Aeril menganggap fitnah kahwini Ummi Nazeera sebagai serangan peribadi terhadapnya.
PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel menganggap tuduhan bahawa dia pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera adalah fitnah yang bertujuan memburukkan lagi dirinya di mata masyarakat.Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dengan pelakon wanita tersebut tidak pernah berjumpa dan hanya bertegur di laman sosial secara terbuka."Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya."Secara jujurnyanya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi dengannya," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Ummi NazeeraAeril berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal terbongkar pada Oktober lalu.Dalam laporan tersebut turut memberitahu Aeril pernah berkawan baik dengan Ummi dan meminati lakonan wanita itu.Jelas Aeril, dia kesal dengan tuduhan tersebut dan menganggap ia sebagai satu serangan peribadi.Bagaimanapun, katanya, ia menerima perkara itu sebagai satu ujian daripada Allah taala untuk menjadikannya insan yang lebih kuat.