Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, June 19, 2010

Pilihan Muktamad - Perlindungan & Pelaburan


Semalam aku telah pun bejumpa dengan Kak Aida, bakal perunding kewangan aku dari Ejensi Ikhlas 165. Sepatutnya kami bertemu pada Khamis lepas tetapi aku ada hal yang tak dapat dielakkan dan kebetulan beliau juga ada hal. Nasib baik jodoh masih panjang ;)

Sebelum jumpa Kak Aida, aku ada membelek laman web rasmi dan cuba mengkaji apa yang patut. Malangnya aku tak faham sangat tentang produk yang mereka tawarkan. Memang banyak! Tak percaya anda boleh tengok sendiri di laman web rasmi mereka. Yang aku faham, insurans & takaful insurans adalah 2 perkara yang berlainan. Maksud insurans anda boleh rujuk di sini. Manakala takaful insurans merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam dan berlandaskan syariah Islam. Anda boleh nampakkan apa perbezaannya?

Kak Aida menerangkan tentang 3 produk utama yang ditawarkan oleh Ejensi Ikhlas 165 iaitu Ikhlas Saving Takaful, Ikhlas Wanita Takaful dan Ikhlas Medical Card. Dalam ketiga-tiga produk ini ada satu produk yang boleh dikategorikan sebagai satu keperluan kerana ia meliputi seluruh aspek untuk perlindungan individu dan dalam pada masa yang sama anda sedang membuat pelaburan. Maksudnya di sini, selepas tempoh matang peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA). Inilah kelebihan Ikhlas Saving Takaful.

Semalam aku telah menandatangani perjanjian untuk produk ini dan bayaran bulanan yang aku perlu khaskan hanya RM100. Untuk pengetahuan semua bayaran ini bergantung kepada umur anda ketika mula membuat pelaburan. Semakin berusia, semakin tinggi nilainya. Itulah sebabnya kita perlu mengambil insurans di usia muda kerana ia akan mengurangkan beban pembayaran. Aku tidak perlu risau kerana pembayaran ini akan dibuat secara automatik iaitu ditolak dari akaun Maybank yang telah didaftarkan.

Gambar dari Takaful Ikhlas

Menurut Kak Aida, dengan pelaburan RM100 sebulan aku akan mendapat 7 manfaat pelan iaitu:
  1. Simpanan hari tua / dewasa - *RM58,448.39
  2. Kematian / hilang upaya kekal - **RM70,156.15
  3. Kemalangan / hilang upaya - **RM90,156.15
  4. 40 penyakit kritikal - **RM30,000.00
  5. Khairat kematian - **RM2,000.00
  6. Elaun hospital - **RM100.00
  7. Pengecualian caruman - **RM31,883.20
* Jumlah pelaburan yang aku akan terima setelah tamat tempoh matang.
** Mengikut tempoh matang aku dan pembiayaan untuk bulan pertama pelaburan. Maksudnya, jika hari ini aku berjaya mendaftar dan keesokan harinya terjadi perkara yang tidak diingini aku akan menerima pembayaran tuntutan manfaat sebanyak itu (mengikut jenis manfaat). Ish, minta dijauhkan segala malapetaka tetapi apa yang aku lakukan ini adalah untuk persediaan sebelum apa-apa terjadi. Sediakan payung sebelum hujan kan?

Terima kasih google image ;)

Produk lain yang ditawarkan adalah Ikhlas Wanita Takatul dan Ikhlas Medical Card tetapi setelah berbincang, Kak Aida mengatakan yang latar belakang aku masih baik dan tidak begitu memerlukan 2 produk ini. Apabila sudah tiba masanya masih boleh memohon kerana sekarang aku sudah dilindungi secara keseluruhan oleh Ikhlas Saving Takaful.

Setakat ini aku sangat berpuas hati dengan respon dari Kak Aida. Beliau memang menitikberatkan kebajikan pelanggannya. Kak Aida cakap kalau dulu memang beliau buat kerana wang tetapi sekarang lebih kepada membantu orang lain. Dia sudah tidak perlu pening kepala mengenai wang kerana pendapatan beliau setiap bulan menjangkau RM10,000.00.

Panjang lagi ceritanya jika nak dihuraikan satu persatu, jadi di sini aku hanya menerangkan perkara asas sahaja. Kepada sesiapa yang belum membuat perlindungan, baik bermula dari sekarang. Untuk rakan-rakan dari Johor Bahru, aku boleh cadangkan beberapa nama dari ejensi ini dan mereka adalah bukan calang-calang orang. Kalau nak dapatkan perunding yang sama macam aku (Kak Aida) pun apa salahnya.

Ada nak tanya apa-apa? Komenlah, jangan malu-malu.



Friday, June 18, 2010

Jika Kau Tak Datang. CT feat KD & Popular


Era.fm baru lepas mainkan lagu Jika Kau Tak Datang duet 2 diva; Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti. Dalam sehari aku agak ada dalam 30 kali dimainkan. Okey aku tipu. Tak taulah berapa kali tapi memang banyak. Maknanya lagu ni diminati ramailah kan. Meh nyanyi sama-sama.

Terima kasih google image ;)

Jika Kau Tak Datang – Siti Nurhaliza ft Krisdayanti

Jika kau tak datang

Jika kau ingkari

Aku sesali…
sesali


Jika kau tak datang

Jika kau ingkari

Aku kan mencari lagi

Jika batas waktu yang kau berikan telah tiba

Tak ada alasan apapun yang ingin kudengar

Kamu harus datang


*Saat-saat indah yang selalu kunanti-nanti

Kau ikatkan janjimu untuk sehidup dan semati

Hanya demi kamu


**Mesranya berdua merengkuh semesta

Nikmati gelora asmara

Lepaskan gejolak membara oh


Chorus

Jika kau tak datang

Jika kau ingkari

Aku sesali sesali


Jika kau tak datang

Jika kau ingkari

Aku kan mencari lagi

Cinta lain

Yang mengerti aku

Sungguh Pasti


Ulang *, **
Ulang Chorus


Mengapa hanya

Aku yang merasakan kebimbangan

Resahku oh


Ulang *, **
Ulang Chorus
#

Aku pasti akan menyesali

Pasti akan menyesali



Ok. Sudah nyanyi meh nak habaq satu cerita. Semalam aku terkedek-kedek ke City Square (CS) lalu menemukan sesuatu yang menarik di sana. Jum cekidout suasana di ruang legar mall:

Hah. Dapat agak tak apa yang sedang berlangsung? Yezza, tepat sekali. Jualan murah besar-besaran dari syarikat buku Popular. Up to 70% u ols! Berlambak buku-buku dari pelbagai jenis ada di sini. Cik akak dan cik abang di sekitar Johor Bahru yang pesen ulat buku bolehlah datang serbu.

Aku tak pasti berapa lama jualan ini akan berlangsung. Semalam nak cepat punya pasal snap gambar masa tengah berjalan, atas eskalator. Banner pun aku tak perasan. Takpelah, nanti kalau pergi lagi aku update info ye. Takpun anda usha je laman web rasmi Popular untuk promosi yang akan datang.

Tak tahu lokasi City Square di mana? Meh aku bagi peta kenduri. Klik la, jangan malu-malu.

Lagu di atas ditujukan kepada sesiapa yang tak pergi jualan murah ini. Hee.