Belog Ohsem: Widget

Jom selongkar

Showing posts with label Widget. Show all posts
Showing posts with label Widget. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Widget Waktu Solat


Ehem..ehem. Aku nak share something dengan u ols ni. Aku ada terjumpa satu widget yang cambest kat satu blog ni. Halamak! Lupa lah URL beliau apa. Ampun yek :D

Widget ini sangat sesuai untuk u ols (Muslimin dan muslimat sekalian) yang sentiasa bersama blog tersayang. Untuk peringatan kalau-kalau terlupa, terlajak dan ter ter yang sewaktu dengannya. Kepada u ols yang rumahnya tepi masjid memang takde masalah sebab abang Bilal boleh ingatkan. Ye dok?

Okeh meh tengok sikit macam mana ropenye widget yang aku maksudkan:


Haaa. Pada aku widget ni memang cukup smart. Takdelah makan space sangat dan kemas je kalau bubuh kat sidebar nuu. Yang bestnya kan bila masuk waktu widget ni akan blink blink pada waktu solat yang sepatutnya ikut jam laptop/pc u ols. Dan lagi satu widget ni bukan takat untuk orang Johor je, satu Malaysia boleh guna. Masa nak install tu nanti ada option untuk pilih mana kawasan masing-masing.

Ok berminat nak pasang satu? Boleh klik pada gambar untuk dapatkannya secara PERCUMA!!!! Heee.

Erk. Tetiba ada tab myJodoh kat tepi tu. Pakej dengan widget gamaknye.


Monday, July 26, 2010

IntenseDebate: User Friendly Widget


Akhirnya aku jumpa juga kotak komen seperti yang diidamkan. Nama kotak komen itu ialah IntenseDebate (IDC). Beliau sangat memikat hati sebab aku boleh reply semua komen dengan cun!

Kelebihan jika u ols guna IDC ni dapat bagi backlink kepada blogger yang rajin komen. Barulah si pengkomen rasa bahagia je nak tepek komen ye tak?

Selain tu template komennya kemas dan mudah guna. Kepada pengkomen tegar sekalian ada masalah tak sepanjang u ols komen via IDC ni? Loading lembab ke, komen tak muncul ke cepat habaq tau.

Lepas install IDC ni aku hadapi satu masalah yang boleh dikategorikan sebagai serius jugaklah. Semua yang singgah dok tanya celah mana mau tepek komen? Link nak komen di manakah? dsb.

Godeh punya godeh rupanya aku kena buang satu step dalam tutorial nak install IDC ni. Mungkin sebab template yang aku guna ni lain pesen kot.

Sebelum godeh tu aku ada post satu thread di forum GB. Tak sempat blogger lain jawab aku dah temmui jalan penyelesaiannya.

Di situ juga ada request dari Dark Half bertanyakan tentang camno nak install commentluv dalam IDC. Ekceli aku pasang IDC ni pun tak sampai seminggu lagi. Aku dah janji nak bagi tutorial ikut apa yang aku tau je la. So here it goes:

1. Memula sila log-in untuk mulakan operasi. Sudah?

2. Kemudian jemput kelik ke setting seperti dalam gambarajah di bawah:

3. Lepas tu kelik pula Plugins dekat sebelah kiri sidebar dan anda akan nampak macam ni:

4. Akhir sekali klik pada perkataan 'Activate' di bahagian action sebelah commentluv yang dalam bulatan tu. Aku dah activatekan so option tinggal deactivate lah. Bila-bila masa tak mau boleh je singkirkan dak Commentluv ni. Jangan risau.

5. Itu sahaja. Hee.

Betul ke tutorial ni yang ekau nak Dark Half?

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Warkah untuk yang Tersayang : "berbakti selagi mereka masih hidup....serta juga setelah mereka tiada... " - princeduyong



Tuesday, July 13, 2010

Tab Menu yang Terhangat di Pasaran


Ramai geng blogger yang request untuk buat tutorial tab menu yang ada di sidebar nuu. Ekceli aku pun dapat dari belog tutorial yang dicadangkan oleh Kak Jie melalui direct message di twitter. Mekaseh ye kak. Jadi di sini aku nak kongsikan bersama readers R4T sekalian.

Imej dari sini.

Rahsia kewujudan widget yang ada di R4T kebanyakannya aku ambil dari maribinablog.blogspot.com. Macam-macam tutorial menarik yang anda boleh cari di blog ini. Kelik la jika mahu cari tutorial untuk upgrade blog masing-masing.

Untuk tutorial tab menu aku nak bagi beberapa link yang anda boleh guna. Tak payah penat-penat selongkar archive blog tu sebab aku nak bagi direct URL. Ada banyak bentuk / pesen tab menu yang anda boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. Antaranya:
  1. Tab menu versi 1
  2. Tab menu versi 2
  3. Tab menu versi 3
  4. Tab menu versi 4

Untuk tab menu yang ada di R4T aku memilih tab menu versi 4. Nampak lebih kemas dan elegan. Hee.

Tab menu yang terhangat di pasaran

Nota: Widget ini telah di 'removed' pada Ogos 2010.

Aku tak nak bubuh tutorial penuh di sini sebab mahu galakkan anda singgah di belog tutorial tersebut dan explore sendiri. Macam-macam ada tau!

Selain widget tab menu ada juga yang minta aku buat tutorial status online / offline, bilangan visitor yang tengah singgah di blog dan lain-lain. Ada je kat setor gossip R4T, mungkin anda tak perasan aku pernah buat tutorial ni dulu.

Semua tutorial anda boleh selongkar di tab Tips/Tutorial yang ada kat header R4T sana ye. Nak lagi senang kelik sini pun boleh.

Ada link blog tutorial yang best? Meh tepek di kotak komen. Tq!



Monday, June 28, 2010

Keranamu Nuffnang dan Glitterati


Minggu lepas (adeh! agak basi ceritera ini) tatkala syok sendiri melakukan sesi cuci mata di belog anda-anda sekalian, aku terjumpa seorang blogger yang telah berkongsi pengalaman pahit beliau tentang penarikan status Glitterati miliknya. Sebelum itu, aku nak refresh semula memori kita dengan komen encik NN mengenai status kesayangan ramai ini. Aku takmoh translate takut lari maksud.

"An Exclusive Nuffnanger (a.k.a glitterati membership status) is a Nuffnang blogger that has NO advertisements on his/her blog that originates from SEA and also from any ad network we deemed as competitors." - Nuffnang

Diculik dari album google images.

Sebelum ini memang sudah banyak kes seumpama ini. Tak percaya pergi search keyword 'Nuffnang' di GB dan lihat sendiri keputusannya. Ramai yang sudah frust menonggeng tau. Tetapi sekarang mereka telah pun mendapat semula status tersebut dengan usaha bersungguh-sungguh memujuk encik NN. Tahniah!

Aku sendiri pernah tepek kempen encik YS tetapi untuk sementara sahaja. Nasib baik tak kena cerai dgn encik NN woh! Beliau tak perasan rasanya. Tetapi sejak kebelakangan ini, ada visitor yang dok berkempen di peti surat shoutmix aku. Bahaya ni. Aku tak marah anda nak berkempen tetapi kalau sudah melibatkan sesuatu yang negatif berlaku haruslah cari jalan macam mana nak elakkan.

Aku tak pasti sama ada mereka ini memang letak kempen di blog atau kesan daripada komen-komen di shoutbox. Orang tua kata baik sediakan payung sebelum hujan. Ye tak?


Nampak? Aku sudah tukar setting shoutmix untuk banned mana-mana URL yang berkaitan dengan encik YS. Jadi jangan terkejut kalau komen anda tidak muncul ye. Di sini aku
nak share dengan anda bagaimana untuk membersihkan R4T dari anasir-anasir yang boleh menyebabkan encik NN merajuk.

1. Moh kita ke rumah shoutmix dan log in. Ops! Lupa nak habaq, sebelum log in kena dapatkan shoutbox ID anda dulu. Tengok balik kotak shoutmix anda dan tunjukkan tetikus ke 'refresh' dan lihat di bawah window ada ID yang anda cari. Tak faham? Meh tengok gambar:

Contoh shoutbox ID aku.

2. Kemudian klik link Ban Control di bahagian Security. Seterusnya anda akan nampak seperti gambar di bawah:


3. Ada dua pilihan sama ada anda nak ban IP atau URL. Sekarang anda boleh letak segala URL yang boleh mengancam blog dan akaun NN anda. Lepas dah siap jangan lupa save pula ye.

Mudah kan? Kalau ada fakta yang tersalah sila komen. Tq!



Monday, June 14, 2010

HTML Mudah dan Menarik



Ada lagi cik anon yang berminat dengan harta di dalam rumah aku ini. Nampaknya blogger lebih suka memilih widget buatan sendiri yang lebih mudah tetapi menarik di pandang mata. Macam mana nak buat? Ini aku nak tunjukkan caranya. Yang sudah tahu menahu lagi expert dijemput untuk join contest aku. Mana tau ada yang belum join.

Ingin dijelaskan di sini bahawa apa yang anda lihat (status online & berapa orang yang sedang view blog) itu aku buat sendiri guna HTML biasa yang dikahwinkan dengan widget dari website-hit-counters dan histats. Untuk gunakan widget ini kena mendaftar jadi ahli dahulu ye adik-adik.

Sebenarnya aku pernah buat tutorial kelip-kelip ini, ada dalam setor gosip ni ha. Disebabkan ada yang komen di shoutmix peti surat, bubuh request di kotak soal jawab (mungkin orang yang sama?) dan adik comel aku sorang ini pun nak juga, jadi aku pun buatlah entri khas ini untuk mereka.

Siapa yang pernah belajar tentang HTML mesti tahu pasal Marquee. Eh, bukan nama artis ye. Ini adalah perkara asas untuk anda membuat perkataan atau gambar menjadi berkelip-kelip, bergerak ke kiri atau kanan atau melompat-lompat. Meh aku nak share beberapa kod HTML mudah yang anda boleh gunakan.


1. Untuk kod HTML
Slide-in:

Perkataan atau gambar anda akan muncul dari kiri dan bergerak hingga ke akhir sisi kiri blog anda.



Contoh (sila refresh
untuk lihat hasilnya):

Perkataan atau anda di sini

....................................................................................................................................

2. Untuk kod HTML
Continuous scrolling:

Perkataan atau gambar anda akan muncul dari kiri dan bergerak hingga ke akhir sisi kiri blog anda secara berulang kali.



Contoh:

Perkataan atau anda di sini

....................................................................................................................................

3. Untuk kod HTML
Bouncing back and forth:

Perkataan atau gambar anda akan bounce (apa eh dalam Bahasa Melayu?) ke kiri dan ke kanan.




Contoh:

Perkataan atau anda di sini

....................................................................................................................................

4. Untuk kod HTML
Scrolling Upwards:

Perkataan atau gambar anda akan bergerak dari atas ke bawah secara berulang-ulang.




Contoh:

Perkataan atau anda di sini
....................................................................................................................................


Okeh, cukuplah 4 dulu. Bagi banyak-banyak karang pening kepala pula. Hee. Eh, lupa nak bagitau untuk gunakan kod ini sila pilih widget HTML dari add widget di blogger ye.

Terima kasih cikgu quackit sebab memberi tunjuk ajar.



Friday, May 14, 2010

Ada orang nak culik tukang intip R4T


Baru sahaja selesai sesi melawat cik 'Kotak Soal Jawab'. Ouh, profile formspring aku sangat tidak menarik. Belum terbuka hati nak make-up kan beliau. Tunggulah mood datang nanti, siaplah! Aku lebih teruja nak touch-up R4T kesayangan ini. Hee.

Sudah lama tak login akaun formspring, tak sangka ada yang sudi tinggalkan soalan rupanya. Terima kasih daun keladi ye~ Soalan yang ada tidaklah sampai beribu-ribu lemon pun. Hari ini aku hendak menjawab 1 soalan daripada Tuan Puteri Eryna kita ini. Klik jangan tak klik.

Kembali ke cerita asal, salah satu soalan yang tertepek di kotak soal jawab itu berbunyi: (eh, ada bunyi ke?)

Photobucket

Ekceli, banyak widget yang boleh diaplikasikan tapi aku nak kurangkan budget masa loading blog, jadi buat yang simple sahaja. Nampaknya, yang simple juga menjadi pilihan anda ye. Heee. Mari kita tengok cara-cara membuat Pengintip Blog yang berkelip-kelip:

1. Macam biasa, pergi ke DASHBOARD - LAYOUT - PAGE ELEMENTS

2. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih tambah satu widget HTML. Letak tajuk yang anda rasa syok.

3. Seterusnya, sila copy+paste kod dalam kotak di bawah ke widget HTML yang anda buat tadi.


4. Akhir sekali, picit dengan senang hati: SAVE SETTING. Ini pun langkah penting tau. Kalau tak save mana nak menjadi.

Okeh, sudah selesai. Mahu tengok contoh? Sila jeling ke sidebar kanan anda di ruangan 'Pengintip Tegar'. Diharap entri ini telah pun menjawab persoalan blogger yang menanyakan soalan.

Ada soalan lain? R4T sedia membantu!