Belog Ohsem: Fakta atau Auta

Jom selongkar

Showing posts with label Fakta atau Auta. Show all posts
Showing posts with label Fakta atau Auta. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Ohsem Auta! - Misteri 30 remaja redah Villa Nabila, hanya 7 dapat keluar!



UPDATE : Ohsem LOL News! - Remaja Hilang di Villa Nabilla JB Ditemui Bersama Teman Wanita


Petikan berita palsu yang dihebahkan:

Gempar hari ini apabila sekumpulan anak muda dilaporkan telah hilang di sebuah villa yang terkenal dengan cerita-cerita mistik dan seram iaitu Villa Nabila, berhampiran Danga Bay, Johor Bahru.
Ramai yang menceritakan villa tersebut telah menjadi sarang makhluk halus berikutan ditinggalkan tanpa berpenghuni. Ada juga yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah dibunuh dan ditanam di dalam dinding villa berkenaan oleh orang gaji keluarga kanak-kanak itu suatu ketika dulu. 
Namun, pada 16 November 2013, dilaporkan sekumpulan remaja yang dipercayai memberanikan diri untuk menjejak makhluk ghaib ala "seekers". Daripada 30 orang yang memasuki Villa Nabila tersebut, hanya 7 orang yang dapat keluar.


Friday, March 25, 2011

Tahukah Anda #2



untuk baca Tahukah Anda #1 klik bold link :)

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Firdaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.



Saturday, February 26, 2011

Tahukah Anda #1


1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang
Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!

Sumber: respeks_group

Bersambung..




Thursday, December 16, 2010

Kehidupan - Dulu Lain Sekarang Lain


Dulu lain sekarang lain. Takmoh cerita banyak meh cekidout, a picture speaks a thousand words katanya. Eh..eh.. tapi aku bagi 'pictures' untuk u ols cuci mata sambil relax petang-petang ni.





.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


Photobucket

Nak tau pasal Mentor Musim Ke 5? Jom kepochi :)
.......................................................................................................................


Monday, December 13, 2010

10 Fakta Kebodohan Negara Malaysia


Weh u ols! Ada orang habaq kat aku satu belog tengah syok kutuk negara kita ni. Tu haaa tajuk entri aku bagi sejibik sebulat sama.

Sumber: thefbomb.org

Separuh dari entri aku kopipes dari sana:

1. Merasa dirinya developed country, padahal GDP/capita hanya 5000 USD (angka inipun sudah dimanipulasi oleh Kerajaan Malaysia), experts memperkirakan angka yg benar adalah sekitar 1500-2000 USD/ kapita/ tahun.

2. Punya program luar angkasa, tapi tak punya teknologi pembuatan rocket.

3. Bangga dengan kemampuan memperkerjakan tenaga kerja asing, sementara uang mereka diperas dikirim ke negara asal pekerja2 tersebut dan banyak warga mereka yg menganggur karena kalah bersaing.
.......................................................................................................................
Iklan sekejap:

herneenazir

Pisang Kaki? Apa tu? Jom tanya Hernee Nazir :)
.......................................................................................................................


Thursday, December 2, 2010

Minum Air dari Kelamin untuk dapat Jodoh?


Meh tengok meh! Takde gambar lucah pun, ini adalah kejadian semulajadi tau. Jangan pikir kuning sangatlah. Semua dah besar kannnn..


18sx ke?

Ni lagi satu.

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:

belogmj

Rindu MJ? Cerita baru dia ada kat sini :)
.......................................................................................................................


Monday, October 18, 2010

Kita Sudah Kesuntukan Masa


Seram pulak bila tengok poster gini. Dah terbayang aku tenggelam timbul jika kutub utara, kutub selatan cair bila sampai masanya nanti. Atau boleh juga disebut sebagai petanda besar kiamat?


5 fakta menarik yang aku nak kongsi dengan u ols tentang global warming. Aku sedut bulat-bulat dari news.nationalgeographic.com. Tak berani nak translate takut nanti jadi lain maksudnya.

• Average temperatures have climbed 1.4 degrees Fahrenheit (0.8 degree Celsius) around the world since 1880, much of this in recent decades, according to NASA's Goddard Institute for Space Studies.

• The rate of warming is increasing. The 20th century's last two decades were the hottest in 400 years and possibly the warmest for several millennia, according to a number of climate studies. And the United Nations' Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) reports that 11 of the past 12 years are among the dozen warmest since 1850.

• The Arctic is feeling the effects the most. Average temperatures in Alaska, western Canada, and eastern Russia have risen at twice the global average, according to the multinational Arctic Climate Impact Assessment report compiled between 2000 and 2004.

• Arctic ice is rapidly disappearing, and the region may have its first completely ice-free summer by 2040 or earlier. Polar bears and indigenous cultures are already suffering from the sea-ice loss.

• Glaciers and mountain snows are rapidly melting—for example, Montana's Glacier National Park now has only 27 glaciers, versus 150 in 1910. In the Northern Hemisphere, thaws also come a week earlier in spring and freezes begin a week later.

Kalau nak baca fakta lain boleh kelik sini.


Sudah bersediakah kita?


<< NANG kalau suka! Tqvm :)




Thursday, July 29, 2010

Logo Baru di Malaysia Bakal Muncul


Macam-macam perkara aneh yang aku jumpa tentang negara kita yang tercinta. Terbaru, petang tadi aku dengar dari berita ringkas era.fm umumkan yang tak lama lagi ada logo baru yang bakal muncul pada plastik, kotak, bekas makanan dan botol minuman.



Menurut berita itu kerajaan akan keluarkan logo haram untuk mengatasi masalah logo halal palsu. Bilakah undang-undang ini bakal dilaksanakan tak pula dia habaq.

Ekceli, hal ini telah lama digembar-gemburkan oleh pihak sebelah sana (bendera hijau) meminta agar pihak Jakim wujudkan logo ini.
Bila difikirkan semula kalau betul logo haram ada nanti selesaikah masalah makanan yang diragui tiada di pasaran? Tiadakah logo haram palsu pula nanti yang akan wujud? Oleh kerana berita yang disampaikan secoit benau maka banyak soalan yang dok bermain di minda.


Aku cuba search di google tapi belum ada yang dok kepoci isu ini. Banyak mengenai cadangan untuk wujudkan logo haram sahaja yang sudah lama dibincangkan rupanya. Pada pendapat peribadi aku, cadangan ini agak boleh pakai tapi praktikal ke tidak belum tentu lagi.

Siapa yang nak cekidout tentang isu cadangan logo haram ini meh kelik:
  1. Jakim perlu perkenal logo haram, kata Pemuda PAS
  2. Jakim disaran perkenal logo haram
  3. PAS Youth chief suggests 'haram' logo to protect Muslims
Kesimpulannya sejauh mana kebenaran tentang kewujudan logo ini aku pun tak tahu. Kita tunggu dan lihat ajelah.

Oh! Malaysia ku. Macam-macam ada.

Blog Pilihan Hari Ini
rojakStory

Entri Lagi Penghinaan Melampau Terhadap Umat Islam : "sbr. dun get butt hurt so easy" - amoi



Wednesday, July 14, 2010

Daftar Facebook Kena Bayar


Semalam masa nak log-in Facebook dapat RM100 ada terperasan 'sesuatu' yang menarik. Tapi sebelum tu izinkan hamba menarik perhatian u ols tentang isu register Facebook kena bayar. Ekceli hal ini sudah kecoh dari awal tahun lagi dan mendapat banyak kecaman dari pelbagai pihak.

Imej dari sini.

Banyak blog yang menentang isu ini dan tak cukup dengan itu penumbuhan group Facebook juga tumbuh bak cendawan lepas hujan. Ini pula satu contoh forum dari kalangan orang-orang sayang duit yang turut tak bersetuju dengan hal tersebut. Hebat betul aura Facebook ni rupanya. Pada aku kalau kena bayar apa susah, tak payah register. Lagipun sekarang kan sudah ada millatfacebook. Tak gitu?

Ok..ok. Merepek pula jadinya. Takmoh cerita banyak lagipun cerita ini sudah hampir basi. Ekceli nak tunjukkan u ols satu penemuan agak kelakar yang aku baru jumpa semalam. Mungkin ada yang dah lama tahu tapi aku yakin ramai lagi belum perasan. Meh cekidout:

Klik kasi gedabak

Nampak? Setiap kali aku baca statement Its free (and always will be) tu automatik aku tergelak kecil. Takut juga si Mark Zuckerberg tu kena boikot sebab kalau betul-betul jadi boleh jatuh miskin woh beliau. Hee. Memandai je aku.

Sedikit fakta mengenai mamat ni :
(sumber-Wikipedia)

Imej dari sini.

Nama : Mark Elliot Zuckerberg
Tarikh lahir : 14 May 1984 - Muda lagi woh!
Tempat lahir : White Plains, New York, USA
Warganegara : Amerika Syarikat
Bangsa : Yahudi
Agama : Tiada (Atheism)
Status : Pelajar Harvard College (berhenti)
Pekerjaan : Co-founder, CEO & Presiden untuk Facebook
Pencapaian : Billioner termuda di dunia dengan nilai harta US$4 bilion hasil 20% saham dari Facebook.

Renung-renungkan dan selamat beramal.



Saturday, June 12, 2010

Logo Crocs: Yang Asli & Tiruan. Ada Kalimah Allah?


Isu Crocs? Sudah lapuk lagi berhabuk. Tetapi masa nak komen di blog seseorang yang bercerita tentang Crocs tiba-tiba aku terfikir, betulkah apa yang digembar-gemburkan tentang kalimah Allah di logo produk terkenal itu? Melalui Facebook pun sudah ramai yang memberi peringatan untuk boikot Crocs. Siap attach gambar sebagai bukti. Mungkin anda sendiri pernah dapat amaran ini bukan?

Rasa tidak adil kalau kita hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Untuk menjawab semua persoalan itu, macam biasa aku pun memulakan sesi penyiasatan. Aku baca semua blog yang menceritakan tentang isu Crocs. Kebanyakan blog menyokong untuk boikot tapi hanya segelintir sahaja yang mempertahankan jenama ini. Mungkin sebab pengguna Crocs tiruan lebih ramai daripada yang asli. Eh, jangan emosi. Aku kata mungkin. Jom ikuti hasil penemuan aku, kemudian masing-masing fikirkan dan buat keputusan ok?

Blogger Joegrimjow ada pendapatnya sendiri kerana beliau adalah pengguna Crocs asli. (Aku ada masalah nak pronounce nama beliau. Hee) Nak tahu apa kata beliau? Klik link yang ada. Aku memang letak untuk anda klik dan baca. Lepas baca blog encik-nama-susah-nak-sebut ini aku gugel pula mengenai perbezaan logo Crocs yang asli dan tiruan. Meh tengok logo itu.

Aku sudah edit siap-siap untuk tatapan anda, sila buka mata besar-besar.

Jika kita lihat dan sedia maklum, banyak perbezaan yang boleh dilihat melalui logo Crocs asli dan tiruan. Di dalam entri encik-nama-susah-nak-sebut tadi pun ada menyebut beberapa perkara yang membezakan logo-logo ini. Logo Crocs tiruan memang sudah terang lagi bersuluh boleh nampak ada unsur-unsur kalimah Allah di situ. Melihat logo asli, hampir 15 minit aku tenung dan mencari di mana sudut yang boleh dikatakan ada menyerupai kalimah Allah. Aku gagal. Giliran anda cuba, ada nampak tak? Aku memang ada masalah penglihatan.

Cerita Nasi Tambah

Semasa sesi penyiasatan, aku ada baca satu entri mengenai perbezaan fizikal Crocs asli dan tiruan di kedaicrocs.com. Di awal entri itu ada menyebut supaya kreditkan entri itu jika hendak menyebarkan info berkenaan tetapi ada satu blog ini yang memang copy & paste tetapi entri tidak dikreditkan. Mustahil dia tak baca perenggan mula-mula. Aiseh, niat sudah suci murni untuk berkongsi maklumat tetapi dia pun lebih kurang macam peniaga Crocs tiruan itu. Harap-harap kita tidak tergolong dalam melakukan aktiviti tidak sihat ini.

Untuk maklumat tambahan perbezaan Crocs asli dan tiruan, meh ramai-ramai ke blog ini. Sharing is caring ;) Psst..Terima kasih encik google sebab sponsor gambar logo Crocs.

Apa pendapat anda? Nak boikot Crocs ke tidak?