap aku paksa pula ye. Ignore je kalau tak nak, aku tak marah punya. Aku kan budak baik.

Fungsi fan page ini akan menggantikan tempat aku feed entri baru dan tempat aku tepek apa-apa pengumuman pasal belog kesayangan ni. Mukabuku lama tetap ada, bak kata orang lama kalau jumpa si kembang baru, yang lama dibuang jangan. cewah.


Sesapa yang dah like mekaseh banyak-banyak in advance. Aku sedang berkira-kira nak bagi giveaway kepada yang like pada satu nombor bertuah. Nombar apa biarlah rahsia. Nanti dah jumpa nombor tu aku habaq sekali dengan nama pemenangnya.

Er..takdok apa lagi mau cakap rasanya. Kalau ada nanti aku bagitau. Update dalam keadaan ngantok tahap gaban ni weh. huwarrrgggh.

Ada orang bekenan dengan header aku. Esok aku kepoci. Stay tuned!




Thursday, July 29, 2010

Lagi Penghinaan Melampau Terhadap Umat Islam


Semasa merayau di mukabuku kawan-kawan aku terjumpa satu gambar yang buat darah sesiapa sahaja yang bergelar Muslim akan menggelegak. Mungkin ada yang dah pernah nampak, jadi aku nak tunjuk kepada u ols yang belum tengok.

Takmoh cerita banyak, moh tengok gambar yang aku maksudkan:

Dan caption untuk gambar ini yang aku kopipes berbunyi..

Israel membina tandas dengan rupa wanita solehah yang bertudung. Kini umat Islam boleh dihina kerana sikap mereka yang hanya menjadi penonton dan pengguna setia kepada barangan yahudi.

Syarikat yahudi akan membina tandas berbentuk demikian untuk kegunaan awam dengan tujuan menghina dan mempersendakan Islam. Syarikat yahudi juga akan memasarkanya di Amerika yang menjadi rakan niaga terbesar dunia.


Hampeh kan? Kalau Malaysia terima benda alah pelik ni memang tak tahulah nak cakap apa. Dah hilang akal gamaknya.Ini pula komen menarik dari salah seorang pengkomen gambar tersebut. Agak menarik pendapat beliau untuk kita jadikan renungan.

"jgn salahkan owg lain..apa yg berlaku kpd umat Islam adalah salah umat islam sendiri..salah kita...erm..walaupun israel menghina owg islam..tp negara kita tetap berkerjasama dgn israel laknatullah....fikir2kanlah...peringatan juga utk diri ini..." - sedari Ainaa'ul Mardhiyah dot dot dot.

Hee. Kena censored nama betul beliau, nanti ada yang cari budak ni.

Abaikan bahasa mat rempit yang terpampang. Buat-buat faham ajelah labuuuu..

Blog Pilihan Hari Ini
May Happiness Be Around You Now & Forever

Entri Sales! Moh Kita Serang!! : "lawa la kasut tu, Kie-yu! huhu... dni susah nak beli kasut skang ni... kasut saiz 5 asik habis stok je.. cmana nak cari kasut raya ni.. huaaaaaaaaaaaa nanges2 :'( " - ardinihumaira



Tuesday, July 27, 2010

Tiket Percuma ke 'Tekken' Special Screening


Sedara
Boneka Tak Sakit sudah menjerit di mukabuku suruh aku tukar semula profile picture kepada gambar lama. Yang sekarang ini tak menarik katanya.

Tahukah anda bahawa selain daripada komen mengomen kreatif di Nuffnang ada satu lagi cara untuk memenangi tiket percuma? Hari ini aku nak revealed rahsia ini untuk sama-sama kita rebut apa-apa yang percuma. Hee.

Sumber: syracuse.com

Caranya sangat mudah, rajinkan jari anda untuk 'like' segala page yang selalu anjurkan contest. Kebiasaanya contest di mukabuku senang syarat penyertaannya.

Contohnya TGV, sekarang tengah bermurah hati nak bagi tiket percuma ke tayangan istimewa 'Tekken'. Itulah punca kenapa aku tukar profile picture. (Sementara jee)


From 23 - 30 July, GSC is offering you an opportunity to win tickets to "Tekken" special screening.

The first 90 fans to fulfill ALL the requirements stated below will be rewarded the tickets:

1. Use the visual of "Tekken" (event profile photo) as your profile picture (until 5 Aug, or will be disqualified)

2. Post the message " I want to watch Tekken" on the event wall.

3. Fans must post his/her name (as per I/C) on the event wall (for verification during redemption)

Winners list will be announced and posted on the event wall by 5 Aug 2010 (Thurs). Each winner will win 2 tickets to watch "Tekken" at GSC Mid Valley on 7 Aug, 10.30am. Hurry Up!

Sumber: Free Tickets to "Tekken" Special Screening

Apa lagi? Moh kita serang page itu dan menangi tiket PERCUMA.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri IntenseDebate: User Friendly Widget : "ada commentluv tu yg suke! heeee " - fiD



Friday, July 23, 2010

Lagenda Budak Setan Siri TV lah pulak


Lepas meletup kat panggung wayang dengan kutipan melebihi RM4 juta, kini Lagenda Budak Setan (LBS) bakal meletupkan pula stesen televisyen berbayar Astro. Jaga-jaga cik Salmah!

Aku ada nampak iklan pasal siri televisyen LBS ini masa dok tengok CSI kegemaran minggu lepas. Patutlah ending filem tu macam tergantung rupanya nak sambung di Astro pulak.

Maka salahlah ramalan aku yang mana filem ini ada sequence seterusnya. Ada sambung-sambung kat TV ala-ala cerita Yusof Haslam gitu. Hiks.



Jadi kepada u ols yang kempunan nak tgk filem kat panggung, bolehlah tengok di Astro nanti. Tapi kurang syoklah sebab tak tahu hujung pangkal cerita awal-awal. Macam yang aku habaq tadi, siri TV ini adalah kesinambungan kepada filem tersebut.

Lagenda Budak Setan the series akan mula ditayangkan pada 3 Ogos ini di saluran Astro Prima (105) dengan 26 episod. Rumah mana yang belum pasang piring Astro tu bolehlah subscribe sebab harga pun dah murah sekarang. Nak yang mahal silalah hambik Astro B'yond. Kelas gitu!


Di Facebook rasmi LBS pun sudah kepoci tentang kemunculan siri TV ini. Nak tengok promo meh kelik sini. Banyak feedback yang anda boleh baca di sini, ada yang suka ada yang meluat.

Ada jugak yang siap bagi link download movie lagi. Cis, berani betul depa buat kerja sebegitu rupa. Kalau nak tau pergi tengok sendiri, macam-macam ada!


Kalau tengok promo macam syok yang amat. Pengarah untuk drama bersiri ini adalah Along Kamaruddin jadi kemungkinan besar takkan dikecewakan lagi seperti dalam filem.

Dengar cerita Farid Kamil masih memegang watak Kasyah tetapi untuk watak Ayu digantikan dengan Jue Aziz, bukan Lisa Surihani. Ada juga yang mengatakan Anne Ngasri adalah salah seorang pelakon untuk drama ini. Banyak la kot yang tukar-tukar sebab pengarah pun dah lain kan.

Kesimpulannya sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri McDonald's® GCB yang Sedap : "Yum3, bgs juge kan order ala carte disamping kurang kalori ;) Air gas boleh refill" - Peri PiA



McDonald's® GCB yang Sedap


Kikiki. Entri makan-makan lagi untuk minggu ini. Memang sah gedempol la aku nampak gayanya.

Ehem..ehem.. Seperti yang u ols sedia maklum ada menu baru di restoran makanan segera kesayangan ramai yang agak kontroversi ini.

GCB ada di sini.

Burger baru ini dinamakan sebagai GCB bin McD. Dia punya rasa pehhh..sedap woh! Lain dari yang lain sebab rasanya memang kena dengan selera rakyat Malaysia. Ceh, memandai je aku.

Apa bahan yang membuatkan CGB ni sedap tahap gaban? Semuanya adalah kerana faktor - 3G!

1. Grilled Whole Chicken Tight (no tulang temulang, lembut gila dan rasa ala-ala satay. Ikut tekak akula)

2. Gorgeous Iceberg Lettuce (crunchy dan segar bugar)

3. Glorious Char-grilled Sauce (terbaik punya sos! creamy yaw..)

Aku berkesempatan makan GCB hasil tajaan dari kekanda ketika berada di KL Rabu lalu. We ols makan dekat McD 2 tingkat sebelah Petaling Street nuu. Aku tak taulah kalau McD tempat lain macam mana. Biasanya lain tempat lain pesen rasanya even satu company ye tak?

Aku makan ala-carte je sebab kekanda sudah ambil set cheese burger. Nampak macam kesiankan tapi ini memang sudah jadi adat resam we ols bila makan luar. Air biar 1 gelas / cup dan side order / fries pun 1 je. Kalau rembat 2 set maknanya ke tong sampah la salah satu set tersebut.

Sebijik GCB untuk ala-carte adalah RM8.00 & kalau 1 set dalam RM11.90 tak silap aku (w/o tax). Ala tak lebih RM15 pun, jangan risau. Aku dok imagine burger ni ala-ala saiz prosperity burger (PB) rupanya teet! jangkaan aku salah, saiznya comel sikit dari PB. Yang penting sudah masuk perut pasti kenyang. Hee.

Sapa-sapa yang belum rasa tu cuba ngap sekali, gerenti mesti cari lagi punya. Aku ni pun tengah plan nak ajak kekanda try GCB made in Johor pulak. Cepat weh sebab si GCB ni limited time je ado.



Sempena keluaran menu baru ini, McD ada buat contest yang cambest untuk disertai. Nak tahu lebih lanjut sila picit link laju-laju. Mana tahu dapat menang $$$ banyak boleh kongsi sesama.

Kenyang perut suka hati! Sudah rasa? Amacam..komen la.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Sample Frozen Food Percuma! : "sop nak semua boleh? bagus la Kie-yu, balik KL terus bg kuih free.. i like" - Sop



Wednesday, July 14, 2010

Daftar Facebook Kena Bayar


Semalam masa nak log-in Facebook dapat RM100 ada terperasan 'sesuatu' yang menarik. Tapi sebelum tu izinkan hamba menarik perhatian u ols tentang isu register Facebook kena bayar. Ekceli hal ini sudah kecoh dari awal tahun lagi dan mendapat banyak kecaman dari pelbagai pihak.

Imej dari sini.

Banyak blog yang menentang isu ini dan tak cukup dengan itu penumbuhan group Facebook juga tumbuh bak cendawan lepas hujan. Ini pula satu contoh forum dari kalangan orang-orang sayang duit yang turut tak bersetuju dengan hal tersebut. Hebat betul aura Facebook ni rupanya. Pada aku kalau kena bayar apa susah, tak payah register. Lagipun sekarang kan sudah ada millatfacebook. Tak gitu?

Ok..ok. Merepek pula jadinya. Takmoh cerita banyak lagipun cerita ini sudah hampir basi. Ekceli nak tunjukkan u ols satu penemuan agak kelakar yang aku baru jumpa semalam. Mungkin ada yang dah lama tahu tapi aku yakin ramai lagi belum perasan. Meh cekidout:

Klik kasi gedabak

Nampak? Setiap kali aku baca statement Its free (and always will be) tu automatik aku tergelak kecil. Takut juga si Mark Zuckerberg tu kena boikot sebab kalau betul-betul jadi boleh jatuh miskin woh beliau. Hee. Memandai je aku.

Sedikit fakta mengenai mamat ni :
(sumber-Wikipedia)

Imej dari sini.

Nama : Mark Elliot Zuckerberg
Tarikh lahir : 14 May 1984 - Muda lagi woh!
Tempat lahir : White Plains, New York, USA
Warganegara : Amerika Syarikat
Bangsa : Yahudi
Agama : Tiada (Atheism)
Status : Pelajar Harvard College (berhenti)
Pekerjaan : Co-founder, CEO & Presiden untuk Facebook
Pencapaian : Billioner termuda di dunia dengan nilai harta US$4 bilion hasil 20% saham dari Facebook.

Renung-renungkan dan selamat beramal.



Tuesday, July 6, 2010

Sawan Facebook & bit.ly


Aku ada penyakit baru. Agak serius juga tahapnya. Ya, sawan Facebook (FB) & bit.ly. Sudah terang lagi bersuluh pada tajuk entri. Sebut sahaja Facebook semua sudah familiar tapi kalau bit.ly mungkin ada yang belum pernah dengar. Ekceli bit.ly adalah sebuah website yang membolehkan kita pendekkan permalink. Ala.. macam URL yang muncul di twitter bila kita apply twitterfeed tu. Terima kasih kepada Cik Nia sebab buat tutorial untuk perkenalkan website ni.


Sebagai seorang manusia yang tidak reti duduk diam, aku sangat suka mencuba benda baru untuk dieksperimentasikan. Selain blogwalking di GB, aku juga menjalankan sesi merayau-rayau di FB untuk mencari kawan-kawan blogger yang baru. Mereka yang aku add tu mostly ada blog sendiri dan aku akan tinggalkan pesanan supaya singgah ke sini. Lepas tinggalkan pesanan gedik, aku usha blog mereka. Kalau yang tak letak URL blog tu tak dapek den nak nolong.

Aku akan tegur mereka yang update status dan tepek sekali link blog yang telah dipendekkan guna bit.ly tu. Dan kalau rajin aku send message personally. Tujuannya adalah 1, aku nak promosikan entri R4T kepada member-member FB. Hal ini aku telah mention di profile Kie-yu Tak Comel secara rasminya.

Dan hari ini aku tergerak nak buat entri sebegini rupa sebab ada seorang blogger yang delete aku dari friend list lepas aku komen status FB beliau. Aku rasa puncanya adalah link bit.ly tersebut. Aku dah kenal beliau ni since dia mula buat blog versi Bahasa Melayunya. Sebelum ini dia ada blog English dan Bahasa Mandarin tak silap aku. Masa itu aku antara blogger terawal yang menjadi follower dia. Memang dia tak kenal kerana sekarang aku dah meng'invisible'kan diri. hee.

Cik
Hanis Aleeya siap warning tak mau klik link tu sebab beliau dah tahu apa yang ada di sebalik link bit.ly aku. Heee. Aku tak kisah kalau anda tak klik. Macam aku cakap tadi niat aku cuma nak promosi entri baru. Sama macam tinggal jejak di shoutmix tapi yang bezanya adalah aku guna medium FB.

Gambar ambik dari sini dan edit sikit.

Persoalannya sekarang.. pada pendapat anda yang sejujurnya, adakah perbuatan aku ini A N N O Y I N G atau menjengkelkan atau meluat atau menyampah? Anda boleh tinggalkan pesanan di kotak komen. Jawab ya atau tidak. Kalau rajin komenlah panjang-panjang. Jangan komen marah-marah tau sebab aku hati tisu. Hee.

Pendapat bernas anda adalah sangat dihargai. Tenkiuuu.




Sunday, July 4, 2010

Facebook-ing Cara Baru


Gambar dikebas dari sini

1. Hari - hari menghadap Facebook tapi sudah capai tahap kebosanan tertinggi?
2. Mata sudah rabak dok tenung monitor kecik kemetot lappy / pc?
3. Akibatnya bulan ini terpaksa beli lens yang power lebih 200?
4. Atau terpaksa tempah cermin mata baru?
5. blablablabla..

Aku ada satu cadangan-agak-bernas nak bagi kepada anda yang sudah bosan Facebooking menggunakan lappy / pc masing-masing. Malas cakap banyak meh cekidout gambar di bawah:

Amacam? Ada bran? Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sila dapatkan bantuan orang dewasa - kakak, abang, makcik jiran sebelah jika mahu melakukan projek ini. Jangan lupa minta izin dengan mak ayah dulu kalau tak nak punggung berbirat kena sebat. Hee.

Ekceli idea ini datangnya dari ayah aku sendiri. Dia punya rabun tahap apa ntah sampai kena guna tiwi gedabak as a monitor. Gambar di atas ini bukan ayah aku yang tengah pakai tetapi adik aku yang turut sama terjangkit dengan ayahnya. Padahal beliau tidaklah rabun ataupun mengalami masalah penglihatan. Kejadian aneh ini sangat sesuai dengan pepatah melayu 'Bapak borek anak rintik'.


Adakah ini salah satu kesan daripada terlebih ilmu dalam bidang IT ataupun pe'el saje nak cari nahas rosakkan tiwi lalu terpaksa berkorban tak beli baju raya baru sebab bajet sudah lari membeli tiwi baru? Fikir-fikirkan dan selamat beramal ;)

pstt..nak tahu tak? Ayah aku pun layan Farmville. Tinggi tu level dia.



Tuesday, June 22, 2010

Aku dan Misi Garam


Masa tengok wayang dengan adik bongsu ahad lepas aku ada ternampak satu poster yang macam selalu tengok.

Lalu aku teringatkan misi yang aku jalankan dan belum lagi kepoci kepada anda semua. Ya, aku sedang menjalankan misi sekarang. Tapi misi ni bukan macam James Bond atau Inspector Gadget. Misi ini misi di mukabuku yang ditaja oleh Sony Pictures Malaysia. Kenapa nama misi garam? Eh, aku tak tipulah. Tak percaya tengok banner ni:

Sempena tayangan filem lakonan awek bibir seksi, Sony Pictures Malaysia adakan satu contest best untuk kita semua. Hadiah memang menarik hati woh! Misi pun bukan susah sangat. Ala-ala mengunyah kacang cap tangan Ngan Yin je. Hee.

Meh tengok hadiah best!

1. *Grand Prize x 1:
a. 2 return flight tickets to Sydney, Australia
b. 3-nights hotel stay in Sydney (based on twin sharing) - Hotel will be determined by BVICTS.
c. SALT Sunglasses
d. SALT snowy beret

*Meal, transportation & shopping allowances are not provided.
*Airport Tax & Fuel surcharge & Insurance are not inclusive.
*NO changes to flight and hotel bookings once confirmed.
* Prize validity: 1st Aug – 31st Oct, 2010

2. 2nd Prize x 1:
a. Sony Handycam CX150E series (Full HD)
b. SALT sunglasses
c. SALT snowy beret


3. 3rd Prize x 1 :
a. 32GB Sony Walkman A series
b. SALT sunglasses
c. SALT snowy beret

4. Weekly prize x 5:
a. Sony Outdoor Headphones
b. SALT Lenticular Notebook
c. SALT Travel Pouch

Copy bulat-bulat dari mukabuku contest. Maklumat lanjut meh konvoi ke “Who Is SALT” Contest - Malaysia. Sebelum nak sertai misi garam ini haruslah kena join group dulu ye. Aku dah join dah ;)

Aku masih tertanya-tanya kenapa SALT? Belum gugel lagi pasal filem ini.