Belog Ohsem: Blogging

Jom selongkar

Showing posts with label Blogging. Show all posts
Showing posts with label Blogging. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

BlogLarian


Heh. Instead of belogwalkingKONG sekarang aku buleh ber-BlogLarian tanpa mengeluarkan setitik peluh pun. Fuh! memang berbaloi. Terima kasih kepada sedari
ardinihumaira dan sedara belalang hijau yang sudi menyangkut (read:tagged) aku untuk program baru ni :)


Saya suka berbelogwalking kerana...
*buleh tukar tak saya ke aku? baru rasa dekat sikit dengan u ols :) *

"...dengan aktiviti ini aku dapat merapatkan silaturrahim sesama blogger semestinya! Selain itu, dengan belogwalking aku dapat memantapkan lagi ilmu-ilmu blogging sebab setiap hari ada ilmu baru yang dikongsikan oleh blogger serata Malaysia. Aku juga suka baca cerita peribadi dari pelbagai latar belakang blogger yang dalam tak sedar terselit 1001 pengajaran yang boleh kita ambil dan jadikan tauladan. Tak gitu?" ehem..cukup ke idok 30 patah ni gamaknya..

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


Photobucket

Dni ngap donat comel tau! jom kepochi :)
.......................................................................................................................


Friday, December 3, 2010

115? Beratnya Engkau!


Haa..tengok tengok. Ada nampak lain macam tak rumah aku ni? Kalau tak nampak tu tunggu 3 Jumaat je lagi. Ahaks! Ekceli ada 2 sebab utama kenapa R4T kena touch up. Meh cekidout:


Sebab ke 1:

Sumber: blog.ezinearticles.com

Aku saja nak tukar angin. Muak pulak dok hadap rupa yang sama tetiap hari kan. *Kalau hadap muka kekanda setiap saat takpo!* Tak tukar banyak pun, background dengan boh warna warni sikit. Walaupun tak banyak tapi nampak kan R4T dah berubah. Kan? Kan?

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


riwayathariku

Gnesop bagi Tips pemilihan warna blog Cekidout yaw! :)
.......................................................................................................................


Wednesday, October 6, 2010

Penghargaan dari cik Anon


Kalau sebut pasal anon mesti semua terbayang komen-komen yang pedas dan menyakitkan otak. Aku sendiri selalu baca rintihan blogger yang dihujani komen negatif dari mereka. Ada yang sampai tutup option anonymous di bahagian komen untuk mengelakkan perkara ini berlaku.


Selama setengah tahun blogging dengan R4T, ada juga aku terima komen sebegini yang kadangkala melumpuhkan semangat. Tapi sekejap je, lepas BW hilang semua sakit hati. Seronok baca belog u ols!

Eh, kelaut sudah. Ekceli aku nak kepoci pasal cik anon yang sudi mengucapkan terima kasih dengan salah satu entri yang ada di sini. Jarang sekali komen macam ini yang blogger dapat:


tme ksh byk2 sebb ad gak org yg post pasl bende ni,,akhirnye jmp gak artikel pasal ni,,tme ksh yg xterhingga,,da penat cri kt metro,, - anonymous September 24, 2010 9:43 PM


Seronokkan kalau baca komen membina macam ni? Bukan nak pujian melambung ke langit cukuplah sekadar ucapan terima kasih. Kalau tak mampu juga doakanlah semoga blog tersebut terus berkembang. Jika ada yang merunsingkan bukan tak boleh nak suarakan tapi barlah dengan penuh hemah. Tak susah kan?

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.





Sunday, October 3, 2010

RSS Feed Validator Gagal. Tolong!!


Ini adalah entri susulan daripada maklumbalas
entri petang tadi. Terima kasih sedara sedari yang komen dan tolong aku bagi jalan macam mana nak selesaikan masalah tersebut.

Weeda berpendapat mungkin masalah ni tiada kena mengena dengan template sebab RSS feed tiada kaitan dengan HTML, perlu tengok kat setting RSS feed blogger. Mungkin ya jugak kan?

Tetapi TE minta aku cuba RSS feed tu valid ke tidak. Aku gugel cari site RSS feed validator dan keputusannya ialah:

RSS feed untuk R4T tak valid.

Adess..kenapa pula tak valid ye, siap ada highlight kuning panjang lebar tu. Tak faham laaa. Aku dah cuba tengok pada setting feed blogger tapi dia kata biarkan blank kalau tak guna feeder lain (cth:feedburner)

Bila cuba untuk belog TE inilah keputusannya:


Nak check RSS feed belog u ols valid ke tak boleh ke sini yep.

Pisang emas dibayar belayar
Masak sebijik di atas peti
Saya budak baru belajar
Harap ada blogger sudi tolong lagi

Terima kasih teman.




Kenapa Jadi Macam Ni? Tolong!!


Takmoh buat entri pasal
tukar template sebab dah muak. Hee. Aku suka sangat template yang ini sebab nampak kemas gilaaaaa *syok sendiri* dan berwarna biru. Sejuk mata memandang u ols.

Tapi....setiap template yang aku guna mesti ada je yang tak kena. Cis!


Couldn't retrieve data. Please try again later. Please note that this feature will only work for blogs with a valid RSS feed.

Masa nak ping dokek innit, dapat amaran merah menyala macam kat gambau atas nuu. Huwaaa!!! Kenapa boleh jadi macam ni? Patutlah masa aku komen dekat belog yang guna commentluv semua tak dapat nak retrieve entri baru kat R4T.

Dah patplohpat kali try again pun sama jugak. Ada sapa-sapa tau tak macam mana nak selesaikan masalah ni. Gugel pun tak jumpa tutorial yang sepatutnya. Keyword salah kot?

Takut nak godeh bukan-bukan kat HTML, kang jahanam pulak rumah aku. Blogger terrer sekalian tolonglah. Pleaseeee.


Pisang emas dibayar belayar
Masak sebijik di atas peti
Saya budak baru belajar
Tolong tunjukkan yek sapa yang reti

Sedih tau tak pernah jadi macam ni.




Monday, August 23, 2010

Entri Balas : 5 Kesilapan Semasa Aktiviti Blogwalking


Aku tertarik dengan entri dari
bro Sop tentang hal blogwalking ini. Kalau beliau sudah bagi 5 kesilapan, di sini aku nak tambah lagi 5 kesilapan lain. Nak baca 5 Kesilapan Semasa Aktiviti Blogwalking dari bro Sop sila kelik link.
Sumber: eraduniamaya.blogspot.com

1. Paksa buat itu-ini
Sebaiknya, sebelum tinggalkan jejak buat screening dulu tentang blog yang dikunjungi. Mungkin ada berberapa perbuatan yang tuan belog tidak berkenan dari penjunjung (secara sengaja atau tidak sengaja). Kadang-kadang kita akan nampak peringatan yang diberikan contohnya 'No ads please! atau 'Jangan tinggalkan spam atau anda akan di banned'. Janganlah buat-buat tak nampak ye.

Contoh terdekat dari R4T sendiri yang u ols boleh tengok di bawah kotak potpet-potpet. Oleh kerana terlalu banyak blogger yang 'memaksa' untuk folow mereka kembali, aku rasa tidak selesa lalu aku tepek amaran sebegitu rupa. Hormatilah permintaan dari tuan belog untuk menjaga hubungan baik antara tuan belog dan pengunjung.

2. Bahasa lucah itu cool? Tidak sama sekali.
Gunakanlah nickname/mesej dengan bahasa yang sopan. Ada beberapa pengunjung yang menganggap dengan meninggalkan mesej berbaur lucah atau bahasa kasar akan menarik perhatian untuk berkunjung balas ke blog mereka. Ketahuilah bahawa u ols akan kehilangan 90% peluang untuk mendapat semula trafik dek kerana kesilapan kecil ini.

Sebelum tinggalkan mesej sedemikian rupa cuba fikir semula. Tidak semua orang berfikiran terbuka seperti yang anda sangkakan.

3. Pentingkan diri sendiri
Semua sedia maklum bahawa blog yang menggunakan perkhidmatan iklan dari Nuffnang dilarang keras untuk mempromosikan mana-mana pesaingnya. Jadi jika u ols ada ternampak logo Nuffnang pada blog yang dikunjungi jangan tinggalkan link yang boleh memberi kesan buruk kepada prestasi blog tersebut.

Sekiranya u ols inginkan support dari mereka mintalah dengan berhemah. Contoh terbaik adalah kempen dari Youthsay, buat entri tentang promosi yang perlukan klik atau support dari blog lain dan gunakan link entri tersebut sebagai medium. Dalam 100 komen baik itu tak mungkin tiada satu pun yang bagi sokongan.

4. Puji tidak ikhlas
Tindakan puji blog tersebut untuk mendapatkan trafik itu adalah sangat KEJI. Dalam 30 blog yang dilawati semua dikatakan 'nice', 'best', 'terbaik' dan lain-lain. Apa perasaan u ols jika terbaca komen yang sama dari pengunjung itu di blog lain? Mahu tak sentap jiwa raga woh!

Daripada membuat dosa kering macam itu, apa kata u ols komen dengan cara yang lebih menarik. Contohnya, bagi pantun kelakar yang u ols reka sendiri untuk tinggalkan jejak. Ataupun tinggalkan teka-teki dan minta tuan belog jawab. Cuba amalkan dan lihat hasilnya.

5. Nama dan komen yang sama berkali-kali
Aku pernah nampak dalam shoutbox itu penuh dengan nama dan mesej yang sama dari satu pengunjung. Mungkin itu adalah salah satu stratergi untuk mendapatkan trafik. Cuba bayangkan jika kotak shoutmix itu u ols yang punya, agak-agak suka tak orang lain buat macam tu?

Walaupun kegiatan ini jarang sekali kita nampak, aku sekadar bagi peringatan untuk kita bersama. Jangan kerana tamakkan trafik kita akan kehilangan kepercayaan dari blogger lain. Blogwalking dengan ikhlas itu adalah sebaik-baiknya.

Renung-renungkan dan selamat beramal. Peringatan untuk diri sendiri juga.




Thursday, August 19, 2010

Tiada Idea Nak Blogging? Cuba Ini


Kalau blogwalking mesti jumpa statement femes para blogger:


"Takdok idea lo ni nak blogging. Adeh."

"Haiii idea meh la datang, ape aku nak taip ni???"

"Aku dah kering idea nak buat entri sekarang. Tulun!!!"

blablabla..

Hee. Ekceli aku reka je dialog tu. Tapi sikit lebih kuranglah dek non. Bagi menyelesaikan masalah yang tak berkesudahan ni aku ada satu cadangan agak bernas untuk para blogger sekalian. Aku dapat idea ini dari entri cik alisha. Mekaseh banyak-banyak sebab bagi lampu hijau kopipes. Nak ikutkan original entri dalam English, jadi aku modify ikut bahasa ibunda sesuka hati aku. Meh cekidout:
Aku bagi senarai idea untuk u ols buat entri selama 30 hari berturut-turut. Satu hari satu tajuk, kalau nak buat entri lebih cari idea sendiri la yek. Tak dapek den nak nolong.
  • Hari 01 - Tepek gambar terbaru dan 15 fakta menarik tentang diri u ols
  • Hari 02 - Erti di sebalik nama blog u ols
  • Hari 03 - Tepek gambar u ols dan rakan. Kepoci pasal gambar tersebut
  • Hari 04 - Cerita 1 tebiat yang u ols nak buat tetiap hari tapi tak dapat
  • Hari 05 - Tepek gambar satu tempat yang u ols pernah pergi dan sila kepoci
  • Hari 06 - Hero kartun kegemaran dan kenapa?
  • Hari 07 - Tepek1 gambar orang/benda yang memberi kesan dalam diri u ols
  • Hari 08 - Misi jangka pendek untuk bulan ini dan kenapa?
  • Hari 09 - Perkara membanggakan yang dialami beberapa hari lepas
  • Hari 10 - Lagu yang u ols dengarkan bila happy, sedih, bosan & marah
  • Hari 11 - Tepek & kepoci lagi gambar lain u ols dengan seorang kawan
  • Hari 12 - Macam mana boleh wujud belog u ols dan kenapa?
  • Hari 13 - Tulis surat untuk seseorang yang buat u ols annoying minggu lepas
  • Hari 14 - Tepek gambar anda dan keluarga. Kepoci sekali ye.
  • Hari 15 - Pasang media player pada PC/lappy dan senaraikan 10 buah lagu
  • Hari 16 - Tepek lagi gambar u ols dan kepoci
  • Hari 17 - Cerita pasal 'dia' yang u ols nak sangat duduk sebumbung nanti
  • Hari 18 - Impian/sasaran aktiviti blogging u ols 1 tahun dari sekarang
  • Hari 19 - Nickname u ols miliki dan sejarahnya
  • Hari 20 - Kenangan termanis bersama si dia dolu-dolu
  • Hari 21 - Tepek gambar yang telah buat u ols gembira tahap gaban & kepoci
  • Hari 22 - Apa yang buat u ols berbeza dari orang lain
  • Hari 23 - Cerita pasal satu benda/perkara yang u ols nak banyak-banyak
  • Hari 24 - Karang satu surat untuk mak ayah u ols
  • Hari 25 - Senaraikan barang yang ada dalam beg dan kenapa bawa
  • Hari 26 - Kepoci pasal seorang kawan blogger yang paling disayangi
  • Hari 27 - Bagitau semua orang kenapa u ols buat idea aku ni
  • Hari 28 - Tepek satu gambar tahun lepas dan tahun ini, buat perbandingan
  • Hari 29 - Dalam sebulan terakhir, apa yang telah u ols pelajari?
  • Hari 30 - Ceritakan pencapaian tentang blog u ols selama ini
Nak senangkan diri atau takut lupa createlah siap-siap entri tapi boh tajuk sahaja. Bila ada masa lapang baru taipkan isi entri. Kalau buat schedule entri lagi bagus. Selamat 1 bulan punya entri. Hee.

Nantikan..



Sapa nak buat tepek komen. Aku nak baca hari-hari blog u ols.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Tudung Corak Tengkorak : "ada function tema tengkorak kut dia nak pergi..dia memg pakai tudung jadi apa salahnya nak cari corak tengkorak.padahal dia tak sedar yg dlm tudung dia tu dah memg ada tengkorak kepala " - fndrocka




Thursday, August 5, 2010

Blogging adalah Perkara Serius


Siapa kata blogging ini perkara main-main? Tak kiralah blogger picisan atau blogger hebat kita semua masih tertakluk di bawah undang-undang. Aku pun tak berapa arif tentang hal ini. Masa ambil subjek Foundation Law dulu pun paras hidung saja keputusan. Nampak sangat aku dan law tiada chemistry. Hee.




Berbalik semula kepada topik asal. Apa mimpi aku tiba-tiba nak berbual serius sebegini rupa? Ekceli aku baru balik dari blog RM dan belajar banyak perkara yang bermanfaat dari entri yang aku tunggu sejak semalam. Aku gerenti ramai yang sudah baca. Anggaplah ini sebagai ulasan atau pendapat peribadi untuk dikongsikan kepada semua pembaca R4T. Eceh, ramai nau ke pembaca cik kak.

Ada lagi ke yang belum baca entri tu? Ha..meh baca entri panas ini lepas tu datang sini balik. Cerita aku belum habis lagi. Hee.

Entri panjang lebar tersebut memberi 1001 ilmu baru dan pengajaran kepada semua blogger di Malaysia. Terima kasih RM kerana sudi berkongsi pengalaman berharga itu. Antara fakta menarik yang aku nak kongsikan (kalau salah betulkan ye) kepada u ols semua:

1. Setiap blog yang menjalankan perniagaan mesti didaftarkan even berniaga secara virtual. Tak nak daftar tak apa, sila cari untung banyak-banyak buat bayar saman nanti.

Setakat yang aku tahu blogger yang sudah mendaftar blog melalui SSM ialah blogshop Aisumi's Style. Blogger yang masih belum berbuat demikian, baik segerakan untuk kesenangan di masa hadapan.

2. Blog yang ada sumber pendapatan dari pengiklanan atau apa saja servis yang disediakan perlu ada satu fail dan rekodkan segala transaksi keluar masuk (kewangan). Atau bahasa mudahnya buatlah buku akaun sebuah untuk blog masing-masing. Catat segala payment yang diterima dari Nuffnang, Inniti, ManggaAds, pengiklanan sendiri dan sebagainya.

Aku pun dah mula nak buat ni. Mana tau satu hari nanti ikut jejak langkah RM berjaya dengan blog. Moh aminkan ramai-ramai.

Dan yang terpanas, aku ada terbaca balasan komen yang buat kita melopong dan berfikir sejenak. Meh aku tolong kopipeskan untuk u ols.

"Salam…untuk pengetahuan cik ****, LHDN ada division yg buat pengkhususan untuk org besar2. Contohnya macam sultan ,perdana menteri, menteri kabinet & diplomat, their file is under unit VIP. Memang LHDN akan monitor mereka semua ni. Bagi yang tak declare income tax, mereka akan dikenakan taksiran anggaran & kalau tak bayar, kena denda @ di larang ke luar negara, tindakan mahkamah, kaveat harta & lain-lain. (kalau nak tau pegi la mana2 ofis LHDN,tanya) Jangan nak tulis ikut sedap mulut je ye? Untuk Red Mummy: Kalau tiada apa2 salah, buat apa takut ye tak? anyway, nice blog…" - rakyat biasa

Baca entri penuh RM. Banyak ilmu yang boleh kita dapat.

Blog Pilihan Hari Ini
NaS' LeTTeRs

Entri Ramadhan Al-mubarak Datang Lagi : "alhamdulillah.....ramadhan xsampai 10 hari jerk.. xsabar2 nak merasai nikmat ramadhan.. harap2 aku bersedia... huhu..... " - @nashsmart




Wednesday, August 4, 2010

Bersenang-lenang di Rumah Baru


Sudah 3 kali pindah rumah termasuk yang ini. Dan kali ini aku lupa lagi nak print screen gambau rumah lama untuk simpan sebagai kenang-kenangan di hari tua. Frust buat kesekian kalinya. Huwaaaa!

Sudah, lupakan saja kesedihan akibat kelemahan diri sendiri itu. Hidup mesti terus. Hee. Aku dengan rasa gumbiranya mengalu-alukan kedatangan jiran baru dan lama ke rumah baru ini. Maaflah tiada kenduri sebab bajet lari lepas buat renovation. Kosi meja sekarang dah mahal woh!

Antara 4 benda baru yang u ols boleh jumpa:

1. Rumah baru ini ada 3 bilik. Sudah lama aku berangan nak guna template dengan 2 column gini. Akhirnya dengan bantuan features blogspot yang baru [design] aku berjaya mendapatkannya. Horayy!

2. Promosi baru iklaneka yang berbaloi-baloi. Takmoh cakap banyak, sila klik
sini untuk maklumat lanjut. Ada soalan nak tanya kalu sila jumpa aku via mukabuku / twitter / surat-G / YM / formspring bla..bla..bla..

3. Ada widget status online/offline YM. Maka sapa-sapa yang rasa nak bergosip dengan aku dipersilakan dengan segala hormatnya. Tapi kalau aku dah tepek status bizi idok payahlah kaco. Aku tak reply kang sentap pulak. Hee.

4. Widget dah tunggang langgang aku boh. Kalau sudi nak jiran tetangga sila scroll sampai bawah. Potpet-potpet ada kat atas nuu, awal-awal dah boleh nampak. Macam ada widget yang aku lupa boh. Sapa dapat detect meh habaq kat aku.

Err..rasanya tu je lah kot. Hee.

Blog Pilihan Hari Ini
♥Aisumi Gadis Atas Awan ♥

Entri Sehari Tanpa Entri : "jangan lama2 nnt rinduu~ " - aisumichan



Monday, August 2, 2010

Blogger Yang Tersepit


Aku seorang blogger yang tersepit. Malam ini baru aku sedar. Bukan tersepit pintu rumah mahupun tersepit tingkap kereta. Tidak sama sekali.

4 perkara yang buat aku rasa tersepit :

1. Tulis entri ikut suka hati sendiri. Lepas publish baru rasa menyesal kerana ada satu side yang aku terlupa nak kaji. Contohnya ada pada entri Sekolah untuk Pelajar Hamil.

Cuba baca keseluruhan entri dan komen kemudian anda akan rasa tang mana yang aku tersepit. Hee. Terima kasih si pemberi komen kerana menyedarkan aku. Teguran ini sungguh bermakna. sob..sob..

2. Revealed the true identity. Sejak 17 April 2010 mula blogging sampai sekarang aku rasa tersepit dengan perkara ini. Pernah ada blog dengan identiti sebenar tapi sebelum mula nak taip entri baru kepala dok fikir 99 perkara yang mungkin bersangkut paut dengan apa yang bakal aku tulis.

Contohnya, ada perkara yang aku tak mahu geng terdekat tahu tapi teringin sangat nak kongsikan dengan blogger lain. Sudahnya satu entri pun tak siap, belog pun ntah ke mana. Bila sudah sorok-sorok identiti hal lain pula muncul. Tolong~! aku tersepit di tengah-tengah identiti sendiri.

3. Err... Skip boleh?

4. Idea yang tersepit. Tajuk entri ini sangat menarik. Idea datang mencurah-curah ke ladang gandum tapi aku tak tahu macam mana nak sampaikan. Akhirnya jadilah entri yang merapu ini. Terimalah aku seadanya. Mekaseh.

Masa dah suntuk. Moh tersepit sebelum 12 tengah malam menjelma.

Blog Pilihan Hari Ini
Tengkorak Emas

Entri Restoran Baser vs Tepian Tebrau : "hehe apala yg kekanda kie-yu belek, ntah2 main tekan je hehe pergi toys r us? cari ape tu, rubik's cube?" - tengkorakemas



Wednesday, July 28, 2010

Muzium untuk Foto Kekanda


Aku pernah habaq tentang hobi kekanda yang suka ambil gambar guna SE kesayangan beliau. Untuk pengetahuan u ols segala gambar yang beliau snap dok terperuk dalam hard disk. Oh! betapa ruginya menyimpan bakat terendam itu. Aku minta izin kekanda untuk culik segala gambar yang cun dan tepekkan pada muzium untuk tatapan umum.

Sumber gambar dari sini.

Malangnya aku belum cukup kaya raya lagi nak belikan sebuah muzium untuknya. Apa yang mampu aku recycle balik belog lama yang sudah lama terbengkalai. Cat dinding sudah baru, URL pun tukar, nama belog tak sama macam dulu lagi. Ekceli tak siap lagi renovate keseluruhan belog cuma ia sudah di buka awal untuk promosi. Tak lupa juga kepada penaja belog, aku nak cuba rasa mangga muda pulak. Hee.

Secara ringkasnya muzium foto kekanda ni mengandungi gambar-gambar yang beliau ambil sendiri tatkala merayau-rayau walaupun hanya sedang menanti aku binding paperwork. Ada saja imej yang berjaya memenuhkan kad memori. Semua gambar itu diambil secara suka-suka sebagai mengisi masa lapang beliau.

Jemputlah bertandang ke muzium gambar kekanda. Mana tahu silap-silap ada tertepek gambau aku yang real punya. Hee. Saja nak perli si mijae. Daripada hari tu dok suruh showoff muka aku di mukabuku. Haish!

Moh kita serang Kanta Mata Maya untuk cuci-cuci mata di sana.


Harap-harap belog ini tak terbengkalai lagi.

Blog Pilihan Hari Ini
Life as Mummy Nana

Entri Air Mata Mike Tyson : "akak da lama tau tapi tu la.. kt pun tak amik pot sgt.. moga die di rahmati Allah.. kite pun sama-sama lah berusaha ke jalan Allah... :) " - mummynana



Saturday, July 24, 2010

Budaya Award & Tag


Sebelum ada hati yang merajuk atau emosi setelah membaca entri ini aku nak minta maaf siap-siap. Apa yang aku cuba sampaikan adalah dari pandangan peribadi aku sendiri, tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Harap maklum.

Blog, award dan tag sudah menjadi satu trend dalam dunia blogging. Tujuannya mungkin untuk menghargai atau ingin merngekspresikan perasaan mereka terhadap blog tersebut. Sama ada ianya diberi sebab betul-betul layak atau hanya sekadar mengharapkan backlink itu adalah hak masing-masing.

Sumber gambar dari sini.

Mula-mula aku blogging memang berkoyan-koyan award & tag yang diterima. Perasaan tentulah happy sebab ada bloggers lain yang menghargai kewujudan blog kita. Sehinggalah satu tahap di mana aku rasa award yang terlampau banyak sampai tak tahu nak tepek ke mana terasa bagai satu beban. Aku ambil keputusan untuk berhenti terima award di rumah baru ini.

Kalau ada blogger yang terasa hati sebab aku tak terima award & tag anda, aku mintak mahap banyak-banyak ye. Bukan menyombong tapi kerana nak menurut pendirian iaitu tiada lagi award dan tag di rumah baru. Lepas 3 bulan tanpa award dan tag muncul pula satu trend baru iaitu contest & tag. Semakin meriah dunia blogging kita.

Konsepnya lebih kurang tetapi ini lebih kepada win-win situation. Penganjur contest dapat peserta dan yang kena tag mungkin menang hadiah. Yang ini pun aku dah umumkan yang aku takkan sertai mana-mana contest di tag nama aku. Tetapi tidaklah sampai semua contest aku tak sertai. Mana yang aku nak tetap akan disertai walaupun tiada siapa yang tag.

Sumber gambar dari sini.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk ubah sikit pendirian untuk turut sama memeriahkan budaya award-contest-tag ini setelah berfikir semasak-masaknya. Mulai hari ini aku akan terima semua award dari blogger dan letakkan di rak award yang akan aku create sekejap lagi.

Untuk contest yang di tag aku hanya akan sertai contest itu tetapi sekali sahaja dari blogger tersebut. Maknanya kalau ada tag-contest untuk kali kedua, maaf aku tak dapat nak sertai. Nanti tidak adil pula kepada blgger lain yang belum tag aku.

Setakat ini ada 3 award yang dianugerahkan kepada R4T. Semua award ini akan diletakkan ke dalam rak award yang aku habaq tadi.

Terima kasih aku ucapkan kepada ayie, hawa dan mj. Terharu betul sebab dapat award-award ni semua.

Apa pendapat anda pula? Meh kongsikan di kotak komen baru R4T.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Earthquake di sana - sini : "hahahahaha. ku tak rasa apa2pun masih di alam mimpi ketika itu " - hans




Sunday, April 25, 2010

4 Punca Blog Kurang 'Visitor'


No. 4 Pictures, Images and Photos


Oleh kerana nama blog ini Rumah 4 Tingkat, maka terhasillah entri empat perkara yang menjadi punca utama kurangnya pelawat tegar ke blog kesayangan masing-masing. Nak bagi banyak punca pun aku bukanlah expert seperti blogger-blogger lain.

Harus diingatkan entri ini hanya sebagai panduan dan peringatan kepada tuan rumah juga. Jadi, aku mulakan dengan apa yang pernah aku alami. Barulah realistik dan terbukti keberkesanannya. Ok, peribahasa lagi~ Bak kata orang lama: "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit"

Ada di antara tips yang aku berikan korang pernah baca di blog lain sebelum ini. Mungkin secara kebetulan sahaja. Boleh juga aku dan pemilik blog tersebut sependapat. Kalau kes macam ini peribahasa 'Rambut sama hitam, hati lain-lain' tak boleh digunapakai ya sedara-sedari sekalian.

Mari kita teruskan dengan misi yang masih belum selesai. Kemungkinan besar punca-punca blog anda & saya kurang dilawati ataupun dalam bahasa kurang asamnya blog berkategori tak ingin dijengah adalah seperti berikut:

1. Widget yang kurang menyelerakan.

Di antara widget yang tengah hangat dan bikin panas kebanyakan blogger pastinya datang dari Widgeo. Sudah ramai blogger yang komplen dan buat entri khas untuk menghentikan penggunaan widget ini. Kenapa? Kerana widget tersebut mengundang pop-out window menyampah tahap dewa. Contoh blogger yang menyokong hujah ini adalah Encik Kai2en kita. Bukan tak boleh nak letak widget di blog tapi biarlah yang perlu sahaja. Jika kita lihat blogger yang mempunyai pelawat beribu lemon lagi fofular, susah nak jumpa widget bertimbun-timbun kat blog mereka. Nak contoh jugak? Mari singgah sini dan sini juga . Simple & steady bukan?

Ha, satu lagi widget kurang disenangi oleh pengunjung adalah music box ataupun pemain mp3 maya. Mungkin niat kita mahu layan tetamu yang datang dengan meriahnya tapi ada di antara mereka tak suka dengan lagu yang kita dendangkan tu. Untuk kes ini sudah boleh guna peribahasa rambut kat atas tadi. Tambah lagi dengan pepatah buatan sendiri: disebabkan lagu kegemaran, habis punah ranah trafik blog kesayangan. Mau?

2. Masa blog loading.

Hal ini berkait rapat dengan widget yang beranak-pinak seperti dibincangkan di atas. Mungkin kepada pemilik laptop/pc paling-canggih-abad-ini tidak mempunyai masalah untuk menanti kemunculan blog yang mengambil masa untuk loading. Pernah tak kita terfikir yang tak semua blogger adalah bertuah, contoh terbaik adalah aku yang mempunyai sebuah laptop dengan 256MB of RAM sahaja (siap rujuk properties my computer ok!) sangatlah berasa seksa nak melihat keanggunan blog anda. Apapun Alhamdulilah ada juga laptop sebuahkan? Jadi, sebelum meletakkan berbagai jenis aksesori di blog masing-masing, ingatlah aku di sini. Moga-moga korang boleh ubah fikiran nak kurangkan beban blog masing-masing. Kepada yang nak usha berapa zass nya blog anda, aku ada satu tool yang macam best untuk dikongsi bersama. Jom picit sini .

3. Ayat-ayat yang uwekk.

Satu lagi masalah segelintir blogger kita. Penggunaan bahasa yang terlampau advance sampai ada yang langsung tak faham. Mungkin ingin mempelbagaikan penggunaan perkataan supaya lebih menarik untuk di baca. Tetapi pernah tak bayangkan sekiranya entri kita itu menolak untuk dibaca dek kerana perkataan-perkataan pelik itu? Hari ini aku ada contoh yang melimpah ruah untuk dikongsi bersama. Percaya tak hal remeh sebegini sampai dibawa ke tahap membuat satu group khas untuk golongan-golongan istimewa ini. Nak tau apa komen sang pembaca, jemput tengok di dinding mukabuku ini. Ada rasa geli-geli tak baca nama group ini?

4. Tak jumpa noktah & ayat di tengah-tengah alam.

Mungkin kerana terlalu seronok ataupun dalam bahasa penjajahnya '
excited', kita terlupa nak letak titik di penghujung ayat yang sepatutnya. Atau ada yang sengaja tak mahu menoktahkan ayat itu? Penat woh nak baca satu perenggan dengan 1 tanda noktah sahaja. Nak lagi dasyat, dah habis cerita baru jumpa seketul noktah. Kalau rasa masih mahu amalkan cara ini, sila letakkan amaran di header anda, 'kepada penghidap asma, lelah, semput, dan yang sewaktu dengannya, sila sediakan ubat-ubatan yang perlu sebelum meneruskan pembacaan di blog ini'.

Selain dari tiada noktah, entri yang ditaip diketengahkan. Maka terjadilah tulisan yang ditengah-tengah alam. Mungkin ada yang tak tahu, kadangkala sindrom ini boleh mengganggu konsentrasi pembacaan. Penat mata kita nak kehulu-kehilir mencari ayat penyambung. Kalau nak jugakkk, sila tambah kat header tadi tu 'jangan lupa juga eyemo untuk kesegaran mata anda'.

Gambar kutip dari [baldifoto.com]


Okeh, tamat sudah syarahan untuk hari ini. Minta ampun & maaf kalau ada yang terasa hati. Aku tidak sama sekali berniat mahu menjatuhkan mana-mana blogger. Ini hanya teguran ikhlas juga kritikan membina.


Semua 4 perkara ni aku pernah buat dan sekarang cuba untuk elakkan.