Belog Ohsem: Radio Era

Jom selongkar

Showing posts with label Radio Era. Show all posts
Showing posts with label Radio Era. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Konsert Paramore Live In Kuala Lumpur


Ada peminat Paramore yang singgah R4T hari ini? Ini berita baik untuk u ols. Ekceli aku tak minat pun band ni tapi sekadar menyampaikan berita yang lalu depan mata. Sharing is caring tak gitu?


Tune Talk Mobile Prepaid akan terbangkan mat-mat saleh ni ke Malaysia untuk konsert mereka tak lama lagi. Bila? Di mana? Tiket? Ni haa jawapannya:


Tarikh: 19 Oktober 2010
Masa : 8:30 Malam
Lokasi : Stadium Nasional Bukit Jalil
Harga tiket: RM358 (Rock Zone), RM268, RM168, RM98


Dan sekarang era.fm tengah promosikan konsert tersebut lalu u ols boleh menang tiket percuma dengan macam-macam cara. Yes, its FREE!

  • Jadilah pemanggil pertama bila isyarat sonik dikeudarakan dan namakanlah lagu hit Paramore dengan betul untuk membawa pulang 4 tiket X RM 168!
  • Menangi juga tiket secara online disini.

Sumber: www.era.fm

Artis Malaysia dah tak laku ke? Ops! Terlebih sudah.





Friday, October 8, 2010

Cabaran 14 Hari Minuman Yogurt NESTLÉ® BLISS®


Era.fm sedang menjalankan program 14 Cabaran Hari Minuman Yogurt NESTLÉ® BLISS® sekarang ni ha. Kalau u ols join cabaran dapat minuman sedap ini secara PERCUMA selama 14 hari. Best woh!

Tapi....


Ada syarat-syaratnya:


Daftarlah hari ini dan minumlah 2 botol* kecil Minuman Yogurt NESTLÉ® BLISS® setiap hari selama 14 hari** untuk mengecapi perbezaannya!

Penyampai ERA fm, Ray, Haniff, Dina, Adi, akan turut serta dalam cabaran ini bersama-sama anda!

Sahutlah Cabaran ini! Sistem penghadaman yang baik bermula di sini.

*1 botol= 200g
**Peserta perlu mengambil stok Minuman Yogurt NESTLÉ® BLISS® PERCUMA pada 8-10 Oktober di Pasaraya Besar Mydin USJ, Subang Jaya. Terhad kepada 100 pendaftar pertama sahaja.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat-syarat Peraduan.

Jadilah salah seorang daripada 100 pendaftar pertama untuk peluang menyertai Cabaran 14 Hari Minuman Yogurt NESTLÉ® BLISS® dan alamilah sistem penghadaman yang lebih baik.

Sumber artikel & gambar : ERA fm

Berminat? Boleh kelik sini dan daftar. Disarankan kepada u ols sekitar Subang Jaya lah sebab nak kena collect minuman tu kat sana. Kalau orang Ulu tiram sanggup travel ke Pasaraya Besar Mydin USJ, Subang Jaya pun apa salahnya. Hee.

Aku pun suka togok ayor ni. Sedap!



Thursday, August 5, 2010

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M


'Esok adalah hari terakhir untuk peraduan paaaaaaaaling senang nak menang di radio!' - D'almashor, Penyampai Era.


Ayat ini yang menyedarkan aku sebab tiap-tiap hari depa dok habaq peraduan itu akan tamat pada 6 Ogos 2010, hari Jumaat. Kejap sungguh masa berlalu sampai aku tak perasan esok sudah hari Jumaat rupanya. Aku boleh ingat hari ni Selasa. Teruk betul ketinggalan. Hee.

Maknanya tak sampai berapa hari je lagi dah nak puasa. Kak long, mak ngah, cik nab semua dah habis bayar hutang belum? Hee. Aku dah settle tapi niat tak kesampaian nak puasa lebih sebab bulan mengambang awal. Sedih.


Dah tepek jadual buka puasa kat dinding belum? Kalau belum meh amek:



Bil
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2

JOHOR

ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
7
PERAK
ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
4
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6
TERENGGANU
ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
7
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
8
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
9
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
14
KEDAH
ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG


Sebarkanlah kepada keluarga & sahabat handai ye.

Blog Pilihan Hari Ini
bspotgurl

Entri Amalan Diet yang Kurang Ummph! : "Diet jugak i kadang-kadang" - bspotgurl



Thursday, July 29, 2010

Logo Baru di Malaysia Bakal Muncul


Macam-macam perkara aneh yang aku jumpa tentang negara kita yang tercinta. Terbaru, petang tadi aku dengar dari berita ringkas era.fm umumkan yang tak lama lagi ada logo baru yang bakal muncul pada plastik, kotak, bekas makanan dan botol minuman.



Menurut berita itu kerajaan akan keluarkan logo haram untuk mengatasi masalah logo halal palsu. Bilakah undang-undang ini bakal dilaksanakan tak pula dia habaq.

Ekceli, hal ini telah lama digembar-gemburkan oleh pihak sebelah sana (bendera hijau) meminta agar pihak Jakim wujudkan logo ini.
Bila difikirkan semula kalau betul logo haram ada nanti selesaikah masalah makanan yang diragui tiada di pasaran? Tiadakah logo haram palsu pula nanti yang akan wujud? Oleh kerana berita yang disampaikan secoit benau maka banyak soalan yang dok bermain di minda.


Aku cuba search di google tapi belum ada yang dok kepoci isu ini. Banyak mengenai cadangan untuk wujudkan logo haram sahaja yang sudah lama dibincangkan rupanya. Pada pendapat peribadi aku, cadangan ini agak boleh pakai tapi praktikal ke tidak belum tentu lagi.

Siapa yang nak cekidout tentang isu cadangan logo haram ini meh kelik:
  1. Jakim perlu perkenal logo haram, kata Pemuda PAS
  2. Jakim disaran perkenal logo haram
  3. PAS Youth chief suggests 'haram' logo to protect Muslims
Kesimpulannya sejauh mana kebenaran tentang kewujudan logo ini aku pun tak tahu. Kita tunggu dan lihat ajelah.

Oh! Malaysia ku. Macam-macam ada.

Blog Pilihan Hari Ini
rojakStory

Entri Lagi Penghinaan Melampau Terhadap Umat Islam : "sbr. dun get butt hurt so easy" - amoi



Thursday, June 24, 2010

Pengalaman Ngeri Menonton LBS


Setiap pagi aku dengar Era.fm. Itulah sebabnya aku boleh tahu tentang lagu restoran fast-food nasi ayam. Ekceli macam-macam lagu iklan sudah melekat di kepala hotak ini. Lagu renyuk-goncang-kunyah, lagu sungguh enak dimakan begitu sahaja, lagu sabun buah hati dan lain-lainnya.

Satu pagi yang indah, aku tergerak untuk mencuba nasib dalam merebut barang free di stesen radio no 1 itu. Sebelum ini aku dengar sahaja dan tak pernah kisah tentang contest atau apa-apa freebies yang mereka nak bagi kepada pendengar. Macam nuffnang (NN) juga, sudah setahun aku blogging baru beberapa bulan ni aku rajin join contest sana-sini. Kalau tak aku login NN hanya untuk melawat statistik dan earnings semata-mata. Alhamdulilah setiap kali aku sertai ada yang mendatangkan hasil.

Disebabkan mesej 50sen yang dihantar ke 32555, aku mendapat panggilan dari Kuala Lumpur yang mengatakan aku menang sesuatu. Mula-mula ingatkan nak kena Can I help You ke apa, rupanya memang betul-betul bukan cobaan.

Parcel yang aku terima dari pakcik GDex.

Ting tong! Keesokan harinya pak cik courier datang membawa perkhabaran gumbira. Siap ada hadiah tambahan lagi u ols. Tak sangka betul. Jakun pun ada sebab tak pernah dapat. Apa ada kat dalam? Jom kepoci.

Dari Era.fm. Wee!

Dalam parcel itu ada 4 pas bermusim untuk cerita Lagenda Budak Setan (LBS) dan 1 t-shirt LBS. Tengok t-shirt aku terus aim nak bagi kekanda sebab dia suka simpan benda-benda macam ni. Buka pula plastik nampak saiz M dan saiz tu memang untuk dia. Pas bermusim yang aku dapat sah digunakan selepas 14 Jun (masa aku terima tu 9 Jun 2010) dan boleh digunakan selagi filem itu ditayangkan. Pas bermusim tersebut hanya sah di TGV dan GSC cinema sahaja. Terima kasih D'almashor sebab layan panggilan aku ke konti Era.fm untuk bertanya itu dan ini. She is a nice person. Suara sejibik macam kat radio.


Pinjam dari album gambar google.

Okeh, cukup dengan cerita dari aku yang jakun. Sekarang aku nak jelaskan apa pengalaman ngeri yang aku pernah mention pada entri semalam. Tetapi sebelum itu aku nak tanya: anda pernah baca novel LBS kan? Dan semua orang tahu novel itu adalah karya terlaris dari penulis terkenal Ahadiat Akashah.

Aku khatam novel ini masa Tingkatan 4 (2004). Masa tu pula hormon remaja baru nak membiak jadi macam-macam yang aku imagine bila baca kisah percintaan Ayu dan Kashah ni. Sikit lagi nak angau disebabkan novel tersebut padahal bukan ada yang nak dengan aku pun. Kalau tanya semua orang yang pernah membaca, mesti mereka pun alami perkara yang sama. Agaknya lah!

Kembali ke cerita di panggung wayang. Fakta yang aku dengar di Era.fm pagi semalam: 'Pungutan untuk filem LBS dalam tempoh 2 minggu menjangkau ke RM4 juta'. Tu dia penangan novel terlaris. Tahniah Ahadiat Akashah, aura anda memang meletop!

Tetapi, di sini aku nak kongsikan 4 pengalaman ngeri semasa menonton cerita ini dari mata rabun dan akal serabut aku.

1. Poster filem LBS ada sesuatu.
Nampak tak macam mana Farid Kamil gayakan rambut dan penampilan dia. Aku kurang berkenan la gaya rambut tu. Macam tak sesuai dengan Farid. Nak lagi mengecewakan dia ada pakai earrings untuk menunjukkan betapa 'setan'nya watak yang dibawakan. Persoalan aku; perlu ke buat macam tu? Mereka tak terfikir ke akan menjadi ikutan budak-budak muda? Macam manalah boleh lepas ek.

2. Mood yang terkejut.
Kalau baca novel aku punya feeing fuh! macam real. Tapi dalam filem ni belum sempat nak feeling eh! sudah tukar mood lain tiba-tiba. Contoh: Aku tak rasa lagi ke'setan'an Kashah tapi tak sampai 5 minit dia dah jatuh cinta dengan Ayu. Baru tunjukkan 2,3 bukti perbuatan nakal Kashah, dah jatuh cinta? Kata anti-perempuan takkan sekejap je hati boleh tergolek. Betul tak?

3. Dialog yang ngeri.
Anda rasa ngeri tak bila dialog jiwang aku boleh gelak macam tengok cerita Ogy & the Cockroaches? Kekanda pun join sekali. Adeh, aku tak boleh nak recap pula dialog yang buat aku pecah perut dalam panggung. Kalau anda rasa nak gelak pergilah tambah pungutan jualan filem ini. Tak silap aku sampai hujung bulan ni pun masih boleh tengok. Kalau tak gelak jangan salahkan aku ye, rambut sama hitam hati lain-lain. Kesimpulannya habis cerita aku bisik di telinga kekanda: tengok Adamaya kat TV lagi best!

4. Jalan cerita yang lemah
Ewah, macam expert je bunyi. Hee. Aku frust gila dengan cara penyampaian cerita. Ekceli aku tak berapa ingat jalan cerita novel sebenar tapi apa yang aku nampak filem ini macam melepaskan batuk di tangga je. Peminat novel Ahadiat Akashah mesti frust gila macam aku juga. Aku ada dapatkan review dari blog lain yang turut sama menyatakan kekecewaan mereka. Meh cekidout kekecewaan penonton dari blog ini dan ini juga ini.

Mintak maaf kepada sesiapa yang terasa hati. Ini hanya pandangan peribadi aku. Kalau ada yang tak setuju terpulang. To Mr. Sharad Sharan, cuba lagi!