Balik kerja petang semalam straight away pergi PLI untuk attend driving classes yang dah bertahun tak habis-habis tu. Huh! Ada satu pengajaran aku nak bagi untuk u ols yang nak pilih sekolah memandu ni. Tunggu jap kat hujung entri nanti, now aku nak cerita pasal semalam.

Ada sesapa boleh cam driving school kek mano ni? Dak Johor Bahru mesti boleh agak sebab tempat ni dekat nau dengan satu mall yang fofuler. Tekalah! tekalah!
Secara keseluruhannya skill memandu aku bertambah baik. Daripada tak geti nak balance minyak dengan clutch (gini ke ejanya?), sekarang dah boleh manage, cuma ada sengguk-sengguk sikit la. Nama pun tak pernah pegang stering kereta kan?
Dan kali ni aku target nak pegang lesen before new year. Target nak habiskan sebelum bulan 9 tak kesampaian sebab sibuk. Ntah apa yang aku sibuk pun tak tau. Jadinya kita tunggu dan lihat ajelah tahun depan yek cerita aku dah dapat lesen. Umur dah senja tapi lesen pun takdok. Malu ahkak!
Ni nak cerita pengalaman aku pilih driving school untuk panduan u ols (kalau nak gunalah). Ekceli aku pilih tempat ni atas cadangan sahabat aku yang katanya tempat ni bagus, murah dan yang lagi penting diusahakan oleh orang melayu. Murah memang murah, RM850 untuk lesen kereta sangat berbaloi bukan? Dan pakej ini sangat fleksibel di mana selagi u ols tak master driving selagi tu lah takkan pergi QTI. Tempat lain kalu, 9 jam tamat maka terus ujian tak kiralah dah ready ke belum. Kalau nak tambah masa belajar sila hulur $$$$. Betul tak?
Ok, itu kebagusannya yang sangat aku puji. Cuma nasihat aku kalau u ols ada pilihan untuk pergi ke tempat yang lebih dekat silalah pilih yang dekat. Biasalah, kalau dah bayar murah mestilah tak boleh demand lebih kan? Disebabkan terlalu jauh dengan rumah dah jadi satu kesukaran untuk aku attend training di tempat ni.
Memang transport disediakan tapi kalau nak dia amik kena ikut budi bicara cikgu yang ajar tu. Macam aku, selalunya datang sendiri sebab kekanda hantar. So takde masalah bagi aku. Bagi kes adik aku, dah janji macam nak rak tiba masa kata tak dapat nak ambik sebab dah penat dan hari pun dah petang. Padahal janji nak datang pagi. Wat de fish? Oleh kerana masalah ini maka lambatlah nak pegang lesen. Nampak tak di mana pengajarannya kawan-kawan?
Oh! lupa pulak. Contact lens percuma yang aku booking haritu dah siap. Nak pergi amik jap ye. Lanyak je cik putih atas jalan besar walaupun pegang lesen L je.
Harap-harap takdelah abang JPJ berkhemah tepi jalan hari ni. Hee.