Belog Ohsem: Hari Raya

Jom selongkar

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Hadiah Hari Raya dari Dni


Masa balik kerja hari Selasa lepas, hati terdetik nak jengah peti surat kat rumah. Eh, ada sampul surat untuk akulah! Macam kenal jeeee tulisan tu.

Cepat-cepat ambil, masuk rumah campak handbag segala dan terus buka sampul tadi. Eksaited woh! Dah lama tak dapat surat chenta. Hee.

Moh tengok apa ada dalam sampul surat.

zap..

zap..

zass..

*efek koyakkan sampul surat

Tadahh...

Hah. Inilah dia isi kandungan sampul misteri tadi. Hadiah hari raya dari Dni. Tau dah tak surprise sebab tajuk terang-terang dah habaq. Saja nak meriahkan entri.

Jangan jeles haaa.. tak sampai seminggu puasa dah dapat hadiah raya. Ni mesti kes nak balas sebab
aku bagi keychain hari tu. Buat susah-susah aje Dni ni tau.

Brooch comel ni aku akan pakai masa hari raya nanti. Nama pun hadiah raya kan? Hee. Memandangkan baju raya belum cari lagi, bolehlah cekau baju dan tudung yang ada selit warna pink untuk match dengan hadiah Dni. Kebetulan memang takde idea nak tema warna apa untuk baju raya taun ni. Latest fashion pun aku tak tau. Hee.

Pinjam header eh cik Dni. Boleh kan? kan?

Aku gerenti u ols mesti selalu nampak header ni. Tak lain tak bukan kepunyaan cek mek molek Ardini Humaira. Salah seorang blogger kesayangan R4T. Aku selalu lepak belog beliau sebab cerita hidup dia menarik dan banyak influence aku.

Yang terbaru Dni ada cerita pasal Teh Lipton perisa Vanilla dan tak semena-mena aku pun nak rasa juga. Petang ni harus redah kedai dan cari sampai dapat. Aku memang cepat je terpengaruh kalau bab makan ni.

Mai secawan! Hee.

Sayam Dni ketat-ketat. Muaah!

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Pemenang Kuiz Menghitung Hari : "eh..apasal nama kak jie tak de pun? hahaha... mmg pemalas join contest, nak menang ape " - kujie




Monday, August 2, 2010

Moh Borong Baju Raya di Kota Tinggi


Ada sesetengah orang lebih selesa buat persiapan Hari Raya Aidilfitri sebelum puasa dan ada juga yang suka melakukannya pada hujung Ramadhan kerana lebih terasa bahang nak raya. Betul tak?


Semalam dengan jasa baik kekanda tersayang, aku bersama emak dan 2 orang adik telah melakukan sesi borong baju raya di bandaraya Kota Tinggi. Kawan tempat kerja emak yang cadangkan untuk beli baju raya di sini sebab murah-murah dan banyak pilihan.

Tahun ini baju raya tak ditempah macam tahun-tahun lepas, emak cakap beli yang dah siap lagi senang dan jimat kos. Selamat tinggal tukang jahit. Hee.


Deretan kedai yang menjual macam-macam pilihan baju raya ini berdepan dengan Farmasi Caremart Kota Tinggi dan berhampiran dengan Plaza Kota Tinggi dan cawangan baru outlet McDonalds. Orang-orang Kota Tinggi mesti tahu kawasan hotspot ini.

Sesiapa yang nak shopping baju raya kena singgah semua kedai yang ada sebelum buat pilihan nak beli yang mana satu. Tips membeli-belah kalau nak dapat harga murah di sini, kena borong di satu tempat sahaja sebab tuan kedai boleh turunkan harga ikut kehendak pembeli yang beli banyak. Kalau setakat beli sehelai tak dapeklah.
Nampak tu dek non, ini baru satu kedai belum singgah kedai yang sebelah lagi. Rambang mata tak tahu nak cekau yang mana satu. Baju Melayu yang berharga RM75 sepasang emak dapat RM90 untuk dua pasang selepas sesi tawar menawar. Untuk 4 pasang baju kurung pula tak lebih RM500 yang dibelanjakan. Murahkan?

Baju raya sendiri tunggu dah nak dekat raya nanti shopping.

Blog Pilihan Hari Ini
bARdboo

Entri Steamboat Sedap JB : "belanjalah saya..hehe" - bARdboo