Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, July 3, 2010

Aku Seorang Spy a.k.a Mystery Shopper


Al-kisah.. (toiyibbb) semalam aku dapat panggilan dari orang Key Ell yang menyatakan aku terpilih untuk menjadi salah seorang Mystery Shopper (MS) bagi zon Johor Bahru. Ekceli, aku baru tahu wujudnya makhluk MS ini di alam nyata, aku ingat ada dalam game Dinner Dash je. Err..sebelum terjebak dalam dunia blogger aku memang haruk main game ni.

Terima kasih kepada cik Dahlia yang ranking blognya fulamak! tinggi mencakar langit woh. Beliau ada buat satu entri mengenai jemputan untuk menjadi mystery shopper dan kerana entri ini juga aku mendapat panggilan dari Key Ell tersebut. Tak sangka sangat terpilih sebab aku sendiri sudah lupa bila isi borang.

E-mail jemputan kahwin MS

Orang Key Ell itu memperkenalkan diri beliau sebagai Ms.Shy dan beliau adalah salah seorang staf di CRCG Sdn. Bhd. Kepada anda yang masih blur-blur mengenai MS ni, boleh klik link dan baca segala info yang ada di sana sebab sudah baca confirm faham. Kalau rasa berminat nak join boleh isi online form.

Malas nak kelik? Meh aku copy paste sikit tentang MS:

'The aim of Mystery Shopping is to provide business information on customer service improvement. This objective can be achieved by providing information on the operations and the quality of service it is providing. Mystery shoppers posing as normal customers perform specific tasks—such as purchasing a product, asking questions, registering complaints or behaving in a certain way – and then provide detailed reports or feedback about their experiences. Mystery Shopping allows you to look through the eye of the customers and therefore your company is able to improve customer experience and to improve customer service awareness. Mystery Shopping can cover the client’s own organization, intermediate agents or competitors.' - What can Mystery Shopping do for your brand?


Imej di copy dari sini.

Bahasa mudahnya, MS ni ala-ala spy juga. Ada misi yang harus dijalankan dan perlu hantar report kepada ketua masing-masing. Aku memang suka buat kerja macam ni sebab boleh dapat banyak pengalaman ;) Untuk task pertama aku ditugaskan untuk spy sebuah restoran makanan segera yang agak terkenal, adik beradik dengan Kenny Rogers tapi lain mak lain bapak. Kos untuk makan-makan, tol, parking adalah ditanggung beres oleh CRCG Sdn. Bhd. Siap boleh bawa seorang kawan atau beberapa orang kawan selagi tak melebihi bajet yang telah diberi. Ouh yes! haruslah aku ajak kekanda. Hee.

Aku rasa tugas ni boleh dikatakan mudah sebab checklist sudah disediakan dan aku hanya perlu pastikan apa yang ada dalam checklist betul-betul wujud di restoran tersebut. Keseluruhannya ada 12 bahagian yang perlu aku pantau dan beri komen.

Imej di copy dari sini.

3 perkara penting yang aku kena buat untuk dapatkan payment / claim:
1. Hantar checklist dengan laporan melalui online 12 jam selepas sesi spy-menyepai
2. Ambil 3 gambar iaitu gambar depan outlet, gambar staf yang melayan aku dan gambar manager outlet berkenaan.
3. Resit restoran, tol dan parking.

Ms. Shy habaq, ada 2 task untuk sebulan. 1st half (1-15hb) adalah task untuk Weekend Dinner dan 2nd half (16-30/31hb) adalah task untuk Weekday Lunch. Kali ini aku buat Weeknd Dinner dan lokasi yang di tuju adalah Pelangi Leisure Mall. Jaga-jaga cik Salmah!

Tambah lagi tag baru di R4T - Mystery Shopper Diary. Segalanya tentang 'Aku Seorang Spy a.k.a Mystery Shopper.

Ada yang pernah join MS? Nak bagi pendapat? Sila tepek di kotak komen.



Thursday, July 1, 2010

KFC Toasted Pocket-not-so-ful


"Cuba pakcik cerita macam mana pakcik boleh sampai ke sini"

"Semalam pakcik makan Toasted Pocketful di KFC dan tiba-tiba boom! pakcik dah ada kat sini dengan basikal pakcik ni lah"

Kring..kringg (bunyi loceng basikal)

Mesti ramai yang sudah dengar iklan ini kan? Disebabkan ayat manis pakcik dan basikal tuanya, aku mengheret kekanda ke KFC Petronas Skudai Taman Universiti untuk sama-sama boom! merasa kelazatan menu baru tersebut.

Rembat gambau di sini.

Macam sedap nau bila tengok. Meh nak keluarkan pendapatan dari otak agak-boleh-pakai aku. Rasanya tak lebih tak kurang macam Toasted Twister (TT) - my all time favourite. Bezanya menu baru ini ada rasa manis-manis sebab intinya ditambah dengan jagung manis macam yang ada di pasar malam tu. Bagi aku yang suka tahap gaban terhadap TT, jadi tekak aku juga boleh menerima Toasted Pocketful.

Nak tengok apa krew KFC Petronas Taman Universiti sajikan untuk aku dan kekanda? Nah sila jamu mata.

Nasib baik sempat snap gambau. Tengok kat depan nuu..kekanda sudah mendahului dengan sesi tuang sos di pinggan. Lapar ye banggg??

Aku dan kekanda memilih set X-Meal sebab boleh dapat extra ayam goreng seketul. Ayam tu adalah daripada kaum black-pepper crunch. Boleh tahanlah sebab terasa black pepper kat tekak.


Aku sengaja tepek gambar ini untuk anda bezakan dengan gambar promosi KFC di atas sana. (Sengaja mahu bikin kontroversi juga. hee) Dek kerana ayat kecik kemetot di bawah gambar, 'Servings featured are for illustration purposes only' maka kita tak boleh nak pegi komplen atau saman tempat makan segera kesayangan ramai ini. Terima je lah dengan redhoo bak kata blogger kegemaran - kak Di.

Siapa mau online voucher 10% diskaun untuk Toasted Pocketful Combo meh kelik sini. Sumber: fly.fm.

Ada yang dah cuba? Meh kongsikan pendapat anda di kotak komen~