Belog Ohsem: Twitter

Jom selongkar

Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Be Part of ChurpChurp Today!


Hari ini aku ada satu cerita wajib tayang untuk semua pembaca Rumah 4 Tingkat. Bak kata pepatah berkongsi itu tandanya ambil peduli (read: sharing is caring). Hee. Minta maaf tajuk entri dalam bahasa mat salleh tapi isi entri ada bau belacan pula. Yang pentingnya macam aku cakap tadi, 'berkongsi itu tandanya ambil peduli'.


Siapa di antara anda yang tiada akaun facebook atau twitter? Aku dengan yakinnya boleh kata majoriti bloggers dan pembaca sekalian ada kedua-duanya paling tidak pun salah satu. Betul tak?

Satu soalan lagi, tahukah anda bahawa dengan akaun jaringan sosial (read: social network) boleh menjadi salah satu medium untuk mencari pendapatan sampingan? Sambil-sambil komen gambar konvo kawan satu sekolah di album facebook atau mengucapkan hello kepada redmummy melalui twitter tiba-tiba kaching! ada $$$ menanti anda. Fuyoooohh. Seronok bukan?

Mari aku kongsikan berita gembira ini dengan satu penerangan ringkas. Baca sampai habis, kalau tidak anda akan kehilangan punca $$$ yang lumayan. Ops! Perlu diingatkan bahawa ini bukan cerita pasal dapat wang atau log in facebook dapat RM100. *muka serius*

Hai ChurpChurp!

Memperkenalkan si burung comel - Churpchurp. Ya! burung mata besar inilah yang akan membantu anda untuk mencari pendapatan sampingan. Al-kisah Churpchurp adalah salah satu komuniti pengiklanan yang menggunakan jaringan sosial facebook dan twitter sebagai medium pengiklanan. Oh, terlalu skema ayat ini.

Senang cerita Churpchurp ini adik beradik dengan Nuffnang kesayangan ramai. Anda yang bergelar bloggers mesti kenal sangat dengan Nuffnang. Kalau ada yang tak kenal boleh tanya pada kakak, abang, mak saudara tak lupa juga jiran tetangga yang ada blog ataupun klik saja link Nuffnang. (psst..aku tulis ayat ini sebab adik aku bukan bloggers tapi berminat nak sertai. Mungkin ramai lagi yang macam dia kan?)

Ada apa dengan ChurpChurp

1. Kaching! kaching! $$$
Kalau anda seorang rakyat Malaysia yang rajin update status setiap masa melalui twitter dan facebook, Churpchurp boleh bagi anda duit poket untuk menyemarakkan lagi keghairahan anda update tak kira dimana-mana walaupan tengah bertarung di bilik termenung bila-bila masa. Taip tak sampai 150 patah perkataan dan tunggu $$$ melalui akaun Churpchurp anda. Mudah bukan?

2. Tiket filem percuma untuk semua & Contest Mudah Menang
Ehem. ehem. Bukan setakat $$$ sahaja yang bakal anda terima jika turut sama berada dalam komuniti Churpchurp tetapi juga tiket-tiket percuma yang melimpah ruah. Usaha lebih sedikit dengan melakukan tugas yang diberikan, peluang untuk bawa kekasih hati tengok wayang percuma adalah sangat cerah. Berbaloi-baloi.

Nak lebih? Boleh sertai contest yang dianjurkan untuk menambahkan lagi keseronokan menjadi Churper. Ada banyak hadiah menarik untuk direbut. 'Spread the love and get rewarded' buktinya!

3. Aktiviti-aktiviti yang menggembirakan hati
Melalui risikan di blog Churpchurp, ada beberapa aktiviti gembira yang telah dianjurkan oleh komuniti burung comel ini. Antaranya ialah Fly Kite Session at Taylor’s University dan CommFest @ Taylor’s University. Nak tahu lebih lanjut boleh klik link yang sudah siap bold itu. Aku berasa sangat cemburu kerana tak dapat sertai tetapi tak perlu risau kerana ada banyak lagi aktiviti yang akan mereka adakan untuk kita di masa akan datang. Aku sangat teruja menunggu aktiviti seterusnya *yippi!*

4. Tambah kawan eratkan perpaduan
Ewah! Bunyi macam tema Hari Kemerdekaan pula. Hehehe. Selain dari peluang untuk mencari $$$, tiket percuma dan aktiviti yang menggembirakan hati, dalam masa yang sama kita akan dapat tambahkan kenalan dan pupuk semangat perpaduan sesama ahli yang berbilang kaum. Bila sudah pergi movies screening mesti saing-saing Churper yang lain dan dari situ kita boleh saling beramah mesra. Sama juga kalau jika anda cukup bertuah untuk sertai aktiviti yang menggembirakan hati :)

Ada yang kerut-kerut dahi nampaknya. Oh! ada banyak lagi yang boleh diterokai tentang Churpchurp. Mari ramai-ramai cari info dan rebut peluang menarik di sini:

ChurpChurp Blog's

ChurpChurp Facebook's

ChurpChurp Twitter's



Aku bangga menjadi Churper! Anda bagaimana?




Friday, October 8, 2010

Wajah Baru Twitter


Dah lama tak singgah sangkar burung biru aku. Tadi baru bukak. Hee. Masa tengah lepak kat ruang tamu sangkar, si burung biru ada bisik sesuatu di telinga aku.




Aku pun kelik la Try it Now tuh dan dibawaknya aku ke sangkar baru. Dia siap pesan kalau tak suka boleh blah tukar balik sangkar lama. Cemana ghopenyer sangkar baru tu? Meh la tengok:

Oh! Aku terus jatuh hati dengan sangkar baru sebab super senang nak moniter tweet yang ado. Setakat yang aku perasan menyenangkan aku ialah tab atas nuu. Ada tab @Mentions yang mana kita boleh tengok sapa yang mention pasal diri sendirik in just a second. Terbaik woh!

Secondly, ada jugak tab Retweets kalau-kalau u ols terlupa tang mana satu tweet yang aku buat tadik. Ada 3 option which is:
  1. Retweeted by others
  2. Retweeted by you
  3. Your tweets, retweeted
Kalau nak balik semula pada tweet yang latest boleh klik pada tab timeline. Semudah kunyah kacang cap Ngan Nyin kan? Ekceli banyak lagi kebagusan sangkar baru ni dan u ols boleh selongkar sendiri kat sini. Sila-sila. Jangan malu-malu.

Youtube burung biru pergi dating:



Semakin canggih!



Wednesday, August 25, 2010

Apa Khabar si Burung Biru Belaan?


Sejak
mula bela burung biru bulan 7 yang lepas, rezeki dari twitter ada juga masyuk. Minggu ke minggu bertambah sekupang dua. Alhamdulilah. Idoklah sesia aku beli sangkar mahal-mahal, bagi makan sedap-sedap selama ni.


Print screen eraning akaun ChurpChurp aku yang latest. Tak banyak mana tapi saja tepek buat rekod peribadi. Bila-bila nak tengok selongkar je gerobok R4T. Manalah tahu kena tax macam RM satu hari nanti takdelah gelabah nak prepare apa yang patut. Hee.

Burung biru aku start kawan dengan si ChurpChurp pada 19 Julai 2010 dan job pertama aku dapat juga pada tarikh yang sama. Aku tak taulah macam mana depa dok kira earning. Kira ikut klik ke, ikut published tweet ke, aku tak kisah. Buat jelah orang dah bagi kerja kan.

Ada gak dua tiga kali tweet aku kena reject sebab tak memenuhi requirement tapi nasib baik boleh redo. Kena tolak earning ke tak itu pun aku tak tahu.

Meh cekidout antara job yang aku dah buat via
ChurpChurp:

Ekceli ada 7 semua, lagi dua tu ntah mana aku letak gambau. Lepas tepek dalam entri ni baru perasan tak cukup. Hee. Harap-harap lepasni banyak lagi tweets yang ChurpChurp nak bagi. Eh, sapa tak join lagi mehla register. Berbaloi-baloi!

Jom baca FAQ ChurpChurp sebab banyak nau soalan bermain dalam otak.


Sunday, August 22, 2010

Widget Twitter Auto Scrolling


Dak
Amir Izzat purak-purak tersasul panggil aku bro dalam peti potpet-potpet. Hamboi dik mentang-mentanglah sudah tahu jantina aku abeh digelarnya 'Kak Kie-yu'. Terasa lewat usia di situ. Tak payah berakak-abanglah Amir, anggap saja kita ni kawan-kawan ok?

Amir berkenan dengan sangkar burung biru aku yang dok turun naik kat sidebar nuu. Ekceli aku dulu pun tercari-cari juga macam mana nak buat gaya tu. Akhirnya aku jumpa sifu yang sudi bagi tutorial untuk widget tersebut. Moh tengok tutorial dari Bro Sop sebagai panduan kita bersama.

Lawat http://twitter.com/goodies/widgets untuk mendapatkan kod seperti gambar di bawah:

Klik pada "My Website"


Kemudian, pilih "Search Widget"


Seterusnya, masukkan "search Query" iaitu akaun twitter anda. Seterusnya, masukkan maklumat berkaitan. Di ruangan ini juga, anda boleh memilih beberapa setting seperti warna, saiz, rujukan dan sebagainya. Anda boleh uji setting anda. Sekiranya berpuas hati, anda boleh klik pada "Finish & Grab Code".

Selasai..Selamat mencuba....!!

Sekalung penghargaan buat Bro Sop dari Riwayat Hariku.




Saturday, August 7, 2010

Twitter + ChurpChurp= $$$


Aku ada bela sekor burung warna biru (aku suka biru). Burung biru itu baka dari jenis Twitter. Oh, tak payah kenalkan lagi sebab sudah ramai blogger yang bela sama.

Satu hari burung biru aku berkicau riang gembira. Aku tanya kenapa? Dia jawab baru berkenalan dengan kawan baru. Nama kawan baru dia ChurpChurp, duduk satu rumah dengan Nuffnang.

Comel betul kan?

Burung biru aku bagitau ChurpChurp nak bagi $$$ tapi dengan syarat. Tolong kepoci gossip panas yang dia bagi pada kawan-kawan burung biru yang lain.

Aku cakap aku tak faham. Burung biru tunjuk aku slideshow ini guna iPhone dia. Cis! Kau dah pakai iPhone tak bagitau aku.

Wah! Senang gila. Aku cakap pada burung biru kawan dengan ChurpChurp baik-baik. Nanti boleh belikan aku iPhone. Hee. Burung biru cakap boleh tapi ada syarat. Eh, dengan aku pun kau nak bersyarat bagai. Hampess.

Burung biru suruh aku buat entri pasal kawan baru dia supaya blogger lain pujuk burung biru mereka kawan dengan ChurpChurp. Ok, done! Sudah siap entri baru untuk burung biru kesayangan. Bukan selalu dia mintak apa-apa dari aku.

Burung biru aku dah dapat $$$. U ols bila lagi? Jom ChurpChurp.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Gambar Joe Wings Masa Muda : "esok2 cari gambar masa baby pula..hehe " - kujie



Monday, July 5, 2010

Geng Blogger Buat Magik


Baru minggu lepas baca dari belog Kak Jie tentang Geng Blogger (GB) buat silap mata. Minggu ini turn aku pula yang kena. GB sudah setting seminggu sekali ada blogger yang dapat ke? Hee.


Adeh, apa yang aku dok merepek. Meh nak habaq, semalam masa nak ping entri Facebook-ing Cara Baru ada satu peristiwa terkejut berlaku. Serius terkejut woh! Jom terkejut sama-sama:

Kelik bagi gedabak.

Secara positifnya ada baik juga terjadi perkara aneh macam ni. Dek kerana terkejut, aku terus pergi ke belog cikdagu untuk tengok-tengok belog beliau. Betul, memang wujud belog dan entri ini. Mungkin cikdagu ping entri sama waktu dengan aku lalu incik GB terkonpius sekejap.

Kepada anda yang mungkin akan berhadapan dengan situasi yang sama, jangan panik. (ceh, macam ceramah kebakaran pulak) Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah tarik nafas dalam-dalam. Jangan lupa hembus nanti putus nyawa pula. Kemudian tenung apa yang terpapar di skrin dan copy URL bertuah yang anda dapat tu. Apa lagi..pergilah ziarah sahabat blogger kita tu. Nampak tak kelebihan kekonfiusan GB ni?

Kembali ke pangkal jalan. Pheww!

Sesudah itu anda log out dari GB dan sign in semula. Jika kejadian sama berulang sila ikuti semula langkah pertama tadi dan log in semula. Agak-agak sudah 4 kali kejadian yang sama berlaku barulah pergi ke GB dan cari incik Kong untuk mengadu. Tak perlulah post new thread sebab admin sudah pun buat thread khas untuk masalah ini. Tambah sahaja komen anda di situ. - Sumber: Kak Jie

Culik burung dari sini.

Anda juga boleh cari burung biru beliau dan utarakan masalah anda dengan ayat yang berhemah. Janganlah marah-marah ye. Ingatlah admin GB juga adalah manusia biasa seperti kita yang ada kelemahan dan kekurangannya. Bak kata Kak Jie lagi - 'Belajarlah memahami dan bersabar. Bukan mudah untuk menjaga komuniti yang dicemburui .'

Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Betul tak?



Sunday, June 20, 2010

Auto-Feed Blogger Posts ke Twitter


Ekceli aku tengah merayau-rayau di gugel tadi. Nak cari profile badge twitter yang mengancamlah konon, sudahnya jumpa yang macam kat bawah tu ha. Ada dekat peti surat sana. Tak puas hati sebenarnya dengan yang ada sekarang sebab nampak kemetot benau, tulisan pun macam semut je rupanya.

Disebabkan profile badge ini memenuhi kriteria aku iaitu ada autoscroll maka aku tepek dulu sementara nak dapat yang lagi cun. Ada suggestion tak mana nak dapat profile badge macam yang aku nak ni?


Eh, terbebel la pulak. Meh nak kongsikan dengan anda 4 langkah mudah macam mana nak buat auto-feed post ke Twitter. Sekarang ni aku punya pun masih dalam tempoh eksperimen lagi. Tak tahulah menjadi ke tidak. Kejap lagi lepas 30 minit publish entri aku update ye.
Ke aku sorang je yang baru tahu pasal ni? Hee ;)

Okeh, tak kesahlah pasal tu. Mari teruskan dengan misi yang masih belum selesai. Sebelum nak buat auto-feed pastikan 4 perkara ini wajib ada ok. Kalau nan ado cepat-cepat create dan cari.

i. Akaun twitter

ii. Akaun
blogger
iii.
RSS feed untuk URL blog anda
iv.
OpenID milik anda

Okeh, sudah settle yang 4 tadi mari lakukan langkah-langkah ini pula:


Gambar print-screen dari twitterfeed.com

1. Meh serang twitterfeed.com beramai-ramai. Ada kerja nak kena buat di sana.

2. Login ke twitterfeed.com menggunakan
OpenID anda. Kalau nak guna akaun blogger pun boleh, pilih blogger dari senarai yang ada dan masukkan username. Contoh URL blog http://rumah4tingkat.blogspot.com, anda boleh letak rumah4tingkat sebagai username.

3. Sudah settle mesti mahu verify akaun, check e-mail anda dan sahkan melalui link yang diberikan. Kemudian, teruslah menuju ke option Twitter feed dan klik pada
'
Create New Feed'. Masukkan ID dan password twitter dan tak lupa juga URL untuk RSS feed anda. Lepas tu, adjust setting mengikut citarasa dan klik butang 'Create' dengan hari yang gembira.

4. Akhir sekali tuan-tuan dan puan-puan, silalah buat entri baru macam aku tengah buat sekarang ini untuk uji sama ada menjadi ke tidak. Kalau berjaya, tahniah! Kalau tak jadi siasatlah apa yang tak kena.


Macam biasa gambar google image yang sponsor ;)

Psstt..ini ada ekstra tips untuk anda yang tak tahu menahu macam mana nak cari 2 perkara wajib yang aku highlight dengan warna hitam di atas.


>> RSS feed untuk URL blog anda
Encik blogcatalog habaq, senang je. Pilih antara:

i. URLblogandadisini.blogspot.com/rss.xml

ATAU

ii. URLblogandadisini.blogspot.com/atom.xml

Aku ambil yang pertama dan twitterfeed accept. Fuh! lega.

>> OpenID milik anda
Untuk cekidout tentang ini hanya perlu ke blogger akaun anda - klik tab DASHBOARD - klik tab SETTINGS - cari sub tab OpenID dibawah settings. Jumpa?

Tutorial best ini ditaja oleh eHow.com dan blogcatalog.com.