Belog Ohsem: February 2011

Jom selongkar

Saturday, February 26, 2011

Tahukah Anda #1


1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang
Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!

Sumber: respeks_group

Bersambung..




Cerita Pensel dengan Pemadam


Sumber: sakuracherry.co.cc

Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

Sumber: respeks_group

Sila translate sendirik. ahaks!



Friday, February 25, 2011

Dah buat Ujian Wellness Profiller?


Haa.sapa belum buat sila buat. Ini keputusan yang aku dapat lepas jawab beberapa soalan survey dari Nestle. Idoklah susah sangat sampai pecah kepala. Kacanggg je lahhh.



Sememangnya saya seorang yang matang, bermotivasi serta hebat! Dulu, saya sentiasa bimbang sama ada ...tabiat makan dan gaya hidup saya sihat. Sekarang tibanya masa untuk raikannya! Inilah nasihat saya: jangan resah! – buat je Ujian ini. Pengetahuan itu berharga tau!

Bahasa meruntun kalbu gitu. Ahaks :p





Orang Pertama Dalam Islam


Siapakah Org Pertama Dalam Islam?

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW

Sumber: respeks_group

Mudah-mudahan orang Islam tetap ditempat yang pertama.




Entri Kaching $$$


Halo halo sekalian rakyat Malaysia!!! Ada lagi ke insan yang kemain rajin online tapi masih tak join Churp Churp??? Ketahuilah bahawasanya anda berada di kalangan orang orang yang sangat sangat sangat rugi. Daripada join login fesbuk dapat 100 tahi hidung baik buat job ni.

Nak bukti? Meh aku nak tunjuk sikit..sikittttt je:


Hah! Pesen pemalas macam aku pun dah nak RM30 kumpul apekah lagi u ols yang kemain rajin twitt twitt dan tak lupa juga update status fesbuk. Cukup RM100 boleh cashout. Macam mana kerja? Senang gilaaaa. Semudah 1 2 3 dan menaip tak lebih 30 patah perkataan.

Dah tak payah pikir panjang. Meh register cepat dan buat $$$$ online dengan mudah. Pejam celik pejam celik dapat RM100. Memang berbaloi!!!


Klik sini untuk sama sama kaya. HAHAHA :p



Thursday, February 24, 2011

INFO :Lebih Ramai Siswazah Diperlukan Untuk Ceburi Bidang Usahawan Tani


Sumber: smkbt.com

PETALING JAYA, 18 Feb (Bernama) -- Lebih ramai lepasan universiti diperlukan bagi menceburi bidang pertanian yang mana tahun ini kerajaan menyasar untuk melahirkan 300 orang usahawan pertanian daripada golongan siswazah terutama yang masih belum memperolehi pekerjaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata sasaran untuk memperolehi seramai 250 orang siswazah menceburi bidang usahawan tani tahun lalu telah tercapai dan jumlah itu perlu ditingkatkan lagi.

Beliau berkata untuk mencapai sasaran tersebut, pendedahan berterusan mengenai keusahawan tani akan diberikan terutama kepada pelajar yang masih belajar di institusi pengajian tinggi.

"Pertanian bukan lagi hanya untuk sara diri, tapi kini ia mampu memberi pulangan besar jika kita bergiat dalam pengeluaran makanan seperti sayuran dan perikanan," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Noh turut mengumumkan tentang langkah untuk menubuhkan Kelab Siswazah Tani pada April ini bagi membuka peluang lebih luas kepada mahasiswa untuk menceburi bidang pertanian.

"Kelab ini akan diuruskan oleh mahasiswa sendiri dengan kursus akan diberikan oleh pihak kami (kementerian) kepada mereka supaya selepas tamat pengajian, mereka sudah bersedia untuk diberi dana bagi memulakan usaha tani mereka," katanya.

Beliau hari ini melancarkan program televisyen bertajuk Agro-Xplorasi hasil usahasama kementerian tersebut dengan syarikat televisyen swasta TV3.

Ia mengetengahkan tiga pengacara muda iaitu Annahita Bakavoli, Nazruddin Habibur Rahman atau Abang Naz dan Danny X-Factor untuk menjadi hos kepada program tersebut yang akan mula ditayangkan di TV3 pada 26 Feb ini pada pukul 7.30 malam setiap Sabtu.

"Kita akan tayang sebanyak 10 episod yang mana program ini akan menceritakan lebih dekat tentang usaha dan cabaran usahawan tani di Semenanjung Malaysia.

Pengacaranya akan turut merasai pengalaman menjadi petani," kata Noh.

...The RIGHTS

Sumber: www.rights.com.my

Apa pendapat u ols??



Meh semak kot ada nama u ols :)


Haaa. Pengumuman lagi ni. Tahun pun dah bertukar kan, makanya kehidupan aku pun dah bertukar. 100% berubah sebab sekarang aku dah tak kerja tempat lama yang banyak masa lapang macam dulu. Tempat kerja baru ni sepanjang hari buat kerja luar. Yeeee. Itu pasal susah nau nak nampak update dari R4T.

Ekceli nak bagitau yang segmen top komentator tu dah dibubarkan untuk tahun ini. Disebabkan komitmen aku lebih kepada dunia nyata maka terpaksa buat keputusan ni. Jangan marah aaa. Tapi jangan risau, masih ada benda yang aku nak lanting-lantingkan kat u ols.


Okeh, meh cekidout top komentator Disember yang aku tak sempat nak umumkan tahun lepas. Ecece. Macam lama nau je bunyiknya.



Top Komentator Disember

  1. hans
  2. ardinihumaira
  3. Weeda
  4. munna
  5. gnesop.com
  6. tengkorakemas
  7. Azman Roslan
  8. aren
  9. Mr PenyuBiru
  10. Belalang Hijau

Dek kerana banyak buat salah sama u ols lebih lebih lagi kepada mereka yang rajin menyinggah dan tinggalkan komen seperti di atas, maka aku nak bagi hadiah kepada semua 10 pengomen terbanyak bulan 12 tahun lepas. Kepada mereka yang tersenarai silalah emailkan nama, no telefon dan alamat ke fourth.floor424@gmail.com dengan subjek 'TOP KOMENTATOR DISEMBER 2010'


psst..ILU!!



Wednesday, February 23, 2011

Widget Waktu Solat


Ehem..ehem. Aku nak share something dengan u ols ni. Aku ada terjumpa satu widget yang cambest kat satu blog ni. Halamak! Lupa lah URL beliau apa. Ampun yek :D

Widget ini sangat sesuai untuk u ols (Muslimin dan muslimat sekalian) yang sentiasa bersama blog tersayang. Untuk peringatan kalau-kalau terlupa, terlajak dan ter ter yang sewaktu dengannya. Kepada u ols yang rumahnya tepi masjid memang takde masalah sebab abang Bilal boleh ingatkan. Ye dok?

Okeh meh tengok sikit macam mana ropenye widget yang aku maksudkan:


Haaa. Pada aku widget ni memang cukup smart. Takdelah makan space sangat dan kemas je kalau bubuh kat sidebar nuu. Yang bestnya kan bila masuk waktu widget ni akan blink blink pada waktu solat yang sepatutnya ikut jam laptop/pc u ols. Dan lagi satu widget ni bukan takat untuk orang Johor je, satu Malaysia boleh guna. Masa nak install tu nanti ada option untuk pilih mana kawasan masing-masing.

Ok berminat nak pasang satu? Boleh klik pada gambar untuk dapatkannya secara PERCUMA!!!! Heee.

Erk. Tetiba ada tab myJodoh kat tepi tu. Pakej dengan widget gamaknye.


herneenazir[dot]com


Wanita biasa hiasan dunia yang menjadi tulang rusuk kiri En. Nazir..

Wah! Siapakah gerangannya wanita itu..

Nak tau? nak? nak?

Yezza! Yang bertudung manis itulah orangnya. Tuan tanah kepada herneenazir[dot]com :) Sebelah itu adalah suami kesayangan beliau a.k.a incek Nazir. Muka ada ala-ala kan? Orang kata kalau gini panjang jodohnya. Aminnn..

Nak tahu serba sikit pasal beliau? Haa meh baca sat..

"Saya seorang yang.. kecoh, ramah, clumsy
Dalam hati saya ada.. En. Nazir, Puan Kasmah, En. Samshudin dan yang sedarah sedaging.
Lagu kesukaan? – Here Without You (zaman cintan cintun dengan En. Nazir memang gila lagu ni uhukk..uhukk)
Saya suka makan.. Semua jenis kot.. hehehe..soto, spaghetti, big apple donut..ahhh semualah janji halal..ngeh2..
Saya stress dengan..
Orang yang suka mengarah walaupun dia bukan “Pengarah”

Suka gila warna.. pink, ijau, merah, hitam, biru, putih.

Dalam beg saya mesti ada.. money.. money..money.. perfume.. minyak cap kapak.. hand phone.. lipstick.. banyak lagilah bak kata En. Nazir beg saya dah macam gobok (bahasa orang Johor.. maksudnya almari) ;p

Nak tahu lagi pasal saya??? Silalah baca blog saya.."


Ehhh..ape tunggu lagi. Moh kita ke..

Tak kenal maka tak cinta. Ye dok?


Nota cinta untuk Klien VIP R4T :)


Halo halo.. dah lama tak nampak batang hidung aku kan? Eh bukan selama ni memang tak nampak ke? Heee. Ok jangan mengarut banyak sangat. Sapa yang dok hingaq kata busy memanjang itu hari? Siap shout shout kat fesbuk. Nyampah ai!

Sumber: boncherry.com

Makanya meh kita straight to the point la eh u ols. Berkenaan dengan review pengiklanan yang dah lama terbengkalai. Oh pengiklan sekalian..mintak ampun mintak maaf banyak-banyak. Macam yang dah diberitahu semorang dapat extra 1 month tempoh pengiklanan dek kerana kehilangan tuan R4T sebelum ni. Even tarikh iklan u ols dah tamat review akan on macam biasa cuma kat tapak iklan sudah ilek la banner u ols eh. Kalau nak sambung meh habaq mai. Buleh tepek balik banner tu.


Disebabkan dah lama tak review meh nak refresh ingatan u ols kepada barisan klien VIP R4T yang disayangi selalu. Cewah!


Express your love through Cornetto Style


Cornetto Style

Say It With Cornetto Style Bid for your favourite celebrity and he/she will help you express your love to your love interest! This is your one chance to impress your loved one with a personalised live serenade.

We’ve got a surprise celebrity to be revealed every 10 days. Interested? Find out more on Facebook!




Saturday, February 12, 2011

Fans of MILO? Cekidout yaw~



Are you The Pretty? The Shy? Or Mr. Ampu? Play the game and win up to RM 40k!

Which personalities would you wanna fit your friends? The Pretty? The Shy? Or Mr. Ampu? Milo Fuze is back in action and it's bringing you an addictive game that will totally blow your mind! That's right, Milo Fuze is introducing this super duper cute game called Jam Pack and there are prizes worth RM40, 000 up for grabs!

Woahhhhh... Times like this, we all don't mind holding The Aunty title proudly. RM40, 000 prizes up for grabs, c'mon!! Share this now! A Milo Fuze a day, keeps your tiredness away! Share this with your friends and get rewarded! Contest ends on March 9, 2011.

Wow! Not only do I get to drink my #MiloFuzeJamPack but Macbook Air as a grand prize? Check it out now!



Wednesday, February 9, 2011

Kursus oh kursus


Selamat pagi rabu u ols..

Lintas langsung dari hotel ni haa. Pagi-pagi buta udah meredah jam untuk menghadiri kursus apeke namanya ntah.

Ada sapa sapa yang turut sama dalam hall ni sedang membaca? Sila angkat pensel tajaan hotel tinggi-tinggi. Hee.

Eh u ols syg aku tak? Meh klik link ni jap..

ardinihumaira

Sent from my mobile device.



Tuesday, February 8, 2011

Dunhill




Hoyeahhhh..setting untuk SE dah ok. lepas ni boleh live blogging semula.

Hee. Itu gambar rokok kekanda masa tengah lepak kat kedai makan. Testing 1 2 3 katanya!

Sent from my mobile device.



Kembali Setelah Ghaib


Wahhhhhhhhhhhhhhh...

Dah sebulan lebih tinggalkan R4T. Rasa janggal semacam menaip entri ni ha. Rindu kat u ols lah, agak agak ada tak yang rindu kat aku? HAHAHAHA. Ekceli ada nak update via mobile itu hari tapi setting dalam SE boleh lari sampai hilang segala mende. Boleh pulak dia create satu blog baru. Sabo je lah aku!

So hari ini digerakkan hati dan jari untuk berblogging semula secara aktifnya. InsyaAllah :) Kepada semua penyewa iklan mintak mahap bebanyak di atas kehilangan sementara dan sebagai tanda maaf aku lanjutkan tempoh selama sebulan secara percuma! Dedicated entry still akan disiarkan seperti sedia kala.


Ini entri kedua untuk tahun 2011. Ahaks!