Belog Ohsem: Jualan Murah

Jom selongkar

Showing posts with label Jualan Murah. Show all posts
Showing posts with label Jualan Murah. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Moh Borong Baju Raya di Kota Tinggi


Ada sesetengah orang lebih selesa buat persiapan Hari Raya Aidilfitri sebelum puasa dan ada juga yang suka melakukannya pada hujung Ramadhan kerana lebih terasa bahang nak raya. Betul tak?


Semalam dengan jasa baik kekanda tersayang, aku bersama emak dan 2 orang adik telah melakukan sesi borong baju raya di bandaraya Kota Tinggi. Kawan tempat kerja emak yang cadangkan untuk beli baju raya di sini sebab murah-murah dan banyak pilihan.

Tahun ini baju raya tak ditempah macam tahun-tahun lepas, emak cakap beli yang dah siap lagi senang dan jimat kos. Selamat tinggal tukang jahit. Hee.


Deretan kedai yang menjual macam-macam pilihan baju raya ini berdepan dengan Farmasi Caremart Kota Tinggi dan berhampiran dengan Plaza Kota Tinggi dan cawangan baru outlet McDonalds. Orang-orang Kota Tinggi mesti tahu kawasan hotspot ini.

Sesiapa yang nak shopping baju raya kena singgah semua kedai yang ada sebelum buat pilihan nak beli yang mana satu. Tips membeli-belah kalau nak dapat harga murah di sini, kena borong di satu tempat sahaja sebab tuan kedai boleh turunkan harga ikut kehendak pembeli yang beli banyak. Kalau setakat beli sehelai tak dapeklah.
Nampak tu dek non, ini baru satu kedai belum singgah kedai yang sebelah lagi. Rambang mata tak tahu nak cekau yang mana satu. Baju Melayu yang berharga RM75 sepasang emak dapat RM90 untuk dua pasang selepas sesi tawar menawar. Untuk 4 pasang baju kurung pula tak lebih RM500 yang dibelanjakan. Murahkan?

Baju raya sendiri tunggu dah nak dekat raya nanti shopping.

Blog Pilihan Hari Ini
bARdboo

Entri Steamboat Sedap JB : "belanjalah saya..hehe" - bARdboo



Thursday, July 29, 2010

Sale! Moh Kita Serang!!


Ekceli semalam aku bukan takat menyinggah ke outlet Clinique, tapi juga ke ruang legar CS yang tengah dok buat sales secara besar-besaran. Dah macam kenduri kahwin pun ada aku tengok. Orang punyalah ramai tak hingat.

Konon-konon nak lalu lalang dan tengok-tengok
namun dek kerana tag harga tertulis RM10 sahaja tiba-tiba niat aku bertukar ke mode 'moh ngabehkan boreh'. Tak berabes mana pun sebab keluar not RM10 sekeping jeee.


Heels 4 inci (kot) Summit inilah yang aku rembat semalam. Sudah ketinggalan zaman baru aku nak pakai. Ah, aku pedulik hapa janji boleh sarung di kaki dan jalan. Belt kat sebelah tu bukan dari sana. Aku rembat di tempat lain untuk bagi pada kekanda. Hadiah pujuk-pujuk sebab dia merajuk semalam. Hee.

Selain warna biru hitam ada lagi warna purple hitam dan merah hitam (zie musti rembat kalau dia nampak ni) Yang tinggal semua saiz untuk kaki kecik 35-40. Saiz 35 yang satu ketul muat-muat untuk kaki aku.

Nak tau pasal jualan murah ni? Nah tengok:

Shoes and Accessories Clearance Fair
Date : Jul 27 - Aug 02
Location : Atrium 1, in front of SK Jewelry and Levi's

If you are looking for great bargains and great selections of shoes and accessories, don't miss the clearance fair at JB City Square end of this month! Participating brands are Mixit, Summit, Silver Planet, Sugar, Silver Lady, Pop Kakis, Fabiano Ricco and so on.

Sumber: city-square.com

Dah jengah muzium kekanda? Kalau belum jemputlah...
(nak promote 3 hari 3 malam. hee)


Blog Pilihan Hari Ini
No Preservatives... Just Kind!!!

Entri Misi Rembat Clinique Travel Set Berjaya! : "okay ke clinique? takut jugak nak tukar2 kosmetik ni.. bahan2 kimianya kita tak tahu. hehehe... ingat nak guna tradisional punya je.. senang... hahaha... rajin ke akak ni... " - anis alya



Wednesday, July 28, 2010

Misi Rembat Clinique Travel Set Berjaya!


Lepas baca entri ini dari belog RM, aku cepat-cepat tweet dia tanya betul ke boleh tolong belikan travel set tu. Aku memang dah lama berangan nak cuba-try-test produk Clinique tapi faham-fahamlah dengan harga yang boleh buat kita berpeluh bila memikirkannya.

Dalam entri tu RM mention "im not your skin specialist, aku boleh jadi PS belikan jer kalau nak advise tang mana sesuai ngan kulit ko tu memang bukan bidang aku sesangat." Jadi untuk mengelakkan daripada tersalah beli aku terus geladah laman web Clinique dan cari info pasal produk tu.

Menurut laman web tersebut, sebelum membeli sesuatu produk kita perlu buat analisis kulit di outlet mereka. Aku telefon dulu untuk pastikan tentang maklumat promosi ini sebelum terjah ke sana. Manalah tahu promosi itu hanya valid di KL saja kan.

Petang semalam aku bercakap dengan Ms. Chin dari Clinique City Square (CS) Johor Bahru. Beliau menjemput untuk datang ke sana dan bertemu dengan perunding mereka.


Kebetulan petang tadi aku ada kerja nak dibuat di CS jadi menyinggah lah sekejap ke outlet Clinique. Staff yang peramah itu melayankan kerenah aku hampir sejam. Yelah, aku mana pernah pakai jadi macam-macam soalan nak di tanya.

Outlet Clinique di City Square, Johor Bahru

Ekceli, u ols kena beli at least satu produk yang mereka jual kalau nak hangkut travel set berkenaan. RM dapat hangkut selori sebab beliau memang regular customer, jadi sapa-sapa nak travel set ini sila buat request di contact Red. Lain tempat kalu dia takmoh layan. Tertakluk pada terma & syarat. Hee.

Oleh kerana aku menyatakan hasrat yang ingin mencuba produk ini, staff tersebut telah menggunakan kuasa veto beliau untuk bagi aku beli juga tanpa rembat apa-apa produk lain. Sungguh terharu aku dibuatnnya.

Mengikut nasihat cik *** dia sarankan aku guna set anti-blemish solutions memandangkan kulit aku ada banyak sangat aksesori bertakhta. Adeh! kan dah kantoi.


Travel set Anti-Blemish Solutions ini mengandungi:
i. 1 ketul Anti-Blemish Solutions Cleansing (Bar for Face and Body), 50 gram
ii. 1 botol Anti-Blemish Solutions Clarifying Lotion, 60 ml
iii. 1 botol Anti-Blemish Solutions Clearing Moisturizer Oil-Free, 30 ml
iv. Beg putih comel gila

Cik **** habaq, kalau hangkut trial pack adalah dalam RM180++ harganya. Fuh..punyalah jauh beza kan. Maka, tatkala rezeki sudah datang bergolek mohlah kita rembat sebelum putih mata.

Kesimpulannya aku sangat gembira setelah dapat benda alah ini. Tak payah lagi susahkan RM mintak tolong belikan. Btw, credit to her sebab habaq tentang promosi best ni.


Dah jengah muzium kekanda? Kalau belum jemputlah...

Blog Pilihan Hari Ini
[Kazaztan Team]

Entri Muzium untuk Foto Kekanda : "ooooo tu blog baru ye..dah gie...jumpe bunga kaler pinkkk " - [Kazaztan Team]



Tuesday, June 29, 2010

Shopping Bajet: 4 Item untuk RM50


Entri mode terkenan dengan belog encik Penyubiru.

Tatkala tengah berdedikasi buat kerja di pejabat (konon-konon), aku dapat mesej dari geng IMGLAD yang nun jauh di pulau Langkawi sana. Meh kita namakan beliau sebagai Nana. Cik Nana minta nasihat aku untuk memilih solution mana yang sesuai dengan contact lens Freshlook milik beliau. Adess! aku bukan tau sangat pun sebab setiap bulan aku tukar brand solution. Ada orang cakap solution ni kena pilih ikut keserasian mata kita. So far, mata aku ni tenyeh apa saja pun ok sokmo. Solution RM9.90 sebotol pun tiada masalah. Jangan nanti masa tua berkarat mata aku sudahlah. Hee. Mintak jauh.

Nana habaq, di sana susah nak bergerak jadi aku volunteer tolong dia belikan solution. Kesian kawan aku sorang ni. Petang balik kerja terus aku menuju ke Jusco Taman Universiti untuk carikan solution Nana. Sementara nak dapatkan persetujuan cik Nana mana satu solution yang beliau berkenan aku tawaf la tingkat 2 mencuci mata. Cis, takkan cuci mata semata. Dah alang-alang ke sini baik aku beli apa-apa yang patut. Amaran! Jangan tertipu. Barang yang tak patut pun ada juga sebenarnya.

4 barang mengikut cita rasa aku yang sempat disauk ada dalam gambar di bawah. Bajet? Seperti yang dinyatakan pada tajuk entri, hanya RM50.

Hee. Memang bukan barang branded ye tuan-tuan dan puan-puan. Kira oklah untuk seorang pekerja makan gaji seperti aku. Tambah pula aku tak reti sangat nak bergaya, jadi mana yang sedap mata memandang itulah yang akan menjadi pilihan. Meh nak kepoci satu persatu:

Item No 1
Nama penuh ikut IC : Beg Polister cap COLORIS
Harga : RM9.90. Murah gila. Harap bukan kualiti murahan.
Lokasi: Ladies Dept. Jusco
Sebab musabab beli :
1. Kekanda selalu ajak aku pergi ke pantai dan kawasan-kawasan yang ada unsur air. Jadi aku rasa beg ini sangat sesuai untuk menggantikan beg plastik kedai kasut yang aku selalu guna untuk elakkan lencun barang-barang aku.
2. Lawa pun lawa nak dibandingkan dengan beg plastik kedai kasut.
3. Siap ada beg tambahan. Boleh letak toiletries atau barang make-up.
Komen: Beg ini tak sesuai untuk bubuh barang-barang melebihi 2 kg. Setakat nak sumbat tuala mandi, kain baju kotor/bersih bolehlah. Kalau degil juga mahu hangkut segala harta aku cadangkan baik beli beg troli, bukan beg ini. Aku sangat suka coraknya walaupun cap COLORIS itu agak asing bagi aku. Aku ada gugel tapi tak pasti mereka satu geng ke tidak.

Diculik dari google images.

Item No 2
Nama penuh ikut IC : Dettol Instant Hand Sanitizer
Harga : RM4.67 Harga SALE! Biasa RM5++
Lokasi: Watson. Kedai kegemaran.
Sebab musabab beli :
1. Botol ini comel.
2. Bau wangi.
3. Takut kena H1N1 maka kenalah jaga kebersihan.
Komen: Hand Sanitizer ni ada Charmomile extract dan aku rasa jenis ni baru lagi di pasaran Malaysia. Tak pernah nampak pun sebelum ni.

Item No 3
Nama penuh ikut IC : Rahsia
Harga : RM4.68 Harga SALE juga! Beza 1 sen dengan item No 2.
Lokasi: Watson lagi.
Sebab musabab beli :
1. Salah satu keperluan aku.
2. Wangi.
3. Blablabla
Komen: No komen.

Item No 4
Nama penuh ikut IC : 2 pasang selipar agak jamban
Harga : RM29.90 pssst..Beli 1 percuma 1
Lokasi: XES kedai kasut.
Sebab musabab beli :
1. Selipar lembut macam ada bantal di kaki. Aku selalu berjalan jadi sangat sesuai dengan kaki.
2. Pantang nampak ayat ---> Beli 1 Percuma 1
3. Sengaja beli nak tambah koleksi. Ecece. Sebenarnya selipar aku semua sudah jahanam. Tak reti nak jaga.
Komen: Pilihan kasut membuktikan betapa rendahnya taste aku. Sumpah aku tak reti nak pilih jadi tolong jangan kutuk. Kerjasama anda sangatlah dihargai.

Pesanan terakhir dari aku..WATSON tengah SALE woh. Jom kita serang!!!!

Ai ♥ Watson
Ala-ala rancangan tiwi 'Destinasi Bajet'. Siapa nak tips penjagaan lens habaq mai ok? Ekslusif dari pengalaman aku.



Monday, June 21, 2010

Entri 4 dalam 1. Mode lincah


Bab 1


Contest di blog Riwayat Hariku telah pun berakhir pada Ahad lepas, 20 Jun 2010. Nasib tidak menyebelahi aku kerana pemenangnya bukan dari rumah ini. Tahniah kepada cik Syakila ;) Eh, ada contest barulah! Kalau berminat nak join klik link yang ada tadi.

Nak tahu apa 10 barang yang aku teka ada dalam porch beg bro? Rajin-rajinkan tangan kelik sini dengan gembira.

Bab 2

Ingat lagi janji aku nak hapdate tentang jualan murah besar-besaran kedai buku Popular di CS? Hari ini baru aku nak tepek gambar banner yang sempat aku snap masa jalan-jalan semalam.

Hah, nampak tak? Sudah zoom habis ni. Malangnya jualan murah itu telah pun berakhir semalam. Siapa yang tak dapat pergi meh nyanyi sama-sama lagu CT & KD. Hee ;)

Bab 3

Akhirnya aku berjaya mendapatkan twitter badge idaman hati dengan bantuan bro gnesop. Mekasih daun keladi bro sebab bagi aku tutorial itu. Special thanks juga kepada incek lanunsepet kerana sudi feedback untuk soalan cepu emas aku mengenai twitter di blog beliau. Sampai sanggup buat testing post untuk mengesahkan ketepatan maklumat yang diberi. Terharu maks!

Ekceli aku sudah lama bela burung sekor ni tapi tak ghairah langsung nak menggunakannya. Lepas jumpa tutorial auto-feed blogger post ke twitter barulah aku rasa semangat nak berkicau setiap hari. Micro-blogging ni salah satu medium untuk kepoci entri baru. Rugi betul aku tak mulakan dari dulu.

Kesimpulannya, eksperimen aku pada mulanya yang sedikit gagal, setelah dibelek mana yang patut ia berjaya berfungsi seperti yang diharapkan di atas bantuan blogger seperjuangan. Kesian kat aku sebab blogger lain dah berzaman gunakan twitter untuk tujuan suci murni seperti ini. Rasa jahil gila tau. Haha.

Jika ada yang nak sama-sama kepoci di sarang burung R4T, jemput tambah makhluk tuhan paling tak seksi --> Kieyu424. Terima kasih ;)

Bab 4

Semalam aku dengan adik yang bongsu telah keluar berduet untuk menonton Karate Kid. Mengikut itinerary maya aku, mulanya nak ke Tebrau City tetapi terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir sebab limo kuning tak munculkan diri, masa pula sudah semakin suntuk. Jadi kami tukar arah ke CS. Kebaikannya aku dapat snap gambar untuk laporan di bab 2.

Aku tak nak review cerita ini sebab dah ramai blogger tolong review kan. Tapi nak komen sikit, boleh kan? Hee.

"Cerita ni tak best sangat sebab aksi kung-fu tak berapa nak banyak. Jalan cerita lebih tumpukan kepada hal lain. Frust sebab tak dapat tengok Jackie Chan beraksi macam filem-filemnya yang lain" - pandangan peribadi adik aku setelah diubahsuai bahasa secukup rasa.

Yezza, kat sebelah kiri inilah wajah beliau. Geng blogger JB, kalau ada nampak dia buat perkara yang bukan-bukan jangan lupa roger aku ye.

Karate? Kung-fu? Perkara yang sama atau ada beza?
Tolong jawab untuk aku boleh tak. Malas nak gugel. Hee.

Satu hal tentang panggung wayang, rupanya ramai lagi warga Johor yang tak tahu tiket boleh dibeli di tingkat 7. Mereka sanggup bersesak-sesak di bawah padahal kaunter atas lengang, macam tak laku pun ada. Haha. Pada mulanya aku pun hampir terlupa boleh beli kat sana. Nasib baik akal bertindak cepat retrieved balik maklumat. Kalau tidak memang masak nak tunggu turn beli tiket.

Suasana aman dan damai di tingkat 7 Cathay Cineplex, City Square.

Ada satu lagi hal sebelum aku lupa. Masa balik kerja tadi aku naik limo kuning dia ni. Aku berkesempatan snap muka dia terang tang-tang. Ingatkan mahu show-off di R4T tapi nak tanya anda dulu, patut ke tak? Taknak jadi isu je nanti sebab ada blogger kita yang dah terkena. Kekanda kesayangan cakap toksahlah cari pasal. Tapi kalau ada yang request mungkin aku pertimbangkan.

Plan nak tengok LBS free juga terpaksa ditunda ke esok hari sebab cinema sudah full-booked. Malang sungguh nasib.



Friday, June 18, 2010

Jika Kau Tak Datang. CT feat KD & Popular


Era.fm baru lepas mainkan lagu Jika Kau Tak Datang duet 2 diva; Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti. Dalam sehari aku agak ada dalam 30 kali dimainkan. Okey aku tipu. Tak taulah berapa kali tapi memang banyak. Maknanya lagu ni diminati ramailah kan. Meh nyanyi sama-sama.

Terima kasih google image ;)

Jika Kau Tak Datang – Siti Nurhaliza ft Krisdayanti

Jika kau tak datang

Jika kau ingkari

Aku sesali…
sesali


Jika kau tak datang

Jika kau ingkari

Aku kan mencari lagi

Jika batas waktu yang kau berikan telah tiba

Tak ada alasan apapun yang ingin kudengar

Kamu harus datang


*Saat-saat indah yang selalu kunanti-nanti

Kau ikatkan janjimu untuk sehidup dan semati

Hanya demi kamu


**Mesranya berdua merengkuh semesta

Nikmati gelora asmara

Lepaskan gejolak membara oh


Chorus

Jika kau tak datang

Jika kau ingkari

Aku sesali sesali


Jika kau tak datang

Jika kau ingkari

Aku kan mencari lagi

Cinta lain

Yang mengerti aku

Sungguh Pasti


Ulang *, **
Ulang Chorus


Mengapa hanya

Aku yang merasakan kebimbangan

Resahku oh


Ulang *, **
Ulang Chorus
#

Aku pasti akan menyesali

Pasti akan menyesali



Ok. Sudah nyanyi meh nak habaq satu cerita. Semalam aku terkedek-kedek ke City Square (CS) lalu menemukan sesuatu yang menarik di sana. Jum cekidout suasana di ruang legar mall:

Hah. Dapat agak tak apa yang sedang berlangsung? Yezza, tepat sekali. Jualan murah besar-besaran dari syarikat buku Popular. Up to 70% u ols! Berlambak buku-buku dari pelbagai jenis ada di sini. Cik akak dan cik abang di sekitar Johor Bahru yang pesen ulat buku bolehlah datang serbu.

Aku tak pasti berapa lama jualan ini akan berlangsung. Semalam nak cepat punya pasal snap gambar masa tengah berjalan, atas eskalator. Banner pun aku tak perasan. Takpelah, nanti kalau pergi lagi aku update info ye. Takpun anda usha je laman web rasmi Popular untuk promosi yang akan datang.

Tak tahu lokasi City Square di mana? Meh aku bagi peta kenduri. Klik la, jangan malu-malu.

Lagu di atas ditujukan kepada sesiapa yang tak pergi jualan murah ini. Hee.