UPDATE : Ohsem LOL News! - Remaja Hilang di Villa Nabilla JB Ditemui Bersama Teman Wanita
Gempar hari ini apabila sekumpulan anak muda dilaporkan telah hilang di sebuah villa yang terkenal dengan cerita-cerita mistik dan seram iaitu Villa Nabila, berhampiran Danga Bay, Johor Bahru.
Ramai yang menceritakan villa tersebut telah menjadi sarang makhluk halus berikutan ditinggalkan tanpa berpenghuni. Ada juga yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah dibunuh dan ditanam di dalam dinding villa berkenaan oleh orang gaji keluarga kanak-kanak itu suatu ketika dulu.
Namun, pada 16 November 2013, dilaporkan sekumpulan remaja yang dipercayai memberanikan diri untuk menjejak makhluk ghaib ala "seekers". Daripada 30 orang yang memasuki Villa Nabila tersebut, hanya 7 orang yang dapat keluar.
