Belog Ohsem: Hujung minggu

Jom selongkar

Showing posts with label Hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label Hujung minggu. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Jom Heboh Johor Bahru 2011

Just nak habaq Jom Heboh di Johor Bahru sedang berlangsung pada hari ini 12 Mac dan esok 13 Mac 2011. Tempat as usual di Danga Bay, jangan risau jalan dah upgrade so mungkin jam tak seteruk dulu. Kita tengok la macam mana yek. Aku pun baru nak pegi ni.

Nantikan update dari tuan tanah esok lusa. Moh kita ramai-ramai. Jumpa di sanaaaa!!!!



Monday, August 2, 2010

Restoran Baser vs Tepian Tebrau


Entri merayau di Kota tinggi belum habis lagi. Layankan aje lahhh..

Lepas penat pusing-pusing di kedai baju-bajuan perut sudah mula nyanyi lagu inul. Kalau tahan juga lapar mahu gelek gerudi dalam kereta nak ke destinasi seterusnya. Hee. Aku ajak kekanda bawak emak dan adik-adik makan di restoran nasi ayam terbaik Kota Tinggi.

Siapa yang datang sini tapi tak rasa nasi ayam Restoran Baser memang rugi besar woh! Dekat Kota Tinggi saja dah ada 7 cawangan restoran yang sama. Setiap kali aku singgah tak pernahnya restoran ini tiada pelanggan. Bayangkanlah betapa hebatnya aura nasi ayam restoran tersebut.

Masa ni ayam sampai dulu, nasi dalam perjalanan. Emak dah menjeling jeee kat pinggan ayam yang bagai menjerit-jerit minta ditelan. Menu tengah hari adalah nasi ayam SAHAJA. Aku dah habaq siap-siap ni jangan pulak u ols datang masa tengah hari minta nasik goreng ayam atau nasi ayam sambal, memang tak merasalah. Orang ramai woh waktu lunch jadi tak terlayan depa dengan menu lain-lain.

Walaupun ramai orang, setiap pesanan di hantar dengan cepat dan tepat. Takdelah dok melangok lama sangat tunggu sampai terkeluar dialog kurang asam "Dorang ni baru nak sembelih ayam ke apa? Lambat nooo"

Kekanda malu-malu kucing dengan emak, itu pasal dok belek SE manjang. Kalau tidak dialah paling meriah sekali. Kan sayang kan?

Jumlah untuk 5 orang makan tak lebih RM50. Kira RM10 satu kepala la kot. Tukang sponsor tak lain tak bukan ialah kekanda. Mekaseh daun keladi, lain kali belanjalah lagi. Hee.


Lepas makan we ols menuju ke destinasi seterusnya iaitu Jusco Tebrau City. Emak nak melayankan budak-budak kecik beli baju kasual pulak. Pengumuman kepada kaki shopping! Jusco seluruh negara tengah sale sekarang. Sila terjah.

Sementara tunggu emak melayankan budak-budak kecik, aku dan kekanda menyinggah kedai kegemaran yang wajib masuk setiap kali datang sini. Hommy, Toys "R" Us, Poh Kong, bla..bla..bla.. Puas cuci mata.

Settle urusan di Jusco Tebrau City tibalah sesi makan-makan lagi. Hee. Kali ini tempat dituju ialah Tepian Tebrau, Jalan Tunku Petrie. Aku dah lama berangan nak ajak emak makan di sini tapi dia sibuk kerja memanjang.

Kekanda masih membelek SE dia. Malu nau katanya nak berdepan dengan bakal mak ehem-ehem. Adik kat sebelah pun tak reti nak melayankan kekanda jadi suara aku jelah yang dengar potpet-potpet.

Menu petang ini adalah 2 pcs ikan pari bakar, sayur kailan ikan masin, nasi paprik, abc, dan minuman.
Ikan bakar di Tepian Tebrau ni pun kena cuba juga kalau datang Johor Bahru ye. Memang sedap tak hingat dengan harga yang sangat berbaloi-baloi.
  • 2 pcs ikan pari bakar untuk 5 orang makan = RM22. Cukuplah sebab yang datang ni semua bukan pesen yang makan banyak.
  • Nasi putih, Sayur Kailan Ikan Masin, Nasi Paprik, Mee Goreng (tapau untuk ayah yang baru balik KL) = RM15.
  • Air Sirap Limau, Laici, Fresh Orange dan ABC = RM13.
Hee. Iklan table top ini menarik perhatian aku. Cuba baca yang aku bulatkan merah tu. Kelakau habis makcik Asminah tu. Siap dok habaq dia peminat Chelsea.

Bak kata pengusaha iklan tu..
'Doing business without advertising is like winking at a girl in the dark. You know what you are doing but nobody else does'
Nantikan promosi OGOS untuk Iklaneka di R4T. Baikk punya!

Blog Pilihan Hari Ini
Cahaya Yang Riang Gembira

Entri Moh Borong Baju Raya di Kota Tinggi : "Saye orang kota,, Heehee.. Kmpung makam.. Rindu lak nk balik.. Huhu.. " - hanafairyana



Moh Borong Baju Raya di Kota Tinggi


Ada sesetengah orang lebih selesa buat persiapan Hari Raya Aidilfitri sebelum puasa dan ada juga yang suka melakukannya pada hujung Ramadhan kerana lebih terasa bahang nak raya. Betul tak?


Semalam dengan jasa baik kekanda tersayang, aku bersama emak dan 2 orang adik telah melakukan sesi borong baju raya di bandaraya Kota Tinggi. Kawan tempat kerja emak yang cadangkan untuk beli baju raya di sini sebab murah-murah dan banyak pilihan.

Tahun ini baju raya tak ditempah macam tahun-tahun lepas, emak cakap beli yang dah siap lagi senang dan jimat kos. Selamat tinggal tukang jahit. Hee.


Deretan kedai yang menjual macam-macam pilihan baju raya ini berdepan dengan Farmasi Caremart Kota Tinggi dan berhampiran dengan Plaza Kota Tinggi dan cawangan baru outlet McDonalds. Orang-orang Kota Tinggi mesti tahu kawasan hotspot ini.

Sesiapa yang nak shopping baju raya kena singgah semua kedai yang ada sebelum buat pilihan nak beli yang mana satu. Tips membeli-belah kalau nak dapat harga murah di sini, kena borong di satu tempat sahaja sebab tuan kedai boleh turunkan harga ikut kehendak pembeli yang beli banyak. Kalau setakat beli sehelai tak dapeklah.
Nampak tu dek non, ini baru satu kedai belum singgah kedai yang sebelah lagi. Rambang mata tak tahu nak cekau yang mana satu. Baju Melayu yang berharga RM75 sepasang emak dapat RM90 untuk dua pasang selepas sesi tawar menawar. Untuk 4 pasang baju kurung pula tak lebih RM500 yang dibelanjakan. Murahkan?

Baju raya sendiri tunggu dah nak dekat raya nanti shopping.

Blog Pilihan Hari Ini
bARdboo

Entri Steamboat Sedap JB : "belanjalah saya..hehe" - bARdboo



Sunday, August 1, 2010

Steamboat Sedap JB


Hee. Dalam seminggu kalau takde entri makan-makan di R4T memang tak sah kan? Bak kata cikgu pendidikan jasmani aku makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Jadi mehla kita makan selagi hidup.

Ekceli semalam aku lepak-lepak rumah kekanda lepas beliau mengajar aku driving di Danga Bay. Sudah berapa lama pegang L konon-konon busy punya pasal. Nak pergi driving school malas nak kena tunggu turn jadi baik aku soh beliau je ajar.

Sebelum baik rumah sendiri aku ajak kekanda lepak Dataran Bandaraya pekena steamboat di sana. Keistimewaan steambot dataran JB ini adalah kerana banyak pilihan steamboat yang boleh u ols pilih. Gerai-gerai lori dok beratur punya panjang tunggu pelanggan datang.

Gerai yang aku dan kekanda lepak bernombor 15. Nombor kesukaan kekanda sebab birthday dia 15 Ogos 2010. Eh, dah nak dekatlah! Hee.

Gambau atas nuu adalah menu yang we ols order. Tak banyak pun rembat sebab masing-masing tangki kecik. Kalau hambik banyak pun membazir je. Yang itu pun semput nak habiskan.

Gerai 15 punya kuah tu memang sedap. Aku rekemen kalau u ols teringin nak makan tapi tak tau nak serang yang mana satu. Tapi yang tak syoknya macam yang boleh tengok dalam gambar, kena makan dalam polistrin leper yang di belah dua. Nak jimat kos gamaknya.

Disebabkan kuah yang sedap kekanda tambah lagi seround. Tiada cas tambahan untuk kuah extra ye. Lainlah kalau terasa nak tapau sampai satu periuk. Sah-sahlah kena bayar.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Hee.

Blog Pilihan Hari Ini
ini serita si cepit

Entri Header Cun R4T dari Faiz : "owh...aku ada gak terjah blog dia ni hari tu..macam berminat.. dia charge berapa weyh??? " - hakimfaridzul



Monday, July 19, 2010

Resepi Kuih Dangai Kini Di Hujung Jari


Ceh! Tajuk entri memang tak nak kalah. Macam expert memasak jee gayanya. Saja nak feeling ala-ala chef sesekali. Boleh kan?
Hee.

Culik chef gemuk di sini.

Blogger mana yang selalu popet-potpet kat mukabuku mesti perasan aku pernah tepek status mana nak cari kuih dangai. Susah benau nak cari kuih tradisional ni padahal nak buatnya punyalah senang tahap gaban. Betul tak tipu woh.

Ekceli bakal mak ehem-ehem aku yang teringin nak makan kuih ni. Ouh, sebelum terlupa aku nak ucapkan terima kasih kepada semua blogger yang mendoakan kesihatan mak kekanda lepas aku
kepoci pasal sakitnya bulan lepas. Alhamdulilah, sekarang beliau dah beransur pulih seperti sedia kala berkat doa anda.

Berbalik kepada cerita kuih dangai jutaan terima kasih diucapkan kepada pengantin baru merangkap ex-officemate aku, Mrs. Fansuri kerana telah volunteer menjadi tok guru aku untuk buat kuih dangai ni. Semalam aku tak berblogwalking sebab bertapa di rumahnya menuntut ilmu.


Tu dia tangan pengantin baru dok menguli mencampurkan bahan-bahan. Aku ada kat tepi jadi co-chef sambil snap gambau. Hee. Nak sediakan bahan tak sampai 5 minit tapi yang buat lecehnya kena tenggek bahan tadi tu atas dapur arang (kalau nak rasa ori) dan agak berjanggut juga nak tunggu masak.

Sambil tunggu kuih dangai masak, apa lagi sesi potpet-potpet pun bermula. Sudah lama tak berjumpalah katakan. Lepas jadi suri rumah ni beliau ada buat business kecil-kecilan di rumahnya. Kalau sesiapa yang berminat nak beli frozen food boleh contact aku. Dapat harga baik punya tau. Pilihannya adalah donut yang memang lembut giler, karipap inti kentang @ daging @ sardin yang isinya tak kedekut langsung ! (aku dah try ngap). Memang puas makan & berbaloi-baloi.

Eh.. bau hangit semacam la! Tak sedar kuih dangai yang ada atas dapur bila dah mula bergosip, nasib baik tak hangus u ols. Kuih sudah siap meh reramai tengok Dangai made in Johor:
Memang tak sama langsung dengan kuih original sebab tak guna acuan yang sebenar pastu tenggek atas dapur gas. Kalau orang Kedah tengok ni mesti kena gelak sakan punya. Wakaka. Walaupun rupa dia macam tu tapi rasanya pehhh memang terbaik ok. Don't judge a book by its cover bak kata omputeh. Banyak pulak aku membebel.

Aku malas nak tepek resepi sebab sudah banyak blog yang buat jadi aku bagi link je. Picit jangan tak picit ok? Nak tengok rupa original kuih dangai pun ada kat link tu.

Mak kekanda sudah rasa semalam. Komennya rasa masin terlebih. Hee.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Lensa Buruk, The Contest : "kalau pakai kamera 'kodak' bole tak?" - Sylarius



Sunday, July 11, 2010

MS Task 1: Nando's Weekend Dinner


Akhirnya, task pertama untuk Mystery Shopper sudah pun berjaya dilaksanakan. Mission accomplished. Yeay!

Untuk task yang julung kalinya dilakukan ni, aku telah menyepai (--> spy) Nando's outlet di Plaza Pelangi pada 10 Julai 2010 hari Sabtu yang lepas. Bagi sesiapa yang belum tahu apa itu mystery shopper bolehlah mengimbau semula kenangan silam ini. Kelik link ye. Mekaseh.

Ini adalah task untuk 1st half of July jadi syaratnya mesti dilakukan pada hujung minggu dalam tarikh 1-15hb Julai dan masanya adalah antara 6 - 8 malam (Dinner). Ada faham? Hee.

Nando's Plaza Pelangi - Level 1

Tepat jam 6.22 petang dengan perasaan yang sangat teruja dan sikit-sikit nervous, aku dan kekanda melangkah masuk ke outlet berkenaan. Ceh! macam nak buat apa sampai nervous bagai. Untuk task ini aku diwajibkan mengambil gambar depan outlet tersebut sebagai bukti aku sudah menjejakkan kaki ke sana.

Masa nak snap gambar depan outlet, ada 2 orang staff Nando's meluru ke pintu masuk sebab nampak dua ketul makhluk ni macam nak singgah. Aku cakap dengan kekanda 'Dia orang macam tau je saya nak spy'. Kekanda gelak dengar statement aku yang gelabah semacam. Walhal aku dah tau yang itu mmg prosedur mereka kena usher guest yang datang. Adeh, tiba-tiba rasa looser gila.

Bajet makan untuk task ini adalah RM46 dan terpulanglah nak bawa sesiapa pun. Nak bawa geng sampai sekampung boleh, nak makan sorang-sorang pun tiada masalah asalkan tak melebihi kuota. Kalau lebih tu sendiri tanggung la ye dik non. Dalam RM46 tu pula menu wajib order adalah ayam, coleslaw dan nasi. Sebab 3 jenis makanan ni aku kena evaluate. Wah, feeling-feeling chef terkenal la aku!

Manager outlet dalam bulatan merah dan Mystery Shopper no 2 yang di'blur'kan.

Selain gambar depan outlet aku juga wajib ambil gambar manager. Mula-mula masuk memang tak nampak kelibat beliau, dalam setengah jam lepas tu baru nampak. Manager outlet ini adalah seorang perempuan. Sepatutnya kena ambil gambar close up dan tanya nama beliau tetapi nampak macam sibuk je menguruskan diri di depan cermin aku pun malas nak kacau. Makan lagi baik. Nyum nyum..

Suasana dalam Nando's

Dalam 12 section yang perlu aku pantau ada beberapa perkara yang terpaksa aku tanda 'NO'. Contohnya dalam gambar di atas. Satu meja tak lengkap set kutleri dan sos dalam rak tak separuh penuh. Selain tu, ada sampah di tempat cuci tangan. Untuk makanan aku rasa sedap je kot sebab aku dan kekanda masih boleh telan. Sos peri-peri pun sedap! Ala-ala thousand island tapi tak sama ye.

Lepas sesi makan-makan aku kena submit checklist dalam masa 12 jam dari masa kunjungan ke Nando's tadi. Kalau lambat hantar checklist, lambatlah dapat claim. Itu prosedur yang harus dipersetujui kedua belah pihak sebelum terima tugasan. Nak hantar checklist pun tak susah kerana kita hanya perlu isi online form dan hantar gambar dan resit melalui email. Kita akan diberi satu ID untuk submit checklist di laman web rasmi mereka. Mudah kan?

Kesimpulannya, ini adalah pengalaman yang sangat berharga dan menarik bagi aku. Soal wang dan habuan itu nombor 2 kerana pengalaman itu lebih berharga. Tak gitu? Hee.

Sedang menanti email dari Ms. Shy untuk task ke 2.



Thursday, June 10, 2010

Cuti-cuti Malaysia di Kota Tinggi Waterfalls Resort [Episod 2]


Meh nak sambung
Episod 1 Isnin lepas. Nyaris-nyaris terlupa u ols.

Snap dari dalam kereta. Lepas hujan.

Sedikit info mengenai KTWR a.k.a Wet World:

Dengan bayaran serendah RM110 hingga RM135 anda boleh menyewa mana-mana 43 unit bilik rumah panjang dan 20 calet untuk 1 atau setengah hari pada hujung minggu dan cuti umum. Selain itu terdapat juga enam dorm yang boleh memuatkan 15 orang setiap satu.

Anda boleh berekreasi dengan kemudahan yang disediakan seperti trek joging, bilik rehat yang dilengkapi karaoke dan pusat spa, kolam renang, restoran, kedai cenderahati atau menikmati kemudahan sukan seperti ping-pong, skuasy, sukaneka. Semuanya dilakukan di dalam suasana hijau sejuk mata memandang.

Beliau sedang ambil mood nak swimming. Jangan kacau.

Nak lagi adventure, ajaklah kawan-kawan atau rombongan sekolah untuk menyewa tapak perkemahan dengan kadar RM15 sahaja. Banyak aktiviti sampingan yang boleh dilakukan kerana resort ini juga menyediakan dewan yang dilengkapi sistem pembesar suara, memuatkan 250 orang dan sangat sesuai untuk penganjuran kursus dan seminar.

Kelebihan lain jika menginap adalah anda akan dikecualikan daripada membuang duit untuk bayaran masuk yang agak cekik darah la jugak. Kalau pergi macam rombongan cik kiah lebih baik jika anda menginap di sana. Sebabnya...

Dewasa: RM10/orang
Kanak-kanak : RM 5/orang
Kenderaan : RM 8/kereta @ van
Motor : RM 5/motor (kalau tak silap aku)

Tercekik tak darah rasa-rasa?

Okeh, lupakan sekejap darah tercekik tu. Meh kita tengok pula apa keseronokan yang akan dialami di sini. Selain daripada aktiviti berenang-renang, selam-menyelam, makan-makan dan sewaktu dengannya anda juga boleh menikmati servis terapi kaki menggunakan ikan secara percuma. Harga biasa yang aku survey di website 20 minit RM12. Mungkin lain tempat lain harga kot.

Tengok ikan jangan tengok kaki buruk tu.

Mula-mula kaki kena gigit manja dengan ikan tu memang geli tak ingat woh! Aku punya jerit je sudah bergema satu air terjun. Kekanda naik malu dengan perangai aku yang terjerit-jerit ni. Tapi bila dah lama-lama jadi seronok pula. Tak banyak pun ikan yang sudi datang dekat. Mungkin ada 2 je sebabnya, samaada kaki aku terlebih bersih atau terlebih busuk.

Sudah boring melihat ikan digigit kaki kaki digigit ikan, jom kita mendengki ikan pulak.

Sauk ikan di air terjun.

Mula-mula aku kutip daun besar dan ranting-ranting modified jadi sauk, guna dua tiga kali koyak la pulak. Sudahnya aku paksa kekanda buka baju dan aku berjaya sauk seekor ikan innocent yang sangat comel. Timang-timang kejap lepastu aku lepaskan, kesian beliau tercungap-cungap nak air.

Aktiviti lain adalah bermandi manda di swimming pool resort. Kemudahan ini percuma untuk yang menginap di resort tetapi RM5 untuk pengunjung biasa. Tercekik lagi darah nak membayar. Sekarang baru aku faham kenapa kekanda nak bayar RM110 rather than nak buat apa-apa kena bayar seba-serbi.

Mesti ramai yang menuju ke KTWR musim cuti sekolah ni.



Monday, June 7, 2010

Cuti-cuti Malaysia di Kota Tinggi Waterfall Resort


Entri ini boleh dikategorikan sebagai cerita basi. Hari ini baru ada kesempatan nak kepoci pasal percutian aku dan kekanda di Hari Wesak 2010. Hee. Ke mana kita? Air terjun Kota Tinggi atau dalam bahasa jawanya Kota Tinggi Waterfalls.


Perjalan dari rumah aku, Skudai ke Kota Tinggi Waterfalls Resort (KTWR) ini mengambil masa lebih kurang sejam. Kalau dari KL ke Seremban ke aku tak pasti. Nak agak-agak boleh tanya sama dia ini.

Sebenarnya ini adalah kali ke-2 aku ke sini. Bezanya sebelum ini aku datang masa bukan cuti umum. Jadi tempat itu hanya aku dan kekanda yang punya. Kali ini mestilah ramai orang dan yang buat aku pelik kaum yang menyambut Hari Wesak lagi ramai dari kaum kita. Tradisi sudah berubah ke apa? Aku tak tahu, korang pegi tanya mereka sendiri ye.

Kekanda sewa chalet sebab katanya penat drive selain dari mahu berehat-rehat di dalam suasana hijau. Gaya macam datang dari Grik je sampai nak sewa chalet bagai. Nak berjemur dari pagi sampai petang macam tak syok je bunyinya kan? Mungkin inilah alasan beliau yang logik.

Ada sesiapa yang bercadang nak datang tapi mahu kira budget? Meh aku tolong tapi tolong bagi info je lah. Im bad at calculation. Tak percaya tanya kekanda.




Kota Tinggi Waterfalls Resort

Phone#07-8836222 [Klik sini untuk nombor telefon yang terbaru!]
FAX# 07-8831146
Address Batu 10, Jalan Lombong, Kota Tinggi, 81900 Johor.
City Kota Tinggi
State Johor
Location City
Number of Rooms 63
Min. Rate 100.00
Max. Rate 135.00
Room Facility air conditioning,satelite/cable tv,refrigeration,hot/cold running water,shower,220 voltage
Food Beverage FacilityYes
Recreational Facility Yes
Other Facility conference/function room,24 hrs security,parking


Check In Time:1500 Hours Check Out Time:1200 Hours

Maklumat disedut dari sini. Tak pasti up-to-date ke tidak.

Lagi.ermm..













Alamak! Aku baru teringat. Ada kerja belum siaplah pulak, nanti aku up-date ye. Aku kat office ni. Bai.


Cekidout: Episod 2 Cuti-Cuti Malaysia: Kota Tinggi Waterfalls Resort.



Saturday, April 24, 2010

Wajah baru Jom Heboh 2010


Konsert Jom Heboh - [http://images.google.com]

Mentang-mentang Jom Heboh di Danga Bay, yang kat sini pun sama naik. Entah rumah mana yang berkaraoke tak ingat ni. Yang bikin hangat, berkumandang lagu-lagu Indonesia ok. Halo sedara, ni tanah tumpah darah aku & kau jugak, Malaysia! (tiba-tiba bersemangat patriotik). Aku agak diaorang ni tengah berlatih untuk menjadi DJ kenduri kahwin esok kot? Ataupun baru beli set karaoke di jualan murah Courth Mammoth. Boleh jadi jugakan. Biarkanlah, asalkan mereka bahagia.

Seperti yang disebut di perenggan atas, minggu ini (bertarikh 24-25 April) Jom Heboh (JH) 2010 berkampung di Danga Bay, Johor Bahru. Yang peliknya, kali ini macam kurang promosi. Aku lalu-lalang kat Danga Bay beberapa hari lepas, sebijik banner pun tak nampak. Gugel kat internet nak cari info pun tak banyak. Mungkin heboh-heboh kat TV sudah memadai sebab event ni fofular & sudah jadi rutin kat Malaysia. Semua orang macam alert lepas ni turn negeri mana. Aku je yang tak alert, mungkin kurang minat menonton tv.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, karnival JH dah masuk tahun ke-8. Kalau nak dibandingkan dengan umur seorang kanak-kanak, dia dah boleh berlari kesana-sini. Boleh kata gah juga nama JH ini. JH 2010 bermula di Stadium Bukit Jalil kemudian buat pertama kalinya di Kelantan, disusuli pula di negeri bertuah aku ni, Johor. Apa yang menarik ada desas-desus mengatakan format JH 2010 yang baru akan diteruskan di Johor Bahru.

Logo baru Jom Heboh - [http://images.google.com]

Melalui misi mencari maklumat aku sebelum ini, kelainan yang kita dapat lihat adalah pada logo JH yang diletakkan tulisan jawi. Menarik kan. Pendekatan ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada remaja kita zaman ini yang kurang didedahkan kepada tulisan jawi. Datang JH jangan lupa suruh pasangan masing-masing baca tulisan jawi tu ye. Hehe.

Selain itu, artis-artis jemputan untuk konsert JH adalah dikalangan lelaki sahaja. Anda tak kan nampak Siti Nurhaliza, Stacy, Mila atau yang seangkatan dengannya. Ya! tiada lagi artis wanita. Tak dapatlah jejaka-jejaka mencuci mata melihat pakaian seksi segelintir artis wanita kita. Ops. Off-record. Boleh jadi kontroversi ni. Walaupun hanya artis lelaki beraksi di pentas, konsert tersebut tetap meriah dan menghiburkan. Konsert mana yang tak menghiburkan ye tak?

Pada malam konsert, satu lagi perubahan dapat dilihat di mana pengunjung akan diasingkan mengikut 3 kategori iaitu individu lelaki, individu wanita dan berkeluarga. Wah, dah macam kategori pertandingan sukaneka Hari Keluarga pula. Atau aku guna perkataan yang tak sesuai. (Kategori?) Mengikut pengamatan blogger-blogger Kelantan, sambutan sangat menggalakkan walaupun berwajah baru. Mungkin sebab ini kali pertama jadi mereka terima sahaja apa pun perubahan. Ini hanya pendapat peribadi aku.

Tak sabar nak tengok macam mana sambutan orang JB kalau betul format ini diteruskan. Sama-sama kita nantikan lintas langsung dari Rumah 4 Tingkat. Zasss~


Updated ~ 1 Mei 2010 @ 1:08 p.m.

Hoh, boleh lupa pulak janji nak kepoh-kepoh pasal Jom Heboh JB. Secara kasarnya, JH di Johor Bahru diadakan seperti tahun lepas, tidak mengikut format di Kelantan. Maka terjawablah teka-teki yang lalu ye.

Konsert pada malam itu turut diserikan dengan penyanyi wanita dan tiada pengasingan kawasan bagi penonton. Aku tak pergi pun konsert malam tu, tapi dengar cerita daripada orang-orang yang pergi. Kalau dia orang tipu, maknanya
aku pun tipulah! Hehe.

Lagi satu, penaja pun macam tak ramai kali ni. Pentas konsert Hotlink yang gah itu sudah bertukar jadi pentas penyampaian hadiah di sekolah. Kenapa ya? Jum kita tanya orang-orang Maxis.