Belog Ohsem: Mystery Shopper Diary

Jom selongkar

Showing posts with label Mystery Shopper Diary. Show all posts
Showing posts with label Mystery Shopper Diary. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Payment untuk Mystery Shopper Sudah Masyuk!


Aku mula berjinak-jinak dalam dunia Mystery Shopper (MS) ini sejak bulan Mac lepas. Ada entri kepoci pasal ni bawah tajuk
Aku Seorang Spy a.k.a Mystery Shopper. Tujuan aku join hanya untuk tambah duit kocek dengan pendapatan sampingan. Selain itu, nak mengutip segala macam pengalaman sepanjang menjalankan task yang telah diamanahkan. Buat kerja ni memang seronok woh!

Alhamdulilah hari ini aku dapat e-mail dari CRCG Sdn. Bhd menyatakan payment untuk 2 task yang telah aku lakukan sudah pun masuk ke akaun Maybank. Sengih sampai telingalah aku membaca, mana taknya ada $$$ dalam isi surat elektronik tu. Hee.

Tak banyak yang aku dapat tapi berbaloilah dengan usaha aku. Lagipun baru 2 task yang aku buat. Nak review semula apa task yang aku buat sebelum ni? Moh kelik:
Lepas ni ada lagi task baru untuk Retail Mobile Phone Census Research tapi yang ini masih dalam perbincangan. Sudah confirm sok aku kepoci punya. Secara kasarnya tugas aku kali ini kena buat survey ke setiap kedai telekomunikasi dan dapatkan maklum balas daripada pekerja / pemilik kedai itu.
Kalau sebelum ini aku kena keluar duit dulu untuk sudahkan task, tetapi untuk kali ini aku akan dapat payment berdasarkan setiap borang research yang aku isi. Agak lumayanlah juga sebab kena singgah segala kedai telekomunikasi untuk semua poskod yang aku dah kata boleh pergi. Aku dah setuju 6 poskod untuk task lepas ni. Memang berjalan sakanlah tapi takpe! Sebab aku lagi suka. Hee.

Sekian laporan untuk MS Diary bulan ini.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Feedback dari Robb tentang RM2 Bayaran Transaksi Cashout Nuffnang : "owh.. typo rupanya.. nasib ada yang sedar ye.." - salmiahehehe




Sunday, July 25, 2010

MS Task 2: Nando's Weekend Dinner II


MS Task 1 done! Ekceli entri makan-makan ini sudah lama aku delay. Untuk task 2nd half July aku kena buat sesi Lunch Weekdays (19-30 Julai) di outlet Nando's Plaza Pelangi. Oleh kerana kena pergi masa lunch, aku tak boleh nak buat task ni. Mana sempat nak ke sana pada waktu kerja. Akhirnya Ms. Shy offer aku untuk buat task yang sama macam minggu lepas di CS sebab belum ada MS yang ke sana.

17 Julai 2010 (Sabtu) aku ajak kekanda pergi ke Nando's CS sebab kebetulan nak tengok wayang hari itu. Tunggu je lah review cerita Mantra lepas ni ye. Hee. Bajet makan tetap sama tak boleh lebih RM46 dan segala tiket parking dan toll akan disponsor.


Outlet Nando's di CS lebih besar dari Plaza Pelangi dan pekerjanya pun dua kali lebih ramai. Memang patutlah sebab mall ini menjadi tumpuan utama kaki shopping di Johor Bahru. Dah penat cuci mata mestilah sesi isi perut pula kan?

Disebabkan aku wajib datang masa peak hour haruslah ada ramai customer yang memenuhi outlet ni. Jadi pengurusan pun agak kelam kabut. Usher kat pintu masuk ntah ke mana, menu atas welcome board pun dah berterabur bagai. Biasalahkan bila ramai customer memang tak menang tangan staff nak melayan semua perkara.

Nampaknya entri lepas berjaya menyumbangkan trafik kepada R4T. Keywordnya adalah 'menu sedap nando' tetapi malangnya aku tak mention pun apa yang aku ngap pada hari itu. Kira halal la ye. Kali ini aku akan kepoci makanan apa yang berjaya melalui tekak aku dan kekanda.

Disebabkan tak sampai sejam lagi wayang nak mula, aku dan kekanda memilih menu yang simple dan cepat telan. No starter, no desserts. Grilled Chicken Strips, Rice & Fresco Salad (RM12.20) + Sparkling Apple (RM5.30) untuk aku dan 1/4 Chicken (RM10.90) + Hot Chocolate (RM6.30) untuk kekanda. Jumlah besau RM40.60 termasuk tax segala.

Untuk menu pilihan kali ini boleh tahan sedap sebab tengah lapar masa tu. Kalau u ols nak tahu menu yang ada di Nando's dengan harganya sekali sila klik sini. Menu yang sedap pilihlah Nando's choice yang ada tanda heart tu. Aku ada cuba dan memang sedap. Laman web Nando's ini memang cun habis! Keliklah.

Kekanda sudah jemu hadap Nando's. Hee.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri E-mail Meragukan dari Atiqah : "isk..halus betul trick org skrg nk menipu... " - cik aiLebiu



Sunday, July 11, 2010

MS Task 1: Nando's Weekend Dinner


Akhirnya, task pertama untuk Mystery Shopper sudah pun berjaya dilaksanakan. Mission accomplished. Yeay!

Untuk task yang julung kalinya dilakukan ni, aku telah menyepai (--> spy) Nando's outlet di Plaza Pelangi pada 10 Julai 2010 hari Sabtu yang lepas. Bagi sesiapa yang belum tahu apa itu mystery shopper bolehlah mengimbau semula kenangan silam ini. Kelik link ye. Mekaseh.

Ini adalah task untuk 1st half of July jadi syaratnya mesti dilakukan pada hujung minggu dalam tarikh 1-15hb Julai dan masanya adalah antara 6 - 8 malam (Dinner). Ada faham? Hee.

Nando's Plaza Pelangi - Level 1

Tepat jam 6.22 petang dengan perasaan yang sangat teruja dan sikit-sikit nervous, aku dan kekanda melangkah masuk ke outlet berkenaan. Ceh! macam nak buat apa sampai nervous bagai. Untuk task ini aku diwajibkan mengambil gambar depan outlet tersebut sebagai bukti aku sudah menjejakkan kaki ke sana.

Masa nak snap gambar depan outlet, ada 2 orang staff Nando's meluru ke pintu masuk sebab nampak dua ketul makhluk ni macam nak singgah. Aku cakap dengan kekanda 'Dia orang macam tau je saya nak spy'. Kekanda gelak dengar statement aku yang gelabah semacam. Walhal aku dah tau yang itu mmg prosedur mereka kena usher guest yang datang. Adeh, tiba-tiba rasa looser gila.

Bajet makan untuk task ini adalah RM46 dan terpulanglah nak bawa sesiapa pun. Nak bawa geng sampai sekampung boleh, nak makan sorang-sorang pun tiada masalah asalkan tak melebihi kuota. Kalau lebih tu sendiri tanggung la ye dik non. Dalam RM46 tu pula menu wajib order adalah ayam, coleslaw dan nasi. Sebab 3 jenis makanan ni aku kena evaluate. Wah, feeling-feeling chef terkenal la aku!

Manager outlet dalam bulatan merah dan Mystery Shopper no 2 yang di'blur'kan.

Selain gambar depan outlet aku juga wajib ambil gambar manager. Mula-mula masuk memang tak nampak kelibat beliau, dalam setengah jam lepas tu baru nampak. Manager outlet ini adalah seorang perempuan. Sepatutnya kena ambil gambar close up dan tanya nama beliau tetapi nampak macam sibuk je menguruskan diri di depan cermin aku pun malas nak kacau. Makan lagi baik. Nyum nyum..

Suasana dalam Nando's

Dalam 12 section yang perlu aku pantau ada beberapa perkara yang terpaksa aku tanda 'NO'. Contohnya dalam gambar di atas. Satu meja tak lengkap set kutleri dan sos dalam rak tak separuh penuh. Selain tu, ada sampah di tempat cuci tangan. Untuk makanan aku rasa sedap je kot sebab aku dan kekanda masih boleh telan. Sos peri-peri pun sedap! Ala-ala thousand island tapi tak sama ye.

Lepas sesi makan-makan aku kena submit checklist dalam masa 12 jam dari masa kunjungan ke Nando's tadi. Kalau lambat hantar checklist, lambatlah dapat claim. Itu prosedur yang harus dipersetujui kedua belah pihak sebelum terima tugasan. Nak hantar checklist pun tak susah kerana kita hanya perlu isi online form dan hantar gambar dan resit melalui email. Kita akan diberi satu ID untuk submit checklist di laman web rasmi mereka. Mudah kan?

Kesimpulannya, ini adalah pengalaman yang sangat berharga dan menarik bagi aku. Soal wang dan habuan itu nombor 2 kerana pengalaman itu lebih berharga. Tak gitu? Hee.

Sedang menanti email dari Ms. Shy untuk task ke 2.



Saturday, July 3, 2010

Aku Seorang Spy a.k.a Mystery Shopper


Al-kisah.. (toiyibbb) semalam aku dapat panggilan dari orang Key Ell yang menyatakan aku terpilih untuk menjadi salah seorang Mystery Shopper (MS) bagi zon Johor Bahru. Ekceli, aku baru tahu wujudnya makhluk MS ini di alam nyata, aku ingat ada dalam game Dinner Dash je. Err..sebelum terjebak dalam dunia blogger aku memang haruk main game ni.

Terima kasih kepada cik Dahlia yang ranking blognya fulamak! tinggi mencakar langit woh. Beliau ada buat satu entri mengenai jemputan untuk menjadi mystery shopper dan kerana entri ini juga aku mendapat panggilan dari Key Ell tersebut. Tak sangka sangat terpilih sebab aku sendiri sudah lupa bila isi borang.

E-mail jemputan kahwin MS

Orang Key Ell itu memperkenalkan diri beliau sebagai Ms.Shy dan beliau adalah salah seorang staf di CRCG Sdn. Bhd. Kepada anda yang masih blur-blur mengenai MS ni, boleh klik link dan baca segala info yang ada di sana sebab sudah baca confirm faham. Kalau rasa berminat nak join boleh isi online form.

Malas nak kelik? Meh aku copy paste sikit tentang MS:

'The aim of Mystery Shopping is to provide business information on customer service improvement. This objective can be achieved by providing information on the operations and the quality of service it is providing. Mystery shoppers posing as normal customers perform specific tasks—such as purchasing a product, asking questions, registering complaints or behaving in a certain way – and then provide detailed reports or feedback about their experiences. Mystery Shopping allows you to look through the eye of the customers and therefore your company is able to improve customer experience and to improve customer service awareness. Mystery Shopping can cover the client’s own organization, intermediate agents or competitors.' - What can Mystery Shopping do for your brand?


Imej di copy dari sini.

Bahasa mudahnya, MS ni ala-ala spy juga. Ada misi yang harus dijalankan dan perlu hantar report kepada ketua masing-masing. Aku memang suka buat kerja macam ni sebab boleh dapat banyak pengalaman ;) Untuk task pertama aku ditugaskan untuk spy sebuah restoran makanan segera yang agak terkenal, adik beradik dengan Kenny Rogers tapi lain mak lain bapak. Kos untuk makan-makan, tol, parking adalah ditanggung beres oleh CRCG Sdn. Bhd. Siap boleh bawa seorang kawan atau beberapa orang kawan selagi tak melebihi bajet yang telah diberi. Ouh yes! haruslah aku ajak kekanda. Hee.

Aku rasa tugas ni boleh dikatakan mudah sebab checklist sudah disediakan dan aku hanya perlu pastikan apa yang ada dalam checklist betul-betul wujud di restoran tersebut. Keseluruhannya ada 12 bahagian yang perlu aku pantau dan beri komen.

Imej di copy dari sini.

3 perkara penting yang aku kena buat untuk dapatkan payment / claim:
1. Hantar checklist dengan laporan melalui online 12 jam selepas sesi spy-menyepai
2. Ambil 3 gambar iaitu gambar depan outlet, gambar staf yang melayan aku dan gambar manager outlet berkenaan.
3. Resit restoran, tol dan parking.

Ms. Shy habaq, ada 2 task untuk sebulan. 1st half (1-15hb) adalah task untuk Weekend Dinner dan 2nd half (16-30/31hb) adalah task untuk Weekday Lunch. Kali ini aku buat Weeknd Dinner dan lokasi yang di tuju adalah Pelangi Leisure Mall. Jaga-jaga cik Salmah!

Tambah lagi tag baru di R4T - Mystery Shopper Diary. Segalanya tentang 'Aku Seorang Spy a.k.a Mystery Shopper.

Ada yang pernah join MS? Nak bagi pendapat? Sila tepek di kotak komen.