Belog Ohsem: Ramadan

Jom selongkar

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.


May ALLAH shower his blessings and grant us forgiveness in this holy month....RAMADHAN KAREEM!


Saturday, August 28, 2010

Jom Buka Puasa dengan hanya RM3!


Banyak restoran yang buat promosi buka puasa yang murah tahap gaban sempena bulan Ramadan ini. Aku ada dapat email satu restoran di KL menawarkan hanya RM2 untuk ngap segala juadah buka puasa yang disediakan.


Tapi dengar cerita ada syaratnya, kalau u ols tak habis makan segala tok naduk yang telah dibubuh dalam pinggan kena bayar double tau. Sejauh mana kebenarannya aku tak boleh nak sahkan sebab belum pernah cuba lagi singgah berbuka di kedai yang dimaksudkan.

Itu cerita di KL, tetapi untuk orang-orang Johor Bahru ada juga satu restoran yang aku terjumpa masa dok merayau minggu lepas. Restoran Kita Semua menawarkan harga RM3 sahaja untuk juadah berbuka puasa yang mereka hidangkan sepanjang bulan Ramadan.

Moh tengok gambau bukti yang aku sempat snap:


Nama Restoran : Restoran Kita Semua (Masakan Melayu, Masakan Nusantara) 24 Jam
Alamat: No 9, Jalan Dato Teh Ah Boon, Tampoi 81200, Johor Bahru, Johor

Kalau datang dari Air Hitam/Kulai/Skudai u ols akan jumpa Giant Hypermarket Tampoi dulu, jika datang dari Johor Bahru / Singapura pulak u ols akan jumpa Plaza Angsana dan Menara Jati (a.k.a Hasil). Jalan Dato Teh Ah Boon ini kurang familiar jadi meh tengok peta kenduri yang aku edit baik punya khas untuk u ols:
(mekaseh gugel map!)


Klik kasi gedabak

Disebabkan aku jumpa restoran ini tengah hari, maka tak dapeklah nak masuk dan cuba sendiri promosi tersebut. Ada lagi 2 minggu kita berpuasa mungkin satu kali kena singgah juga ke sini.

Mak Jenab, Kak Leha, Abang Leman yang sudah penat shopping raya dan berhabis sakan di Plaza Angsana bolehlah singgah. Jimat pun jimat!


U ols pernah cuba tak? Meh kongsikan di kotak komen.




Sunday, August 22, 2010

Puasa Yangyok Pagi-pagi Buka Periuk


Tag puasa dari Dni. Mintak mahap ye sahabatku sebab baru perasan diri ini di tag masa dok selongkar belog kamu. Awat tak habaq ada tag untuk cheq? Ke aku yang tak perasan. Heh. Mana-mana sajelah labu.

Sekarang meh tengok aku bocorkan rahsia puasa sendiri satu persatu:

Sumber: perlismtb.com

Lima perkara yang anda suka tentang bulan puasa:-
  1. Masa nak bangun sahur boleh tengok perangai pelik-pelik
  2. Dapat pergi bazar ramadan dengan kekanda cuci mata tengok makanan
  3. Apabila berbuka dengan makanan feveret - Nasi kerabu
  4. Tak payah pening kepala dok fikir nak makan apa masa lunch
  5. Merasa simpan duit dalam tabung seringgit dua sehari
Lima perkara yang best masa bulan puasa:
Baca balik jawapan untuk soalan atas nuu. Jawapan sama. Hee.

Lima jenis makanan/minuman yang wajib ada masa berbuka puasa:-
  1. Nasi-nasian
  2. Lauk-paukan
  3. Kuih-muihan
  4. Ayor warna warni
  5. Tudung saji
Lima cerita best/tak best puasa anda:-
  1. Hari-hari makan sedap adalah cerita best.
  2. Hari-hari bos bagi balik awal juga cerita best.
  3. Hari-hari dapat belogwalkingKONG masa lunch sangat best.
  4. Hari-hari mengecek kekanda pergi bazar cerita paling best.
  5. Semakin hari aku semakin gedebab adalah sangat tidak best!
Lima orang yang terpaksa bocorkan rahsia puasa diaorang (tapi tak paksa tau) :-
  1. Asy
  2. Sis Nia
  3. Aisumi Chan
  4. Belalang
  5. Sis Honey
Jawapan di atas tu ikut apa yang terlintas dalam kepala hotak. Masa bulan puasa otak aku kurang berfungsi dengan baik, jadi yang keluar semua merapu raban. Layankan ajelah ye?

Lagi 19 hari untuk merebut pahala berganda. Moh kita!




Thursday, August 5, 2010

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M


'Esok adalah hari terakhir untuk peraduan paaaaaaaaling senang nak menang di radio!' - D'almashor, Penyampai Era.


Ayat ini yang menyedarkan aku sebab tiap-tiap hari depa dok habaq peraduan itu akan tamat pada 6 Ogos 2010, hari Jumaat. Kejap sungguh masa berlalu sampai aku tak perasan esok sudah hari Jumaat rupanya. Aku boleh ingat hari ni Selasa. Teruk betul ketinggalan. Hee.

Maknanya tak sampai berapa hari je lagi dah nak puasa. Kak long, mak ngah, cik nab semua dah habis bayar hutang belum? Hee. Aku dah settle tapi niat tak kesampaian nak puasa lebih sebab bulan mengambang awal. Sedih.


Dah tepek jadual buka puasa kat dinding belum? Kalau belum meh amek:



Bil
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2

JOHOR

ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
7
PERAK
ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
4
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6
TERENGGANU
ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
7
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
8
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
9
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
14
KEDAH
ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG


Sebarkanlah kepada keluarga & sahabat handai ye.

Blog Pilihan Hari Ini
bspotgurl

Entri Amalan Diet yang Kurang Ummph! : "Diet jugak i kadang-kadang" - bspotgurl