Belog Ohsem: Johor

Jom selongkar

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Ohsem News! - Terkini! Ulasan Pegawai Polis Berkaitan Kehilangan Remaja di Villa Nabilla, Johor Bahru



Klik gambar untuk menonton video.

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukan 23 hilang di banglo tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu. 




Ohsem Auta! - Misteri 30 remaja redah Villa Nabila, hanya 7 dapat keluar!



UPDATE : Ohsem LOL News! - Remaja Hilang di Villa Nabilla JB Ditemui Bersama Teman Wanita


Petikan berita palsu yang dihebahkan:

Gempar hari ini apabila sekumpulan anak muda dilaporkan telah hilang di sebuah villa yang terkenal dengan cerita-cerita mistik dan seram iaitu Villa Nabila, berhampiran Danga Bay, Johor Bahru.
Ramai yang menceritakan villa tersebut telah menjadi sarang makhluk halus berikutan ditinggalkan tanpa berpenghuni. Ada juga yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah dibunuh dan ditanam di dalam dinding villa berkenaan oleh orang gaji keluarga kanak-kanak itu suatu ketika dulu. 
Namun, pada 16 November 2013, dilaporkan sekumpulan remaja yang dipercayai memberanikan diri untuk menjejak makhluk ghaib ala "seekers". Daripada 30 orang yang memasuki Villa Nabila tersebut, hanya 7 orang yang dapat keluar.