Belog Ohsem: Tips Kesihatan

Jom selongkar

Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Mee Goreng Mamak kah Puncanya?


"kau tahu sudah braper lama ku tunggu kau jebat... nie pon ada rasa nk terkucil tapi ku tahan jebat...... masuk nie dah nk masuk 7 kali......"

Huwaaaa..pagi-pagi dah duduk termenung kat bilik kecik disebabkan perut meragam tak pasal². Malam tadi lepas pegi sokseksoksek dengan bro nizam utk bincang warna tema (ni nanti stori mori entri lain) kekanda ajak lepak mamak. Jarang wohhh aku nak lepak mamak sebab ragu-ragu dengan kebersihan premis tersebut. *Tak semua mamak ekceli* Eceh.. skema nau ayat ko tipah! Aku sental mee goreng mamak yang tak berapa nak mamak. Mungkinkah ini puncanya?




Meh cekidaut sikit info mengenai cirit birit a.k.a ceri beri (nama glamer)

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Gejala - gejala

  • Peningkatan kekerapan membuang air besar.
  • Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  • Terdapat angin atau kentut yang melampau.
  • Kehilangan selera makan.
  • Adakalanya demam.
  • Adakalanya terasa mual dan muntah.
  • Sakit otot.

Info lanjut picit sini yek.


Moh ke klinik!

Saturday, November 13, 2010

Amalkan Sarapan Setiap Hari


Oh! Sabtu datang lagi. Bila mula hari Isnin nanti mesti sibuk hitung guna jari berapa hari lagi nak hujung minggu. Hari cuti macam-macam boleh benda buat. Macam-macam contohnya bersarapan dengan keluarga sambil gosip-gosip di meja makan. Hari kerja susah woh nak dapat sweet moment macam ni. Ye dak?


Cerita pasal sarapan, aku adalah jenis manusia yang tak boleh tinggal makan pagi. Kalau tak makan boleh lembik dan konon-konon tak mampu nak buat apa pun. Ceh! Drama betul. Tapi bila puasa lain kes lah yek. Ada juga orang yang tak biasa sarapan. Aku tabik spring tilam Vono sama orang pesen gini.

Ekceli sarapan ni bagus untuk tubuh badan kita. Aku ada terbaca satu bahan ilmiah dari Utusan Malaysia Online tentang kepentingan memulakan hari dengan sarapan. Meh baca meh:-

Mulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat seperti bijirin sarapan yang mudah disediakan dan dalam masa yang sama ia dapat membantu menjadi ramping dan sihat. Ramai yang tersalah anggap bahawa dengan tidak mengambil sarapan, mereka dapat mengurangkan kalori makanan mereka.

Sebenarnya, tabiat tidak bersarapan pagi lazimnya akan menjadikan seseorang itu mengambil makanan berlebihan ketika makan tengah hari dan pada waktu-waktu lain. Amalan itu tidak sihat kerana ia menyebabkan mereka menambah jumlah kandungan kalori dan mungkin lemak yang dimakan dalam sehari.

Meninggalkan sarapan pagi juga dilihat tidak baik untuk kesihatan kerana selepas semalaman tanpa makanan, ia menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi.

Sumber : Mulakan Hari Anda dengan Sarapan

Orang putih pun siap ada quote yang menekankan betapa perlunya sarapan setiap pagi yang berbunyik 'Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper'. Kiranya kalau nak jadi raja tak payah susah-susah dah, pergi dapur bancuh milo secawan dan cicah dengan biskut meri. Tadaaa! Otomatik terus jadi raja. Hee.

Ini gambar nasi ayam penyet Restoran Agus. Boleh buat sarapan pagi ke? Hihihi. Hidung dah terbau roti canai je ni. Kejap-kejap lagi aku habaq cerita nasi ayam penyet ni. Jom sarapan!

Selamat berhujung minggu u ols.






Sunday, November 7, 2010

Fenomena Kena Tindih Waktu Tidur

Aku tengah bergolek-golek sambil online guna SE. Takdok mood nak switch on miss lappy. Ini entri kopipes dari tag fesbuk yang agak menarik untuk dikongsi dengan u ols. Cekidout:

Fenomena Kena Tindih Waktu Tidur
By Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه Sunday, October 31, 2010


Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le, tahyul semua tu. Fenomena kena tindih kepercayaan dan kebenaran just to share. Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni. Betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer). Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Aku pun jujur pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu. Ada la dalam 3-4 kali jugak, masa tu aku sedar boleh bukak mata separuh. Aku tau aku sedar tapi tak boleh gerak.

Kadang-kadang geram, sebab tak boleh gerak pastu 5 minit baru boleh gerak. Aku dulu pun takut, memang ingat kena hempap dah. Lepas boleh gerak tu seram sejuk jer. Tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia, baru lah aku tau kebenaran dia. Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).

Okey, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak) stage otak akan bagitau badan kita suruh rehat so, badan kita kira macam switch off kejap REM atonia (tader muscle tone)

Ok, otak kita pun ada switch off button dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni, so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on. Kiranya screensaver laaa or hibernate so, bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake state.

Tapi kadang-kadang, electrical signal tidak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika. Before otak activate balik, memang menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang-kadang partial atau sebahagian jer. Tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain lumpuh etc..

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dll..)
Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup tidur la ni...penat sangat)

4. Stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal....heheh extreme sangat contoh aku ni)

6. Orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap dengan hantu. Korang lagi hantu sebenarnya.


Sent from my mobile device.




Tuesday, October 12, 2010

Info Kesihatan: Tekanan Darah Rendah


Dua tiga hari ni aku tak berapa sihat. Tu yang R4T macam hidup segan mati tak mahu je jadinya. Kepala ni rasa berpusing berpinau dan ber ber yang lain. Bila tunduk ambil pen jatuh bawah meja lepas tu berdiri pasti akan rasa macam nak jatuh. Dulu pernah jadi macam gini, ambil masa juga nak pulih macam sedia kala. Dan sekarang penyakit ni datang balik.

Sumber: babydoll007.blogspot.com

Punca? Aku sendiri tak tahu. Pergi check dengan doktor dapay paracetamol. Sabau jek lah, baik aku pergi beli sendiri kat kedai je. Very the membazir tau bayar bil! Mengadu pada kekasih hati dia cakap mungkin tekanan darah aku rendah sebab tension. Memang betul, lately banyak sangat masalah peribadi yang datang.

Emak pulak cakap mungkin sebab aku kurang minum air masak dan naluri ibu memang sentiasa betul. Aku adalah spesis yang malas nak togok air masak. Kalau bagi Vanilla Coke mesti laju je aku habiskan. Mak suruh minum banyak air masak dan makan kerang. Oh no! kenapa mesti nak kena makan haiwan itu? Aku kurang berkenan. Hee.

Sumber: hubpages.com

Ok, berhenti membebel. Tadi aku gugel tentang tekanan darah rendah ni dan aku jumpa maklumat yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Nak lagi menarik ia bukan dalam bentuk karangan panjang ke lantai tapi slide bergambar yang senang nak faham. Ada penerangan pulak kat tepi slide. Gila canggih! Jom tengok:


What are the causes of low blood pressure?

Conditions that decrease the volume of blood (for example, bleeding, dehydration), reduce cardiac output (for example, heart attack, cardiomyopathy), and decrease the tension in artery walls may cause low blood pressure. Medication side effects can cause low blood pressure, as can spinal cord injuries.

Tolong nasihatkan aku. Eh, macam lagu Ana Rafali pulak. Hee.




Saturday, August 7, 2010

Pengurusan Marah yang 'Cool'


Aku memang gagal bab ini. Kalau sudah marah memang macam orang hilang akal, lepas marah tu menyesal tak hingat dengan perangai buruk sendiri. Macam mana nak ubah pun tak tahu dah.

Perasaan marah yang melamapau-lampau adalah tidak baik untuk kesihatan. Ini berkait rapat dengan kesihatan mental. Mintak jauhlah terkena penyakit mental dengan sifat marah aku yang over tu. Macam-macam penyakit lain pun boleh hinggap. Bahaya woh!

Aku buat research mengenai macam mana nak atasi masalah marah tersebut. Ada beberapa cara yang mungkin baik untuk aku amalkan. Antara teknik yang boleh aku cuba:
  1. Meluahkannya
  2. Menahannya
  3. Menenangkan diri
Selalunya aku guna teknik yang nombor satu tapi cara aku luahkan tak senonoh sikit. Taknak la habaq. Malu. Hee. Untuk teknik kedua tu memang aku kurang amalkan. Mana boleh tahan woh. Kalau dah marah aku meletop masa tu jugak. Tak senonoh kan?

Teknik ketiga tu agak menarik. Meh aku tunjukkan satu contoh:


Apa macam..ada bran nak cuba? Hee. Aku melawak je lah. Kepada isteri-isteri yang membaca jangan contohi Mrs. Wife ni. Tak cium bau syurga nanti tau.

Jom dapatkan informasi lebih lagi tentang pengurusan marah di Portal MyHEALTH. Selongkarlah cukup-cukup sebab banyak ilmu lain juga di sana.

Moh nasihatkan aku macam mana nak buang peel tak senonoh ni.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Twitter + ChurpChurp = $$$ : "apa tu churp2? huhu.. akaun twitter ada, tp x aktif sgt..malas nk bkk " - bARdbOO




Wednesday, August 4, 2010

Amalan Diet yang Kurang Ummph!


Sudah lama dok amalkan diet tapi berat tak turun-turun? Minum
Jus Mate 5 berkoyan-koyan tapi masih tak jalan? Tahukah anda bahawa kemungkinan ketika mengamalkan diet ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang lalu menjadikan diet itu tadi sia-sia.


Meh aku nak kongsikan 4 'common mistake' yang menjadi punca kegagalan diet:

1. Tinggalkan waktu makan (skip meals) yang sepatutnya. Ketahuilah bahawa perbuatan ini bukan membantu kita mengurangkan kalori tetapi sebaliknya. Cuba bayangkan perut yang tak diisi dari pagi santak ke malam. Agak-agak tiba masa nak makan tu berapa banyak jenis makanan yang dok terbayang dalam kepala? Sudah jumpa makanan yang dibayangkan takkan nak tengok saja, mestilah ngap selagi ada. Betul tak?

2. Kepercayaan tentang WAJIB kurangkan makan ketika berdiet. Teeet.. Salah. Ada jenis makanan yang kita perlu makan dengan banyak kalau betul-betul nak diet. Yezza! Sang hijau, bukan daus pozi tetapi sayur-sayuran. Masa makan sila penuhkan pinggan masing-masing dengan tauge, kobis, kacang panjang bla..bla..bla.. Itu baru diet namanya.

3. Perancangan yang bijak tahap Albert Einstein. Pastikan sebelum diet rancang segala aktiviti yang menyihatkan, sediakan jadual sajian makanan yang seimbang dan jangan berhenti selagi matlamat kilogram belum tercapai. Diet yang hentam keromo maka hasilnya adalah debab. Mau?

4. Jauhi rutin harian anda yang boleh menjejaskan diet. Dalam seratus kali lalu lalang depan McD / Big Apple / Starbucks tak mungkin sekali pun tak menyinggah untuk merasa makanan kegemaran. Jadi jauhi semua anasir-anasir ini dari hidup anda.

Tak cukup 4? Nah, sila ambil baki tips diet di sini.

Blog Pilihan Hari Ini
Zairie Dinzly

Entri Bersenang-lenang di Rumah Baru : "rumahku syurga ku" - huzairiehusin



Thursday, July 8, 2010

Lindungi Kulit Dari 'Sunburn'


Anda perasan tak sekarang ini panas lain macam bila matahari naik atas kepala. Mungkin salah satu petanda akhir zaman. Jadi sama-samalah kita lebihkan amal masing-masing ye.

Kesan daripada suhu panas yang melampau ini boleh mengakibatkan 'Sunburn' kepada kulit kita. Sunburn atau dalam bahasa ibundanya err..apa eh? Matahari terbakarkah? Hee. Buat-buat faham sahaja lah labuu.

Ok, jom cekidout informasi lanjut tentang sunburn di sini.

Gambar dicolek dari sini.

Untuk mengelakkan dari terkena sunburn, aku ada 4 tips berguna yang nak dikongsikan kepada anda:

1. Lindungi kulit anda dengan memakai pakaian dari sumber kapas (cotton) terutamanya bahagian lengan dan kaki. Anda sudah boleh bodek mak / ayah / suami / kekasih untuk shopping baju baru dengan menggunakan alasan ini.

2. Gunakan payung atau topi yang lebar semasa anda berada di bawah terik matahari untuk melindungi kulit daripada terkena cahaya UV. Pepatah melayu dah boleh tambah satu lagi: Sediakan payung sebelum matahari terik. Hee.

3. Elakkan daripada berjemur antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang di mana matahari sedang terik ketika itu. Kalau terpaksa juga tak dapek den nak nolong.

Gambar dicolek dari sini.

4. Gunakan losyen pelindung UV atau sunscreen yang mengandungi sun protection factor (SPF) 15 sekurang-kurangnya; jika anda perlu terdedah kepada cahaya matahari untuk jangkamasa yang panjang. Gunakannya 30 minit sebelum anda keluar dan kerap sapukan losyen tersebut untuk perlindungan berpanjangan. Jangan malas! An apple a day keeps the doctor away.

Maklumat disedut dan diubahsuai daripada sini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Aku suka makan kulit ayam goreng. heee.



Thursday, May 20, 2010

Mak, kenapa dia gemuk?


Dah lama tak buat segmen senyum kambing kan? Jom layan comic strip yang agak makan dalam ini:
Klik kasi gedabak untuk belek -
[http://groups.yahoo.com/group/fomat_perak]

Nak salahkan budak kecik itu tak boleh juga, dia baru nak kenal dunia. Nak marahkan mak budak itu pun tak boleh, sebab dia bagitau benda yang betul. Anak dia yang terlebih kreatif agaknya. Tiada siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini sebenarnya. Jadi, kalau tak nak terkena macam mak cik malang tersebut mari sama-sama amalkan tips yang aku nak bagi ini. Baik punyaaa!!

Tips kesihatan hari ini : 5 Langkah Mudah untuk Kikis Lemak
(credit to: Remaja Online)

1. Squash

Sukan terbaik untuk membakar lemak-lemak tepu yang ada. Hanya luangkan masa selama 15 - 20 minit, anda boleh membakar 300 kalori lemak. Masa ini lah anda akan berlari kesana-kemari untuk mengejar bola dan tanpa disedari sudah banyak kalori yang hilang dari tubuh anda. Nak lagi efektif, ajak rakan anda yang arif tentang sukan ini. Bila yang hebat bertemu kurang hebat pastilah anda menjadi mangsa kutip bola. Eh, jangan merungut. Nak kurus ke tak?

2. Lari di tempat yang tidak rata

Carilah kawasan yang berbatu dan berumput untuk menjadi trek larian anda. Ini kerana, anda akan menggunakan stamina yang banyak untuk meredah halangan-halangan tersebut. Kesukaran ini akan membantu anda membakar lemak dengan lebih cepat. Lakukan selama 30 minit dan anda akan hilang 300 kalori lemak dengan sekelip mata. Ting!


Gambar ihsan dari [images.google.com]

3. Stepper

Bagi anda yang ada alatan ini sudah pasti boleh menggunakannya namun ia agak lambat sedikit untuk menurunkan kalori. Seperti naik tangga, tangan kurang bergerak kecualilah anda melepaskan tangan. Itu akan menambahkan sedikit kesukaran ketika menggunakan alat ini. Untuk mencapai 300 kalori dalam 30 minit, anda harus mengatur alat pada tahap kelajuan 5. Pertahankan tahap kelajuan tersebut hingga selesai. Sekiranya terasa penat perlahankan langkah anda.

4. Berenang

Jika anda berenang, ini bermakna seluruh otot tubuh telah bersenam secara automatiknya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, complete! Luangkan masa 20 minit non-stop dengan gaya renang yang berbeza untuk membakar 300 kalori lemak. Seronok pun seronok.

Gambar ihsan dari [images.google.com]

5. Lompat tali

Aktiviti paling mudah, tanpa kos yang tinggi, boleh dilakukan bila-bila masa di mana sahaja. Hanya 15 minit diperlukan untuk membakar 300 kalori dengan syarat kelajuan lompatan adalah sama. Jangan main tipu ya.

Okeh, cuba amalkan yang lima ini. Jika dilakukan selalu dan bersungguh-sungguh, anda tidak perlu membeli produk pelansingan badan. Simpan je duit untuk apa-apa yang patut di masa depan. (eh, macam bunyi pantun la pulak)


Mari bersenam ramai-ramai. Badan sihat, minda cergas. - Pesanan Kerajaan Malaysia