Belog Ohsem: Keyword Hari Ini

Jom selongkar

Showing posts with label Keyword Hari Ini. Show all posts
Showing posts with label Keyword Hari Ini. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Jom Download Lagenda Budak Setan the Series


Ramai yang dok google untuk download Lagenda Budak Setan the series telah terjebak masuk ke R4T. Ini semua sebab aku pernah review tentang kemunculannya di Astro dulu. Nak baca review boleh kelik
sini.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu keyword ni melekat pada carta Nuffnang. Rasa macam kesian pulak kat u ols bila penat-penat klik tengok takde hasil. Frust menonggeng sudahnya. Nak tengok kat tonton.com.my pun tak boleh sebab drama disiarkan di Astro Prima (105), bukan TV3, TV9 atau NTV7. Eh, aku pulak yang emo ni kenapa? Hee.

Okeh, sekarang tak payah kusut-kusut lagi. Ini ada berita baik untuk u ols sebab salah seorang bloggers kita dengan rasa gumbira telah bersusah payah mencarinya dan nak kongsikan dengan u ols. Jom download Lagenda Budak Setan the Series Episod 1 - 10. Klik laju-laju banner kat bawah ni:


Episode 1
Part 1 & Part 2

Episode 2
Part 1 & Part 2

Episode 3
Part 1 & Part 2

Episode 4
Part 1 & Part 2

Episode 5
Part 1 & Part 2

Episode 6
Part 1 & Part 2

Episode 7
Part 1 & Part 2

Episode 8
Part 1 & Part 2

Episode 9
Part 1 & Part 2

Episode 10
Part 1 & Part 2

Tak silap aku drama ni ada 26 episod jadi yang baki tu tak ada lagi sebab belum ditayangkan. Kalau ada tambahan nanti aku update je link tu kat sini.

Lagenda Budak Setan the Series yang dibintangi oleh Farid Kamil, Jue Aziz, Maslina Nasir, Nas T, Melissa Maureen Rizal dan Ngasriah Ngasri. Gandingan yang mantap dan tidak mengecewakan! Sesambil tunggu download tu meh baca review aku pasal
filem Lagenda Budak Setan.


Thumbs up dengan drama LBS!

<< NANG kalau suka! Tqvm :)




Tuesday, October 19, 2010

Senarai Penyewa di Plaza Sentral


Ada kawan kita singgah R4T tumpang tanya kejap tadi. Berikut adalah dialog antara aku dan kawan kita tu:


Aku : A
Kawan Kita : KK

KK : Kak tumpang tanya, tingkat 18 kat Plaza Sentral nuu ada pejabat apa heh?

A : Ahkak? Omaigod. Aku muda remaja lagi tau. Tak baik gitu.

KK : Oh! Mintak mahap cik adik manis. Boleh tolong jawab tak soklan tadi tu?

A : Opkos! Jap aku tanya kat sedara gugel.

Sumber : klsentral.com.my

A : Nah aku siap printkan lagi untuk kau. Ekceli Plaza Sentral ni ada 2 fasa yakni Fasa 1 (3 blok) dan Fasa 2 (4 blok) yang dibangunkan oleh MRCB. Pung..pang..pung..pang..


KK : Hek eleh. Taulah! Ada tulis kat gambau ni ha.

A : Eh budak ni!

KK : Heee. Soklan saya tadi tak jawab jugak, dah ke laut perginya.

A : Hukaloh lupa pulak. Sedara gugel habaq tingkat 18 nuu ada kat blok 3A dan 3B, disewa oleh UMW OIL & GAS dengan LADANG TAI TAK (KOTA TINGGI) SDN BHD. Nak buat gapo pergi sana?

KK : Sibuk je nak tau.

A : ...... (bunyi cengkerik)

Hee. Dialog adalah rekaan semata-mata. Entri ni aku buat sebab naik kat carta keyword Nuffnang R4T. Dah boleh agak kan?

Keyword ni mesti sangkut pada entri aku yang ni --> Central Plaza ke Plaza Sentral? Ada nombor 18 yang aku taip kat sana. Lucky number 18. Hee.

Oh ye, kalau u ols nak tahu senarai penuh penyewa yang ada kat bangunan Plaza Sentral boleh kelik sini.


Ada yang nak pergi interview kat sana gamaknya.


<< NANG kalau suka! Tqvm :)



Saturday, October 16, 2010

Peta Ke Aquaria KLCC


Spy R4T cakap ada orang datang sini mengendap peta ke Aquaria KLCC atau dalam bahasa omputihnya, map to Aquaria KLCC. Dekat
entri berenang-renang di Aquaria KLCC memang nan ado peta tu jadi aku nak hapdate maklumat yang tercicir tersebut.


Haaa.. inilah peta yang aku jumpa di website rasmi Aquaria KLCC. Yang ini ke yang u ols nak? Mau senang cerita kome pergi je ke KLCC lepastu tanyalah sapa-sapa yang ada kat sana celah mana Aquaria KLCC. Nak ke sana naik KTM buleh, KL Monorail buleh, LRT buleh, kereta, motor, beca, bas, lori balak, bla bla bla.

Maklumat tambahan:
  • Waktu Operasi di buka setiap hari mulai 11:00 pagi - 8:00 malam.
  • Waktu operasi akan berubah mengikut acara-acara khas.
  • Hubungi (603) 2333-1888 untuk tempahan tiket.
  • Penjualan tiket dan waktu untuk masuk yang terakhir adalah pada jam 19:00.
  • Percuma masuk untuk anak-anak di bawah 3 tahun.
  • Seorang anak harus disertai oleh orang dewasa.
Sumber: aquariaklcc.com

Kalau rasa nak share pengalaman sepanjang berada di sana atau nak tanya apa-apa yang bersarang di kepala hotak, bolehlah melawat fesbuk rasmi mereka:

Nak share gambar pun boleh tapi janganlah spam bukan-bukan kat sana. Tak baik tau! Kesian kat orang yang nak cari info tapi jumpa promo 'login facebook dapat RM100'.

Rasa nak heret kekanda ke sana lagi. Seronok sangat!


<< NANG kalau suka! Tqvm :)





Thursday, October 14, 2010

Statistik Orang Hilang / Jumpa Seluruh Malaysia [PDRM]


Keyword menarik hari ini yang menempek di carta Nuffnang ialah '
jadual dan graf statistik kes culik di malaysia' Bila gugel sendirik nak tengok apa yang keluar inilah hasilnya:

Entri dalam archive May 2010 yang duduk kat bawah sekali tapi di page pertama. Ok lah tu! hee. Ekceli dalam bulan May lepas aku tak cerita apa-apa pun yang berkaitan dengan keyword ni. Jadi aku pun buat sikit research untuk u ols memandangkan ada yang mencari maklumat ini.

Kalau type sendiri keyword itu atau keyword lain seperti 'Satistik Kes Culik', 'Kes Culik' atau pun 'Bilangan Kes Culik' memang tak kan dapat hasilnya. Keluar semua yang merepek-repek jadi aku cuba nasib menjenguk ke laman web abang polis. Jom tengok hasil penemuan aku:


Ini adalah Statistik Orang Hilang / Jumpa Seluruh Malaysia oleh PDRM. untuk 3 tahun terkini (2007, 2008, 2009 dan Jan - Mei 2010) Mungkin data ini termasuk orang yang diculik, hilang dalam keadaan berbeza seperti lemas dalam sungai atau sesat dalam hutan. Kalau nak kepastian u ols boleh dapatkan cerita sebenar daripada mereka melalui page ini. Klik link untuk alamat, no telefon dan email PDRM.

Sapa pulak yang baca blog aku sampai nak cari statistik bagai ni? Aku hagak mesti students yang kena buat assignment sebab sekarang kan dah nak final. Baru nak siapkan ke cik adik? Hee. Gurau je hoh!

Good luck untuk u ols yang tengah sakan test sekarang ni. Dni? Test dah habis belum?


<< NANG kalau suka! Tqvm :)



Saturday, October 9, 2010

Maklumat untuk Tempahan Kota Tinggi Waterfalls Resort


Nampaknya entri tentang Kota Tinggi Waterfalls Resort agak laku sempena cuti sekolah ini. Teringin nak baca? Jemputlah kelik:

Bila hendap balik entri lama baru aku perasan yang nombor telefon pada maklumat tentang resort tu tak sama dengan nombor yang selalu aku gunakan. Tak pasti sama ada contact number itu valid lagi ke idok.

Take note ye kepada u ols yang menguruskan booking untuk resort. Ini adalah contact number yang disahkan masih valid hingga ke hari ini (09 Oktober 2010) untuk membuat tempahan:


Kota tinggi Waterfalls Resort: +607 889 9222


Ekceli keyword "phone number waterfall kota tinggi" melekat pada chart keyword Nuffnang untuk hari ini. Itu yang aku semak semula sama ada nombor yang aku kasi tu betul ke tak. Kalau nak bagi maklumat biar yang sahih kan? Idok ler menyusahkan orang nanti.


Selamat bercuti!





Thursday, September 30, 2010

Top 3 Carian di R4T


Tadi tengok pada keyword nuffang bulan lepas, mau hendap apa yang di cari kat R4T. Nak tengok resultnya? Meh cekidout:



Yang teratas sekali cerita lucah dan bawahnya pun lucah. Tangga ke 3 pula malaikat di atas kaabah. Bukan sikit-sikit hits nya sampai beratus. (seratus je la) Eh, sampai seratus tu maknanya banyak apa?

Orang lagi suka baca yang tuttt dan tahyul daripada yang berinformasi. Eh ye ke? Tak semualah sebab segelintir je yang pesen-pesen ni. U ols tak kan? kan?
Readers kesayangan R4T semua baik-baik belaka.

Ada isu panas mengenai keyword 'Malaikat atas Kaabah' tu. Nanti aku buat satu entri untuk u ols tatap yek. Tengah cari bahan lagi ni nak mantapkan isi. *haktuuuih.

Sumber: ehoza.com

Ekceli keyword tercemar yang paling hits itu datangnya daripada entri:
Yang sebenarnya takde entri lucah-lucah di sini ye, semua entri suci belaka. Tapi kalau u ols nak baca gak entri agak lucah tapi best tahap gaban boleh kelik ayeemayam.com. Walaupun agak 18SX tapi semuanya masih dalam kawalan. Hee.

Hipotesis eksperimen R4T berjaya membuktikan kuasa perkataan 'lucah'.




Wednesday, August 25, 2010

Cerita Lucah Stoking


Bertemu lagi kita dalam segmen
Nuffnang: Keyword Hari Ini. Seperti yang u ols baca pada tajuk entri keyword yang berjaya mendatangkan idea untuk entri pagi Rabu ini ialah 'Cerita Lucah Stoking'.


Hahahahahahahahahahaha! Ini reaksi pertama aku lepas nampak keyword pelik tersebut. Stoking pun boleh jadi cerita lucah? Apakah? Beribu tanda soal datang menyerang kepala hotak aku. Jom siasat..



Sumber: biancasue.wordpress.com

Aku gugel keyword itu dan memang entri dari R4T di tempat pertama. Entri yang mana? Ini kata gugel:

Entri Berbau Wang. Gambar Separa Lucah [Episod 2] | Rumah 4 Tingkat
- [ Translate this page ]
12 Mei 2010 ... Esok episod terakhir cerita kesayangan ramai ni. ... Sylarius said... Stoking aper ni? Stoking bola ker? hehe. May 12, 2010 2:33 PM ...
rumah4tingkat.blogspot.com/.../entri-berbau-wang-gambar-separa-lucah.html - Cached

Bawahnya pula aku jumpa satu lagi blog yang ada cerita kategori 18SX. Kalau u ols teringin nak baca bek ghentikan. Ni kan bulan Ramadan, aku takmoh share dosa yek.

Dalam Bahasa Inggeris Stoking tu ada maknanya. Cekidout print screen dari kamus gugel ni:

Kemungkinan besar insan yang dok cari 'Cerita Lucah Stoking' ini pesen-pesen speaking berhabuk punya. Harapnya umat bukan Islam yang buat kerja gini masa orang tengah sibuk kerja pahala yek.

Dalam pada tergelak ada terselit ilmu baru.




Thursday, August 19, 2010

Tudung Corak Tengkorak


Dalam bertimbun corak tudung yang wujud, kenapa yang pelik-pelik juga dicari. Siapa punya angkara ni? Baik mengaku.

Mungkin macam inilah tudung idaman hati. Kredit kepada pemunya gambar. Aku terlupa nak salin URL, mintak mahap banyak-banyak. Ekceli gambar ni asalnya ada 2, aku dah edit secukup rasa nak bagi kena dengan tajuk entri. Hee.

Geng blogshop sudah boleh cari design tengkorak ni, potential buyer dah ada. Mereka nak cari kelainan gamaknya sebab dah bosan pakai tudung corak yang sedia ada sekarang ini. Ada sesiapa nak cuba gayakan?

Heeee. Ekceli ini semua dek kerana keyword Nuffnang yang aku jumpa hari ini. Buat aku tergelak besar 2 minit. Kelakar tak hingat woh!

Aku tengah tunggu lagi keyword apa pulak nak keluar lepas ni. Heh. Macam aku cakaplah, boleh buat modal entri baru. Hee.

Tudung corak batu nisan takde yang berkenan ke?

Blog Pilihan Hari Ini

Entri 5 Petanda Awek Syok Sama Lu : "Wahahah.. terbaik.. memang betul pun entri ni..." - A-Y-I-E




Friday, August 6, 2010

Gambar Joe Wings Masa Muda


Heh. Tak pernah umur aku tepek gambar ini dalam Rumah 4 Tingkat. Ntah hapa agaknya u ols nak buat dengan gambar masa muda gitaris Wings ni ye?


Kadang-kadang keyword yang ada dalam Nuffnang ni boleh pakai juga buat modal entri baru. Setakat ini keyword 18sx belum lagi tersenarai. Nak cuba gak satu hari nanti tepek statement panas tengok kalau-kalau ada yang tersesat masuk rumah aku ni. Hee.

Oh, ye. Di atas permintaan rakyat Malaysia aku dah kumpul beberapa gambar Joe Wings masa muda untuk tatapan u ols. Nah tengoklah puas-puas:

Cukup muda tak gambar beliau yang aku pilih ni? Hee. Semua gambar ni aku cekau pada belog / website lain. Mekasih kepada:
  1. kamahlejo.blogspot.com
  2. infomaya.net
  3. muzikrock.com
Biodata Joe Wings

NAMA : Abdul Zamin bin Abdul Kadir

LAHIR : 8 Oktober 1969, Johor
(Sekampunglah kita bro!)

KERJAYA : Pemain gitar kumpulan Scandals & Wings, Penerbit album, Pemuzik, Pencipta lagu, Penulis senikata, Penyanyi


KELUARGA : Berkahwin dengan Rozalinda Gulam Rasul dan dikurniakan cahaya mata Tara, Aish dan Yafa


Sumber: muzikrock.com

Gambar muda aku takmoh tengok ke? Hee.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Aku Menang Tiket 'Tekken' Special Screening' : "hahaahahha...owg da tgok da tekken ni... 3x da tgok " - niakula