Belog Ohsem: Hadiah

Jom selongkar

Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Terima Kasih dan Tahniah MJ

Dalam sibuk sibuk dengan kerja dan kehidupan di alam realiti *cewah!* cik MJ kita sempat buat GA tau. GA 1st Gaji Yang Happy diberi nama. Sama-sama happy sebab dia dapat gaji, readers belog MJ dapat hadiah. Yeay!


Ewah! Happy benar cik MJ sampai bertukar wajah. Hee. Untuk pengetahuan u ols, beliau dah pun selamat bergraduasi ujung bulan lepas. Tak terlambat rasanya nak ucapkan Tahniah kan? So here we go:


Monday, December 20, 2010

Hadiah dari ardinihumaira.com


Aku dapat hadiah lagi buat kali ke sekelian kalinya dari cik ardini humaira kesayangan ramai. Jangan jeles aaa :p Nak tengok tak hadiahnya? Nah bagi hint sikit. Lepas kepoci nanti baru tunjuk hok penuh punya. Hee.

Ekceli aku dapat hadiah ni sebab menang salah satu contest yang dni anjurkan yakni Contest Print, Screen & Win! Seronok kemain tau bila dni umumkan yang aku adalah salah seorang pemenang bertuah dalam entri ni:


Saturday, August 21, 2010

Hadiah Hari Raya dari Dni..Lagi


Sampul surat dengan tulisan tangan comel itu datang lagi minggu lepas. Kali ini aku jumpa atas meja, bukan dalam peti surat. Mungkin ayah yang ambilkan. Balik kerja penat-penat terus senyum lebar bila nampak sampul surat untuk aku. Hee.

Kawan blogger kesayangan cik Ardini Humaira bagi hadiah hari raya yang kedua. Hok nombor satu ada sini. Kata Dni hadiah yang lepas itu kembar dengan brooch dia punya. Suka tau!

Hadiah kali ini ada kembar 4 sebab Dni poskan jugak kepada 2 lagi blogger lain iaitu
Zie (lesbo beliau) dan Weeda. Ouh! sangat terharu sebab dalam banyak-banyak blogger yang sayang sama Dni, aku adalah salah seorang yang terpilih dapat hadiah.

Dni bagi brooch biru dalam sampul avon koleksi terbaru dia. Kalau nak tahu Dni memang suka buat koleksi sampul raya dari avon. Maklumlah, regular customer katanya. Blogger Kelantan yang nak order barang avon boleh roger Dni. Hee. Promote sekejap.
Brooch warna biru yang berkilau-kilau itu sangat memikat hati. Mestilah suka sebab biru warna kegemaran. Bertambahah koleksi barang biru aku. Hoyehh!!

Bersama brooch cantik ada diselitkan nota kecil yang sangat meruntun jiwa bila aku baca. Lagi-lagi tang 'Brooch ni sebagai tanda persahabatan kita.' Rasa dihargai sangat. Terima kasih Dni, sayang berkoyan-koyan sama kamu.


Aku harap persahabatan ini akan berkekalan sampai bila-bila.




Friday, August 13, 2010

Hadiah Hari Raya dari Dni


Masa balik kerja hari Selasa lepas, hati terdetik nak jengah peti surat kat rumah. Eh, ada sampul surat untuk akulah! Macam kenal jeeee tulisan tu.

Cepat-cepat ambil, masuk rumah campak handbag segala dan terus buka sampul tadi. Eksaited woh! Dah lama tak dapat surat chenta. Hee.

Moh tengok apa ada dalam sampul surat.

zap..

zap..

zass..

*efek koyakkan sampul surat

Tadahh...

Hah. Inilah dia isi kandungan sampul misteri tadi. Hadiah hari raya dari Dni. Tau dah tak surprise sebab tajuk terang-terang dah habaq. Saja nak meriahkan entri.

Jangan jeles haaa.. tak sampai seminggu puasa dah dapat hadiah raya. Ni mesti kes nak balas sebab
aku bagi keychain hari tu. Buat susah-susah aje Dni ni tau.

Brooch comel ni aku akan pakai masa hari raya nanti. Nama pun hadiah raya kan? Hee. Memandangkan baju raya belum cari lagi, bolehlah cekau baju dan tudung yang ada selit warna pink untuk match dengan hadiah Dni. Kebetulan memang takde idea nak tema warna apa untuk baju raya taun ni. Latest fashion pun aku tak tau. Hee.

Pinjam header eh cik Dni. Boleh kan? kan?

Aku gerenti u ols mesti selalu nampak header ni. Tak lain tak bukan kepunyaan cek mek molek Ardini Humaira. Salah seorang blogger kesayangan R4T. Aku selalu lepak belog beliau sebab cerita hidup dia menarik dan banyak influence aku.

Yang terbaru Dni ada cerita pasal Teh Lipton perisa Vanilla dan tak semena-mena aku pun nak rasa juga. Petang ni harus redah kedai dan cari sampai dapat. Aku memang cepat je terpengaruh kalau bab makan ni.

Mai secawan! Hee.

Sayam Dni ketat-ketat. Muaah!

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Pemenang Kuiz Menghitung Hari : "eh..apasal nama kak jie tak de pun? hahaha... mmg pemalas join contest, nak menang ape " - kujie