Belog Ohsem: Produk

Jom selongkar

Showing posts with label Produk. Show all posts
Showing posts with label Produk. Show all posts

Friday, November 8, 2013

Ohsem News! - FIGURE UP: Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar



Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang awam agar mengelakkan daripada membeli dan menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR dengan nama “Figure-Up” yang dijual bagi tujuan pelangsingan badan. 

PERIHAL PRODUK 
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM telah mendapat maklumat bahawa produk “Figure-Up” telah dikesan oleh pihak berkuasa Brunei mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. Semakan juga mendapati produk ini banyak dipromosikan dan dipasarkan melalui penjualan internet bagi menurunkan berat badan. Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia hanya mengandungi ramuan semulajadi dan dihasilkan di kilang yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (APB).