Jom selongkar
Tuesday, November 19, 2013
Ohsem News! - Remaja Hilang di Villa Nabilla JB Ditemui Bersama Teman Wanita
Friday, November 8, 2013
Ohsem Reward! - Have You Seen These People? Bank Negara Malaysia is Offering Rewards
Ohsem News! - FIGURE UP: Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar
Wednesday, November 6, 2013
Al Fatihah - Calon SPM rebah, meninggal dunia selepas 30 minit jawab soalan
Wednesday, May 30, 2012
Mesej Twitter: Nizar mohon maaf
IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.
Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.
Monday, May 28, 2012
Plat WWW1 milik Sultan Johor dengan harga RM520,000
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia, WWW1 adalah milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan rekod harga RM520,000.
Turut tersenarai dalam senarai pembida yang berjaya membeli nombor plat premium adalah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.
Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod 'MCA1' yang dijual pada 2010 dengan harga RM300,100.
Thursday, May 17, 2012
Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012
Wednesday, May 16, 2012
Surat Terbuka Kepada Metro Berkenaan Laporan Melibatkan Kaum Sarawak
Isu akhbar tempatan 'Metro Mohon Maaf Siar Laporan 'Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku' jadi topik hangat semalam. Hit R4T melonjak sampai 200++ gara-gara entri hangat tersebut. Nak baca? Klik link kat atas yang diboldkan biru tu. Semalam aku tengok ada link pasal hal ni kat myMetro online tapi pagi ni selongkar-selongkar balik dah tak jumpa. Eh, sehari je ke publish dan pihak metro tak archive ea?
Sesambil google tu aku ada terjumpa entri mengenai surat terbuka kepada pihak metro mungkin dari orang sana jugak. Meh baca sama-sama:
Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.
Tuesday, May 15, 2012
Metro Mohon Maaf Siar Laporan 'Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku'
Selamat pagi. Dah lama tak blogging ni rasa kekok pulak tetiba. Hee. Pagi ni mood rajin usha akhbar online dan nampaknya ada berita hot gitu. Al-kisah aku dah berapa hari tak baca paper.
Ada sesapa baca berita pasal 'Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku' tu? Cuba selak Metro Ahad tak silap aku, takpun gugel je, sure bersepah blogger publish berita ni.
Statement moho maaf ni aku ambil dari myMetro online dan masih panas baru keluar oven. Kalau ikutkan sinopsis, terdapat banyak aduan diterima mengenai laporan artikel berkenaan kaum penan tu. Ada pihak yang mungkin tersinggung dan ini menyebabkan ramai yang menghantar malumbalas kepada pihak metro.
Harap-harap perohonan maaf secara terbuka ni diterima oleh pihak yang berkenaan dan menjadi iktibar juga kepada pihak myMetro. Malaysia kan negara yang demokrasi gitu. Semua benda boleh bawak berbincang, tak gitu?
Fikir panjang sebelum buat sesuatu yer..
Saturday, May 12, 2012
Pengakuan Wanita Rakam Video Ibu Belasah Bayi
Salam u ols..
Nak share kan video dari myMetroTV mengenai pengakuan perakam video hangat 'Ibu Belasah Bayi'. Tengok dan fikir-fikirkan lah. Yang mana dah mengutuk tak tentu hala sebelum dengar penjelasan dari kedua belah pihak silalah insaf. No heart feeling yo!
Nak membebel sikit, aku sangat kesal dengan seorang blogger yang aku tabik spring selama ni buat statement macam orang takde akal. I am really disappointed when u use the harsh word (b***s*t). Aku dah hilang respek. Siriyes.
Pengajarannya, marah macam mana pun, please mind your word. Tambah pulak kita tak tau lagi apa cerita sebenar.
Macam-macam hal Malaysia sekarang ni. Takut!
Monday, August 1, 2011
Kenyataan Balas Elia (Tunang KFCM)

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
[Berita penuh: www.hmetro.com.my]
Sunday, July 31, 2011
Hero Harimau Malaya (KFCM) Putus Tunang?
Berita gempak dan tak berapa nak enak aku dapat di pagi Ahad. Jom baca cerita dari Harian Metro online ni.

INFO
NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010
# Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006
# Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super
# Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki
# Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.
# Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini
# Kelmarin (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya
Disebabkan berita panas ni juga trafik blog jejari runcing milik Elia pun mencanak-canak naik. Apapun kita doakan yang terbaik buat mereka. Kepada bloggers lain jangan buat spekulasi yang tak munasabah dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Semoga mereka berdua tabah menghadapi dugaan..
Monday, June 27, 2011
Pakar US sahkan Anuar sebagai lelaki di dalam rakaman video seks

"Keputusan analisis oleh pakar-pakar dari Dartmouth College, New Hampshire di Amerika Syarikat mengesahkan kesahihan video itu, bahawa tidak ada mengganggu atau apa-apa perbuatan yang dikenakan dan bahawa ia berasal dari perakam DVR diambil dari Datuk Shazryl, "Timbalan Pendakwa Raya Kamalluddin Md Said berkata apabila membaca fakta kes pagi ini. [Sumber berita]
Hee. Mintak ampun sebab bahasa agak pening. Ini semua angkara aku translate direct dari pakcik gugel. Tak pandai la nak konar-konar..
Ekceli panjang lagi ceritanya, kalau nak baca penuh klik link sumber berita kat atas nuu. Banyak juga komen-komen yang terbit dari pelbagai sudut pandang. Boleh baca dan enjoy! Komen? Noooo...Tak berani ahkak! Ke ISA nanti sapa nak jawab?
Sunday, June 19, 2011
Pak Uda a.k.a Zami Ismail Kembali Ke Rahmatullah
Al fatihah..

Al-Fatihah kepada arwah Zami Ismail. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Aku cuba cari berita dari akhbar tempatan tapi belum jumpa. Will update more later k!
Latest update from Berita Harian
Tuesday, March 15, 2011
INFO : Ekonomi - Melayu perlu bangkit
Sumber: lunaticg.blogspot.comPUTRAJAYA 12 Mac - Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mahu orang Melayu di negara ini bangkit memperjuangkan ekonomi mereka supaya tidak terus ketinggalan berbanding kaum lain.
Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara kaum yang berlaku ketika ini perlu diubah bagi memastikan nasib kaum Melayu pada masa hadapan lebih terjamin dan terus maju.
Menurutnya, bagi mencapai tujuan itu, generasi muda terutama mahasiswa perlu berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam serta asas kukuh yang berkait rapat dengan ekonomi.
"Generasi masa depan perlu mempertingkatkan ilmu mengenai bidang ekonomi dan menyusun strategi penjanaan ekonomi dengan baik.
"Mereka perlu menjadi ejen perubahan yang boleh mengubah ekonomi bumiputera ke satu tahap lebih hebat dan mampu bersaing dengan kaum lain dalam bidang ekonomi," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Wakaf Korporat Memperkasa Ekonomi Melayu' di Persidangan Kebangsaan Agenda Transformasi Melayu Islam di sini hari ini.
Turut hadir pada persidangan itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail dan Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut Muhammad Ali, ketidakseimbangan dalam pencapaian ekonomi itu harus diubah segera bagi memastikan bumiputera terus berdaya saing dan maju.
Mengenai kertas kerja yang dibentangnya, Muhammad Ali berkata, Wakaf Korporat merupakan idea semasa beliau menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp).
Beliau berkata, wakaf korporat memberi implikasi besar kepada masa depan JCorp sebagai badan korporat dalam perjuangan menjayakan jihad bisnes untuk kepentingan bangsa, negara dan umat Islam.
"Pada masa tersebut juga, ia memberi pengiktirafan undang-undang kepada institusi Wakaf Korporat menerusi penubuhan Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCorp).
"Oleh itu, WANCorp berpotensi memainkan peranan strategik dalam konteks menjayakan agenda transformasi Melayu Islam dalam konteks Model Baru Ekonomi (MBE)," katanya.
Persidangan Kebangsaan Agenda Transformasi Melayu Islam yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dihadiri kira-kira 300 peserta yang mewakili kelompok cendekiawan Melayu Islam dalam pelbagai bidang.
...The RIGHTS
www.rights.com.my
Thursday, February 24, 2011
INFO :Lebih Ramai Siswazah Diperlukan Untuk Ceburi Bidang Usahawan Tani
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata sasaran untuk memperolehi seramai 250 orang siswazah menceburi bidang usahawan tani tahun lalu telah tercapai dan jumlah itu perlu ditingkatkan lagi.
Beliau berkata untuk mencapai sasaran tersebut, pendedahan berterusan mengenai keusahawan tani akan diberikan terutama kepada pelajar yang masih belajar di institusi pengajian tinggi.
"Pertanian bukan lagi hanya untuk sara diri, tapi kini ia mampu memberi pulangan besar jika kita bergiat dalam pengeluaran makanan seperti sayuran dan perikanan," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Noh turut mengumumkan tentang langkah untuk menubuhkan Kelab Siswazah Tani pada April ini bagi membuka peluang lebih luas kepada mahasiswa untuk menceburi bidang pertanian.
"Kelab ini akan diuruskan oleh mahasiswa sendiri dengan kursus akan diberikan oleh pihak kami (kementerian) kepada mereka supaya selepas tamat pengajian, mereka sudah bersedia untuk diberi dana bagi memulakan usaha tani mereka," katanya.
Beliau hari ini melancarkan program televisyen bertajuk Agro-Xplorasi hasil usahasama kementerian tersebut dengan syarikat televisyen swasta TV3.
Ia mengetengahkan tiga pengacara muda iaitu Annahita Bakavoli, Nazruddin Habibur Rahman atau Abang Naz dan Danny X-Factor untuk menjadi hos kepada program tersebut yang akan mula ditayangkan di TV3 pada 26 Feb ini pada pukul 7.30 malam setiap Sabtu.
"Kita akan tayang sebanyak 10 episod yang mana program ini akan menceritakan lebih dekat tentang usaha dan cabaran usahawan tani di Semenanjung Malaysia.
Pengacaranya akan turut merasai pengalaman menjadi petani," kata Noh.
...The RIGHTS
Sumber: www.rights.com.my
Friday, December 24, 2010
Budak Sekolah Zaman Sekarang

Sunday, December 19, 2010
McDonald's disaman kerana Happy Meals
U ols pernah makan Happy Meal(HM) dari McDonald's? Mesti pernah kan kan. Kalau tak sekarang mesti masa kecik kecik dulu. Best sebab dapat mainan free :) Pssst..nak tau tak, aku ni dah besa gabak pun kadang-kadang merengek pada kekanda suruh order Happy Meal kalau ada mainan yang berkenan di hati. Hee.
Iklan sekejap:
Friday, December 17, 2010
ADUN Tenang (Johor) meninggal dunia
Pagi ni dengar berita di era.fm seorang lagi hamba Allah telah dijemput menghadapNya di hari yang mulia ni. Semoga roh beliau berada di kalangan orang orang beriman dan beramal soleh. Amin. Kita yang masih hidup ni hendaklah teruskan kehidupan dan rebutlah amal sebanyak mungkin sebelum giliran kita pula tiba.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 25 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.
Wednesday, October 20, 2010
Nasib Pengetua Racist
Ingat lagi tak kes pengetua racist dari Johor tu. Ala yang katanya buat ucapan berbaur perkauman masa perhimpunan sekolah dijalankan. Nak tau sesuatu tak? Ekceli sekolah tu ex-sekolah aku masa tingkatan 1 dan 2. Masa tu pengetua adalah seorang wanita jugak tapi bukan yang terlibat dalam kes ini. Adeh, tak hingat lah nama dia.
Kes ini berikutan pengetua yang bernama Puan Hajah Siti Insyak Bte Mansyor telah mengatakan sesuatu sampai menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar yang mendengar ucapannya.Kes panas woh!!
Aduan telah dibuat oleh seorang pelajar india berumur 16 tahun yang berkemungkinan besar adalah pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, tempat kejadian ucapan berbaur perkauman itu berlaku. Ini adalah salinan laporan polis yang aku ambil dari amazingnara.com:
Nasib pengetua tersebut telah pun didedahkan di mStar Online. Jom baca:
Published: Isnin Oktober 18, 2010 MYT 5:02:00 PM
Parlimen: Pengetua Telah Dikenakan Tindakan
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Dua pengetua sekolah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sudah ditukar ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
“Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulai telah ditukar ke Jabatan Pelajaran Johor sementara Pengetua Bukit Selambau telah ditukarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda,” katanya ketika Sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berhubung tindakan kerajaan terhadap pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.
“Dalam kes membabitkan pengetua dari Kulaijaya tindakan telah diambil dengan pegawai kanan itu sudah pun digantung perkhidmatan bermula 13 Oktober lalu.
[baca lagi]






