Belog Ohsem: Cuti-cuti Malaysia

Jom selongkar

Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Karnival Budaya & Warisan 2012 (16- 18 Mac 2012)

Salam.



Pleased to be informed that IRDA under Planning & Compliance Division and JB Transformation team in collaboration with MBJB and Jabatan Kebudayaan Johor are having our second Karnival Budaya & Warisan 2012 programme. On behalf of the organizing committee, you are invited to participate in this 3 days event and show your support towards making JB City as Art, Heritage and Cultural destination.



Among the highlights of the events are:


Friday, 16 March
Craft Making Demo sessions
10:00am – 10:00pm
JB City Sentral and City Square


Cultural Pocket Shows
7:00pm -12:00midnight
Laman Tun Sri Lanang, Legaran Segget, Jalan Meldrum, Plaza Seni and City Square

Saturday, 17 March


Craft Making Demo session
10:00am – 10:00pm
JB City Sentral and City Square


Pocket Cultural Shows
3:00pm – 5:00pm
Plaza Seni, City Square and JB Sentral




Cultural Parade from 11 cultural team
8:30pm – 12:00midnight
Laman Tun Sri Lanang to Jalan Station

Sunday, 18 March


Craft Making and DEMO workshop
10:00am – 10:00pm
JB City Sentral and City Square


Cultural Workshops
2:00pm – 4:00pm
Laman Tun Sri Lanang


Car Boot Sale
10:00am – 6:00pm
Laman Tun Sri Lanang Car Park




Don’t worry about the admission fee, because it’s FREE! And YES! You and your family are invited to this ecstatic event.



So let’s join and see you there!



Regards,

Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

Monday, October 25, 2010

Konvokesyen KPM kali ke 3 - PICC Putrajaya


Kepada u ols yang tak tahu, ni bukan cerita aku yang konvo yek. Adinda yang nombor 2 punya turn. Aku dah selamat konvo tahun lepas bulan Oktober gak kat UiTM Shah Alam sana. Saja nak share pengalaman mana tahu ada yang boleh dijadikan panduan di masa depan. Eceh!

Al-kisah we ols bertolak dari Johor Bahru lepas solat Jumaat sebab nak menunggu si adik yang bongsu habis periksa paper Sejarah. Sampai Putrajaya jam 5 petang selepas lebih kurang 4 jam perjalanan. Naik myvi je bang, laju manalah sangat tambah pulak singgah makan segala. Maklumat tambahan, tol dari JB ke Dengkil RM37++ sahaja. Lain tempat kalu boleh tanya akak PLUS. Hee.

Disebabkan takde siapa yang pernah sampai ke sini jadi ayahnda decide nak meronda cari PICC Putrajaya dulu untuk mengelakkan kesesatan atau kelewatan bila nak tengok adinda nombor 2 berkonvo keesokan harinya. Senang je nak cari tempat tu sebab bangunan yang tersergam indah tersebut ada di atas bukit.

Bila dah jumpa destinasi, meronda pulak keliling Putrajaya tengok-tengok kawasan sekitar. Fullamak! punyalah canggih manggih bandar ni. Jakun aku dibuatnya, baru pertama kali sampai ke sini lah katakan. Semua bangunan yang selalu tengok dalam tiwi kini dah ada depan mata. Sungguh mempersonakan pemandangan kat sana.

Badan dah penat, moh kita cari tempat bermalam. Hatta, lepas sesat 2 jam mencari akhirnya jumpa hotel yang pakai terjah aje. Ada ke tak nasiblah labu. Hee. Bonda siap berdoa bagai mintak-mintak ada bilik kosong untuk we ols sekelorga.

Abaikan gambar censored tu. Adinda nombor 4 sedang melakukan aksi yang kurang enak di pandang mata. Masa ni aku tengah bermandi-manda air panas dalam tub. Badan sengal-sengal woh jalan jauh.

Inilah pemandangan bilik Heliconia room (standard) yang kosnya hanya RM258 semalam siap dengan breakfast untuk 2 orang. We ols bantai masuk 5 orang sebab bilik tu luas dan sangat selesa gitu. Check in lepas maghrib, check out lepas Subuh. Kira oklah harganya untuk tinggal sekejap je.



Nah, siap bagi map lagi tu. Hee. Hotel ni berada di alamat seperti berikut:

Palm Garden Hotel
IOI Resort
62502 Putrajaya
Malaysia.

Sebelahnya pulak ada Marriot Hotel yang kalau duduk semalam boleh rabak poket seluar nak membayarnya. Hee. Kalau u ols nak tahu lebih tentang hotel ni boleh kelik
sini.

Okeh, entri dah meleret. Sambung Part II pulak eh.

<< NANG kalau suka! Tqvm :)




Saturday, October 16, 2010

Peta Ke Aquaria KLCC


Spy R4T cakap ada orang datang sini mengendap peta ke Aquaria KLCC atau dalam bahasa omputihnya, map to Aquaria KLCC. Dekat
entri berenang-renang di Aquaria KLCC memang nan ado peta tu jadi aku nak hapdate maklumat yang tercicir tersebut.


Haaa.. inilah peta yang aku jumpa di website rasmi Aquaria KLCC. Yang ini ke yang u ols nak? Mau senang cerita kome pergi je ke KLCC lepastu tanyalah sapa-sapa yang ada kat sana celah mana Aquaria KLCC. Nak ke sana naik KTM buleh, KL Monorail buleh, LRT buleh, kereta, motor, beca, bas, lori balak, bla bla bla.

Maklumat tambahan:
  • Waktu Operasi di buka setiap hari mulai 11:00 pagi - 8:00 malam.
  • Waktu operasi akan berubah mengikut acara-acara khas.
  • Hubungi (603) 2333-1888 untuk tempahan tiket.
  • Penjualan tiket dan waktu untuk masuk yang terakhir adalah pada jam 19:00.
  • Percuma masuk untuk anak-anak di bawah 3 tahun.
  • Seorang anak harus disertai oleh orang dewasa.
Sumber: aquariaklcc.com

Kalau rasa nak share pengalaman sepanjang berada di sana atau nak tanya apa-apa yang bersarang di kepala hotak, bolehlah melawat fesbuk rasmi mereka:

Nak share gambar pun boleh tapi janganlah spam bukan-bukan kat sana. Tak baik tau! Kesian kat orang yang nak cari info tapi jumpa promo 'login facebook dapat RM100'.

Rasa nak heret kekanda ke sana lagi. Seronok sangat!


<< NANG kalau suka! Tqvm :)





Saturday, October 9, 2010

Maklumat untuk Tempahan Kota Tinggi Waterfalls Resort


Nampaknya entri tentang Kota Tinggi Waterfalls Resort agak laku sempena cuti sekolah ini. Teringin nak baca? Jemputlah kelik:

Bila hendap balik entri lama baru aku perasan yang nombor telefon pada maklumat tentang resort tu tak sama dengan nombor yang selalu aku gunakan. Tak pasti sama ada contact number itu valid lagi ke idok.

Take note ye kepada u ols yang menguruskan booking untuk resort. Ini adalah contact number yang disahkan masih valid hingga ke hari ini (09 Oktober 2010) untuk membuat tempahan:


Kota tinggi Waterfalls Resort: +607 889 9222


Ekceli keyword "phone number waterfall kota tinggi" melekat pada chart keyword Nuffnang untuk hari ini. Itu yang aku semak semula sama ada nombor yang aku kasi tu betul ke tak. Kalau nak bagi maklumat biar yang sahih kan? Idok ler menyusahkan orang nanti.


Selamat bercuti!





Monday, September 6, 2010

Hari 05 - Percutian Paling Indah di BGRC



Tarikh 12 - 15 Februari 2010 lepas merupakan percutian paling indah dalam hidup aku. Kekanda dan keluarganya ajak aku bercuti ke taman tema Bukit Gambang Resort City (BGRC) di Kuantan, Pahang. 13 Februari tu ulang tahun aku yang ke 22, konon-konon nak celebrate sekali harunglah kata kekanda.


BGRC ni ala-ala Sunway Lagoon (SL) tetapi bezanya kawasan ini tak seluas SL. Patutlah yang datang tu ramai tak hingat. Tambah pula masa tu cuti Tahun Baru Cina, memang sesendat tin sardin lah gamaknya.


Taman Tema BGRC ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:
  • Resort
  • Waterpark
  • Active Academy
  • M.I.C.E (Meeting,Incentive,Conference,Exhibition)
Gambar yang aku tepek di atas ialah waterpark. Nampak macam tak semenggah je kan? Dengar cerita masa kami datang tempat tersebut baru sahaja dibuka kepada umum. Mungkin sekarang dah cantik nak dibandingkan masa kami datang dulu.

Sepanjang 3 hari bermalam di sana, macam-macam aktiviti yang kami lakukan. Pergi waterpark pagi-pagi buta pun dah berhimpit sakan apatah lagi yang sampai waktu tengah hari. Memang macam ular kena palu barisan nak menunggu beli tiket.

Tetapi keistimewaan diberikan kepada penginap resort, satu kaunter khas kira ekspress lah dari kaunter lain untuk beli tiket. Ekceli kalau sewa resort untuk family 4 tiket waterpark di berikan percuma, kalau lebih kena beli sendiri.

Oleh kerana kesuntukan masa, kekanda tak dapat nak mencuba aktiviti di Active Academy. Banyak aktiviti yang mencabar fizikal dan mental di sini seperti paint ball, Tarzan Swing, Flying fox dan lain-lain.


Kalau u ols bercadang nak bercuti ke sini boleh cekidout maklumat lanjut di laman web rasmi BGRC. Boleh tengok room rate, senarai aktiviti, galeri gambar, promosi atau nak buat tempahan secara online. Macam-macam ada.

Cuti sekolah boleh bawa keluarga datang sini, memang seronok!




Saturday, July 24, 2010

Berenang-renang di Aquaria KLCC


Meh baca episod lepas di sini.

Sudah penat keliling KLCC, kekanda ajak pergi ke tempat berenang pula. Ehehe. Bukan aku dengan kekanda yang berenang tau tapi sang ikan dan kawan-kawannya. Ikan-ikan ini semua kami sekodeng di Aquaria KLCC yang berada di aras bawah tanah bangunan gergasi itu.

Ini merupakan kunjungan pertama kami ke sini. Minta maaflah kalau entri ini agak annoying. Orang lain dah pergi berapa puluh kali daa..

Ok, berbalik semula ke cerita asal. Segala macam jenis ikan ada di Aquaria KLCC ni, dari yang sekecil-kecil umat sampailah sebesar-besar alam. Jakun Teruja sungguh kami tengok mereka berenang sama-sama dalam air nuu. Rasa nak pergi berenang sama-sama pun ada.

Bayaran masuk untuk lihat keajaiban hidupan dasar laut ini adalah seperti berikut:
Sumber: Aquaria KLCC

Tiket untuk aku dan kekanda dikenakan bayaran sebanyak RM70 sebab ada mykad. Tapi tak mintak pun tengok mykad, mungkin tengok muka masing-masing sudah cukup membuktikan yang kami bukan foreigner. Hee.


Dekat entrance ada satu sudut yang mana kita boleh pegang/sentuh hidupan laut ini secara live. Aku berpeluang pegang jerung putih tapi tidaklah besar mana. Selain tu ada belangkas, tapak sulaiman, siput dan macam-macam lagi. Semua boleh dipegang kerana spesis ini tidak membahayakan.

Banyak aktiviti menarik yang boleh kita saksikan antaranya aktiviti memberi makan kepada ikan piranha dan hidupan laut lain. Serangga pun ada dipamerkan untuk tatapan pengunjung. Memang syok! Tak rugi u ols masuk dan tengok semua ini.

Sampai satu sudut pula kita boleh lalu dibawah terowong air yang macam selalu tengok kat TV tu. Atas kepala ada banyak ikan yang dok lalu lalang. Feeling-feeling menyelam kat laut dalam tapi tak basah langsung. Hee.

Tengok tu kekanda asyik sangat tengok ikan-ikan sampai adindanya ini candid gambau pun dia tak perasan. Yang seronoknya dalam terowong ni kita akan berdiri di atas lantai yang bergerak jadi tak payah nak melangkah atau berlari. Kalau nak jalan juga tiada masalah sebab ada lane untuk sesiapa yang nak berhenti dan tengok ikan dalam aquarium gergasi tu dengan lebih teliti.

Sebelum keluar, sempat juga rembat cenderahati untuk kenang-kenangan. Ini benda wajib bagi kekanda. Aku pilih frame yang ada hiasan ikan-ikan dan kekanda ambil mug comel gambar kuda laut. Frame tu nanti aku nak bubuh gambar yang kami ambil masa kat dalam. Jumlah ongkosnya RM20.80 sahaja. Maklumat lanjut tentang Aquaria KLCC boleh didapati di laman web rasmi mereka. Klik link ye.

Haa..sebelum terlupa! Aku ada jumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama. Meh cekidout:

Hee. Tengok tiang ni terus teringat kat Mr. PenyuBiru. Cepat-cepat keluarkan handphone dan snap! Ekceli aku nampak masa nak masuk ke Aquaria. Saja tepek hujung-hujung entri untuk gimik kononnya.

Selesai sesi merayau-rayau kami pun berangkat semula ke Masjid Jamek untuk ambil LRT ke Bukit Jalil. Sampai saja terus beli tiket untuk pulang ke Johor. Merasa naik bas double decker akhirnya sebab kebetulan bas itu yang nak jalan masa kami tiba. Semestinya kami pilih untuk duduk di tingkat atas weh.

Babai KL!
Jumlah perbelanjaan semasa:

Tiket Aquaria = RM70.00

Cenderahati =RM20.80
Jajan lagi! = RM12.00
Tiket KL-JB =RM62.00
JUMLAH =RM164.80

Jadi jumlah keseluruhan perbelanjaan sepanjang di KL adalah RM271.85.

Bajet lari sikit. Hee. Kena beringat lepas ni.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Central Plaza ke Plaza Sentral? : "belalang pegi kl kerap gak kebelakangan nih...tapi sorry tlg jgn tnya jln mana yang belalang gunakan atau hape yea...Makcik GPS yang tlg bawak belalang supaya x sesat...klu xde makcik tuh,abis la belalang...kuikuikui " - belalanghijau



Central Plaza ke Plaza Sentral?


Al-kisah ada 2 ketul budak dari JB datang ke bandaraya KL. Si gadis pergi untuk tunaikan tanggungjawab kerja, yang si jejaka pulak lari dari tanggungjawab. Hee.

Sumber gambar: darnellinternational

Kekanda ambil cuti semata-mata nak teman aku menyudahkan kerja. Ekceli bos sendiri yang suruh si dia teman sebab ini kali pertama aku ada kerja jauh dari pejabat. Bos siap sponsor duit makan, minyak tol segala ok. Kalau bos tak suruh teman pun takkan dibiarnya aku pergi sorang. Sebab itu aku sayang lebih sama beliau. Eceh!

Kami ke KL tak naik kereta pun sebab kekanda tak mahir jalan sana. Naik public transport lagi selamat rasanya. Sampai di Bukit Jalil hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum sampai basah lencun dibuatnya.

Lepas hujan reda kami naik
LRT terus menuju ke Masjid Jamek untuk cari tempat berteduh.
Al-maklumlah 2 ketul budak Johor ini tak biasa jalan-jalan di KL maka main belasah je nak kemana-mana. Tambang RM3.80 untuk 2 orang (Single Journey) dan ambil masa dalam setengah jam untuk sampai.

Setelah menyegarkan badan dan mengenyangkan perut, kami mulakan perjalanan untuk ke destinasi sebenar iaitu Plaza Sentral. Kami buat keputusan naik teksi untuk ke sana.

Bermulalah kisah sadis yang terpaksa dihadapi..

Masa tanya pemandu teksi tu dia jawab macam tahu tempat yang kami nak tuju. Lepas naik dia boleh bagi ayat berbaur nak menipu --- "You ada tanya orang tak mana nak pergi ini tempat?" Pemandu teksi yang hampeh.

Bukan teksi ini. Sekadar hiasan.

Pusing punya pusing rupanya dia tak tahu pun jalan nak ke Plaza Sentral dan akhirnya 2 ketul budak Johor ini ditinggalkan di Central Plaza. Aish..macam salah je tempat ni. Aku dapat rasakan yang kawasan tu dekat je dari tempat tunggu teksi tadi. Mentang-mentanglah kami tak tau jalan dia tawaf 1 KL dan kaching! hulur RM13 untuk tambang.

Masuk bangunan dan tanya pada security guard, memang salah! Pejabat *** yang aku cari takde pun di sini. Sah kena tipu.Rupanya lagi senang naik LRT, direct je ke KL Sentral dan bangunan yang dicari ada tersergam indah di sana. Takpe, ini pengalaman yang berharga kata orang. Lepas ni takdelah kena tipu lagi kan.

Pengajaran yang aku dapat ialah Central Plaza dan Plaza Sentral itu tidak sama!

Lepas sudahkan kerja takkan nak terus balik JB, rasa macam rugi pula. Oleh kerana masa yang terbatas kami menuju ke KLCC untuk bersiar-siar. Sekali lagi kami naik LRT (RM3.20 untuk 2 orang) yang mengambil masa dalam 20 minit untuk sampai.

Perbelanjaan setakat ini:

Tiket bus JB-KL = RM62.00
Jajan = RM7.00
McD = RM18.05
LRT = RM7.00
Teksi = RM13.00
JUMLAH = RM107.05

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Lagenda Budak Setan Siri TV lah pulak : "novel pon xabes baca lagi" - joegrimjow




Friday, July 9, 2010

Tune Hotel: RM9.99? Murahnya!!


Ada satu hari sewaktu berjalan-jalan di Danga Bay, kekanda habaq beliau berangan nak menginap di Tune Hotel. Patutlah, ada banner gedabak yang di gantung di dinding hotel itu tertulis 'Anda boleh menginap di hotel bertaraf 5 bintang hanya dengan RM9.99' Lebih kurang gini lah ayatnya.

Kekanda nak duduk hotel di Danga Bay itu saja-saja sebab harga murah. Aihh..baik pergi bercuti di negeri lain dan booking di sana. Tune Hotel kan ada di mana-mana.

Tune Hotel Danga Bay. Gambar sumber: go-airasia.com & www.flickr.com

Sedikit info mengenai Tune Hotel dari Wikipedia:

Tune Hotel State Services Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian Tune Hotels.com berkonsepkan hotel 'perkhidmatan terhad' dan sedang berkembang pesat ke negara-negara lain seperti Indonesia, India, Thailand, Bangladesh, Vietnam, Filipina, Australia dan United Kingdom. Hotel dengan tagline '5-Star Sleeping Experience at a 1-Star Price' ini sangat berbangga dengan tahap keselesaan dan keselamatan pelanggannya yang mengenakan kadar yang sangat rendah berbanding hotel lain.

Functional Display di LCCT KLIA - Gambar sumber: sixthseal.com

RM 9.99? Gila murah! Tapi macam tak masuk akal je kan. Menumpang di chalet buruk pun paling kurang RM20 kena bayar. Mesti ada udang di sebalik mee bandung. Meh kita siasat..

Kelik kasi gedabak. Gambar sumber: tunehotels.com

Jumlah selepas aku konon-konon nak booking online adalah RM109.33. Ini adalah harga yang aku perlu bayar untuk tarikh 17 Julai 2010, satu malam bilik jenis twin room (2 single size bed), pax 1 orang.

Whoa..magik! Macam mana boleh jadi macam ni? Marketing Stratergy namanya. RM38.00 hanyalah bayaran untuk sewa bilik semata-mata. Kalau nak lain-lain barang/servis sila kaching! $$$. Buktinya anda boleh rujuk di gambar yang Step 3.

Kekanda saja-saja nak booking hotel sebab RM9.99? Sekarang beliau sudah boleh lupakan niat murninya itu. Hee. Kalau betul-betul nak bercuti, mungkin bayar sebanyak ini adalah sangat berbaloi. Hotel ala-ala 5 bintang apa?

Aku belum pernah menginap di sini. Ada pengalaman? Jom kongsikan di kotak komen.



Thursday, June 10, 2010

Cuti-cuti Malaysia di Kota Tinggi Waterfalls Resort [Episod 2]


Meh nak sambung
Episod 1 Isnin lepas. Nyaris-nyaris terlupa u ols.

Snap dari dalam kereta. Lepas hujan.

Sedikit info mengenai KTWR a.k.a Wet World:

Dengan bayaran serendah RM110 hingga RM135 anda boleh menyewa mana-mana 43 unit bilik rumah panjang dan 20 calet untuk 1 atau setengah hari pada hujung minggu dan cuti umum. Selain itu terdapat juga enam dorm yang boleh memuatkan 15 orang setiap satu.

Anda boleh berekreasi dengan kemudahan yang disediakan seperti trek joging, bilik rehat yang dilengkapi karaoke dan pusat spa, kolam renang, restoran, kedai cenderahati atau menikmati kemudahan sukan seperti ping-pong, skuasy, sukaneka. Semuanya dilakukan di dalam suasana hijau sejuk mata memandang.

Beliau sedang ambil mood nak swimming. Jangan kacau.

Nak lagi adventure, ajaklah kawan-kawan atau rombongan sekolah untuk menyewa tapak perkemahan dengan kadar RM15 sahaja. Banyak aktiviti sampingan yang boleh dilakukan kerana resort ini juga menyediakan dewan yang dilengkapi sistem pembesar suara, memuatkan 250 orang dan sangat sesuai untuk penganjuran kursus dan seminar.

Kelebihan lain jika menginap adalah anda akan dikecualikan daripada membuang duit untuk bayaran masuk yang agak cekik darah la jugak. Kalau pergi macam rombongan cik kiah lebih baik jika anda menginap di sana. Sebabnya...

Dewasa: RM10/orang
Kanak-kanak : RM 5/orang
Kenderaan : RM 8/kereta @ van
Motor : RM 5/motor (kalau tak silap aku)

Tercekik tak darah rasa-rasa?

Okeh, lupakan sekejap darah tercekik tu. Meh kita tengok pula apa keseronokan yang akan dialami di sini. Selain daripada aktiviti berenang-renang, selam-menyelam, makan-makan dan sewaktu dengannya anda juga boleh menikmati servis terapi kaki menggunakan ikan secara percuma. Harga biasa yang aku survey di website 20 minit RM12. Mungkin lain tempat lain harga kot.

Tengok ikan jangan tengok kaki buruk tu.

Mula-mula kaki kena gigit manja dengan ikan tu memang geli tak ingat woh! Aku punya jerit je sudah bergema satu air terjun. Kekanda naik malu dengan perangai aku yang terjerit-jerit ni. Tapi bila dah lama-lama jadi seronok pula. Tak banyak pun ikan yang sudi datang dekat. Mungkin ada 2 je sebabnya, samaada kaki aku terlebih bersih atau terlebih busuk.

Sudah boring melihat ikan digigit kaki kaki digigit ikan, jom kita mendengki ikan pulak.

Sauk ikan di air terjun.

Mula-mula aku kutip daun besar dan ranting-ranting modified jadi sauk, guna dua tiga kali koyak la pulak. Sudahnya aku paksa kekanda buka baju dan aku berjaya sauk seekor ikan innocent yang sangat comel. Timang-timang kejap lepastu aku lepaskan, kesian beliau tercungap-cungap nak air.

Aktiviti lain adalah bermandi manda di swimming pool resort. Kemudahan ini percuma untuk yang menginap di resort tetapi RM5 untuk pengunjung biasa. Tercekik lagi darah nak membayar. Sekarang baru aku faham kenapa kekanda nak bayar RM110 rather than nak buat apa-apa kena bayar seba-serbi.

Mesti ramai yang menuju ke KTWR musim cuti sekolah ni.



Monday, June 7, 2010

Cuti-cuti Malaysia di Kota Tinggi Waterfall Resort


Entri ini boleh dikategorikan sebagai cerita basi. Hari ini baru ada kesempatan nak kepoci pasal percutian aku dan kekanda di Hari Wesak 2010. Hee. Ke mana kita? Air terjun Kota Tinggi atau dalam bahasa jawanya Kota Tinggi Waterfalls.


Perjalan dari rumah aku, Skudai ke Kota Tinggi Waterfalls Resort (KTWR) ini mengambil masa lebih kurang sejam. Kalau dari KL ke Seremban ke aku tak pasti. Nak agak-agak boleh tanya sama dia ini.

Sebenarnya ini adalah kali ke-2 aku ke sini. Bezanya sebelum ini aku datang masa bukan cuti umum. Jadi tempat itu hanya aku dan kekanda yang punya. Kali ini mestilah ramai orang dan yang buat aku pelik kaum yang menyambut Hari Wesak lagi ramai dari kaum kita. Tradisi sudah berubah ke apa? Aku tak tahu, korang pegi tanya mereka sendiri ye.

Kekanda sewa chalet sebab katanya penat drive selain dari mahu berehat-rehat di dalam suasana hijau. Gaya macam datang dari Grik je sampai nak sewa chalet bagai. Nak berjemur dari pagi sampai petang macam tak syok je bunyinya kan? Mungkin inilah alasan beliau yang logik.

Ada sesiapa yang bercadang nak datang tapi mahu kira budget? Meh aku tolong tapi tolong bagi info je lah. Im bad at calculation. Tak percaya tanya kekanda.




Kota Tinggi Waterfalls Resort

Phone#07-8836222 [Klik sini untuk nombor telefon yang terbaru!]
FAX# 07-8831146
Address Batu 10, Jalan Lombong, Kota Tinggi, 81900 Johor.
City Kota Tinggi
State Johor
Location City
Number of Rooms 63
Min. Rate 100.00
Max. Rate 135.00
Room Facility air conditioning,satelite/cable tv,refrigeration,hot/cold running water,shower,220 voltage
Food Beverage FacilityYes
Recreational Facility Yes
Other Facility conference/function room,24 hrs security,parking


Check In Time:1500 Hours Check Out Time:1200 Hours

Maklumat disedut dari sini. Tak pasti up-to-date ke tidak.

Lagi.ermm..













Alamak! Aku baru teringat. Ada kerja belum siaplah pulak, nanti aku up-date ye. Aku kat office ni. Bai.


Cekidout: Episod 2 Cuti-Cuti Malaysia: Kota Tinggi Waterfalls Resort.



Monday, April 19, 2010

LEGOLAND di Malaysia?


Sesiapa yang dah pernah dengar pasal kemunculan Legoland Malaysia tahniah aku ucapkan. Korang dah boleh duduk diam-diam ye. Entri hari ini aku tujukan khas kepada yang belum tahu-menahu mengenai khabar gumbira ini.Yeyeah!


Promosi Legoland Malaysia - [http://images.google.com]

Sebenarnya berita pasal Legoland Malaysia ni dah digembar-gemburkan sejak awal November 2009. Mungkin ada yang terlepas pandang dan contoh terbaik adalah aku. Kalau tak kerana borang permohonan kerja Iskandar Malaysia yang aku isi masa Karnival Kerjaya JobsMalaysia (Johor) awal tahun ni, mungkin sampai dah siap Legoland tu nanti baru aku tau al-kisahnya. Kesian kan?

Secara ringkas dan tuntas, Legoland lebih kurang macam taman tema yang kita pernah jumpa kat Malaysia tapi yang menariknya boleh dikatakan semua binaan yang ada di taman tema tu dibina menggunakan Lego. Ya, tepat sekali. Mainan Lego sambung-sambung yang korang main masa kecik-kecik dulu tu.

Legoland dah lama berkembang di beberapa negara dan setakat ni ada 4 buah yang wujud dengan gahnya di muka bumi ini:

Legoland serata dunia - [http://images.google.com]


Dalam taman tema ni korang boleh jumpa replika-replika menarik sejibik macam yang original, contohnya 'Statue of Liberty' yang dibuat menggunakan bongkah lego semata-mata. Replika KLCC aku tak pastilah dia orang dah buat ke belum. Dokumentari pasal Legoland yang pernah ditayangkan (kalau tak silap kat Discovery Channel) membuatkan aku rasa nak terus beli tiket flight bercuti ke sana. Tapi apakan daya aku hanya orang kecil. Haha. Okeh, kalau nak tau lebih lanjut lagi terang benderang pasal Legoland ni bleh la klik kat sini.

Berbalik ke kisah Legoland Malaysia tadi, lokasi yang bakal didiami lego-lego tersebut adalah di Iskandar Malaysia, Johor. Projek bernilai RM51 billion ini dijadulkan siap sepenuhnya pada tahun 2013. Kepada semua rakyat Malaysia yang berangan nak bercuti di Legoland dengan membawa sanak-saudara, ipar-duai dan sahabat-handai dah boleh mula menabung dari sekarang. Kita jumpa disana ya! *menjerit dengan perasaan yang sangat teruja*

Dengan wujudnya projek mega ni, maka banyaklah peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan dan aku harap semua graduan universiti yang masih belum bekerja diberi peluang seadilnya untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tu. Penat-penat belajar ini lah masanya nak aplikasikan ilmu yang dituntut selama ni. Betul tak? Ehem. Incik Iskandar Malaysia, resume aku yang kebaboom tu selak-selak la ye. Manalah tau berkenan di hati. Hehe.

Diadaptasi & diubahsuai dari laman web:
Wikipedia dan Iskandar Malaysia


Bangga aku jadi anak jati Johor. Allah peliharakan Sultan!