Belog Ohsem: October 2011

Jom selongkar

Thursday, October 27, 2011

Selamat Ulang Tahun Dni!



Wishing you all the best in the year to come.
May your days be filled with sunshine and beautiful colors.
And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.



Dear dni..

Walaupun kita tak pernah jumpa tapi kita tetap gang kan?
Walaupun kita dah tak selalu bertemu di alam maya kita tetap kawan kan?
Walaupun kita berjauhan tapi tetap di hati kan?

Terima kasih untuk segala sokongan moral
Terima kasih untuk ukhwah persahabatan ini
Terima kasih untuk segalanya..

Salam sayang,
Kie-yu

Selamat ulang tahun sahabat :)


Pagi Indah


Fuhhh. Punya seronok pergi kerja pagi ni sebab jalan lengang selengang lengangnya. Gambau memang sengaja amek shaking gitu sebab takmo nampak no plat keta orang. Tak pasal kena saman kang.

Faktor budak cuti sekolah sempena Deepavali telah menukarkan hari-menyampah-jalan-sesak kepada hari-indah-lagi-girang kepada seorang manusia yakni aku. Hee. Kalaulah tetiap hari gini kan syiok. Tak gitu?

Akhir kata,selamat pagi warga blogger! Jom senyummm :)

Sent from my mobile device.



Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM) dari Maybank


Maybank dalam kerjasama dengan Bank Negara Malaysia akan melancarkan Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM) di cawangan-cawangaan seluruh negara tidak lama lagi. Mesin pertama sebagai percubaan telah pun ditempatkan di Cawangan KL.

Mesin ini membuatkan pelanggan mudah untuk mendepositkan syiling ke akaun bank masing-masing. Sila ikuti mesej skrin mesin deposit duit syiling dan tuangkan duit syiling anda ke dalam mesin!

Langkah-langkah:
  1. Pilih bahasa
  2. Tuangkan duit syiling ke dalam mesin CoDM
  3. Cetak resit
  4. Kumpul duit syiling yang tidak dapat diterima mesin, jika ada
  5. Isikan slip deposit
  6. Minta 'Bulk Cash Queue ticket' daripada juruwang
  7. Hantar deposit slip bersama-sama dengan resit kepada juruwang untuk dikreditkan ke dalam akaun
Mudah kan?