Belog Ohsem: Tips/Tutorial

Jom selongkar

Showing posts with label Tips/Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tips/Tutorial. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Tutorial Petak Iklan a.k.a Ads Space


Seminggu dua ni ada dapat banyak request untuk tutorial. Memang dah lama tak buat pun sebenarnya. Hari ini nak buat tutorial tapak iklan a.k.a ads space di atas permintaan ramai dan untuk mereka yang memerlukan. Maaf la eh (hans, soffya, dll) lambat bagi respon sampai ada yang dah buat sendiri pun. Hee.


Ekceli nak buat ruang iklan atau ads space tu mudah aje guna HTML. Pertama sekali u ols kena create sendiri tapak tu guna photobucket mengikut saiz yang berkenan di hati, 125px x 125 px / 150px x 150px dan lain-lain
.

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


belogmj

Betul ke Kotak gosip MJ dah nyanyuk? Jom cekidout :)
.......................................................................................................................


Friday, December 10, 2010

Punca Blog Tak Dapat Buffered Earning Nuffnang


Ekceli dah lama nak buat entri mengenai BE ni. Aku dapat cerita pun dari blogger lain dan dah minta izin dari beliau untuk kongsikan dengan u ols. Terima kasih tuan belog Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga.

Sumber : brucewagner.wordpress.com

Sebelum tu, nak tau satu cerita sadis tak? Pagi ini aku cekidout dashboard Nuffnang dan tengok BE aku semua dah turun ke ME. Sepanjang 2 tahun kapel dengan Nuffnang hari ini dalam sejarah aku NAN ADO langsung BE.

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


belogmj

MJ nak jumpa u ols di sini :)
.......................................................................................................................


Friday, December 3, 2010

115? Beratnya Engkau!


Haa..tengok tengok. Ada nampak lain macam tak rumah aku ni? Kalau tak nampak tu tunggu 3 Jumaat je lagi. Ahaks! Ekceli ada 2 sebab utama kenapa R4T kena touch up. Meh cekidout:


Sebab ke 1:

Sumber: blog.ezinearticles.com

Aku saja nak tukar angin. Muak pulak dok hadap rupa yang sama tetiap hari kan. *Kalau hadap muka kekanda setiap saat takpo!* Tak tukar banyak pun, background dengan boh warna warni sikit. Walaupun tak banyak tapi nampak kan R4T dah berubah. Kan? Kan?

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


riwayathariku

Gnesop bagi Tips pemilihan warna blog Cekidout yaw! :)
.......................................................................................................................


Sunday, August 29, 2010

Tutorial Petak Iklan di Blog


Ramai blogger yang request daripada aku tutorial untuk buat petak iklan di blog masing-masing. Aku memang ada pasang niat nak buat tutorial tapi asyik lupa memanjang.


Sumber: seowebdesigncompanyindia.com

Ekceli aku pun mencari jugak tutorial ini tapi tak jumpa sampailah aku buat sendiri menggunakan kekdah try & error. Aku guna HTML biasa je dan hari ini aku nak kongsikan dengan u ols. Meh sama-sama cekidout macam mana nak tepek petak/ruang iklan di blog masing-masing.


1. Reka/design petak iklan mengikut saiz yang diinginkan menggunakan photoscape, photoshop atau apa-apa software yang dok ada dalam pc/lappy masing-masing. Contoh petak iklan di R4T yang sedia ada macam gini:

Photobucket Photobucket Photobucket

2. Kemudian uploadkan gambar petak iklan tersebut ke photobucket/image shack atau laman web hosting gambar lain untuk mendapatkan URL gambar tersebut.

3. Tambah widget HTML dan masukkan kod di bawah:



Nota:
  • Gantikan dengan [a href=] dengan url etnri iklan anda
  • Gantikan dengan [img src=] dengan url gambar petak iklan anda
  • &nbsp adalah kod untuk menjarakkan antara kedua imej. Gunakan jika perlu.
  • Letakkan kod HTML tadi mengikut bilangan petak iklan yang u ols perlukan. Kalau nak 3 petak boh kod yang sama 3 kali pada widget HTML tadi.
4. Dah puas hati? Save dan letakkan widget HTML pada mana-mana bahagian blog anda untuk dijadikan tapak iklan.

Selamat mencuba!




Monday, August 23, 2010

Entri Balas : 5 Kesilapan Semasa Aktiviti Blogwalking


Aku tertarik dengan entri dari
bro Sop tentang hal blogwalking ini. Kalau beliau sudah bagi 5 kesilapan, di sini aku nak tambah lagi 5 kesilapan lain. Nak baca 5 Kesilapan Semasa Aktiviti Blogwalking dari bro Sop sila kelik link.
Sumber: eraduniamaya.blogspot.com

1. Paksa buat itu-ini
Sebaiknya, sebelum tinggalkan jejak buat screening dulu tentang blog yang dikunjungi. Mungkin ada berberapa perbuatan yang tuan belog tidak berkenan dari penjunjung (secara sengaja atau tidak sengaja). Kadang-kadang kita akan nampak peringatan yang diberikan contohnya 'No ads please! atau 'Jangan tinggalkan spam atau anda akan di banned'. Janganlah buat-buat tak nampak ye.

Contoh terdekat dari R4T sendiri yang u ols boleh tengok di bawah kotak potpet-potpet. Oleh kerana terlalu banyak blogger yang 'memaksa' untuk folow mereka kembali, aku rasa tidak selesa lalu aku tepek amaran sebegitu rupa. Hormatilah permintaan dari tuan belog untuk menjaga hubungan baik antara tuan belog dan pengunjung.

2. Bahasa lucah itu cool? Tidak sama sekali.
Gunakanlah nickname/mesej dengan bahasa yang sopan. Ada beberapa pengunjung yang menganggap dengan meninggalkan mesej berbaur lucah atau bahasa kasar akan menarik perhatian untuk berkunjung balas ke blog mereka. Ketahuilah bahawa u ols akan kehilangan 90% peluang untuk mendapat semula trafik dek kerana kesilapan kecil ini.

Sebelum tinggalkan mesej sedemikian rupa cuba fikir semula. Tidak semua orang berfikiran terbuka seperti yang anda sangkakan.

3. Pentingkan diri sendiri
Semua sedia maklum bahawa blog yang menggunakan perkhidmatan iklan dari Nuffnang dilarang keras untuk mempromosikan mana-mana pesaingnya. Jadi jika u ols ada ternampak logo Nuffnang pada blog yang dikunjungi jangan tinggalkan link yang boleh memberi kesan buruk kepada prestasi blog tersebut.

Sekiranya u ols inginkan support dari mereka mintalah dengan berhemah. Contoh terbaik adalah kempen dari Youthsay, buat entri tentang promosi yang perlukan klik atau support dari blog lain dan gunakan link entri tersebut sebagai medium. Dalam 100 komen baik itu tak mungkin tiada satu pun yang bagi sokongan.

4. Puji tidak ikhlas
Tindakan puji blog tersebut untuk mendapatkan trafik itu adalah sangat KEJI. Dalam 30 blog yang dilawati semua dikatakan 'nice', 'best', 'terbaik' dan lain-lain. Apa perasaan u ols jika terbaca komen yang sama dari pengunjung itu di blog lain? Mahu tak sentap jiwa raga woh!

Daripada membuat dosa kering macam itu, apa kata u ols komen dengan cara yang lebih menarik. Contohnya, bagi pantun kelakar yang u ols reka sendiri untuk tinggalkan jejak. Ataupun tinggalkan teka-teki dan minta tuan belog jawab. Cuba amalkan dan lihat hasilnya.

5. Nama dan komen yang sama berkali-kali
Aku pernah nampak dalam shoutbox itu penuh dengan nama dan mesej yang sama dari satu pengunjung. Mungkin itu adalah salah satu stratergi untuk mendapatkan trafik. Cuba bayangkan jika kotak shoutmix itu u ols yang punya, agak-agak suka tak orang lain buat macam tu?

Walaupun kegiatan ini jarang sekali kita nampak, aku sekadar bagi peringatan untuk kita bersama. Jangan kerana tamakkan trafik kita akan kehilangan kepercayaan dari blogger lain. Blogwalking dengan ikhlas itu adalah sebaik-baiknya.

Renung-renungkan dan selamat beramal. Peringatan untuk diri sendiri juga.




Sunday, August 22, 2010

Widget Twitter Auto Scrolling


Dak
Amir Izzat purak-purak tersasul panggil aku bro dalam peti potpet-potpet. Hamboi dik mentang-mentanglah sudah tahu jantina aku abeh digelarnya 'Kak Kie-yu'. Terasa lewat usia di situ. Tak payah berakak-abanglah Amir, anggap saja kita ni kawan-kawan ok?

Amir berkenan dengan sangkar burung biru aku yang dok turun naik kat sidebar nuu. Ekceli aku dulu pun tercari-cari juga macam mana nak buat gaya tu. Akhirnya aku jumpa sifu yang sudi bagi tutorial untuk widget tersebut. Moh tengok tutorial dari Bro Sop sebagai panduan kita bersama.

Lawat http://twitter.com/goodies/widgets untuk mendapatkan kod seperti gambar di bawah:

Klik pada "My Website"


Kemudian, pilih "Search Widget"


Seterusnya, masukkan "search Query" iaitu akaun twitter anda. Seterusnya, masukkan maklumat berkaitan. Di ruangan ini juga, anda boleh memilih beberapa setting seperti warna, saiz, rujukan dan sebagainya. Anda boleh uji setting anda. Sekiranya berpuas hati, anda boleh klik pada "Finish & Grab Code".

Selasai..Selamat mencuba....!!

Sekalung penghargaan buat Bro Sop dari Riwayat Hariku.




Thursday, August 19, 2010

Tiada Idea Nak Blogging? Cuba Ini


Kalau blogwalking mesti jumpa statement femes para blogger:


"Takdok idea lo ni nak blogging. Adeh."

"Haiii idea meh la datang, ape aku nak taip ni???"

"Aku dah kering idea nak buat entri sekarang. Tulun!!!"

blablabla..

Hee. Ekceli aku reka je dialog tu. Tapi sikit lebih kuranglah dek non. Bagi menyelesaikan masalah yang tak berkesudahan ni aku ada satu cadangan agak bernas untuk para blogger sekalian. Aku dapat idea ini dari entri cik alisha. Mekaseh banyak-banyak sebab bagi lampu hijau kopipes. Nak ikutkan original entri dalam English, jadi aku modify ikut bahasa ibunda sesuka hati aku. Meh cekidout:
Aku bagi senarai idea untuk u ols buat entri selama 30 hari berturut-turut. Satu hari satu tajuk, kalau nak buat entri lebih cari idea sendiri la yek. Tak dapek den nak nolong.
  • Hari 01 - Tepek gambar terbaru dan 15 fakta menarik tentang diri u ols
  • Hari 02 - Erti di sebalik nama blog u ols
  • Hari 03 - Tepek gambar u ols dan rakan. Kepoci pasal gambar tersebut
  • Hari 04 - Cerita 1 tebiat yang u ols nak buat tetiap hari tapi tak dapat
  • Hari 05 - Tepek gambar satu tempat yang u ols pernah pergi dan sila kepoci
  • Hari 06 - Hero kartun kegemaran dan kenapa?
  • Hari 07 - Tepek1 gambar orang/benda yang memberi kesan dalam diri u ols
  • Hari 08 - Misi jangka pendek untuk bulan ini dan kenapa?
  • Hari 09 - Perkara membanggakan yang dialami beberapa hari lepas
  • Hari 10 - Lagu yang u ols dengarkan bila happy, sedih, bosan & marah
  • Hari 11 - Tepek & kepoci lagi gambar lain u ols dengan seorang kawan
  • Hari 12 - Macam mana boleh wujud belog u ols dan kenapa?
  • Hari 13 - Tulis surat untuk seseorang yang buat u ols annoying minggu lepas
  • Hari 14 - Tepek gambar anda dan keluarga. Kepoci sekali ye.
  • Hari 15 - Pasang media player pada PC/lappy dan senaraikan 10 buah lagu
  • Hari 16 - Tepek lagi gambar u ols dan kepoci
  • Hari 17 - Cerita pasal 'dia' yang u ols nak sangat duduk sebumbung nanti
  • Hari 18 - Impian/sasaran aktiviti blogging u ols 1 tahun dari sekarang
  • Hari 19 - Nickname u ols miliki dan sejarahnya
  • Hari 20 - Kenangan termanis bersama si dia dolu-dolu
  • Hari 21 - Tepek gambar yang telah buat u ols gembira tahap gaban & kepoci
  • Hari 22 - Apa yang buat u ols berbeza dari orang lain
  • Hari 23 - Cerita pasal satu benda/perkara yang u ols nak banyak-banyak
  • Hari 24 - Karang satu surat untuk mak ayah u ols
  • Hari 25 - Senaraikan barang yang ada dalam beg dan kenapa bawa
  • Hari 26 - Kepoci pasal seorang kawan blogger yang paling disayangi
  • Hari 27 - Bagitau semua orang kenapa u ols buat idea aku ni
  • Hari 28 - Tepek satu gambar tahun lepas dan tahun ini, buat perbandingan
  • Hari 29 - Dalam sebulan terakhir, apa yang telah u ols pelajari?
  • Hari 30 - Ceritakan pencapaian tentang blog u ols selama ini
Nak senangkan diri atau takut lupa createlah siap-siap entri tapi boh tajuk sahaja. Bila ada masa lapang baru taipkan isi entri. Kalau buat schedule entri lagi bagus. Selamat 1 bulan punya entri. Hee.

Nantikan..



Sapa nak buat tepek komen. Aku nak baca hari-hari blog u ols.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Tudung Corak Tengkorak : "ada function tema tengkorak kut dia nak pergi..dia memg pakai tudung jadi apa salahnya nak cari corak tengkorak.padahal dia tak sedar yg dlm tudung dia tu dah memg ada tengkorak kepala " - fndrocka




Monday, July 26, 2010

IntenseDebate: User Friendly Widget


Akhirnya aku jumpa juga kotak komen seperti yang diidamkan. Nama kotak komen itu ialah IntenseDebate (IDC). Beliau sangat memikat hati sebab aku boleh reply semua komen dengan cun!

Kelebihan jika u ols guna IDC ni dapat bagi backlink kepada blogger yang rajin komen. Barulah si pengkomen rasa bahagia je nak tepek komen ye tak?

Selain tu template komennya kemas dan mudah guna. Kepada pengkomen tegar sekalian ada masalah tak sepanjang u ols komen via IDC ni? Loading lembab ke, komen tak muncul ke cepat habaq tau.

Lepas install IDC ni aku hadapi satu masalah yang boleh dikategorikan sebagai serius jugaklah. Semua yang singgah dok tanya celah mana mau tepek komen? Link nak komen di manakah? dsb.

Godeh punya godeh rupanya aku kena buang satu step dalam tutorial nak install IDC ni. Mungkin sebab template yang aku guna ni lain pesen kot.

Sebelum godeh tu aku ada post satu thread di forum GB. Tak sempat blogger lain jawab aku dah temmui jalan penyelesaiannya.

Di situ juga ada request dari Dark Half bertanyakan tentang camno nak install commentluv dalam IDC. Ekceli aku pasang IDC ni pun tak sampai seminggu lagi. Aku dah janji nak bagi tutorial ikut apa yang aku tau je la. So here it goes:

1. Memula sila log-in untuk mulakan operasi. Sudah?

2. Kemudian jemput kelik ke setting seperti dalam gambarajah di bawah:

3. Lepas tu kelik pula Plugins dekat sebelah kiri sidebar dan anda akan nampak macam ni:

4. Akhir sekali klik pada perkataan 'Activate' di bahagian action sebelah commentluv yang dalam bulatan tu. Aku dah activatekan so option tinggal deactivate lah. Bila-bila masa tak mau boleh je singkirkan dak Commentluv ni. Jangan risau.

5. Itu sahaja. Hee.

Betul ke tutorial ni yang ekau nak Dark Half?

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Warkah untuk yang Tersayang : "berbakti selagi mereka masih hidup....serta juga setelah mereka tiada... " - princeduyong



Thursday, July 15, 2010

Nuffnang Menjawab tentang Advertorial Campaign


Semua orang ada cita-cita dan impian masing-masing, sama juga seperti aku. Dek kerana impian inilah aku blogging macam nak rak. Terpulanglah kepada anda nak menilai dari segi negatif atau positif kenapa aku pilih dia sebagai idola. Bagi aku pencapaian beliau adalah milestone atau sebagai panduan aku dalam dunia blogging yang penuh pancaroba ini. Tak salah kan?

Aku perlukan satu contoh yang baik untuk dikopipes dan mana yang tak baik tu aku tinggalkan jauh-jauh di belakang. Jangan kontroversikan statement ini kerana aku berpandukan kepada pepatah orang kulit putih - Nobody is perfect. Eceh!

Cukuplah dengan ayat bunga-bunga tahi ayam itu. Kembali ke cerita asal tentang advertorial campaign dari Nuffnang (NN). Ya, ini entri untuk mereka yang sayang ketat-ketat sama NN. Mereka yang tak sayang NN ketat-ketat pun boleh baca buat isi masa lapang. Hee.

Imej dari sini.

Aku ada terbaca entri menarik mengenai 'Tips Nak Dapat Buffered Earnings' dari belog perondajaketbiru74. Ini bukan tips biasa-biasa sebab tips ini beliau dengar sendiri dari staff nuffnang - Robb secara eksklusif dalam satu event yang dianjurkan oleh NN. Kalau nak tips tersebut sila klik link ye.

Lepas baca nama Robb pada entri tersebut baru aku teringat ada hantar ticket pada NN bertanyakan mengenai kelayakan minimum untuk menerima advertorial campaign (Lucrative Advertorial). Iklan ini lebih lumayan bayarannya berbanding 2 kempen yang NN tawarkan kepada semua blogger. Aku siap offer nak buat satu advertorial campaign secara percuma untuk mereka nilai sejauh mana kebolehan aku. Ceh, macam bagus nau je.

Dan ini adalah maklumbalas yang aku terima dari Robb:


Nampak tu dek non? Kalau trafik tak cecah 1k sehari jangan beranganlah nak dapat kempen bayaran mahal tu ye. Terasa sungguh kecil diri ini. Wakaka. Meh aku simpulkan 2 kriteria utama untuk dapat kempen ini:

1. Trafik wajib maintain 1k unique visitor setiap hari
2. Isi kandungan dan cara penulisan blog mestilah menepati selera advertisor (mengikut produk/servis yang mereka tawarkan)

Untuk info lebih lanjut boleh klik sini --> tekkaus.com

Geng blogger yang lebih arif tentang hal ini tolong betulkan kalau aku tersalah bagi info. Mekaseh :) Persoalan pun sudah terjawab, jadi marilah bersama-sama kita tingkatkan usaha untuk memenuhi impian masing-masing.

Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Psst..ada segmen baru nak kepoci ni. Aku nak pilih satu blog bertuah berdasarkan komen yang menarik dari entri sehari sebelum untuk ditepekkan di dalam ruangan Blog Pilihan Hari Ini. Segmen ini adalah salah satu tanda penghargaan kepada mereka yang komen entri aku.

Pemilihan adalah atas budi bicara aku sendiri. Harap maklum. Sebarang surat-mengurat menyurat tidak akan dilayan. Hee. Nak jadi blogger terpilih? Rajin-rajinlah komen di R4T.


Blog Pilihan Hari Ini

Baby & Me ©

Entri Daftar Facebook Kena Bayar : "bangsa Yahudi? banyak betul kepandaian diaorg ni kan? Kita pun sepatutnya cuba untuk jadi macam tu (tapi dari segi kepandaian aje la..huhu)" - Nia



Tuesday, July 13, 2010

Tab Menu yang Terhangat di Pasaran


Ramai geng blogger yang request untuk buat tutorial tab menu yang ada di sidebar nuu. Ekceli aku pun dapat dari belog tutorial yang dicadangkan oleh Kak Jie melalui direct message di twitter. Mekaseh ye kak. Jadi di sini aku nak kongsikan bersama readers R4T sekalian.

Imej dari sini.

Rahsia kewujudan widget yang ada di R4T kebanyakannya aku ambil dari maribinablog.blogspot.com. Macam-macam tutorial menarik yang anda boleh cari di blog ini. Kelik la jika mahu cari tutorial untuk upgrade blog masing-masing.

Untuk tutorial tab menu aku nak bagi beberapa link yang anda boleh guna. Tak payah penat-penat selongkar archive blog tu sebab aku nak bagi direct URL. Ada banyak bentuk / pesen tab menu yang anda boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. Antaranya:
  1. Tab menu versi 1
  2. Tab menu versi 2
  3. Tab menu versi 3
  4. Tab menu versi 4

Untuk tab menu yang ada di R4T aku memilih tab menu versi 4. Nampak lebih kemas dan elegan. Hee.

Tab menu yang terhangat di pasaran

Nota: Widget ini telah di 'removed' pada Ogos 2010.

Aku tak nak bubuh tutorial penuh di sini sebab mahu galakkan anda singgah di belog tutorial tersebut dan explore sendiri. Macam-macam ada tau!

Selain widget tab menu ada juga yang minta aku buat tutorial status online / offline, bilangan visitor yang tengah singgah di blog dan lain-lain. Ada je kat setor gossip R4T, mungkin anda tak perasan aku pernah buat tutorial ni dulu.

Semua tutorial anda boleh selongkar di tab Tips/Tutorial yang ada kat header R4T sana ye. Nak lagi senang kelik sini pun boleh.

Ada link blog tutorial yang best? Meh tepek di kotak komen. Tq!



Monday, July 5, 2010

Geng Blogger Buat Magik


Baru minggu lepas baca dari belog Kak Jie tentang Geng Blogger (GB) buat silap mata. Minggu ini turn aku pula yang kena. GB sudah setting seminggu sekali ada blogger yang dapat ke? Hee.


Adeh, apa yang aku dok merepek. Meh nak habaq, semalam masa nak ping entri Facebook-ing Cara Baru ada satu peristiwa terkejut berlaku. Serius terkejut woh! Jom terkejut sama-sama:

Kelik bagi gedabak.

Secara positifnya ada baik juga terjadi perkara aneh macam ni. Dek kerana terkejut, aku terus pergi ke belog cikdagu untuk tengok-tengok belog beliau. Betul, memang wujud belog dan entri ini. Mungkin cikdagu ping entri sama waktu dengan aku lalu incik GB terkonpius sekejap.

Kepada anda yang mungkin akan berhadapan dengan situasi yang sama, jangan panik. (ceh, macam ceramah kebakaran pulak) Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah tarik nafas dalam-dalam. Jangan lupa hembus nanti putus nyawa pula. Kemudian tenung apa yang terpapar di skrin dan copy URL bertuah yang anda dapat tu. Apa lagi..pergilah ziarah sahabat blogger kita tu. Nampak tak kelebihan kekonfiusan GB ni?

Kembali ke pangkal jalan. Pheww!

Sesudah itu anda log out dari GB dan sign in semula. Jika kejadian sama berulang sila ikuti semula langkah pertama tadi dan log in semula. Agak-agak sudah 4 kali kejadian yang sama berlaku barulah pergi ke GB dan cari incik Kong untuk mengadu. Tak perlulah post new thread sebab admin sudah pun buat thread khas untuk masalah ini. Tambah sahaja komen anda di situ. - Sumber: Kak Jie

Culik burung dari sini.

Anda juga boleh cari burung biru beliau dan utarakan masalah anda dengan ayat yang berhemah. Janganlah marah-marah ye. Ingatlah admin GB juga adalah manusia biasa seperti kita yang ada kelemahan dan kekurangannya. Bak kata Kak Jie lagi - 'Belajarlah memahami dan bersabar. Bukan mudah untuk menjaga komuniti yang dicemburui .'

Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Betul tak?



Monday, June 28, 2010

Keranamu Nuffnang dan Glitterati


Minggu lepas (adeh! agak basi ceritera ini) tatkala syok sendiri melakukan sesi cuci mata di belog anda-anda sekalian, aku terjumpa seorang blogger yang telah berkongsi pengalaman pahit beliau tentang penarikan status Glitterati miliknya. Sebelum itu, aku nak refresh semula memori kita dengan komen encik NN mengenai status kesayangan ramai ini. Aku takmoh translate takut lari maksud.

"An Exclusive Nuffnanger (a.k.a glitterati membership status) is a Nuffnang blogger that has NO advertisements on his/her blog that originates from SEA and also from any ad network we deemed as competitors." - Nuffnang

Diculik dari album google images.

Sebelum ini memang sudah banyak kes seumpama ini. Tak percaya pergi search keyword 'Nuffnang' di GB dan lihat sendiri keputusannya. Ramai yang sudah frust menonggeng tau. Tetapi sekarang mereka telah pun mendapat semula status tersebut dengan usaha bersungguh-sungguh memujuk encik NN. Tahniah!

Aku sendiri pernah tepek kempen encik YS tetapi untuk sementara sahaja. Nasib baik tak kena cerai dgn encik NN woh! Beliau tak perasan rasanya. Tetapi sejak kebelakangan ini, ada visitor yang dok berkempen di peti surat shoutmix aku. Bahaya ni. Aku tak marah anda nak berkempen tetapi kalau sudah melibatkan sesuatu yang negatif berlaku haruslah cari jalan macam mana nak elakkan.

Aku tak pasti sama ada mereka ini memang letak kempen di blog atau kesan daripada komen-komen di shoutbox. Orang tua kata baik sediakan payung sebelum hujan. Ye tak?


Nampak? Aku sudah tukar setting shoutmix untuk banned mana-mana URL yang berkaitan dengan encik YS. Jadi jangan terkejut kalau komen anda tidak muncul ye. Di sini aku
nak share dengan anda bagaimana untuk membersihkan R4T dari anasir-anasir yang boleh menyebabkan encik NN merajuk.

1. Moh kita ke rumah shoutmix dan log in. Ops! Lupa nak habaq, sebelum log in kena dapatkan shoutbox ID anda dulu. Tengok balik kotak shoutmix anda dan tunjukkan tetikus ke 'refresh' dan lihat di bawah window ada ID yang anda cari. Tak faham? Meh tengok gambar:

Contoh shoutbox ID aku.

2. Kemudian klik link Ban Control di bahagian Security. Seterusnya anda akan nampak seperti gambar di bawah:


3. Ada dua pilihan sama ada anda nak ban IP atau URL. Sekarang anda boleh letak segala URL yang boleh mengancam blog dan akaun NN anda. Lepas dah siap jangan lupa save pula ye.

Mudah kan? Kalau ada fakta yang tersalah sila komen. Tq!



Sunday, June 20, 2010

Auto-Feed Blogger Posts ke Twitter


Ekceli aku tengah merayau-rayau di gugel tadi. Nak cari profile badge twitter yang mengancamlah konon, sudahnya jumpa yang macam kat bawah tu ha. Ada dekat peti surat sana. Tak puas hati sebenarnya dengan yang ada sekarang sebab nampak kemetot benau, tulisan pun macam semut je rupanya.

Disebabkan profile badge ini memenuhi kriteria aku iaitu ada autoscroll maka aku tepek dulu sementara nak dapat yang lagi cun. Ada suggestion tak mana nak dapat profile badge macam yang aku nak ni?


Eh, terbebel la pulak. Meh nak kongsikan dengan anda 4 langkah mudah macam mana nak buat auto-feed post ke Twitter. Sekarang ni aku punya pun masih dalam tempoh eksperimen lagi. Tak tahulah menjadi ke tidak. Kejap lagi lepas 30 minit publish entri aku update ye.
Ke aku sorang je yang baru tahu pasal ni? Hee ;)

Okeh, tak kesahlah pasal tu. Mari teruskan dengan misi yang masih belum selesai. Sebelum nak buat auto-feed pastikan 4 perkara ini wajib ada ok. Kalau nan ado cepat-cepat create dan cari.

i. Akaun twitter

ii. Akaun
blogger
iii.
RSS feed untuk URL blog anda
iv.
OpenID milik anda

Okeh, sudah settle yang 4 tadi mari lakukan langkah-langkah ini pula:


Gambar print-screen dari twitterfeed.com

1. Meh serang twitterfeed.com beramai-ramai. Ada kerja nak kena buat di sana.

2. Login ke twitterfeed.com menggunakan
OpenID anda. Kalau nak guna akaun blogger pun boleh, pilih blogger dari senarai yang ada dan masukkan username. Contoh URL blog http://rumah4tingkat.blogspot.com, anda boleh letak rumah4tingkat sebagai username.

3. Sudah settle mesti mahu verify akaun, check e-mail anda dan sahkan melalui link yang diberikan. Kemudian, teruslah menuju ke option Twitter feed dan klik pada
'
Create New Feed'. Masukkan ID dan password twitter dan tak lupa juga URL untuk RSS feed anda. Lepas tu, adjust setting mengikut citarasa dan klik butang 'Create' dengan hari yang gembira.

4. Akhir sekali tuan-tuan dan puan-puan, silalah buat entri baru macam aku tengah buat sekarang ini untuk uji sama ada menjadi ke tidak. Kalau berjaya, tahniah! Kalau tak jadi siasatlah apa yang tak kena.


Macam biasa gambar google image yang sponsor ;)

Psstt..ini ada ekstra tips untuk anda yang tak tahu menahu macam mana nak cari 2 perkara wajib yang aku highlight dengan warna hitam di atas.


>> RSS feed untuk URL blog anda
Encik blogcatalog habaq, senang je. Pilih antara:

i. URLblogandadisini.blogspot.com/rss.xml

ATAU

ii. URLblogandadisini.blogspot.com/atom.xml

Aku ambil yang pertama dan twitterfeed accept. Fuh! lega.

>> OpenID milik anda
Untuk cekidout tentang ini hanya perlu ke blogger akaun anda - klik tab DASHBOARD - klik tab SETTINGS - cari sub tab OpenID dibawah settings. Jumpa?

Tutorial best ini ditaja oleh eHow.com dan blogcatalog.com.




Monday, June 14, 2010

HTML Mudah dan Menarik



Ada lagi cik anon yang berminat dengan harta di dalam rumah aku ini. Nampaknya blogger lebih suka memilih widget buatan sendiri yang lebih mudah tetapi menarik di pandang mata. Macam mana nak buat? Ini aku nak tunjukkan caranya. Yang sudah tahu menahu lagi expert dijemput untuk join contest aku. Mana tau ada yang belum join.

Ingin dijelaskan di sini bahawa apa yang anda lihat (status online & berapa orang yang sedang view blog) itu aku buat sendiri guna HTML biasa yang dikahwinkan dengan widget dari website-hit-counters dan histats. Untuk gunakan widget ini kena mendaftar jadi ahli dahulu ye adik-adik.

Sebenarnya aku pernah buat tutorial kelip-kelip ini, ada dalam setor gosip ni ha. Disebabkan ada yang komen di shoutmix peti surat, bubuh request di kotak soal jawab (mungkin orang yang sama?) dan adik comel aku sorang ini pun nak juga, jadi aku pun buatlah entri khas ini untuk mereka.

Siapa yang pernah belajar tentang HTML mesti tahu pasal Marquee. Eh, bukan nama artis ye. Ini adalah perkara asas untuk anda membuat perkataan atau gambar menjadi berkelip-kelip, bergerak ke kiri atau kanan atau melompat-lompat. Meh aku nak share beberapa kod HTML mudah yang anda boleh gunakan.


1. Untuk kod HTML
Slide-in:

Perkataan atau gambar anda akan muncul dari kiri dan bergerak hingga ke akhir sisi kiri blog anda.



Contoh (sila refresh
untuk lihat hasilnya):

Perkataan atau anda di sini

....................................................................................................................................

2. Untuk kod HTML
Continuous scrolling:

Perkataan atau gambar anda akan muncul dari kiri dan bergerak hingga ke akhir sisi kiri blog anda secara berulang kali.



Contoh:

Perkataan atau anda di sini

....................................................................................................................................

3. Untuk kod HTML
Bouncing back and forth:

Perkataan atau gambar anda akan bounce (apa eh dalam Bahasa Melayu?) ke kiri dan ke kanan.




Contoh:

Perkataan atau anda di sini

....................................................................................................................................

4. Untuk kod HTML
Scrolling Upwards:

Perkataan atau gambar anda akan bergerak dari atas ke bawah secara berulang-ulang.




Contoh:

Perkataan atau anda di sini
....................................................................................................................................


Okeh, cukuplah 4 dulu. Bagi banyak-banyak karang pening kepala pula. Hee. Eh, lupa nak bagitau untuk gunakan kod ini sila pilih widget HTML dari add widget di blogger ye.

Terima kasih cikgu quackit sebab memberi tunjuk ajar.