Belog Ohsem: Voucher

Jom selongkar

Showing posts with label Voucher. Show all posts
Showing posts with label Voucher. Show all posts

Saturday, October 2, 2010

Watsons VIP Membership Card


Kedai hijau ini memang menjadi port kegemaran beli barangan peribadi aku sejak mengenali apa itu deodoran, foundation dan conditioner. Pernah sekali terdetik dalam kepala otak
cerdik kenapa Watsons tiada membership card sedangkan mereka bukan calang-calang punya kedai.

Akhirnya penantian selama beberapa tahun (ceh!) itupun berakhir. Masa pergi melencong selepas habis kerja minggu lepas, aku ada beli barang di sana dan adik kaunter offer nak buat membership card atau tidak. Tengok purse malangnya ongkos tak cukup seringgit setelah merembat itu dan ini. Cukup-cukup untuk tambang bas balik rumah je ni. Sadis kan?

Sumber:vip.watsons.com.my

Tak boleh jadik. Aku mesti rembat sekeping sebab tetiap bulan bajet pasti lari ke kedai ini. Boleh juga dilabel sebagai loyal customer gitu! Hari Jumaat singgah Jusco Taman Universiti dan terus menuju ke Watsons dengan misi yang satu - Apply membership card! Eh, tak lupa sohpping juga.

Hanya dengan menghulur RM12 kepada adik kaunter tanpa mengisi apa-apa borang aku dah berjaya memiliki Watsons Membership Card (sah semur hidup).Hoyyeahhh!! Dalam kit RM12 tu ada pamphlet tentang keahlian dan apa yang u ols perlu lakukan selepas mendapatkan kad ini. Nak tahu lebih boleh kelik sini. Selain itu aku juga dapat satu booklet tebal yang penuh dengan gift voucher. Memang berbaloi woh!

Kaki shopping kedai hijau yang belum dapatkan membership card ni boleh dapatkan segera sebab untuk early bird registration dapat 200 points percuma! Lagi banyak point, banyaklah faedahnya. 24 September ini ada perasmian Watsons VIP Membership Card di Pavilion Kuala Lumpur (Bukit Bintang Entrance) Jangan lupa datang.

Mesti lepasni kedai oren pun nak buat jugak kan?




Thursday, July 1, 2010

KFC Toasted Pocket-not-so-ful


"Cuba pakcik cerita macam mana pakcik boleh sampai ke sini"

"Semalam pakcik makan Toasted Pocketful di KFC dan tiba-tiba boom! pakcik dah ada kat sini dengan basikal pakcik ni lah"

Kring..kringg (bunyi loceng basikal)

Mesti ramai yang sudah dengar iklan ini kan? Disebabkan ayat manis pakcik dan basikal tuanya, aku mengheret kekanda ke KFC Petronas Skudai Taman Universiti untuk sama-sama boom! merasa kelazatan menu baru tersebut.

Rembat gambau di sini.

Macam sedap nau bila tengok. Meh nak keluarkan pendapatan dari otak agak-boleh-pakai aku. Rasanya tak lebih tak kurang macam Toasted Twister (TT) - my all time favourite. Bezanya menu baru ini ada rasa manis-manis sebab intinya ditambah dengan jagung manis macam yang ada di pasar malam tu. Bagi aku yang suka tahap gaban terhadap TT, jadi tekak aku juga boleh menerima Toasted Pocketful.

Nak tengok apa krew KFC Petronas Taman Universiti sajikan untuk aku dan kekanda? Nah sila jamu mata.

Nasib baik sempat snap gambau. Tengok kat depan nuu..kekanda sudah mendahului dengan sesi tuang sos di pinggan. Lapar ye banggg??

Aku dan kekanda memilih set X-Meal sebab boleh dapat extra ayam goreng seketul. Ayam tu adalah daripada kaum black-pepper crunch. Boleh tahanlah sebab terasa black pepper kat tekak.


Aku sengaja tepek gambar ini untuk anda bezakan dengan gambar promosi KFC di atas sana. (Sengaja mahu bikin kontroversi juga. hee) Dek kerana ayat kecik kemetot di bawah gambar, 'Servings featured are for illustration purposes only' maka kita tak boleh nak pegi komplen atau saman tempat makan segera kesayangan ramai ini. Terima je lah dengan redhoo bak kata blogger kegemaran - kak Di.

Siapa mau online voucher 10% diskaun untuk Toasted Pocketful Combo meh kelik sini. Sumber: fly.fm.

Ada yang dah cuba? Meh kongsikan pendapat anda di kotak komen~




Wednesday, June 23, 2010

Bukan Sekadar Nasi Ayam. Kiokk..kiok..kiok!


Haha. Aku rasa nak tergelak baca tajuk entri sendiri. Mana datang ntah idea bukan-bukan pesen ni. Aku pun tak tahu...ooohh~ (baca dengan nada lagu Misteri Mimpi Shakila - Wings)

Ingat hari ini nak publish tentang pengalaman ngeri menonton Lagenda Budak Setan (LBS) semalam. Aku postpone dulu sebab gambar bukti belum sempat hantar cuci kat kedai gambar. Tapi takpe aku ada cerita best nak habaq ni. Esok aku update kisah ngeri tersebut ye.

Semalam hari gembira kekanda. Kalau tanya dia hari apa pada setiap 22hb bulan dia takkan jawab Hari Isnin ke, Selasa ke, Rabu ke tapi dia kan jawab kuat-kuat sambil senyum lebar -- Hari Gaji!! Haaa. Tak percaya try lah telefon beliau bulan Julai nanti dan tanya. Nak no telefon? 012 7*0*5**. Eh, keyboard aku rosak ke apa tekan nombor keluar ****. Hee.

Macam biasa - google image punya

Kembali ke cerita best, sebelum tengok wayang kekanda berbesar hati nak belanja makan. Rezeki jangan ditolak beb! Pusing-pusing kat level 3 Jusco Tebrau City ternampak restoran fast-food nasi ayam yang ada lagu tersendiri. Lagu tersebut anda boleh dengar tiap-tiap hari di Era.fm. Aku pernah makan dengan cik mango masa praktikal dulu tapi di branch Jusco Taman Universiti. Bolehlah masuk tekak sebab masa tu makan perut tengah lapar. Tapi yang di Tebrau City ni memang sedap lain macam. Lagi-lagi Ipoh Bean Sprouts dia..pehh! Aku yang bukan pemakan togeh boleh selera telan semalam. Pelik bin ajaib.

Sementara tunggu order tangan aku yang tidak reti dok diam membelek segala benda yang ada atas meja. Dari bekas kutleri rotan berbentuk ayam (comel woh!) sampailah ke frame yang boh flyers promosi. Saja mahu mengisi masa terluang. Sekali mata aku nampak magic word untuk kaum hawa: PERCUMA! Inilah yang aku nak kepoci dengan anda hari ini.

Meh dapatkan voucher dari Restoran The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan setiap resit setelah anda dine-in di mana-mana cawangan mereka.

Diulangi, sila jangan buang resit sebab anda boleh redeem voucher PERCUMA!

Ini voucher aku yang punya! Nak jugak? Meh aku bagitau macam mana caranya. Pastikan resit ada disamping anda sebelum memulakan operasi ini. Seterusnya, sila ke laman web rasmi TCRS yang comel. Kemudian rujuk gambar di bawah:

Nampak tak arrow tu? Klik dan isikan borang maklum balas sehingga anda dapat mesej macam gambar di atas. Klik gambar kalau mata rasa terseksa nak baca. Pop-out window akan muncul dan minta anda masukkan no resit (ada 8 aksara). Contoh no resit aku 001-7475 seperti yang tertera di voucher kat atas tu ha.

Syarat-syarat nak guna voucher ini wajib attach sekali dengan resit sebagai bukti anda pernah datang makan sebelum ni. Voucher boleh dicetak tak kira black & white ataupun warna-warni. Dah dapat voucher tu apalagi.. Meh serang TCRS berhampiran anda!

Siapa pernah makan TCRS paling sedap di Malaysia?