Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, August 24, 2010

Belog Aisumi Gadis Atas Awan

Dia bukan burung
Dia bukan bidadari
Dia bukan kawan matahari
Tetapi dia ialah seorang gadis yang ada blog
Blog tempat dia luahkan segala perasaan yang terendam terpendam
Dan yang uniknya dia sangat mengagumi AWAN

Betul kan cik sumi? Kalau nak tahu dah setahun lebih aku follow belog ♥ Aisumi Gadis Atas Awan ♥ ni tau. Cuma Aisumi je yang tak tahu. Hee. Aku kan pernah habaq ada satu belog lain dulu, dengan belog itulah aku follow beliau. Sampai sekarang masih bertahan belog comel ini. Tahniah Aisumi!

Kalau nak tahu, cik adik manis ini tak sombong. Walaupun baru sekali menyapa di kotak komen tetapi rasa dah macam kenal lama. Ini bukan cobaannn..ini betul-betul!

Moh tengok apa yang menarik di belog ♥ Aisumi Gadis Atas Awan ♥:
  1. Terdapat banyak tutorial menarik yang boleh dijadikan rujukan
  2. Kalau jadi follower boleh dapat award comel



  3. Ada review novel yang telah beliau baca sebelum ini. Siapa ada minat yang sama boleh geng dengan Aisumi.
Kaki shopping online boleh juga usha blogshop milik Aisumi yang menjual pakaian yang cantik-cantik dan berbaloi-baloi. Jom singgah ke Aisumi Bshop untuk mencuci mata. Sebelum tu pastikan akaun bank berduit sebelum frust tak dapat beli baju cantik. Hee.

Pengumuman kepada jejaka yang masih mencari gadis idaman, kalau nak tahu cik Aisumi kita ni masih belum berpunya tapi sang arjuna idaman hati dah ada. Hee. Nak berkenalan dengan lebih rapat boleh add fesbuk dia di sini ye. Add jelah, toksah malu-malu.

Kawan-kawan belog R4T semua ramah-tamah. Ai loike!




Bilik Sesegar Taman Bunga


Air freshener dekat office sudah ilek, maka harus gantikan dengan yang baru. Antara brand yang selalu dirembat ialah Glade, Ambir Pur dan Air Wick. Aku suka tukar-tukar brand untuk bau yang berbeza setiap bulan bagi mendapatkan mood kerja, barulah semangat bila office sudah wangi!

Sumber: newsabahtimes.com.my

Bulan lepas pakai Gel Fresh Lavender cap Ambi Pur macam yang gambau atas nuu. Baunya tidak mengecewakan dan tahanlah dekat satu bulan lebih. Senang pun senang sebab lepas buka terus biar je atas meja. Tak perlukan sumber elektrik. Aku suka pakai yang manual sebab kedekut berjimat. Hee.

Yang tak bestnya pula air freshener hok ini baunya akan sampai sekitar kawasan tempat ia diletakkan sahaja. Jauh sikit dah tak bau. Sesiapa yang nak wangikan kawasan meja di office sendiri tanpa mengganggu hidung orang lain memang sesuai pakai. Ada sesetengah orang tak suka bau wangi sangat kan?

Untuk bulan ini pula aku ada jumpa satu produk baru dari Air Wick yang sangat memikat hati. Meh tengok:

Comel gila packaging, itu pasal aku rembat. Sekali tengok macam fire extinguisher pun ada kan? Heee. Perkenalkan cik Airwick Aqua Mist Air Freshener Spray, punyalah panjang nama kau. Tapi bau dia memang syok woh! Macam ada kat taman bunga lepas spray.

Produk ini lebih portable sebab u ols boleh sembur je kat tang mana yang suka. Jimat elektrik juga sebab kena spray manually. Aku pilih wangian Bouquet dan ada lagi 2 pilihan lain iaitu Lavender dan Lemon Fresh tak silap. Nanti aku check balik.


Harganya pun tak mahal, RM8.90 sahaja untuk sebotol. Boleh tahan lama sebab ia dalam bentuk cecair. Kalau spray sikit boleh tahan lagi lama. Macam aku mana gheti sikit-sikit, kalau boleh nak picit selagi bau tak menusuk dalam hidung. Hee.

Lalala..kerjalah!