Belog Ohsem: Astro

Jom selongkar

Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Ohsem Promo! - Free Astro Family HD Pack channels for Astro B.yond Subscribers


As our valued Astro customers, we are making available Astro Family HD Pack channels*, Astro Vinmeen HD (Ch231), Fox Family Movies (Ch415/416) as well as One HD/SD(Ch393/395) for your enjoyment! Also, never miss your favourite programs anytime and anywhere on Astro On-The-Go at no additional cost.

Promo duration: 1st Nov 2013 – 15th Feb 2014.

Sumber: fb Astro


Sunday, November 3, 2013

Ohsem TV Show! - Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013


MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 KEMBALI, KEKAL FORMAT LAMA

KUALA LUMPUR, 29 OKT 2013: Kembali menemui peminat program lawak, Maharaja Lawak Mega 2013 masih mengekalkan format lama sama seperti edisi yang sebelumnya. Kelainan pada kali ini lebih tertumpu kepada kehadiran muka baru selain kolaborasi para pelawak dalam pembentukan sesebuah kumpulan. 

 Masih mengekalkan Dato’ Ac Mizal sebagai pengacara utama, pentas Maharaja Lawak Mega 2013 bakal menyaksikan penyertaan daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Seramai 13 buah kumpulan bakal bersaing dengan tujuh buah kumpulan baru dibentuk untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan baru yang dibentuk termasuklah Wala,Comey, Osama, Tulang, Bocey, Kucai dan SYJ. 



Sunday, October 10, 2010

Clever! Edisi Malaysia di Astro


Masa tengah taip entri ni mata tengah terpaku menonton rancangan
Clever! Edisi Malaysia kat channel TVIQ (Channel 552). Takde maknanya nak tengok dengan anak wehh. Aku solo molo lagi tau tapi not available anymore. Hikkss.


Rancangan ni adalah sangat menarik sebab banyak eksperimen sains yang mudah dijalankan tetapi sangat sanagat amat seronok untuk ditengok dan difikir-fikirkan. Ianya dihoskan oleh Aznil Hj. Nawawi dan co-host merangkap saintis Rafidah (ex-3R) bersama pelajar sekolah dan artis jemputan yang berbeza setiap episod. Ala-ala gameshow jugaklah.

Ekceli Clever! Edisi Malaysia telah diadaptasi dari rancangan Clever! dari stesen televisyen SAT.1 (Jerman). Ranking nombor satu kat sana tau! Puas aku gugel dan dapat juga cari puncanya.

Sumber: sat1.de

Rasa-rasa nak tengok versi Jerman punya keliklah link atas nuu. Website pun 100% in German Language, nak kena guna google translate baru faham. Nak tukar ke English pun tak boleh sebab tak ade gadget translator dalam website tersebut.

Aku cadangkan u ols tengok je lah edisi Malaysia pun dah bagus. Tak payah nyusahkan diri lah nak translate bagai. Maklumat lebih mengenai rancangan ini boleh kelik sini yek. Website yang sangat menarik dan interaktif. Kalau terlepas episod kat Astro boleh tengok video kat sana.

Team Clever! Edisi Malaysia ada buat karnival di sekolah-sekolah seluruh Malaysia tau. Jom cekidout info:

Tarikh Negeri Masa Sekolah
25 September 2010 Kuala Lumpur 10:00 am SK BUKIT DAMANSARA, KL
26 September 2010 Ipoh 10:00 am SK PINJI Ipoh
2 Oktober 2010 Johor 10:00 am SK Infant Jesus Convent, JB
3 Oktober 2010 Melaka 10:00 am SK Jalan Datuk Palembang, Melaka
8 Oktober 2010 Kota Bharu 8:00 am SK Sultan Ismail 2, Kota Bharu, Kelantan
10 Oktober 2010 Pulau Pinang 10:00 am SK Seri Permai, Pulau Pinang
16 Oktober 2010 Kota Kinabalu 10:00 am SK Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu, Sabah


Tagline rancangan ni: Bijak! Memang bijak!





Monday, September 27, 2010

Raja Lawak Astro Musim ke 5


Tak lama lagi Raja Lawak Musim ke 5 lah pulak yang bakal muncul di Astro. Bulan depan dah mula ujibakat di Berjaya Megamall Kuantan (2 & 3 Oktober). Iklan pun dah bersepah di channel-channel astro. Menarik woh iklan tu.

Kepada pak lawak dan tukang mengarut sekalian, inilah peluang u ols untuk menyerlahkan bakat yang terendam. Untuk lokasi ujibakat sila tengok table yang aku kopipes dari
era.fm:

Astro Prima (Channel 105) giat penjelajahan ke enam buah negeri untuk cari pelapis pelawak baru.

Satu-satunya pertandingan realiti untuk mencari pelapis bakat lawak di Malaysia, Raja Lawak Astro ternyata tidak menghampakan apabila pihak Astro mengumumkan untuk meneruskan lagi inisiatifnya menjelajah ke enam buah negeri di seluruh Malaysia.
Sesi ujibakat akan memulakan penjelajannya pada setiap minggu (Sabtu & Ahad dari jam 10 pagi hingga 10.00 malam.

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim kelima) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.


Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan terus diberi kepercayaan untuk mengacarakan program raja Lawak Astro memasuki musim kelima ini.

Sumber: Facebook Rasmi Astro

23 & 24 Oktober kat Plaza Kotaraya! Mesti heret kekanda pergi tengok.




Friday, July 23, 2010

Lagenda Budak Setan Siri TV lah pulak


Lepas meletup kat panggung wayang dengan kutipan melebihi RM4 juta, kini Lagenda Budak Setan (LBS) bakal meletupkan pula stesen televisyen berbayar Astro. Jaga-jaga cik Salmah!

Aku ada nampak iklan pasal siri televisyen LBS ini masa dok tengok CSI kegemaran minggu lepas. Patutlah ending filem tu macam tergantung rupanya nak sambung di Astro pulak.

Maka salahlah ramalan aku yang mana filem ini ada sequence seterusnya. Ada sambung-sambung kat TV ala-ala cerita Yusof Haslam gitu. Hiks.



Jadi kepada u ols yang kempunan nak tgk filem kat panggung, bolehlah tengok di Astro nanti. Tapi kurang syoklah sebab tak tahu hujung pangkal cerita awal-awal. Macam yang aku habaq tadi, siri TV ini adalah kesinambungan kepada filem tersebut.

Lagenda Budak Setan the series akan mula ditayangkan pada 3 Ogos ini di saluran Astro Prima (105) dengan 26 episod. Rumah mana yang belum pasang piring Astro tu bolehlah subscribe sebab harga pun dah murah sekarang. Nak yang mahal silalah hambik Astro B'yond. Kelas gitu!


Di Facebook rasmi LBS pun sudah kepoci tentang kemunculan siri TV ini. Nak tengok promo meh kelik sini. Banyak feedback yang anda boleh baca di sini, ada yang suka ada yang meluat.

Ada jugak yang siap bagi link download movie lagi. Cis, berani betul depa buat kerja sebegitu rupa. Kalau nak tau pergi tengok sendiri, macam-macam ada!


Kalau tengok promo macam syok yang amat. Pengarah untuk drama bersiri ini adalah Along Kamaruddin jadi kemungkinan besar takkan dikecewakan lagi seperti dalam filem.

Dengar cerita Farid Kamil masih memegang watak Kasyah tetapi untuk watak Ayu digantikan dengan Jue Aziz, bukan Lisa Surihani. Ada juga yang mengatakan Anne Ngasri adalah salah seorang pelakon untuk drama ini. Banyak la kot yang tukar-tukar sebab pengarah pun dah lain kan.

Kesimpulannya sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri McDonald's® GCB yang Sedap : "Yum3, bgs juge kan order ala carte disamping kurang kalori ;) Air gas boleh refill" - Peri PiA



Sunday, June 27, 2010

Knight & Day Pengubat Hati Luka


Semalam lepas balik kerja aku terus ke Tebrau City bersama cik mango dan adiknya Fiza untuk melaksanakan misi menguji kebenaran promosi voucher percuma yang aku dapat dari laman web TCRS. Rupa-rupanya di Jusco Taman Universiti itu Kedai Ayamas daa.. Aku punya confident kata itu branch TCRS padahal dalam entri siap link cawangan restoran tersebut. Serius aku ingat kedua resrotan tu sama sebab bila masuk Kedai Ayamas suasananya ala-ala di TCRS juga. Menu pun lebih kurang sama.

Dipendekkan cerita, boleh pulak staf TCRS cakap voucher yang aku bawa tu tak valid sambil memandang muka aku dengan sinis. Mentang-mentanglah aku print black & white je.

Aku ke yang salah?

"Sebelum ini ada juga customer yang bawa voucher ini tetapi kami tak terima" - Supervisor serkap jarang

Aku tak puas hati dan suruh beliau semak semula mengenai hal itu dengan pihak pengurusan. Kalau tak valid, kenapa dok kepoh macam apa di laman web begitu-begini? Masa itu kami belum order menu lagi. Aku sudah set dalam kepala otak kalau dia tetap kata voucher tu tak valid kami akan keluar terus cari tempat makan lain.

Akhirnya setelah 15 minit menunggu, voucher aku disahkan boleh guna. Nasib baik! Kalau tidak bertambah satu lagi entri kaunter aduan di R4T ini. Untuk pengetahuan semua, voucher itu hanya boleh ditebus dengan Single Combo Meal atau menu yang lebih rendah nilainya. Oklah kan, jimat RM 7.50. Kalau rasa tak cukup boleh tambah side order yang lain.

Perut sudah kenyang jadi kami pun teruskan aktiviti petang Jumaat dengan menonton Knight & Day yang sudah mula ditayangkan sejak 24 Jun 2010 lepas. Tiket box-office haruslah harga pun meletup. RM13 untuk satu tiket di TGV Cinema Tebrau City.


Gambar pinjam dari Google Images.

Filem ini menjadi pengubat kekecewaan aku setelah menonton filem kita, Lagenda Budak Setan. Bukan nak memuja filem luar tapi ini realitinya. Kalau nak tambat hati penonton untuk menonton filem tempatan buatlah dengan bersungguh-sungguh. Ya, memang bukan semua filem kita macam itu, segelintir filem sahaja tetapi kerana nila setitik habis susu sebelangakan?

Macam biasa aku tak nak review panjang-panjang. Apa yang aku boleh katakan setelah keluar panggung sampai hari ini ada tanda soal dok bermain dalam akal fikiran. Filem ini sungguh misteri u ols. Kepada pelanggan astro / astro beyond anda boleh saksikan preview filem ini secara eksklusif di Star Movie, VIP Access malam ini jam 9:30 malam.

Hujung minggu mesti penuh panggung wayang sebab banyak cerita best.